HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Monday, January 31, 2011

Gathering SB Di Time Square~

Senarai blogger yang datang :)

Senarai Blogger yang datang :)

Senarai Blogger yang datang semalam :)

Mereka sangat baik :)
*Cik Bulat , Naim , Nazirul Hazwan .

Geng main bowling semalam :)


Suka sangat gambar ni :)

Jejaka jejaka idaman Malaya.

Semua yang hadir semalam :)

Sahabat Blogger the best!


Impian menjadi kenyataan semalam apabila atul dapat berjumpa dengan Sahabat Blogger di Time Square.
Yelah, selama ni asyik chat dekat Facebook dan blog je.
Tapi semalam kami dapat jumpa face to face. Sangat teruja!

Semalam takut sangat nak pergi.
Sampai dalam pukul 11 pagi, then tengok semua orang, semuanya atul tak kenal.
Tak lama tuu, ada lah blogger yang tegur atul.
Dari situ lah mulanya perkenalan kami di alam nyata. Hehe.

Atul dapat ramai kawan kawan baru.
Enjoy sangat sangat.
Gathering semalam akan menjadi kenangan terindah dalam hidup atul.
Thanks pada semua.

Thanks pada Nazirul Hazwan sebab tegur atul. Sori ek, atul agak malu sikit.
Kepada The Garang, ingat jugak kat atul ye.
Kepada abg senior, Syafiq Rosli, sori tak tegur semalam. Sori sangat sangat.
Pada hal atul nak sangat tegur abg senior semalam.
Tak apa lah. Lain kali ye.

Kepada Cik Bulat, Cik Bulat memang baik.
Happy je dengan Cik Bulat.
Kepada geng bowling atul, Faziera, Aina, Pika, Nurul Lalala, korang memang best.
Dan tak lupa kepada semua yang terlibat.
Lain kali buat gathering lagi ye. :)

Thanks pada admin SB, Broframestone, The Garang, Atiq Salleh dan admin yang lain.
Tahniah pada anda semua.
Kitaorang enjoy sangat sangat. :)


p/s ; Handsomenya awak <3

Picture credit to ; Cik Bulat, Keyrol dan Sahabat Blogger

Saturday, January 29, 2011

Segmen Hujung Minggu bersama Ben Ashaari



Assalamualaikum semua.
Hari ni nak join segmen abg ben ashaari lagi.
Tak nak lepaskan peluang ni.
Lagi pun tak ada idea nak update apa hari ni.
Nak join ?? Klik gambar kat atas ni :)

Jom tengok apa yang perlu dilakukan dalam segmen kali ni ;

Buatkan sebuah cerita berdasarkan gambar tu .. Gambar / dialog / angan - angan atau apa saja yang boleh korang buat dari gambar tu.. Tapi jangan di edit lak gambar tu.. Boleh ? Hehehe.. Tapi mesti panjang .. kalau pendek , aku tak nak terima.. hehehe..

Kalau berminat , jom .... buatkan satu entri khas :

  1. Letakkan gambar tu dan tajuk : Segmen Hujung Minggu Bersama BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini ..
  2. Dah siap ... tinggalkan url entri korang tu di ruangan komen ..

Jom kita mulakan ;

Situasi ; Di pusat Gym yang selalu abg ben pergi.

Masa tuu atul sedang menunggu kawan atul yang ketika itu ada aktiviti di pusat Gym tersebut.

Atul ; Macam pernah tengok lah mamat handsome ni. Tapi kat mana ek ??

Atul terus memerhati dan memerhati gerak geri abg ben.

Atul ; Ohh, baru aku ingat siapa mamat handsome ni. Abg ben rupanya. Macam mana lah aku tak boleh cam blogger terkenal ni. Peluang keemasan ni. Nak pergi tegur dia lah. Hehe.

Dengan beraninya, atul pun pergi lah mendekati abg ben yang ketika itu keseorangan sambil menghadap laptopnya. Mukanya yang agak ketakutan tuu, membuatkan atul takut untuk mendekatinya.

Atul ; Asal lah muka abg ben macam nak makan orang je ni. Takut aku. Urm, tapi aku tak boleh lepaskan peluang keemasan ni. Abg ben tuu, blogger terkenal. Pergi je lah.

Atul memulakan perbicaraannya ;

Atul ; Assalamualaikum abg ben.

Abg ben ; (Dengan muka yang tersenyum). Waalaikumussalam. Eh, macam pernah tengok lah adik ni.

Atul ; (Terkejut). Pernah tengok ?? Ni mesti tengok kat blog ni. Saya pun blogger macam abg ben jugak. Tapi tak lah famous macam abg ben. Hehe. Gembira dapat jumpa abg ben kat sini. Gembira sangat.

Abg ben ; (Dalam nada merendah diri). Eh, abg ben mana ada famous lah. Biasa biasa je. Ohh, patut lah macam pernah tengok. Blogger jugak. Bertuah jugak dapat jumpa dengan adik.

Agak lama jugak perbicaraan antara atul dan abg ben. Macam macam tips yang diberikan. Dan yang paling bestnya apabila ;

Abg ben ; Eh, da lama kita berborak ni. Jom, abg ben belanja minum.

Atul ; (Terkejut). Belanja ?? Biar betul ?? Hehe. Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Abg ben ; Betul lah abg ben nak belanja ni. Jom!

Atul ; Wahh, baik lah abg ben ni. Jom! Hehe.

Hari itu adalah hari yang sangat menggembirakan. Dapat berjumpa dengan blogger terkenal. Gambar diambil sebagai kenangan. Hai, tak tidur malam lah aku hari ni. Eh, apa cerita tentang kawan atul tuu ??

Atul tinggalkan kawan atul tuu untuk keluar minum dengan abg ben. Sorry, my friend! HAHA. :)
Abg ben lagi penting. Hehe.


Itu sahaja. Terima kasih. :)

Friday, January 28, 2011

BEN ASHAARI BLOG


Assalamualaikum semua.
Akhirnya, abg ben ashaari buka semula segmen bloglist nya.
Dapat jugak atul masuk. :)


1. Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini ..

~Selalunya setiap hari atul akan update 2 atau 3 kali sehari. Itu kalau busy. Kalau tak busy, 4 dan ke atas. Jumlah entri termasuk entri ni adalah sebanyak 396 entri.

2. Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..


~Nak mempromosikan blog atul ni sebab kalau tengok dekat page view, ramai yang datang dari blog abg ben ashaari. Lagi 1 supaya abg ben dapat tahu perkembangan blog atul setiap hari.

3. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?


~Atul akan mempertingkatkan penulisan di blog atul ni dengan menghidangkan pembaca dengan cerita cerita yang menarik. Atul akan membantu mempromosikan blog blogger lain macam yang abg ben buat pada blogger blogger yang baru.

Itu sahaja. Thanks abg ben :)

Da Selamat Sampai :)

Alhamdulillah, tepat jam 5 pagi tadi, atul da selamat sampai di Hentian Putra.
Semalam bas dari Machang tiba awal.
Ingatkan boleh lah gerak awalkan. Tapi lambat jugak.
Sebabnya ramai lagi penumpang yang tak sampai.

Atul dengan roomate atul naik bas Sani Ekspress 2 tingkat.
Macam biasa, pilihan kitaorang adalah di tingkat atas.
Masa naik bas semalam, pelik jugak tak ada orang.
Cuma ada geng kami seramai 7 orang je.
Tak lama tuu, ramai lah pulak yang naik bas Sani Ekspress ni.

Yang paling mengejutkan, kat tingkat atas semuanya adalah pelajar UiTM Machang.
Semuanya atul kenal pulak tuu. Ada senior dan juga budak budak junior.
Da rasa macam nak pergi rombongan ke mana lah pulak sebab semuanya student UiTM Machang.
Bas gerak dalm pukul 10.30 malam bila semua penumpang da naik.

Bila da naik bas, mula lah mata ni terpejam.
Tidur lah sepanjang perjalanan tuu.
Yang tak boleh tahannya, da lah sejuk, pening kepala.
Rasa nak muntah je. Tapi selamat tak muntah.
Dengan tak beli apa apa makanan, kelaparan lah atul sepanjang dalam bas tuu.

Tapi bas berhenti juga pukul 1 pagi.
Kalau ada yang nak membuang ke, apa ke.
Tuu lah masanya. Atul pun ambil kesempatan beli roti sebab da lapar sangat.
Tapi air tak beli. Bagus sangat lah.

Sampai kat Hentian Putra tak ramai pun student yang turun.
Sebab ramai yang akan turun di Shah Alam dan Klang.
Aku turun sorang sorang je lah. Ada jugak yang turun, tapi rasanya senior senior atul je kot.
Abah ambil dan sampai kat rumah pukul 5.30 pagi.
Balik balik, terus tidur.
Ngantuk sangat sangat. Pening kepala lagi.
Ni pun rasa nak tidur lagi, tapi tahan je.

So, cuti ni atul akan manfaatkan untuk menyiapkan semua kerja.
Manfaatkan masa untuk dihabiskan bersama family tercinta.
Da jumpa dengan fifi dengan haikal. Da peluk cium diaorang.
Happy sangat!

Kepada yang bercuti, Selamat Bercuti.
Manfaatkan cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah.
Jaga diri :)

Thursday, January 27, 2011

Doakan Saya!

Assalamualaikum semua. Selamat petang.
Korang tengah buat apa tuu ??
Sihat tak ?? Harap semuanya sihat.
Alhamdulillah, atul sihat sihat je.

Hari ni atul akan balik ke rumah.
Tak sabar sangat sangat. Adalah nak dekat 1 bulan tak bali rumah.
Rindu kat mama, abah, ain, ayong, fifi dan haikal.
Fifi, haikal, mak ngah nak balik da ni.
Tunggu ye. :)

Atul akan bertolak dari Machang ni pukul 10 malam.
Naik bas Sani Ekspress dengan roomate atul, Hana dan Zumie.
Maybe dalam pukul 5 pagi akan sampai di Hentian Putra.
Macam biasa lah. Kat sana nanti abah akan ambil atul.

Cuti memang lah cuti.
Tapi yang tak bestnya, kerja banyak sangat sangat.
Tapi tak kisah lah.
At least, cuti ni adalah kerja nak buatkan.
Nak prepare untuk presentation BEL lg.
Tak sabar rasanya nak buat presentation.
Hehe. Tak sabar lah sangat.

Doakan lah atul selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.
Selamat tinggal Machang.
I will be back on 5 February 2011.

Okay lah. Nanti atul update lagi.
Thanks all :)


p/s ; Doakan atul dapat siapkan semua kerja dalam masa 1 minggu ni. :)

Wednesday, January 26, 2011

Lecturer Garang, Aku Tension!

Boleh tak kalau aku tak nak belajar subjek AIS 280 ??
Bagi yang tak tahu apa itu AIS 280, ia merujuk kepada Accounting Information System dan 280 tuu kod bagi subjek tuu lah.
Subjek ni perlu diambil oleh semua pelajar Diploma Perakaunan part 4.
Best lah belajar subjek ni sebab belajar guna komputer.
Kena belajar macam mana cara nak rekod transaksi jual beli dalam komputer dan sebagainya.

Yang membuat aku tension sampai malas nak belajar AIS ni adalah kerana lecturer yang mengajarnya.
Aku malas nak mention nama. Nanti tak pasal pasal lecturer tuu baca blog aku, aku kena saman.
Ingat ye, INI BUKAN ENTRI NAK MENGUMPAT PASAL LECTURER.
Ini adalah entri untuk melepaskan tension sebab belajar AIS.

Lecturer ni garang sangat sangat.
Garang tuu bagus, tapi jangan lah terlalu garang sebab kami student ni boleh jadi tension taw.
Benda yang kami belajar tuu adalah sesuatu yang baru.
Kalau kami tak faham, tolong lah tunjuk ajar pada kami.
Madam jugak suruh tanya madam kalau kami tak faham.
Tapi bila kami tanya, madam marah marah kami.
Cakap kami tak bagi tumpuan lah, tuu lah, ni lah dan sebagainya.

Madam, kami da bagi tumpuan 100% bila madam mengajar.
Betul madam. 100% tumpuan kami bagi kat madam sebab kami tak nak madam marah.
Kalau kami ada buat salah sikit tuu, tolong lah tunjuk ajar.
Jangan lah marah kami. Kami baru je nak belajar benda baru ni.

Kalau madam terus terusan macam ni, saya tak tahu lah macam mana kan.
Kami pun ada tahap kesabarannya jugak.
Mula mula ni memang kami sabar lah. Tapi kalau lama lama macam ni, tak tahu lah kan.
Kami tak lawan sebab kami hormat madam sebagai lecturer kami.
Tapi 1 je kami mintak. TOLONG lah jangan terlalu garang.
Kami takut madam, takut nak masuk kelas madam, takut nak tanya madam soalan.
Boleh jadi gila kalau macam ni madam.

Andai madam baca entri ni, saya mintak maaf lah.
Saya cuma nak luahkan perasaan tak puas hati saya ni je.
Madam ajar memang bagus. Saya faham sangat sangat.
Thanks sebab ajar kami.
Tapi kami takut dengan madam.
Saya mintak maaf ye madam.

Itu sahaja untuk entri kali ni.
Atul mintak maaf sangat sangat.


p/s ; Ini entri LUAHAN HATI, bukan entri MENGATA LECTURER SENDIRI!

Keep On Blogging, Dear!

Assalamualaikum semua.
Korang semua sihat tak ??
Kalau sihat, alhamdulillah.
Pada yang tak sihat tuu, jangan lupa makan ubat ye.
Jaga diri baik baik. :)

Entri semalam yang atul tulis, ramai yang tak suka.
Termasuk lah kakak atul, Puan Sharirawati.
Kakak atul pun pembaca setia blog atul ni. Hehe. Betul tak ayong ??
Tadi akak atul hantar mesej kat atul.
Dia cakap kenapa tulis macam tuu. Jangan lah jadi blogger yang putus asa.

Ayong, thanks sebab bagi nasihat dan semangat kat angah.
Angah akan teruskan blogging ni dan tak kisah lah famous ke tak.
Bukannya penting pun famous tuu.
Angah blogging ni sebab minat angah dan bukan sebab nak jadi famous.

So, angah takkan tulis benda yang bukan bukan da.
Angah akan teruskan blogging ni dengan penuh semangat.
Blogging is my life!
Go, atul. Go, atul.
Haha. Da melalut yang bukan bukan lah pulak.

Kepada rakan rakan blogger yang turut bagi semangat kat atul, thanks, ya!
Sayang kam0ooo!!

Okay lah. Itu saja untuk entri kali ni.
Tunggu entri yang seterusnya. :)

Tuesday, January 25, 2011

Terima Je Lah Kenyataan~

Assalamualaikum semua.
Sihat tak ?? Harap semuanya sihat.
Atul macam biasa je.
Alhamdulillah sihat.

Tajuk hari ni, Terima Je Lah Kenyataan.
So, atul kena lah terima kenyataan yang blog atul ni memang tak famous.
Tak ramai yang kunjung ke blog atul ni.
Sedih jugak lah. Tengok blog orang lain, ramai je yang datang.

Yang pasal review blog semalam, tak ada siapa pun yang nak tolong review blog atul ni.
Tak apa lah. Terima je lah kenyataan atul.
Blog kau ni blog biasa biasa je. Tak ada peminat pun.
Follower memang ramai, tapi ??
Bukan nak salahkan follower ya.

Rasa malas je nak blogging.
Lagipun memang da tak ada semangat nak blogging sejak akhir akhir ni.
Tiada sesiapa pun yang support.
Atul, terima je lah kenyataan ya ??

Okay lah. Jumpa lagi.
Assalamualaikum ^_^

SOALAN 2 BERNILAI RM50



Nak join ??
Klik SINI.

Monday, January 24, 2011

Nak Mintak Tolong, Boleh Tak ??

Ada tak mana mana blogger yang baik hati ??
Sebenarnya atul nak mintak tolong dari blogger blogger yang baik hati ni.
Nak mintak tolong review blog atul ni.
Buat 1 entri pasal review blog This Is Me.

Cerita je lah apa apa pasal blog atul ni.
Kekurangan ke, kelebihan ke.
Ada yang kena baiki ke atau apa apa je lah.
Berdasarkan pandangan blogger blogger semua tentang blog atul ni.
Kalau ada yang baik hati nak buat, terima kasih banyak banyak.

Kalau da siap, tinggalkan link entri tuu kat komen entri ni.
Tiada hadiah istimewa. Hadiahnya cuma atul akan promote blog blogger blogger yang baik hati nak buat review pasal blog atul ni.
Promote blog selama 24 jam.
Okay tak ??

Harap harap ada lah sudi nak buat review pasal blog atul ni ye.
Terima kasih.
Kerjasama anda sangat lah dihargai.
Tarikh tutup 26 Januari 2011. :)

Saya Da Bosan!!

Assalamualaikum semua.
Selamat petang. Huh, hari ni agak penat.
Ada 3 kelas dan baru je habis pukul 4 tadi.
Kalau hari isnin je, mesti ada 3 kelas.
Selamat hari lain ada 2 kelas je.

Tajuk hari ni, saya da bosan!
Kenapa ye ?? Agak agak korang, kenapa atul da bosan ek ?
Nak tahu kenapa ?? Urmm..

Sebenarnya atul rasa da bosan sangat nak belajar.
Bosan sangat sangat.
Tak tahu kenapa tiba tiba rasa macam ni.
Subjek makin susah. Takut sangat nak belajar semua subjek tuu.
Takut sangat. Result atul pun semakin menurun.
Tuu yang buat atul semakin takut.

Mesti sesiapa yang tengah belajar tuu akan rasa bosan kan nak belajar ??
Eh, yeke ?? Ke atul je yang rasa macam tuu ??
Rasanya ada kot yang akan rasa macam apa yang atul rasa ni.
Tapi tak semua lah kan.

Kalau mama dengan abah atul tahu lah yang atul da bosan nak belajar, mesti mereka sedih kan ??
Yelah, diaorang harapkan atul untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.
Tup tup, atul cakap atul da malas nak belajar.
Mahu diaorang tak sedih. Mesti kecewa dengan atul kan ??

Abah atul suruh atul sambung degree lepas diploma ni.
Tapi atul rasa macam tak nak lah.
Kalau boleh, atul nak kerja. Nak tolong mama dengan abah.
Lagi pun da penat lah nak belajar ni.

Eh, kenapa dengan atul ni ek ??
Mana semangat atul ni ?? Huh.
Sorry mama, abah. Tiba tiba je rasa macam ni.
Tapi mama dengan abah jangan risau.
Angah akan terus belajar selagi angah mampu.
Angah akan capai semua cita cita dan impian yang angah nak selama ni.

Ya ALLAH, jangan lah hilangkan semangat aku nak belajar ni.
Kuatkan aku untuk menghadapi semua ni.
AMIN.

Sunday, January 23, 2011

Saya Rindu Awak Lah ~

Saya rindu awak lah. Betul, tak tipu.
Da nak dekat sebulan tak jumpa.
Rindu sangat sangat. :)

Detik perkenalan kami dalam tahun 2010.
Kami kenal kat Facebook je.
Melalui adik dia. Nama adik dia sama dengan nama aku.
Kebetulan je tuu.
Aku lah yang pergi add dia kat Facebook.

Masa tuu dia ada makwe.
Biarkan lah dia. Niat ni nak kawan je.
Da kawan dengan adik, apa salahnya nak kawan dengan abg.
Hehe :)

1 hari tuu, dia tegur kat facebook melalui chat.
'Weyh, online tak bagi tahu pun ye'.
Mamat ni asal lak hantar macam tuu kat aku.
Bengang betul lah. Aku pun jawab lah baik baik.
'Awak ni siapa ??'
Dia mintak maaf sebab dia ingat adik dia.
Dia tak perasan nama tuu. Ingatkan adik dia.
Yelah, nama sama.

Sejak dari tuu, kalau aku online, mesti dia online.
Lepas tuu sibuk tanya khabar aku, aku kat mana.
Malasnya aku nak layan mamat ni.
Benci sangat kat dia masa tuu. :)

Masa cuti semester lepas, dia mintak nombor phone kat aku.
Aku pun bagi lah dengan niat nak berkawan.
Tak salahkan ?? Nanti orang ingat aku nak menggatal pulak.
Masa tuu dia da tak ada makwe da.
Dia cakap da putus 3 bulan lepas. Ohh, okay.

Sejak dari tuu kami rapat dan sekarang sedang menyulam kasih.
Jiwang lah pulak. Hehe. Tak apa kan ??
Da nak masuk 2 bulan. Alhamdulillah.
Aku mengharapkan perhubungan antara aku dan dia berkekalan hingga ke akhir hayat.
Aku tak nak kecewa lagi. Sakit apabila dikecewakan.
Aku tahu dia sayang aku.
Aku pun sayang dia jugak.

Doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat ye.
Saya rindu sangat sangat kat awak.
Love you so much.. :)


p/s ; Entri agak jiwang. Tak ada idea ni. Hehe. Jangan marah ^_^

Saturday, January 22, 2011

Bloglist Sandiwara Seorang Insan@Syafiq Rosli



Kali ni nak join Bloglist abg senior atul ni, Syafiq Rosli.
Nak join ?? Klik je gambar kat atas ni. :)

Jantina ; Seorang perempuan.

Okay, siap.
Terima kasih ^_^

Yang Mana 1 Pilihan Anda ??


Assalamualaikum semua.
Selamat petang.
Sorry, baru je update.
Tadi atul tengok cerita Ustaz Amirul kat TV3.
Tengok melalui internet.
Best sangat cerita tuu. :)

Tengok tajuk kat atas tuu.
Yang mana 1 pilihan anda ??
Tengok pulak gambar kat atas ni.
Ada kaitan sebenarnya antara tajuk dan gambar.

Ada 3 gambar atul di mana atul memakai jenis tudung yang berbeza.
Gambar 1 adalah gambar atul pakai shawl.
Baru je pakai shawl jenis macam tuu.
Tengok orang lain pakai, atul pun teringin jugak nak pakai.
Orang kata kita kena update dengan trend terbaru ni.

Gambar ke 2 adalah gambar atul pakai tudung jenis tudung Ariani, kalau tak silap.
Yang tuu atul da pakai sejak tahun lepas.
Selesa sangat atul pakai.
Sesuai jugak dengan muka atul ni.

Gambar ke 3 adalah gambar atul pakai tudung biasa je.
Ni dari dulu lagi atul pakai.
Sebelum tak tahu pakai shawl, pakai tudung biasa je.
Yang ni pun okay je atul pakai.
Selesa jugak. Tapi sekarang ni lagi selesa pakai shawl.

Atul ni tak tahu jenis tudung mana yang sesuai dengan atul.
So, nak minta pendapat korang semua lah.
Antara 3 gambar kat atas tuu, jenis tudung mana yang sesuai dengan atul ??
Bagi pandangan korang lah. Tak kisah yang mana sebab atul nak minta pendapat korang je.
Tolong ye. :)


p/s ; Tak tahu yang mana 1 sesuai dengan diri ni. :(
Sorry, gambar tak cantik sebab tuan dia memang tak cantik!

Friday, January 21, 2011

Ohh, Sahabat Blogger ~

Assalamualaikum semua.
Selamat petang. Jumpa lagi.
Korang tengah buat apa tuu ??
Atul macam biasa lah. Online je.
Bila lah nak study nya. :)

Nak cerita pasal group Sahabat Blogger di Facebook.
Penat betul melayan gelagat dan aksi rakan rakan blogger yang join group ni.
Tak sempat nak balas komen blogger ni, blogger lain da post benda lain.
Tak menang tangan layan gelagat mereka ni.

Atul telah dimasukkan ke group ni oleh Atiq Salleh.
Admin blog ni adalah Amal Espraza.
Ada lagi admin yang lain dan Amal Espraza ni yang utamanya, kalau tak silap lah.
Best sangat group ni.
Kepada blogger yang belum join group ni, sila klik kat link bawah ni untuk ke group Sahabat Blogger.

SAHABAT BLOGGER

Setakat yang atul tengok sekarang ni, members Sahabat Blogger adalah seramai 867 orang.
Mereka target untuk mencari members seramai 1000 orang sebelum hujung bulan ni.
Cepat cepat kepada blogger yang belum join, jom lah join.
Banyak manfaatnya. Boleh merapatkan hubungan antara blogger dan boleh juga promote blog anda di sana.

Kepada yang nak update blog tuu, korang pasti takkan boleh update blog setelah menjadi group Sahabat Blogger.
Ini kerana korang akan terleka dengan Sahabat Blogger ni dan terlupa untuk update blog.
Abg ben ashaari pun sampai nak berhenti blogging da.
HAHA. Kelakar lah blogger blogger ni.
Tahniah pada Sahabat Blogger.
Harap Sahabat Blogger akan terus maju.

Good Luck, Sahabat Blogger.
I love Sahabat Blogger!


p/s ; Check inbox kat email tadi. Bukan main banyak lagi. Penat gila nak delete. :)

Thanks, Mr. Nuffnang :)

Tadi da malas da nak update blog.
Tak tahu nak story apa da. Then, bukak lah account Nuffnang atul.
Berita yang menggembirakan sebab duit semakin meningkat.
Alhamdulillah. Walaupun tak banyak macam blogger lain, tapi syukur sangat sangat.
Ingat jugak Mr Nuffnang kat atul.
Thanks, Mr Nuffnang.

Mr Nuffnang, nanti bagi banyak lagi ye earning kat atul.
Jangan lupa bagi banyak lagi iklan kat blog atul ni.
Kepada yang selalu datang blog atul, thanks sangat sangat sebab support atul.
Atul ni mudah putus asa. Tapi dengan adanya semangat dan dorongan dari anda semua, atul akan terus blogging!
TQ, TQ :)

Thanks pada Mr Nuffnang, Celcom Channel X Music Experience SS yang dulunya adalah BE dan sekarang da jadi ME.
Dan thanks pada Digi Happy SS sebab telah menjadi BE menggantikan Celcom Channel X Music Experience SS.
Thanks all :)


p/s ; Bukan berlagak, sekadar berkongsi kegembiraan :)

"Aku Hangat, Nak Join Bloglist Jejaka Terhangat"



Assalamualaikum semua.
Salam jumaat yang penuh keberkatan.
Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat.

Hari ni atul nak join segmen lagi.
Memandangkan hari ni cuti, so, nak update blog banyak banyak.
Tadi da buat kerja sikit. Malam ni sambung pulak.
Sekarang ni nak online dulu.

Okay, kali ni segmen dari Jejaka Terhangat.
Kalau nak join, klik je gambar kat atas ni ye :)

Semua syarat syarat telah atu laksanakan.
Cuma atul kena nyatakan 2 special point pasal blog atul dan 2 point yang best pasal blog Jejaka Terhangat.

Blog atul ;

1. Blog yang simple sangat. Blog yang menarik. Sekali datang blog atul, mesti nak datang lagi.
2. Blog ni akan di update tiap tiap hari walaupun tuan blog ni busy.

Blog Jejaka Terhangat ;

1. Blog yang hangat, best dan info info yang menarik.
2. Simple dan terbaik! :)

Tag 2 orang bloggers ;

Miera
Natasya

Okay, siap.
Harap Jejaka Terhangat sudi lah nak letak blog atul ni dalam bloglist Jejaka Terhangat.
Terima kasih :)

Thursday, January 20, 2011

Kalau Berpacaran ~

Kalau Berpacaran, sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan dan Altimet.
Mesti korang da pernah dengar lagu ni kan ??
Well, bagi atul, lagu ni best sangat.
Mula mula dengar sebab kawan atul nyanyi.
Then terus cari kat 4shared. Download kat 4shared.
Sekarang ni da hafal da. Hehe. Best lah.

Antara lirik lagu Kalau Berpacaran ;

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang.
Menjaga susila ibu bapa adik abang.
Apabila berdua, cari lah tempat yang terang.
Agar tidak pula mencuba aksi yang terlarang.

Pada yang tengah berpacaran, termasuk saya sendiri, ingat lah ye.
Bercinta ni banyak pantang larang. Kita ni orang Islam, bukan orang Barat yang boleh buat sesuka hati.
Jaga lah adab adab semasa bercinta. Jangan kita lalai dan hanyut dengan percintaan ni.
Betulkan niat kita tuu. Bercinta kerana Allah SWT bukan kerana nafsu semata mata.
Bercinta pun kita kena jaga maruah keluarga kita.
Jangan disebabkan kita buat sesuatu yang boleh memalukan keluarga kita, maruah keluarga kita tercemar.
Bercinta memang boleh, tapi biar lah kena pada tempatnya.

Lirik yang ni pula ;

Boleh pandang pandang.
Jangan pegang pegang.
Duduk renggang renggang.
Bertambah sayang.

Biar malu malu.
Biar segan segan.
Kerna malu itu perisai orang beriman.

Bagi yang tengah berpacaran tuu, ingatan untuk diri atul sendiri dan semua.
Ingat ye, kita boleh pandang pandang je. Jangan nak pegang pegang.
Kita pun tahu kan, kalau perempuan dan lelaki bersentuhan adalah haram.
So, jangan lah pegang pegang ye.
Kalau nak pegang sangat, pergi lah nikah dulu, okay ??

Duduk pun sama, duduk renggang renggang, jangan dekat dekat.
Nanti dekat dekat susah pula. Ingat, bila berdua, ada yang ketiganya.
Yang ketiga tuu lah yang boleh buat kita terjerumus ke lembah maksiat.
So, duduk jauh jauh sikit ye. :)

Kita ni kena lah malu malu, jangan tak tahu malu.
Lagi lagi yang perempuan, kena ada sifat pemalu.
Jangan kita pula yang nak mulakan dulu. Tuu da gatal sangat pula.
Sesungguhnya malu itu separuh daripada Iman.

Lirik yang terakhir ;

Kalau berpacaran jangan tunggu lama lama.
Kalau da berkenan jumpa lah ayah dan mama.
Hantarkan rombongan meminang dengan segera.
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya.

Bagi yang tengah berpacaran, kalau da sampai masanya, da cukup dari segala aspek, jangan tunggu lama lama.
Cepat cepat lah masuk meminang ye.
Kalau lambat nanti, orang lain sambar pula pasangan anda tuu, nanti anda juga yang menyesal.
Cepat cepat, jangan lambat lambat ye. :)
Pastikan da bersedia dari segala aspek ye.

Okay, itu sahaja yang ingin dikongsi pada malam ni.
Maaf lah sebab yang part Altimet nyanyi tuu tak hafal lah.
Laju sangat. Hehe.
Ni je lirik yang sempat hafal.

Ni semua peringatan untuk yang sedang berpacaran.
Peringatan untuk atul sendiri dan juga orang lain.
Renung renungkan dan selamat beramal! :)

Maaf kalau lirik tak betul sebab lirik kat atas ni sebab atul hafal sendiri :)

Apa Di Dalam Backpack Anda ?


Assalamualaikum semua. Sihat ??
Jaga diri ye. Jaga kesihatan baik baik.
Atul alhamdulillah sihat.
Happy sangat sebab dapat online lagi. :)

Kali ni atul nak join segmen dari The Garang.
Segmen kali ni tajuknya Apa Di Dalam Backpack Anda ?
Di mana segmen kali ni atul kena tangkap 1 keping gambar yang mengandungi barang barang yang atul bawak ke mana sahaja.
Kat bawah ni korang boleh tengok antara barang yang atul bawak ke mana sahaja, iaitu laptop DELL, beg dompet, dan 2 handphone dan Celcom broadband.
5 barang ni sangat penting. Tak boleh hidup tanpa barang barang ni.


1. Laptop DELL - Laptop ni dibeli oleh kakak atul pada bulan 6 2009. Sebelum atul masuk UiTM. Dulu tak ambil tahu pun pasal laptop ni. Kakak beli, ambil je lah. Sekarang ni da tahu kepentingan laptop ni. So, ke mana sahaja atul pergi, atul akan bawa. Tapi tak adalah sampai nak pergi tandas pun bawa laptop ni. Hehe. Atul sayang sangat kat laptop ni dan tak boleh hidup tanpa laptop ni.

2. Beg dompet - Sorry ye, beg duit yang tak berapa cantik tuu. Isinya pun tak ada. Hehe. Adalah untuk belanja harian. Ni pun kalau pergi mana mana, atul akan bawa. Duit kan penting, so, mesti lah bawa ke mana sahaja. Nak beli itu, nak beli ini, senang lah sikit. Betul tak ??

3. 2 handphone - Atul ada 2 handphone, Sony Ericsson dan Nokia. Phone Nokia tuu phone yang da lama sangat. Phone tuu pakai nombor Celcom, yang digunakan untuk mesej dengan kawan kawan di UiTM ni. Sebab kebanyakkannya pakai Celcom. Phone Sony Ericsson, nombor Maxis. Untuk call family yang berada jauh di mata. Kiranya kalau atul ada kat Ampang, phone ni penting lah nak contact kawan kawan kat Kelantan. Bila kat Kelantan, dengan adanya phone ni, senang nak call mama dan abah. Kalau nak call pakwe, ehem ehem, cuba teka nombor mana atul guna ?? HAHA. Gurau je. *Phone Sony Ericsson tiada dalam gambar sebab digunakan untuk tangkap gambar kat atas ni. Yang dalam gambar tuu, phone roomate. :)

4. Celcom broadband - Ni yang paling penting. Tak ada broadband ni, tak senang hidup gua cakap. HAHA. Betul. 1 hari tak online, memang tak sah. So, broadband ni penting nak contact dengan rakan rakan blogger, cari info info terkini. Sebab tuu, pergi mana mana, laptop dan broadband seperti lagu dan irama, tak boleh dipisahkan. Ianya sangat penting.

Okay, itu je lah antara barang barangnya.
Terima kasih :)

Wednesday, January 19, 2011

Diam Itu Lebih Baik ~

Diam itu lebih baik.
Tajuk yang atul pilih pada hari ni.
Well, atul suka diam. Maksudnya kurang bercakap.
Dulu masa kat sekolah, mungkin atul ni jenis yang banyak cakap.
Kira dulu atul ni minah kepoh lah jugak. Hehe.

Tapi sekarang ni da kurang bercakap.
Bila dengan kawan kawan pun, atul kurang bercakap.
Bila diaorang tanya, baru lah atul jawab.
Atul lebih suka dengar kawan kawan atul yang bercakap.

Pelik jugak dengan atul ni.
Kadang kadang diaorang tanya jugak atul.
Kenapa atul diam je. Atul cakap, tak ada apa apa lah.
Lagi suka diam kot.
Kalau banyak cakap nanti, penat pulak.

Kalau ada benda tak penting, rasanya baik kita diam je.
Sebab kalau kita cakap benda yang salah, atau terguris hati orang lain, tak ke kita rasa bersalah ??
So, rasanya kurangkan bercakap lagi bagus kot.
Kalau nak bercakap pun, fikir dulu ayat yang nak kita ucapkan tuu.
Sebab, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata, buruk padahnya.

Nak bercakap banyak boleh, tapi biar lah apa yang kita ucapkan tuu membari manfaat pada kita dan juga orang lain.
Jangan sesekali bercakap perkara yang akan mengguris hati dan perasaan orang lain.
Nanti kita juga yang susah.
Betul tak ??

So, kurangkan bercakap. Berfikir sebelum bercakap.
Dan kadang kadang diam itu lebih baik. :)
Itu sahaja untuk hari ni.
Terima kasih semua ^_^

Quotes ; Better remain silent, better not even think, if you are not prepared to act.
Annie Besant.

Credit to ; Brainy Quote

Bloglist QDA ~


Hari ni adalah hari join segmen sedunia.
Okay, kali ni atul nak join segmen dari rakan blogger atul, Qaseh Dalia Adelia.
Kepada blogger yang nak join, klik gambar kat atas ni ye. :)

Atul join segmen ni adalah kerana nak support kawan atul.
Nanti kalau blog atul da ada kat dalam bloglist dia, boleh lah dia tahu yang atul da update entri terbaru.
So, harap harap lepas ni, Qaseh selalu lah datang blog atul ye. Hehe.
Ingat ye, nombor 13. :)

Good luck pada Qaseh.
Thanks :)

JOM GEGAR BLOG


Nak join jugak segmen dari abg ben ashaari.
Korang nak join ?? Klik gambar kat atas ye.
Thanks :)

Tuesday, January 18, 2011

Mood Blogging Semakin Berkurang ~

Mood blogging atul da semakin berkurang.
Entah lah. Tiba tiba je rasa malas sangat nak update blog.
Pada hal atul kan minat blogging ni.
Tapi kenapa tiba tiba jadi macam ni ??

Salah satunya mungkin sebab atul tak ada idea.
Sebenarnya bila atul tak online, idea dalam kepala ni mencurah curah.
Macam macam yang atul nak tulis.
Bila da online, idea tuu semua hilang. Sangat pelik.

Faktor lain mungkin sebab blog atul ni tak popular macam blog blogger lain.
Yelah, atul tengok, blog blogger lain, bila diaorang update je, mesti ramai yang komen.
Tapi blog atul ?? Ada sikit je yang komen. Nak kata tak ada follower, ramai jugak lah follower.
Atul tak paksa orang untuk komen apa yang atul tulis kat blog atul ni.
Tapi bila ada ramai yang komen, atul rasa gembira sangat.
Ada jugak yang baca entri atul ni. Semangat atul nak tulis lagi untuk entri akan datang.

Page khas untuk blog atul, yang LIKE page ni da semakin berkurang.
Tak apa lah. Da orang tak suka. Bila bila masa dia boleh UNLIKE kan.
Apa apa pun, thanks pada yang support.

Iklan Nuffnang da tak kelihatan.
Duit pun tak bertambah. Tengok blog blogger lain, banyaknya duit dia dapat dari Nuffnang.
Tersangat lah jealous, okay!
Nuffnang, cepat lah muncul semula!

Masa hujung bulan Disember, atul buat segmen untuk blogger yang nak join bloglist atul.
Tapi tak mendapat sambutan. Atul give up.
Hanya berapa orang je yang join. Blog tak glamour, siapa yang nak join.
Tak apa lah, bukan rezeki lagi untuk buat segmen.

Bila difikirkan balik, atul blogging ni bukan nak cari glamour.
Bukan nak cari duit. Ini semua sebab minat atul.
Duit hanya lah sampingan. Kalau dapat, alhamdulillah.
Kalau tak ada rezeki tak apa.
Atul akan teruskan blogging walaupun blog atul ni tak famous.
Atul blogging bukan nak jadi terkenal, tapi nak orang hargai apa yang atul tulis.

Kembalikan lah mood blogging atul semula.
Kembalikan!


p/s ; Ni bukan entri minta simpati, tapi sekadar luahan hati.

Monday, January 17, 2011

AKU INI WANITA


Nak join segmen dari abg ben ashaari ??
Klik je gambar kat atas ye :)

*Ceritakan atau luahkan perasaan anda terutama mereka yang bergelar ibu yang mana ramai para suami kurang prihatin tentang masalah mereka yang bergelar ibu yang terpaksa juga bekerja bagi membantu suami , atau suri rumah yang menjaga anak , mahupun mereka yang bergelar pelajar .. Tak lupa juga buat mereka yang kecewa dalam percintaan kerana ditipu dek lelaki .. LUAHKAN apa saja.. tapi jangan la over sangat yer.. cover cover la skit ..

~Bila kita sebut je pasal wanita, mesti kita akan fikir yang wanita ni hatinya lembut, mudah terguris, seorang yang kuat emosi dan sebagainya. Benar lah apa yang dikatakan kebanyakkan orang tentang wanita. Wanita ni memang seorang yang emosi, macam atul. Bila berbicara tentang perkara yang sensitif, bila kena tegur sikit, mula lah air mata tuu akan mengalir. Hati seorang wanita mudah terguris. Lagi lagi apabila dikaitkan dengan CINTA. Wanita ni mudah dikenali dengan kecewa dalam percintaan.

~Siapa yang suka dikecewakan ?? Rasanya tak ada siapa yang suka apabila dia dikecewakan. Begitu juga dengan wanita. Wanita ni begitu setia dalam percintaan tapi mengapa kaum lelaki nak juga permainkan perasaan wanita ?? Kenapa ?? Bukankan kaum lelaki tahu hati wanita mudah terguris tapi kenapa nak guriskan lagi hati mereka ?? Gembirakah anda dengan mengecewakan hati wanita yang tak bersalah ??

~Atul da banyak kali dikecewakan. Da lali dengan kehidupan percintaan ni. Percintaan yang penuh dengan tipu, dusta, kata kata manis seorang lelaki yang akhirnya berakhir dengan kecewa. Sakit sangat hati ini. Pernah ke korang rasa sakit dikecewakan ?? Mesti takkan ?? Sebab tuu korang suka kecewakan hati perempuan. Betul tak ?? Atul harap 1 hari nanti korang rasa macam mana sakitnya hati ni bila dikecewakan dengan orang yang kita sayang.

~Mama atul, seorang wanita yang banyak berkorban untuk keluarga atul. Walaupun kitaorang bukan dari keluarga yang senang, tapi mama tak pernah mengeluh. Malah dia cuba untuk buat sesuatu untuk keluarga atul supaya kitaorang dapat hidup selesa. Mama banyak tolong abah kalau abah ada masalah. Mama, terima kasih atas segalanya. Tanpa mama, siapalah angah sekarang. Angah doakan yang terbaik untuk mama. Doakan angah berjaya supaya angah dapat tolong mama. 1 hari nanti angah akan ubah nasib keluarga kita. Mama, angah sayang mama. Mama, seorang wanita yang banyak berkorban.

*Nasihat untuk lelaki ?

~Hargailah pengorbanan wanita. Jangan sesekali sakiti hati mereka. Sesungguhnya wanita adalah seorang insan yang berhati mulia :)

Terima kasih :)

Bersyukur Dengan Nikmat Yang Ada ~

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, dapat jumpa lagi.
Sangat merindui blog ni dan rakan rakan blogger.
Baru je balik kelas pukul 4 tadi.
Well, macam biasa. Online dulu.

Hari ni kelas start pukul 8 pagi.
Kelas MAF or costing.
Okay je. Bincang pasal latihan Contract Account.
Madam cakap hari rabu ni ada Quiz 1.
Ohh, okay. Balik ni study lagi.
Sebab da banyak buat latihan, so, balik ni buat lagi.
Nak dapat full mark. :)
We must aim for the best, right ??

Kelas ECO macam biasa je.
Kelas BEL best sebab mesti kena buat presentation.
Kira macam practice lah kan.
Sebab for this semester, kena buat 4 presentation.
So, kena banyak practice. Best lah.
Boleh improve english, our confident level.
I really love it.
And, I love you, Madam Marhaini :)

Tadi Madam ada cerita pasal kisah suami isteri ni.
Madam dengar kat radio IKIM FM. Kalau tak silap lah.
Ada sepasang suami isteri ni, isteri dia memang seorang isteri yang sangat perfect.
Kira tak ada apa yang salah pada isteri dia, which is very good.
Then, isteri dia mengandung and they hope they will get a baby boy.
And alhamdulillah, their first baby is baby boy.

They are so happy. Everything is complete for their baby.
Bila anak dia da berumur 2 ke 3 tahun macam tuu lah, dia dapat tengok, perangai anak dia berbeza sangat dengan perangai dia.
Perangai dia kan dia seorang yang kemas, everything must be perfect.
But, anak dia tak macam dia.
Anak dia suka bersepah. Barang barang berterabur sana sini.

1 hari tuu, ada tetamu nak datang rumah.
Dia kemas rumah tuu memang bersih lah.
Sebab tetamu nak datang kan. Then dia pergi masak.
Lepas je habis masak, dia pergi ke ruang tamu, tengok rumah dia bersepah sangat sangat.
Dia pun da hilang sabar dan kejar anak dia.
Nak marah anak dia lah.
Anak dia lari, lari sampai ke luar pagar.

Bila da sampai ke luar pagar tuu, dengar 1 bunyi.
Dia tengok anak dia da kena langgar dengan kereta.
Dia cepat cepat ambil anak dia bawa pergi hospital.
Tapi malangnya, anak dia da meninggal.
Dia pun tak boleh nak buat apa.

Apa yang boleh disimpulkan di sini, kita kena bersyukur dengan apa jua nikmat yang diberi olehNya.
Nikmat yang diberi boleh hilang sekelip mata sahaja kalau da ALLAH inginkan.
Macam cerita tuu lah. ALLAH da kurniakan kita dengan anugerah seorang zuriat, walau jahat mana pun dia, walau nakal mana pun dia, kita kena bersyukur.
Sama jugak dengan kita, kalau kita ni dari golongan berada, jangan lah sesekali nak berlagak atau megah dengan apa yang kita ada.
Sesungguhnya itu semua pinjaman dari ALLAH SWT.
Kalau DIA nak tarik nikmat tuu, DIA boleh tarik sekelip mata.

Sama jugak kalau kita ni canti ke, handsome ke.
Jangan lah nak megah dengan kecantikkan kita tuu.
Kalau megah sangat, tiba tiba je accident ke, kaki patah, muka jadi apa ke, kecantikkan tuu akan hilang juga.
Betul tak ??

Atul pun terfikir, kenapa atul tak bersyukur dilahirkan begini.
Sedangkan atul lengkap, semuanya ada.
Ni atul pendek, nak jadi tinggi.
Gemuk nak jadi kurus. Nampak sangat atul tak bersyukur.
Tengok orang kaya, fikir pulak, kenapa aku tak kaya macam orang tuu.
Ya ALLAH, tak bersyukurnya aku dengan nikmat yang diberikan selama ni.
Rasa insaf sangat.

So, bersyukur lah dengan apa yang kita nikmati sekarang ni.
Jangan menyesal di kemudian hari.
Sampai bertemu lagi. Assalamualaikum :)

Sunday, January 16, 2011

BEN ASHAARI : CINTA MONYETKU..


Assalamualikum semua.
Update lagi. Kali ni nak join segmen dari abg ben ashaari pulak.
Kalau nak join, klik je gambar kat atas ni ye. :)

Segmen kali ni nak mengimbau kembali cerita cinta monyet ketika waktu sekolah dulu.
Menarik ni. Jom tengok cerita cinta monyet pasal atul ni. :)

Atul ni masa kat sekolah dulu, mana ada lelaki suka kat atul. Atul ni dulu dan sekarang memang tak comel. Tak ada siapa pun minat kat atul. Betul, tak tipu. Tapi tak kisah pun.

Cerita pertama masa sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Ampang. Masa tuu atul darjah 6. Waktu tuu atul tengah tunggu kawan atul. Then ada sorang mamat ni boleh pulak main bola kat tangga, then bola tuu terkena kat atul. Atul tak marah pun. Tapi bila tengok mamat tuu, terus jatuh hati. Atul pun apa lagi, cerita lah kat kawan atul. Then kecoh pasal atul suka kat mamat tuu. Mamat tuu pun tak layan. Kalau jumpa atul, memang tak pandang lah kan. Orang da ada makwe lah katakan. Masa tuu kan lurus bendul lagi. Tak apa lah dia ada makwe pun, nak minat jugak. Sampai lah masuk sekolah menengah, dia memang tak pernah tegur atul dan benci kot kat atul. Walaupun kitaorang ni pengawas, kerja sama sama pun, tak pernah bertegur. Sampai lah 1 hari tuu, tergerak hati nak tegur dia. Masa tuu tak ada feeling da kat dia. Ingatkan dia marah ke apa. Tapi alhamdulillah, dia pun okay. Sampai lah sekarang. Walaupun tak contact, tapi dia tetap kawan atul. Dia pun da ada makwe sekarang ni. Hai Megat ! Hehe.

Cerita kedua semasa di sekolah menengah. Atul minat kat mamat ni. Nama dia Fariq. Oppss. Hehe. Memang minat lah kat dia. Handsome kot. Comel. Dari form 1 sampai form 2 kawan je. Masuk form 3, kitaorang couple. Best lah. 1 kelas kot. Study sama sama, pergi sekolah sama sama. Sanggup datang rumah atul, then pergi sama sama. Rehat makan sama sama. Kiranya semua benda kita orang buat sama sama. Jangan fikir lain ye. Best lah masa couple dengan dia. Semua orang tahu kitaorang ni couple. Cikgu cikgu pun tahu. Cikgu okay je. Lagi pun tak ganggu pelajaran aku. Okay lah kan. Family dia da kenal aku, family aku pun da kenal dia. Masa aku couple dengan dia, ada budak lelaki kelas tuu, minat kat aku jugak. Dia tahu aku couple dengan fariq. Dia cakap dia undur diri. Anif anif. Kau da jadi kawan baik aku sekarang. Kelakar lah bila ingat balik. Bangga lah jugak couple dengan fariq ni. Pemain bola sepak masa kat sekolah kot. Hehe. Jodoh tak lama. Masa form 4, dia tukar sekolah. Dia jumpa perempuan lain dan mintak putus dengan aku. Aku pun terima je lah. Tak ada hak nak larang dia. Alhamdulillah dia da bahagia dengan makwe dia setelah aku lihat di facebook dia. Dia cinta pertama aku. Dulu benci lah jugak. Tapi sekarang tak. Kawan macam biasa. Tapi dia da sombong sekarang ni. Tak apa lah. Bila senang, lupakan kawan kawan. Bila susah, baru nak cari. Apa apa pun, aku doakan yang terbaik buat dia. Dan aku ?? Hanya menunggu jodoh yang terbaik buat aku. Biar lah ALLAH SWT yang menentukan segala-galanya.

Pesanan buat mereka yang bercinta ;

Masing masing punya hak untuk bercinta. Orang lain tak boleh nak halang. Tapi kita kena lah pandai nak jaga hubungan kita tuu dengan apa yang kita buat sekarang ni. Yang masih belajar, jangan abaikan pelajaran kerana cinta. Kerana pelajaran adalah segala-galanya. Kejar cita cita baru kejar cinta.

Itu sahaja. Terima kasih :)

Semuanya Da Berakhir ~

Awak betul betul nak saya lupakan awakkan ??
Awak ingat saya boleh ke lupakan awak ??
One thing for sure, I will never forget you.
NEVER FORGET YOU!

Awak, awak da jadi sebahagian dari hidup saya.
Saya da kenal awak lama da. Takkan sekelip mata saya boleh lupakan awak.
Takkan boleh awak. Dan saya takkan lupakan awak.
Saya takkan sesekali buat benda tuu.

Mesej terakhir yang awak hantar kat saya, saya simpan lagi.
Saya takkan buang. Sebab kalau saya rindukan awak, saya boleh baca mesej tuu walaupun ianya menyakitkan hati saya.

Mesej terakhir dari Mr. A ;

Deep in my heart, i am suffering, knowing that i've lost u. On the outside, I am living, pretending that i've forgotten you.. But, my heart is still beating because of you.

Hanya mati yang boleh buat saya lupakan awak.

Untuk elakkan kita dari terus terseksa, kita buat hal masing masing. Boleh ?? Saya takkan contact awak awak lagi dan awak pun takkan contact saya jugak. Setuju ??

Saya mohon dan merayu pada awak, tolong lupakan saya dan buang kenangan kita. Please. Urmm.

Mungkin permintaan saya kasar, tapi saya mohon dengan rendah hati, lepas ni tolong jangan tanya khabar saya melalui adik saya. Awak nak berhubung dengan adik saya, saya tak kisah. Tapi tolong jangan tanya apa apa pun tentang saya. Boleh ??

Awak yang mintak semua ni.
Sakit awak bila baca semua ni. Sakit sangat.
Terseksa hati saya. Terseksa !
Hati saya menangis. Saya menangis kat roomates saya.
Saya jadi lemah sebab ni. Saya jadi pendiam.
Kenapa awak buat semua ni kat saya ?? KENAPA ???

Saya terima dengan seikhlas hati saya.
Saya takkan lupakan awak. Saya takkan contact awak da.
Saya takkan tanya khabar awak melalui adik awak da.
Saya akan buat semua ni sebab awak.
Awak yang nak semua ni.

Thanks sebab buat saya macam ni. Thanks sangat sangat.
Awak gembirakan kalau saya sedih ??
Awak gembirakan kalau saya menangis ??
Awak gembirakan dengan apa yang awak buat ni ??
Jawab awak !
Awak gembirakan ??

Thanks for everything !


p/s ; Maaf entri kali ni agak jiwang + sedih. Atul betul betul tension. Otak ni serabut sangat. Air mata ni asyik nak mengalir je. Da lah teringat kat family. Tambah pulak dengan masalah ni. Maaf semua.

Modul 4 Berakhir ~

Assalamualaikum semua.
Selamat petang. Alhamdulillah, dapat jugak update blog.
Harap anda semua sihat.
Atul ?? Alhamdulillah sihat. :)

Semalam tak sempat update blog.
Pagi semalam ada Modul untuk pelajar semester ke 4.
Kalau nak tahu, Modul ni semua student kena ikut untuk grad nanti.
Kalau 1 semester tak mengikuti Modul, tak boleh grad.
Alhamdulillah, setakat ni semua Modul atul da ikut.

Kena dengar ceramah selama 4 jam.
Ada 2 sesi. Sesi pertama bersama dengan Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar & Alumni, iaitu Tuan Haji Shukri Salleh.
Tuan Haji terangkan pasal Pembinaan Warga Setia selama 2 jam.
Macam biasa lah, kalau dengar ceramah, mesti boringkan.
Tengok ramai yang dengar lagu, bercakap.
Atul ?? Atul fokus ye. Betul, tak tipu.
Sempat lah catat apa apa maklumat penting.

Sesi kedua dengan Encik Meer Zhar Farouk, Koordinator Unit Latihan Pembangunan & Kepimpinan Pelajar (LPKP).
Best sangat ceramah yang disampaikan oleh Encik Farouk mengenai Falsafah MIM.
Kira tak boring lah. Gelak je, tengok video.
Memang best lah.
Ada video pasal anak anak yang tak mengenang pengorbanan ibu mereka.
Sedih sangat tapi aku berusaha untuk tak nangis.
Tak nak menangis da. Penat lah.
Aku tahu aku rindu kat family kat rumah, tapi tak nak menangis.
Tak lama lagi nak balik da kan.

Habis Modul 4 ni. Alhamdulillah.
Balik tuu pergi ke Machang. Beli tiket bas untuk pulang ke rumah pada 27/1/2011 ni.
Naik bas malam. Tak sabar sangat.
Then pergi makan KFC. Lama da tak makan.
Dapat jugak makan. Hehe.
Petang tuu semua kepenatan, balik terus tidur.
Semalam adalah hari yang agak memenatkan.

Itu sahaja cerita pasal semalam.
Cerita harini ?? Jap lagi ye.
Cerita yang sedih. Tungguuuu..

Saturday, January 15, 2011

Contest Blog Paling Comel !


Assalamualaikum semua. Selamat petang.
Okay, kali ni atul nak join contest.
Da lama tak join contest. Rindu lah pulak. Hehe.
Atul di tag oleh adik angkat atul, Miera.
Kepada sesiapa yang nak join, klik je gambar kat atas ni ye.
Kontest kali ni dianjurkan oleh Adik Beela.

Contest ni senang je. Jom lah join.
Hadiah adalah ; DUIT ! Hehe.
Tarikh tutup pada 5/2/2011.
Sempat lagi kalau nak join. :)

Insan yang sangat bertuah di tag adalah ;

Natasya
Nanakimie
Siti Safiyyah
Syafiq Rosli

Yang lain pun boleh join jugak.
Jangan malu dan jangan segan.
Hehe. Nanti kita jumpa lagi ye. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: