HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, March 29, 2011

Aku Nak Pergi Jauh !

Aku nak pergi jauh. Nak pergi jauh dari semua orang. Aku nak tinggalkan keluarga aku, kawan kawan aku, orang yang kenal dengan aku, dan yang paling penting, aku nak tinggalkan blog aku buat selama lamanya. :(

Okay okay. Jangan percaya dengan apa yang aku mengarut kat atas tuu. Aku takkan tinggalkan orang orang yang aku sayang dan yang paling penting, aku takkan tinggalkan blog kesayangan aku ni. Aku akan jadi gila kot kalau aku tinggalka blog aku ni. Aku sayang sangat kat blog aku. Blogku, hidupku!

Aku bukan nak pergi mana. Cuma nak pesan kat semua yang rajin datang blog aku ni untuk jaga blog aku ni baik baik. Kemungkinan besar dalam 2-3 hari yang akan datang aku takkan update blog. Sebab ?? Ada sebab tersendiri dan aku banyak sangat kerja nak kena buat. Biasa lah, aku kan orang orang busy. :p Tolong ye jaga blog atul ni kalau tengok atul tak update blog. Bak kata Kak Sunah, jangan lupa sedekah trafik untuk blog saya :) So, datang lah tiap tiap hari ye. ^_^

Semalam da tengok jadual final exam. Okay, lagi 3 minggu je final exam. Takut ?? Of course lah sebab banyak lagi tak study ni. Tapi yang paling happy adalah, final exam aku akan habis pada 1 Mei 2011. So, aku boleh balik rumah lepas tuu. Tak sabar nak balik rumah. Nak tido puas puas! ;p

Okay, ni jadual exam aku : *Saja nak bagi tahu kat korang :)

21 April 2011 : Computerized Accounting (AIS 280)
24 April 2011 : Costing (MAF 280)
26 April 2011 : Financial Accounting (FAR 250)
1 Mei 2011 : Macroeconomics (ECO 211)

Suka suka jugak sebab dapat balik awal. Tapi jangan suka sangat ye cik atul. Study tuu yang penting. Jangan ingat nak balik je. Ingat pesan abah, jangan nak selalu kira lah lagi berapa hari nak balik rumah. Study, okay! Good luck atul ^_^


p/s : Kepada blogger yang da bagi link blog mereka kat atul untuk di review, maaf ye lambat sikit. Atul banyak kerja. Tapi jangan risau, blog anda tetap akan di review. Cuma lambat je. ^_^ Maaf di atas segala kesulitan :)



Monday, March 28, 2011

Blog Aku Masuk Majalah Remaja :)

Jangan tertipu dengan tajuk di atas. Hehe. Ini lah majalah Remaja keluaran 1 April 2011 yang dibeli oleh roomate atul, Qazumi. Tadi tengah baca majalah ni, sampai kat 1 page tuu, tengok macam kenal je blog yang keluar dalam majalah Remaja kali ni. Tengok tengok, blog blogger famous lagi terkenal iaitu blog Cik Epal dan Admiral Hafiz :)

Blog Cik Epal :)



Okay, atul jealous. Sebab ?? Sebab blog mereka masuk majalah Remaja. Blog atul ?? Lambat lagi kot. Tak layak lagi! Well, congrats for both of them and good luck. :)

Impian atul dari dulu nak blog atul masuk majalah Remaja. Bukan nak famous atau apa. Cuma nak kongsi minat atul ni dengan semua orang. Nak orang tahu yang blogging ni memang best sangat. Belum cuba belum tahu. :) Tapi atul tahu yang blog atul ni masih baru. Banyak lagi yang nak kena perbaiki. Dari segi penulisan dan lain lain. Harapan atul agar 1 hari nanti, blog atul pun akan muncul dalam majalah Remaja macam blogger blogger yang lain. Doakan yang terbaik untuk atul ye. ^_^


p/s : Teruskan menyokong atul. Thanks :)

Sunday, March 27, 2011

Blogger Yang Sangat Comel :)


Gambar dari blog Yuyu Zulaikha :)

Mesti korang semua kenal blogger di atas ni kan ?? Siapa tak kenal, memang nak kena lah kan dengan atul. Hehe. Okay, itu gambar kak Yuyu Zulaikha. Atul mula kenal kak Yuyu sejak atul join Gathering Sahabat Blogger yang lepas. Mula mula jumpa dia, 'Mak aih, kecik nya dia ni'. Atul memang terkejut tengok kak Yuyu sebab dia kecik sangat orangnya. Atul ni lagi besar dari dia. Hehe. Masa tuu tak tahu pun kak Yuyu ni siapa. Serious, tak kenal. Rupanya dia adalah salah seorang blogger yang famous! Alamak, macam mana lah atul boleh tak tahu ni. Malu dengan diri sendiri. Blogger lain kenal kot dengan kak Yuyu. Atul je ketinggalan zaman!

Sejak dah jumpa dengan kak Yuyu, walaupun tak tegur, tak tangkap gambar dengan kak Yuyu, atul mula baca blog kak Yuyu. Blog dia comel macam dia jugak! Tak percaya, pergi tengok sendiri. Entri entri kat blog kak Yuyu semuanya best best, okay! :) Atul selalu baca blog kak Yuyu dan atul adalah salah seorang silent reader di blog kak Yuyu.

Kepada kak Yuyu, good luck and keep on blogging, ya! Atul akan terus support kak Yuyu. Harap 1 hari nanti atul dapat jumpa kak Yuyu dan atul nak tangkap gambar dengan kak Yuyu. Boleh kan kak Yuyu ?? Hehe. ^_^

p/s : Kak Yuyu, ada tips tak macam mana nak jadi kecik macam kak Yuyu ?? :)

Jangan Tensionkan Diri Anda :)

Manusia memang tak boleh lari dari masalah. Kalau orang yang tiada masalah tuu memang pelik sikit lah. Bukan orang agaknya. Urm, agak agak ada ke orang yang tiada masalah ?? Nak jugak aku tahu apa yang dia buat sampai hidup dia tiada masalah. Tapi aku pasti, setiap yang lahir di dunia ni akan menghadapi masalah. Tak kira lah kecil atau besar, semua pasti akan alaminya.

Sekarang ni pun aku ada masalah. Masalah aku apa lagi, pasal pelajaran lah. Walaupun semester ni aku hanya belajar 4 subjek, tapi rasanya macam aku ambil 10 subjek je. Bukan lah nak kata susah sangat, tapi itu lah. Pelajar macam aku yang malas nak belajar ni, bila tak boleh buat, mula lah putus asa. Bukannya nak mencuba lagi kan ??

Subjek yang aku risau sangat untuk semester ni adalah FAR 250 atau Financial Accounting. Major subject bagi student Diploma Perakaunan. Agak sukar dan mencabar diri aku ni. Seriously, aku boleh buat tapi yang aku buat tuu, memang tak lengkap lah kan. Kalau dalam final exam, memang takkan dapat lah markah penuh. Tapi sekarang ni aku tengah mencuba untuk dapat markah penuh bagi tajuk yang tengah aku belajar ni.

Jealous sangat sebab kawan kawan aku boleh jawab soalan untuk tajuk tuu. Memang gempak lah kan sebab semua soalan dia buat, jawapan mesti imbang. Tercabar kot aku dengan diaorang. Aku buat memang tak imbang lah kan. Sedih memang sedih, tercabar memang tercabar. Mana boleh kan diaorang lagi power dari aku. Aku akan buat sesuatu untuk lagi power dari diaorang. Tunguuuu..

Dalam pelajaran ni tak salahkan kalau kita nak cemburu dengan kawan kita sendiri. Ini salah satu cara untuk membangkitkan semangat dalam diri kita. Jangan lah sampai kita tak dapat buat soalan tuu, kawan kawan kita boleh buat, kita jadi tension. Well, try untuk fikir positif. Kalau diaorang boleh buat, aku mesti boleh buat kan. Itu yang selalu aku ingatkan kat diri aku ini. Aku tak nak lah tension sebab belajar ni. Jadi, aku pun fikir positif dan try untuk belajar dengan kawan kawan yang lagi pandai dari aku. Nanti aku pun bole jadi macam diaorang jugakkan ?? Tak gitu ?? ^_^

Jangan tension kan diri anda. Cuba rehatkan minda anda. Fikir positif, anda pasti boleh! :)

p/s : Good luck kepada student yang ambil subjek FAR 250. :)

Saturday, March 26, 2011

"aku REVIEW sambil SEDEKAH"


Nak join ?? Klik header di atas ni ye :)

Assalamualaikum semua. Hari ni atul nak join segmen dari Kyerull iaitu "aku REVIEW sambil SEDEKAH". Tajuk segmen ni menarik sangat. Apa lagi, jom lah join ^_^

Review tentang blog Kyerull :

1- Blog yang simple. Header yang comel.
2- Tak banyak widget.
3- Entri yang sempoi.

Itu sahaja. Good luck :)


p/s : Kyerull ni smart lah. Suka tengok muka dia. Wink wink ^_^

Friday, March 25, 2011

Gua Tak Tipu!


Follower atul pada tarikh 25 Mac 2011 adalah seramai 615 orang. Nak dibandingkan follower atul pada 16 Disember 2009 hingga awal November 2010 adalah seramai 25 orang. Follower atul mula meningkat selepas atul follow abg ben ashaari dan mengikuti hampir kesemua segmen yang dianjurkan oleh abg ben. Atul tak percaya langsung lepas atul join je segmen abg ben, follower atul meningkat dengan sekelip mata.

Bayangkan hampir 1 tahun atul blogging, follower baru 25 orang. Yelah, dulu tak tahu apa apa pun pasal blogging ni. Dulu cerita pasal diri sendiri je. Tapi sekarang, join contest itu dan ini, segmen itu dan ini, review blog kawan kawan lah. Blogging dulu dan sekarang memang best bila atul da mula rapat dengan blogger blogger lain. Ternyata mereka memang baik, peramah dan sporting. Yang paling penting, tak kedekut ilmu dalam dunia blogging ni.

Thanks kepada abg ben ashaari, izamir ridwan, nazirul hazwan, ujang dan semua semua lah. Mereka ni banyak bagi tips terutamanya abg ben dan hampir kesemua tips atul ikut. Harap harap 1 hari nanti follower atul akan jadi beribu ribu macam blog mereka.

Atul sedang menanti follower blog atul yang ke 666. Atul akan bagi hadiah pada blogger yang menjadi follower blog atul yang ke 666. Tunggu dan lihat. Gua tak tipu! :)


p/s : 666, cantik nombor itu. ^_^

Blog Awak Best Sangat!


Assalamualaikum dan selamat petang. Harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu. Alhamdulillah, atul sihat. Syukur sangat. Hari ini atul tak tahu nak buat apa. Dari tadi online dan blogwalking. Atul mencari idea untuk update blog sendiri. Tengok blog blogger lain, best je. Macam macam cerita boleh baca. Syok sangat!

Mesti korang da kenal pemilik header blog kat atas tuu. Itu header milik Kak Sunah. Comel tak ?? Comel sangat. Blog Kak Sunah ni adalah antara blog yang atul suka sangat baca. Macam macam info menarik yang atul boleh dapat kat blog Kak Sunah.

Antara entri yang atul suka baca :

Klik SINI dan SINI.

Entri entri kat blog Kak Sunah memang mantap. Walaupun atul ni jarang komen, tapi ketahui lah bahawa diriku sangat suka membaca blogmu. Hehe. Good Luck, Kak Sunah!

p/s : Kak Sunah ni bercinta dengan Abang Ady Budika ek ?? ^_^

Thursday, March 24, 2011

Nak Jugak, Boleh Tak ?? :)

Kalau boleh kan, atul nak cari pasangan hidup yang juga seorang blogger seperti atul. Sebab kan tengok macam best je kalau blogger sama blogger ni bercinta dan disatukan bersama. Macam dua orang blogger kat bawah ni iaitu Kak Yana dan Ujang. Tersangat jealous tengok mereka. Atul pun nak jugak!!!!


Ujang : Sorry ambil gambar kat Facebook Ujang tanpa kebenaran. Jangan marah ye :)
*Suka sangat tengok Kak Yana dengan Ujang. So sweet!

Ada tak mana mana blogger lelaki yang single. Jom kita berkenalan. HAHA. Sengal lah aku ni! ^_^

p/s : Siapakah yg bakal mengisi gambar di sebelah atul itu. Wink wink ^_^

A Future Lecturer :)

Introducing myself :)

Represent for Berjaya Corporation Bhd :)

Assalamualaikum to all of you. I hope that everyone will be fine. Alhamdulillah, I am okay. Thanks to ALLAH SWT for everything. First thing first, I am so happy today because i already done with my third presentation for subject BEL 312. Everything is fine and I am satisfied with my third presentation compared to my first and second presentation. Well, for the third presentation, I am representing about Berjaya Corporation Bhd based on the article that I found in a newspaper.

For the third presentation, it is quite difficult compared to first and second presentation because we need to find all the information everywhere including in the newspaper, the company's website and so on. For me, it s difficult but I try to do the best for myself and I think, today, I prove it. Maybe there is some mistake that I make in my presentation like what my BEL lecturer told me that I need to improve on my pronounciation because there are some items or words that I don't know how to pronounce it. I will improve my pronounciation and I will improve my presentation.

I am proud of myself and I know that I can do better than this. You can do, atul! ^_^

p/s : Look at my picture above. Am I look like a lecturer ?? Maybe.. I am a future lecturer. :)
Ohh, I love to use microphone in my presentation because I feel more confident to do a presentation :)

Tuesday, March 22, 2011

AKU BENCI ROKOK


Nak join ?? Klik header di atas ni ye :)

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hari ni kelas habis awal dan boleh lah update banyak sikit. Itu pun kalau rajin lah. Lagi pun kerja banyak ni. Sebelum buat kerja, update lah dulu. Macam biasa, buka je blog abg ben, mesti ada segmen terbaru. So, atul pun tak nak lepaskan peluang ni, apa lagi, join lah segmen ni. Jom jom!

* Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..

-Saya benci rokok sebab rokok tuu membahayakan kesihatan. Saya benci rokok sebab rokok tuu baunya busuk sangat. Saya benci rokok sebab rokok tuu membazirkan duit kita je. Lebih baik duit tuu kita simpan kan. Beli makanan ke, kenyang lah jugak. Ni beli rokok pulak. Dapat apa beli rokok. Dapat penyakit adalah. Saya benci rokok sebab rokok lah punca macam macam penyakit. Korang suka ke dapat penyakit ?? Nak merasa sakit jantung ?? Hisap lah rokok banyak banyak lagi. Lagi satu kan, orang hisap rokok ni kan bibir dia tak cantik lah. Warna hitam kan ?? Tak comel, okay! Muka da smart, tengok tengok, hisap rokok pulak. Sorry, tak suka, okay!
Rokok ni jugak buat orang yang tak merokok dapat penyakit jugak. Selalu tak dengar, 'Weyh, kalau nak mati, mati sorang sorang lah'?? Ayat ni selalu ditujukan khas untuk orang yang merokok. Maksudnya, kalau nak hisap rokok tuu, hisap lah jauh jauh. Jangan dekat dengan orang yang tak merokok. Nanti tak pasal pasal, orang yang tak merokok tuu pulak dapat penyakit. Memang kau kejam!

* Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !

-Kepada mereka yang merokok, kalau boleh, berhenti lah merokok. Tak elok untuk kesihatan anda semua. Lagi pun, tak dapat apa apa kalau merokok ni. Malah menghabiskan duit korang je. Atul tahu susah nak berhenti merokok, tapi cuba lah berhenti dengan cara yang betul. Insyaallah, kalau niat betul, cara kita betul, mesti boleh punya berhenti merokok.
-Kepada bakal merokok, atul nasihatkan tak perlu lah ye nak merokok. Simpan lah cita cita anda yang ingin merokok tuu. Simpan duit, beli benda yang berfaedah, lagi baguskan. Penyakit pun tak ada, hati pun rasa gembira. Tak gitu ??

* Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini ..

-Atul tak benci orang yang merokok ni, cuma tak suka je. Bukan tak suka apa, tak selesa lah dengan orang yang merokok ni. Kalau duduk sebelah orang merokok ni, rasa sesak nafas je. Korang rasa apa ek bila hisap rokok tuu ?? Tak rimas ke ?? Tak sesak nafas ?? Yang hisap berkotak kotak sehari tuu, tak tahu lah nak jadi apa. Kalau tension sekali pun, banyak lagi cara nak atasinya. Bukan dengan merokok!

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK!

Itu sahaja. Thanks ^_^

Monday, March 21, 2011

Nak Tahu Pasal Saya ??

Hai! Nama saya Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim :)

Awak, awak. Awak nak tahu tak pasal saya ?? Saya nak cerita sikit kat awak pasal saya. Kalau awak tak nak baca pun, tak apa lah. Saya tetap jugak nak tulis pasal saya ^_^

  • Awak, saya ni kan kuat menangis awak. Kalau ada hal yang berkaitan dengan perasaan yang sedih, mesti saya menangis. Tak kisah lah apa apa pun, saya akan menangis. Lagi lagi kalau ianya berkait dengan keluarga saya. Ingat ye. Saya ni kuat menangis. :)
  • Awak, awak. Saya ni seorang yang pemarah. Awak mesti tak suka kan ?? Saya tahu. Ramai tak suka kat saya sebab saya ni pemarah orangnya. Tapi saya marah bersebab. Bukan saya saja saja nak marah orang. Itu kan gila namanya. Saya bukan gila taw. Hehe. :)
  • Awak, awak. Saya ni kuat makan awak. Saya memang suka makan. Sebab tuu sekarang ni saya semakin chubby. Awak mesti tak suka kan ?? Tak apa lah. Saya suka diri saya ni chubby. Saya nak jadi diri saya sendiri. Takkan saya nak kurus sebab awak pulakkan ??
  • Awak, saya ni tak suka shopping. Seriously, mesti awak tak percaya kan ?? Tapi kan awak, betul. Saya tak suka shopping. Saya pun tak tahu kenapa. Kalau saya pergi shopping dengan keluarga saya, saya tak tahu nak beli apa. Saya pun pelik jugak dengan diri saya ni. Tapi, itu lah saya.
  • Awak, saya ni tak pandai nak bergaya. Kalau awak tengok perempuan lain, diaorang semua pandai bergaya kan ?? Saya ni tak pandai nak bergaya. Saya teringin jugak nak bergaya macam diaorang. Pakai shawl yang cantik cantik, pakai baju yang comel comel. Tapi, saya tak yakin dengan diri saya. :(
  • Awak nak tahu ?? Saya ni takut dengan haiwan. Saya memang takut sangat dengan haiwan. Semua haiwan lah. Saya berani dengan kucing je. Kalau awak bagi saya lipas ke, rama rama ke, saya akan lari awak. Pada hal haiwan tuu lagi kecil dari saya kan ?? Tapi saya takut. Hehe. Itu lah saya. :)
  • Yang ni mesti awak da tahu kan. Saya ni tak makan sayur. Bagi je lah apa apa jenis sayur. Saya takkan makan. Kalau mama saya masakkan mee goreng untuk saya, mama saya takkan letak sayur. Sebab dia tahu yang saya akan letak sayur tuu kat tepi pinggan. Saya tak suka lah. Nak muntah bila makan sayur. ;p
  • Awak nak tahu apa impian saya ?? Saya ingatkan saya nak beli rumah banglo 4 tingkat kat family saya. Ada ke rumah banglo 4 tingkat ?? Hehe. Angan angan mat jenin je. Tapi kalau tak dapat pun, saya beli rumah yang lebih besar lah dari sekarang. Saya nak family saya hidup bahagia.
Da banyak pulak yang saya merepek ni. Rasanya itu sahaja kot. Harap awak awak semua sudi lah baca ye. Semua cerita di atas adalah fakta dan buka rekaan semata mata. Itu lah diri saya :)

Saturday, March 19, 2011

"Saya Join Bloglist Yuyu Zulaikha"


Nak join ?? Klik header di atas ni ye :)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi pagi lagi da update blog. Pada hal kerja banyak tak siap. Jap lagi atul siapkan lah ye. Atul nak join Bloglist Kak Yuyu Zulaikha ni. Tak nak lepaskan peluang sebab hari tuu da tak dapat join.

Atul ni adalah pembaca setia blog Kak Yuyu. Walaupun atul ni jarang komen entri di blog Kak Yuyu, tapi Kak Yuyu perlu tahu yang atul ni salah seorang pembaca setia blog Kak Yuyu. :)

Harap harap blog atul akan tersenarai lah di Bloglist Kak Yuyu. Thanks Kak Yuyu. Hope Kak Yuyu berjaya dalam dunia blogging ni. Good Luck :)


p/s ; Kak Yuyu yang sangat comel ! ^_^

Friday, March 18, 2011

Comelnya Aku!! :)

Thanks to Cik Bulat :)

Comelnya aku!! Comel tak ?? Comel tak ?? First of all, thanks sangat sangat kat Cik Bulat sebab sudi buat kan doodle untuk atul. Jealous sangat sebab tengok Ujang, Yuyu Zulaikha, Iqbalhakimi dan blogger lain sebab mereka semua ada doodle. Atul pun nak jugak.

Tadi online facebook and nampak Cik Bulat tulis kat status dia, siapa nak dia buatkan doodle, komen "Naklah sayang". Atul pun komen je lah kat status Cik Bulat. Ingatkan Cik Bulat gurau gurau je. Tengok tengok, betul betul Cik Bulat buat. Comel sangat. TQ CB! Love u so much :)


p/s : Yeay! Akhirnya ada jugak doodle. :) Good Night ^_^

"RANDOM GIVEAWAY PART 2 by Nisa Menaip"

Nak join ?? Klik header di atas ni ye :)

Assalamualaikum dan selamat petang. Okay, tak nak cerita panjang, just nak bagi tahu yang atul join Giveaway oleh Kak Nisa. Da 2 kali Kak Nisa buat Giveaway dan dua dua atul join. Tak kisah menang ke tak, atul nak join jugak. Harap harap Giveaway kali ni atul menang lah ye. :)

Wahai Kak Nisa yang baik hati,
Atul kat sini nak join sekali lagi,
Kalau ada rezeki, atul nak menang lah sekali,
Supaya atul dapat pakai Pashmina yang Kak Nisa bagi.

Okay tak pantun tuu ?? Hehe. Main hentam je. Kepada blogger yang nak join tuu, cepat lah join. Cepat cepat, Giveaway terhangat dari Kak Nisa. Hehe.

Thanks ^_^

Thursday, March 17, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

Nak join ?? Klik header kat atas ni ye. :)

Assalamualaikum dan selamat malam. Jumpa lagi dalam entri pada kali ini. Entri kali ni atul nak join segmen dari abg ben ashaari. Jom tengok soalan untuk segmen kali ini.

1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?

-Tipu lah kalau atul cakap atul tak pernah jatuh cinta. Pernah dan banyak kali. Dan banyak kali juga atul kecewa dalam bercinta. Apa yang membuatkan atul jatuh cinta adalah kerana keperibadian seseorang tuu. Kalau fizikal okay tapi keperibadiannya tak okay, tak bagus jugak. Begitu lah juga sebaliknya. :)

2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?

-Tak juga. Atul pentingkan fizikal dan juga keperibadiannya. Baru lah lengkap. Dua dua kena datang seiring. Kalau 1 je, mesti tak lengkap kan ??

3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?

-Bahagian mata. Kan orang kata, dari mata turun ke hati. Betul lah sebab bila tengok je mata dia, terus membuatkan hati ni cair dan berdegup kencang. Hehe.

4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?

-Setuju sangat sebab majoriti yang atul tengok, terutamanya lelaki, mereka lebih nampak berisi lepas da berkahwin. Yelah sebab makan pakai semua dijaga. Mesti rasa senang hati. Bila da senang hati, diri ni rasa bahagia sangat. Betul tak ??

5. Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..

-Majoritinya memang lelaki kacak kaki perempuan. Tapi tak semua macam tuu. Ada juga yang kacak dan setia pada seorang sahaja. Begitu juga dengan perempuan, tak semua perempuan materialistik.

6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..

-Lelaki idaman atul, yang mempunyai asas agama Islam yang kuat, pandai mengambil hati atul dan keluarga, seorang yang berkomitmen, jujur. Itu yang penting. Tiada si dia lagi, so, tak ada jawapan untuk kenapa saya pilih si dia. Hehe.

7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?

-Tiada pasangan, so, tiada jawapan!

8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?

-Alhamdulillah, puas hati sangat sangat. Tapi kalau boleh, nak kurangkan berat badan sikit. Bahagia sangat sebab tak ada pakwe, sebab tuu badan pun 'bahagia'. Hehe.

9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?

-Perlu kot. Depends pada diri masing masing. Tapi kalau atul lah, atul akan kekalkan je tubuh badan yang sekarang ni sebab kalau dia memang sayang kat atul, dia akan terima atul seadanya. Apa apa pun, terpulang lah pada diri masing masing. :)

10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..

-Tak mujarab! Atul tak percaya semua produk tuu dan tak pernah cuba pun. Lagi pun abah atul tak bagi cuba produk produk tuu. Nasihat abah, atul kena dengar. Dia tahu yang terbaik untuk atul. Tak gitu kawan kawan ?? :)


Okay, itu sahaja. Terima kasih ^_^

Happy Birthday To My Sayang :)


Assalamualaikum semua. Selamat pagi. :) Entri ni khas atul buat untuk anak buah kesayangan atul, iaitu Muhammad Iqram Haikal Bin Mohd Fairuz. Hari ni 17 Mac 2011, genap lah umur Haikal 2 tahun. Alhamdulillah, dia masih sihat dan semakin kurus.

Gambar kat atas tuu gambar masa dia umur 1 tahun, kalau tak silap lah. Gambar yang terbaru tak ada lagi sebab kakak atul tak upload pun kat Facebook. My sis busy sekarang ni. Hehe. Nak tangkap gambar Haikal memang tak boleh lah sebab sekarang ni saya di Kelantan dan dia di Ampang.

Khas untuk Haikal, walaupun Haikal tak tahu membaca lagi. Suruh lah mummy tolong bacakan ye :

Happy Birthday Haikal. Semoga Haikal sihat sihat selalu, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang soleh kepada mummy dan daddy. Haikal jangan nakal nakal ye. Kesian kat mummy, daddy, opah, atuk penat jaga Haikal. So, Haikal jangan nakal nakal ye. Jangan selalu gaduh dengan kakak Fifi tuu. Main sama sama, baca buku sama sama ye. Nanti mak ngah balik, kita melukis sama sama taw. Haikal nak hadiah ape ?? Mak ngah tak tahu nak beli hadiah ape kat Haikal. Tapi nanti mak ngah balik bulan 5, mak ngah akan bawak jugak hadiah special untuk Haikal. Haikal tunggu taw. Cakap dengan kakak, hadiah untuk kakak pun ada. Kalau tak, nanti korang bergaduh. Okay lah. Haikal jaga diri ye. Nanti kita jumpa taw. Doakan mak ngah kat sini sihat sihat selalu dan berjaya dalam final exam semester ni. Mak ngah kat sini sentiasa doakan Haikal dan yang lain lain kat sana. Mak ngah rindu kat korang semua. :'(

HAPPY BIRTHDAY HAIKAL ! :)

p/s ; Sekali lagi, sambil menaip entri ni, aku menangis. Rindunya kat family di rumah. :'(

Tuesday, March 15, 2011

Thanks Adik Sayang

First of all, nak thanks so much kat adik kesayangan atul, Miera sebab dia tolong buatkan watermark untuk blog atul ni. Well, actually atul tak tahu pun apa benda watermark tuu. Tapi miera da explain semuanya, baru lah atul faham.


Ini lah watermark yg miera buat untuk blog atul ni. Cuba tengok gambar kat atas tuu. Itu lah fungsinya. Hehe. Comel sangat sangat. Budak ni pandai je dia buat macam macam. Atul yang da belajar kat U ni pun tak tahu nak buat semua tuu. Tak sempat lagi nak menuntut ilmu dalam buat watermark dan header sendiri.

Untuk makluman semua, header atul yang comel comel tuu, semua miera yang buat. Bertuah tak atul ?? Hehe. TQ so much miera. Lain kali buat lah lagi ye. Nanti miera ajar akak pulak ek? Akak nak jugak try buat sendiri. Tapi bukan sekarang lah. Busy sikit sekarang ni.

Okay lah. Itu sahaja. Nak tidur jap. Pening kepala ni. :(

p/s ; Miera ambil kat mana gambar akak tuu ??

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


Nak join ?? Klik header di atas ni ye :)

Assalamualaikum semua. Hehe. Hari ini atul nak join lagi segmen dari abg ben ashaari. Jangan marah ye. Best join segmen ni. Boleh kenal dengan ramai kawan lagi. Okay lah, jom kita tengok soalan ditanya di dalam segmen kali ini. :)

  • Sila ceritakan latar belakang anda ..

  • -Nama diberi Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim. Berusia 19 tahun 5 bulan. Dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ampang, Selangor. Anak ke 2 dari 3 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan.

  • Profesion anda sekarang ?

  • -Saya seorang pelajar jurusan Diploma Perakaunan di UiTM Machang, Kelantan. Insyaallah, kalau ada rezeki, tahun depan akan menyambung pelajaran dalam Bachelor of Accountancy. Doa doakan lah ye. :)

  • Blog favourite anda .. kenapa ?

  • -Blog abg ben ashaari. Sebab banyak maklumat tentang dunia blogging yang atul dapat dari blog beliau. TQ!
    -Blog Cik Bulat, Nazirul Hazwan, Syafiq Rosli, FariqScorpio, Siti Safiyyah dan ramai lagi. Blog mereka best sebab pendapat mereka tentang sesuatu perkara tuu memang mantap. Atul pun banyak jugak belajar tips tips blogging dari mereka. Sorry kalau ada blogger yang atul tak mention kat sini. Ramai sangat lah. Apa apa pun, anda semua memang terbaik !

  • Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?

  • -Semua blog atul masuk. Cuma kalau blog yang terlalu banyak widget, atau blog yang ada lagu tuu, memang tak masuk sangat lah. Mengganggu tumpuan untuk membaca entri di blog mereka.

  • Impian anda terhadap blog anda ..

  • -First, nak mempromosikan blog atul ni kat majalah. Second, tingkatkan lagi traffik blog ni yang semakin kurang. Blog orang lain mesti banyak trafikkkan ?? Jealous ! Last but not least, nak ada domain sendiri dan nak mantapkan lagi entri di blog atul supaya orang tak jemu nak baca.


    Okay, itu sahaja. Selamat membaca dan selamat berkenalan semua :)

    Monday, March 14, 2011

    SEGMEN : BEN ASHAARI SOAL CINTA


    Nak join ?? Klik header di atas :)

    Assalamualaikum semua. Hari ni nak join segmen dari abg ben ashaari. Da lama tak join. Rindu lah pulak nak join. Jom kita tengok soalan yang ditanya oleh abg ben pasal CINTA!

    1. LELAKI pilihan anda ?
    -Lelaki pilihan atul, yang 1, dia mesti lah seorang yang baik. Mempunyai ilmu yang mantap tentang Islam. Ni penting supaya dia dapat membimbing atul ke jalan yang benar. Lelaki yang tak merokok. Lagi tinggi dari atul sebab atul pendek sangat. Hehe. Dia pandai mengambil hati atul dan keluarga atul dan yang paling penting dia mesti lah seorang yang berilmu. :)

    2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?

    -Perlu ke lelaki SEKSI ?? Haha. Perlu kot. Bagi atul, lelaki nampak seksi bila atul pandang je wajah dia, dia membuatkan atul jadi cair. Kira dia ada aura dia yang tersendiri. Dengan senyumannya yang manis, raut wajah yang handsome, WOW, lelaki tuu memang SEKSI!

    3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?

    -Kebanyakkan lelaki sekarang ni hanya berkorban sebelum memiliki cinta seorang perempuan. Macam macam yang sanggup dikorbankan asalkan dia memilki cinta perempuan tuu. Tapi bila da dapat cinta perempuan, dia tinggalkan je perempuan tuu tanpa sebab. Lelaki tuu memang tak guna lah kan. Kalau da tak nak perempuan tuu, cakap lah awal awal. Urghhh!!! Sorry, teremosional pulak. Tapi ada juga lelaki yang setia yang sanggup korbankan cinta sebelum dan selepas memiliki cinta perempuan tuu. Lelaki seperti inilah yang ku cari selama ini. Hehe.

    4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?

    -Saya tak sanggup BERMADU kerana saya tak suka kasih sayang saya bersama pasangan saya dikongsi oleh pihak ketiga. Tak sanggup!! Dia hanya untuk saya seorang.

    5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?

    -Dulu masa muda, bila dapat tahu pasangan atul ada teman wanita lain, memang marah sangat sangat. Sanggup ambil tahu pasal perempuan tuu dan siasat macam macam pasal dia. Tapi sekarang, saya sudah dewasa dan fikiran saya juga sudah matang. Bagi atul, atul redha kan dia dengan perempuan lain. Atul tahu ada lelaki lain yang lagi baik untuk atul. Atul hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia dan pasangan dia. Kepada semua bekas pakwe saya, semoga anda berbahagia bersama pasangan anda. AMIN! :)

    6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?

    -LELAKI sebab dia ingat dia bagus sangat, dia pun mainkan lah perasaan semua perempuan sampai perempuan merana. Lelaki lelaki, cukup lah. Tapi sekarang ni ada je perempuan yang curang. But not me, okay !

    7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??

    -Perempuan yang lebih SETIA. Buktinya, atul sendiri lah. Atul kalau da cintakan seseorang, atul cintakan dia betul betul. Bukan main main sebab dalam kamus hidup atul, tiada istilah main main dalam CINTA. Sekali sayang, selamanya saya sayang.

    8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?

    -Saya memang kuat cemburu. Cemburu yang teramat sangat tapi masih boleh dikawal. Kepada bakal suami atul, take note about this, okay ?? Hehe.


    Itu sahaja. Maaf lah kalau apa yang ditulis di atas ni mengundang kemarahan mana mana pihak. Ini semua hanyalah pandangan seorang insan yang da give up dengan CINTA!

    Sunday, March 13, 2011

    Orang Selalu Tanya

    Orang selalu tanya ;

    'Eh, kenapa kau suka pakai baju besar dari saiz badan kau ek ?? Aku tengok kau tak adalah besar mana pun'

    Nak tahu kenapa ?? Sebab aku tak suka pakai baju ikut saiz badan. Aku lagi selesa pakai baju yang besar sikit dari saiz badan aku. Aku rasa badan aku ni macam terikat dengan sesuatu je bila pakai baju ikut saiz badan. Lagi pun dalam Islam tak menggalakkan kita pakai baju ikut saiz badan kita. Atau nama lainnya, baju yang nampak ketat. So, baik aku pakai baju yang besar sikit. Sesuai dengan aku. Aku ni pun tak comel mana kalau nak pakai baju ikut saiz badan. Orang tengok pun menyampah. Aku rasa, style aku sekarang ni pun da okay. Aku puas hati, orang pun puas hati tengok aku. :)

    'Kenapa kau tak makan sayur ek ??'

    Soalan ni memang selalu orang tanya aku. Aku pun tak boleh nak jawab. Nak salahkan mama dan abah, tak boleh sebab mereka memang suruh aku makan sayur sejak aku kecil. Tapi aku tak tahu kenapa dari kecil sampai sekarang, aku tak suka makan sayur. Ramai jugak yang cakap, ape lah kau tak makan sayur. Patut lah tak sihat and what so ever lah. Kadang kadang terasa jugak. Tapi nak buat macam mana. Aku da try untuk makan sayur. Tapi still jugak tak boleh. Nak tengok aku muntah ?? Suruh lah aku makan sayur. Mesti korang pun pelikkan bila dapat tahu aku tak makan sayur ?? Ada apa apa tips nak share kat aku supaya aku makan sayur ??

    'Eh, kenapa kau ni garang sangat ek ??'

    Soalan ni sering diaju oleh orang yang tak mengenali aku sepenuhnya. Seriously, aku ni tak lah garang mana. Mungkin bila siapa tak kenal aku, tengok muka aku yang memang tak suka senyum ni, mereka akan fikir yang aku ni garang, seorang yang pemarah dan macam macam lah. HAHA. Macam macam andaian. Tak kenal maka tak cinta. Cuba kenal aku dulu. Aku ni baik sangat, tak garang, agak kasar sikit. Hehe. Muka aku memang macam ni. Muka tak suka senyum @ muka ketat! Aku rasa muka aku jadi macam ni sebab aku da dilatih untuk buat muka garang masa aku jadi pengawas sekolah dulu kot. Tap yang korang perlu tahu, aku ni seorang yang baik dan tidak terlalu garang. Kenal saya dulu, baru anda tahu. :)

    Orang selalu tanya pelik pelik pasal aku. Well, aku ni istimewa sangat ke ??


    Bloglist atul ---->SINI

    Saturday, March 12, 2011

    Jom Lepak Di Sini :)




    Anda seorang blogger ?? Anda boring dan tak tahu nak update apa ??
    Apa kata anda lepak kat Bloggers Chat Room. Pasti anda tidak lagi kesunyian seperti saya.
    HAHA. Macam nak promosikan apa je aku ni.

    Well, seperti yang aku cakap, best sangat lepak kat BCR ni. Dapat kawan baru dan dapat luangkan masa dengan benda yang berfaedah. Aku tak melepak kat mana mana pun. Aku melepak kat BCR je. Masa aku tak terbuang begitu sahaja.

    Aku baru je daftar sebagai ahli BCR. Aku dapat tahu pasal BCR ni pun dari blog blogger INI. So, aku pun daftar dengan kerelaan hati aku bagi menambahkan lagi kawan kawan. Bak kata Pengarah Kampus UiTM Machang, kita hidup ni kena cari ramai kawan. Jangan cari musuh. So, aku pun dalam proses menambahkan kawan kawan. Hehe.

    So, apa lagi. Pergi lah daftar sebagai ahli Bloggers Chat Room (BCR). Boleh kenal dengan lebih mendalam lagi. HAHA. Klik SINI untuk ke blog rasmi BCR :)


    Jangan lupa join bloglist atul --->SINI

    "Blog Review Assignment 2 Oleh Jejaka Terhangat"

    Nak join ?? Klik header dia atas ni ye :)

    Assalamualaikum semua. Okay, entri pada kali ini, atul nak join assignment dari Jejaka Terhangat.
    Assignment ni senang je. Kena review blog yang telah ditetapkan oleh Jejaka Terhangat.
    So, jom kita tengok blog siapa yang akan di review :)

    Klik header di atas untuk ke blog beliau :)

    Review blog bermula :

    Yang terbaik dari Tinta Penaku :

    1) Blog yang simple. I love it :)
    2) Blog tiada lagu. Nak baca entri pun best tanpa gangguan :)
    3) Blog yang menggabungkan warna yang menarik ; Hijau + Hitam. Comel! :)

    Yang perlu dibaiki :

    1) Susunan widget yang kurang teratur. Harap tuan punya blog boleh memikirkan cara yang terbaik untuk menyusun widget di blog beliau.
    2) Ada widget yang tidak perlu ada dan perlu digantikan dengan widget yang lebih sesuai.
    3) Blog archive tiada. Susah pembaca nak cari entri yang lama lama.
    4) Gunakan penggunaan ayat yang penuh. Kalau boleh jangan guna ayat sms. Tak sesuai untuk penulisan di blog.

    Okay, rasanya itu sahaja dari atul Harap tuan punya blog tak marah atas saranan yang diberi. Atul pun blogger baru jugak dan banyak belajar dari blogger lain. Apa yang atul tahu, atul kongsi dengan blogger lain.

    Good luck untuk blogger Farhan :)

    Tag : Miera :)


    Bloglist atul masih lagi dibuka. Klik SINI untuk join :)

    Friday, March 11, 2011

    Saya & Awak

    Saya : Seorang perempuan berusia 20 tahun dan masih bergelar pelajar.
    Awak : Seorang lelaki yang tiba tiba muncul dalam hidup Saya.

    Saya tahu saya baru je kenal awak. Baru sangat. Tapi saya betul betul tak sangka yang saya dah jatuh hati pada awak. Saya tak tahu apa yang awak da buat kat saya. Seriously, saya tak tahu. Saya tak salahkan awak sebab mungkin saya je yang benarkan perasaan ni hadir dalam hidup saya.

    Dalam hati saya ni, kalau boleh saya da tak nak jatuh cinta lagi. Kalau boleh, saya nak cari bakal suami terus. Tapi kenapa awak pulak yang datang dalam hidup saya ?? Dan kenapa perasaan ni perlu wujud ?? Tolong lah. Saya tak nak ada perasaan ni pada awak. Tolong lah pergi!

    Saya tak nak lagi perasaan ni ada dalam diri saya. Saya akan buang perasaan pada awak ni jauh jauh. Saya dan awak cuma kawan. Saya tak nak berharap sebab saya tahu yang harapan saya takkan pernah menjadi kenyataan. Saya tak nak kecewa lagi. Hidup saya bukan untuk dikecewakan.

    Saya mintak maaf kalau saya ni mengganggu awak dengan tiba tiba. Saya mintak maaf sangat sangat. Niat saya hanya ingin mengenali awak dan menjadi kawan awak. Saya akan buang perasaan tuu jauh jauh. :)

    Dalam saya nak mengenali awak, awak pulak macam tak suka je. Saya dapat tahu dari reaksi awak berkomunikasi dengan saya. Tak kira lah melalui phone, chat atau apa sahaja. Saya tahu awak tak suka kan ?? Sekali lagi saya mintak maaf sebab mengganggu awak. Niat saya adalah untuk mengenali awak dengan lebih dekat lagi. Tak salahkan ?? Saya tak nak awak salah faham.

    Saya kesunyian awak. Saya perlukan teman untuk meluahkan segala-galanya. Ye, saya ramai kawan perempuan. Saya boleh luahkan pada mereka. Tapi rasanya lain awak. Awak takkan faham.

    Kalau awak tak nak saya ganggu awak da, awak bagi tahu saya ye ?? Saya akan undur diri. Saya tak nak saya yang syok sendiri. Andai kata awak baca entri ni, saya nak mintak maaf sebab da banyak menyusahkan awak. Awak baik sangat. Terlalu baik. Terima kasih atas segala-galanya. :)

    Assalamualaikum...


    Jom join bloglist atul--->SINI

    Aku Benci Blogger Ni !

    Assalamualaikum semua. Harap semuanya sihat selalu dan sentiasa berbahagia di samping orang yang tersayang. Hari ni macam biasa, tak ada kelas. So, masa ni je lah atul ada untuk update blog walaupun hakikatnya kerja banyak lagi tak siap. Nanti nati boleh buat kan. Biasa lah kita ni, suka buat kerja last minute. Hehe. Nanti diri sendiri yang kelam kabut.

    Merujuk kepada tajuk di atas. Mesti da tak sabar nak tahu siapakah blogger yang atul benci sangat tuu. Sila klik SINI untuk ke blog beliau. :)

    Well, bukan atul benci kat blogger ni. Atul nak berterima kasih sangat kat blogger ni sebab dia da banyak bantu atul. Semalam atul hampir putus asa dan atul dah bercadang nak tutup blog ni. Yelah, dengan blog tak berupdate, idea tak ada untuk update blog ni, bila bukak blog blogger lain, macam macam entri kita boleh baca. Tapi blog atul ni ?? Sunyi je. Atul da decide nak tutup blog.

    Lagi 1 sebab adalah atul tak tahu nak ping entri atul kat Gengblogger. Atul da try buat tapi entah apa apa lah yang atul buat. Semalam atul chat lah dengan blogger yang tolong atul tuu. Dia pun memang pakar dalam blog ni. So, atul pun mintak tolong dia. Atul tak sangka dia baik sangat dan sanggup tolong ajar atul ping entri kat Gengblogger. Mula mula takut jugak nak mintak tolong. Ternyata dia memang baik hati dan sanggup tolong atul. Awak, thanks so much. Tak tahu macam mana nak balas jasa baik awak ni. Nanti kita jumpa, saya belanja awak ye ?? :))

    Then dia ada jugak bagi atul tips pasal blogging ni. Dia tolong promote blog atul. Terharu sangat. Semalam mood blogging atul memang da hilang. Then dia bagi atul semangat tuu semula. Thanks so much. I really appreciate it. Thanks so much! ^_^

    Awak tuu teruskan blogging jugak ye. Jangan stop blogging. Nanti awak boleh ajar saya lagi ye. Saya ni baru lagi awak. Sorry kalau saya banyak tanya awak semalam. Maklum lah, saya ni memang buta IT. Terima kasih sebab melayan karenah saya yang banyak tanya ni. Terima kasih jugak sebab tolong saya. Nanti ada masa, boleh ajar saya lagi ye ?? Hehe. Hope we can always keep in touch after this.

    Last but not least, once again, thanks so much. :)
    Klik SINI untuk ke blog beliau ^_^

    *Jom join bloglist atul. Masih lagi dibuka. Klik sini-Bloglist Cik Atul :)

    'Bloglist Cik Atul'


    Sticky Post
    Untuk entri terbaru, sila scroll ke bawah. TQ :)

    Assalamualaikum semua. Okay, kali ni atul nak buat bloglist untuk blog atul sendiri.
    Sebabnya, atul da tak nak pening kepala apabila atul blogwalking.
    Atul tak tahu blog yang mana 1 untuk atul singgah dan baca entri mereka.
    So, untuk memudahkan atul blogwalking, atul da buat keputusan untuk buat bloglist atul sendiri.

    Syarat syaratnya senang sahaja ;

    1) Letak link blog anda di ruangan komen entri ini.
    2) Kalau boleh, letak lah blog atul sekali dalam bloglist korang.

    Mudah kan ??
    Tarikh tutupnya, tak tahu lagi.
    Akan diberitahu kemudian. :)

    Apa lagi, jom lah join ^_^



    Thursday, March 10, 2011

    Test Yang Menggerunkan :(

    Assalamualaikum semua.
    Alhamdulillah, dapat jugak atul update blog ni.
    Kalau ikutkan hati, nak update blog ni tiap tiap hari.
    Tapi memandangkan yang atul ni adalah pelajar, so, atul terikat dengan jadual yang ditetapkan.
    Masa untuk update blog pun terpaksa dikurangkan.

    Minggu ni agak busy dengan test yang kesemuanya memang menakutkan.
    Hari Isnin lepas test Macroeconomy.
    Alhamdulillah, dapat jawab soalan structure dan essay.
    Soalan objective memang tak boleh jawab.
    Entah apa apa je soalan yang ditanya.
    Seriously, soalan objective memang out!

    Then, semalam ada Lab Test untuk subjek Computerized Accounting.
    Test untuk MYOB - Mind Your Own Business.
    Test ni adalah test di mana student diajar menggunakan software MYOB ni untuk tujuan transaksi dalam perniagaan.
    Setiap company guna lain lain software.
    Tapi kami student UiTM ni belajar tentang MYOB.

    Kami diajar untuk merekod setiap transaksi menggunakan computer.
    Actually it is easy. But this subject is new for us.
    So, it takes time for us to develop it.
    But, we actually do not have enough time to study more on that.
    After learn all about MYOB, we have to do the test.

    And guess what ?? Most of us did not doing well yesterday.
    I am not blame anyone else but myself.
    I know that i am not doing it very well.
    I know it was so bad and i really hate what actually i had done yesterday.
    But i can't regret it. It is my own mistake.

    Atul tawakal je lah apa yang akan terjadi dengan result test MYOB nanti.
    Hanya mampu berdoa dan bertawakal.

    Ini semua pengajaran buat semua.
    Jangan study last minute macam atul ni.
    Tengok, kan da tak boleh jawab test.
    Kalau final exam korang buat macam ni, memang fail lah.
    Jangan amalkan ye ??
    Stduy dari awal sampai habis semester. :)

    Till then ^_^


    p/s ; Menaip dalam keadaan mengantuk. Jom tidur!! :)

    Sunday, March 6, 2011

    Random Giveaway by Nisa Menaip


    Nak join ?? Klik banner di atas ni ye. :)

    Mari ramai ramai kita gegarkan GA Nisa Menaip ni.
    GA ni akan tamat pada hari ini juga.
    Cepat lah join. Nanti terlepas, baru tahu. :)

    Kak Nisa yang cantik lagi comel dan baik hati, adik atul nak menang GA ni.
    Please!!
    Give me a chance!! Adik atul tak pernah menang apa apa GA lagi.
    Harap GA Nisa Menaip ni, rezeki atul lah pulak ye.

    Atul nak menang GA kak Nisa Menaip!! :)


    p/s ; Wish me luck ^_^

    Saturday, March 5, 2011

    Semua Orang Berhak Bahagia :)

    Assalamualaikum semua. Selamat tengah hari.
    Selamat berhujung minggu.
    Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.

    Tadi atul baca 1 entri di blog kawan atul, Ziela.
    Dia ada cerita pasal bahagia.
    Menurut apa yang ditulis, dia mengatakan bahawa dia tak bahagia sekarang ni.
    Sebab apa ?? Sebab tiada kekasih hati yang menemani dirinya.

    Dia cakap yang dia sangat jealous dengan kawan kawannya yang sekarang ni sedang bahagia bersama pasangan masing masing.
    Well, perasaan tuu mesti ada apabila kita bersendirian dan melihat orang lain yang sedang hangat bercinta.
    Begitu juga dengan aku. Perasaan tuu akan tetap wujud.
    Cemburu melihat kebahagiaan mereka sedangkan kita tiada pasangan seperti mereka.

    Kalau kita tak fikirkan sangat, perasaan tuu takkan datang.
    Aku selalu juga fikir pasal hal ni.
    Bila lah aku nak bahagia dengan seseorang yang dapat menemani diri aku ni.
    Tapi aku cepat cepat buang perasaan tuu.
    Sebabnya tanpa kekasih hati pun, aku boleh bahagia.
    Tak semestinya kena ada kekasih hati baru kita bahagia.
    Tak gitu ??

    Bukan semua orang yang bercinta tuu bahagia.
    Kadang kadang diaorang pun ada masanya bergaduh jugak.
    Rasanya baik kita yang single ni dari bercinta.
    Kalau tak, bila bergaduh, menganggu diri kita pulak.
    Lagi lagi yang tengah belajar. Pelajaran memang confirm akan terganggu.

    Sekarang ni aku pun bahagia tanpa kekasih hati di sisi.
    Aku bahagia dengan kehidupan yang aku lalui.
    Aku bahagia bersama keluarga aku walaupun kami berjauhan.
    Aku bahagia bersama kawan kawan di UiTM ni.
    Yang sentiasa berada ketika aku susah dan senang.

    So, tak perlu ada kekasih hati pun kita boleh bahagia kan ??
    Sebab semua orang berhak bahagia. :)

    Our First Picnic :)

    Elly, Ziela, Syamira, Atul & Fatihah

    Nama nama budak perempuan yang pergi picnic :)

    Kaum adam yang smart smart semuanya :)

    Ganasnya mereka main bola. ;)

    Lepas da kenyang, main bola pulak. Aktiviti di waktu petang :)

    Sesi makan. Lapar sangat sangat. Khusyuknya aku makan :)

    Sebelum makan, kita posing dulu :)

    Posing, posing dan posing.

    Pasangan bahagia di kelas kami. :)

    Celebrate birthday Qayyim, Syamira & Ziela :)

    Kek yang sangat sedap. Yummy!!

    Agar agar yang disponsor oleh ibu Qayyim :)

    Hidangan pada hari tersebut :)

    Ayam dan sate yang sungguh enak :)

    Tengah bakar ayam pun sempat lagi berposing :)

    Aku menyelit di belakang :)

    Kami suka berposing :)

    Kami sangat comel. Hehe. :)

    Rehat sebentar bersama kit kat. :)


    Baru je sampai di Permai Beach Resort, Bachok, Kelantan :)


    Percutian kelas DIAC1104D ke Permai Beach Resort pada 11 Februari.
    Da lama rancang sebenarnya. Akhirnya berjaya jugak apa yang dirancang.

    Seramai 10 orang kaum hawa dan 20 orang kaum adam yang pergi.
    Kelas atul memang ramai lelaki. Kelas kitaorang ni special sikit. :)

    Tiba di sana jam 12 tengah hari sebab tunggu semua orang siap.
    Ada sikit masalah tapi dapat diselesaikan.
    Sampai je kat sana, kemas kemas barang. Kitaorang sewa chalet.

    Pukul 1 lebih, kaum adam pergi menunaikan solat Jumaat dan kaum hawa membakar ayam dan sate.
    Lebih kurang pukul 3 lebih baru dapat makan.
    Macam macam makanan ada. Aku sampai sakit perut, tahu tak??
    Sebab gelojoh sangat.

    Sesi petang, kaum hawa main bola sepak.
    Tapi kejap je sebab semua da kepenatan.
    Yang kaum adam, main kat pantai. Happy je tengok diaorang.
    Well, percutian ni adalah untuk release tension.
    So, diaorang pun release tension betul betul.

    Balik UiTM jam 8 malam. Pak guard marah jugak.
    Tapi peduli apa. Sekali sekala je. :)
    Well, enjoy it very much!

    :)

    Friday, March 4, 2011

    "Jom Join Bloglist Pak Cek Biola"


    Nak join ?? Klik gambar kat atas ni ye. :)

    Assalamualaikum semua.
    Salam jumaat yang penuh keberkatan ini.
    Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.

    Dah lama rasanya tak join bloglist blogger lain.
    So, atul nak join bloglist Pak Cek Biola pulak pada kali ini.
    Harap Pak Cek Biola sudi masukkan blog atul ni di Bloglist Pak Cek Biola ye.

    Okay, Pak Cek suruh pilih blog atul ni nak kena masuk dalam kategori apa.
    So, atul nak blog atul ni dimasukkan dalam kategori Blogku Comel.
    Hehe. Okay tak ??

    Blog Pak Cek Biola ni atul kenal selepas menyertai segmen dari blog abg ben ashaari.
    Walaupun atul tak berapa rapat sangat dengan blogger ni, atul tetap mengikuti perkembangan Pak Cek Biola ni.
    Blog dia ada tersenarai di bloglist atul. :)
    Harap dengan adanya bloglist ni, dapat membantu antara satu sama lain.
    Tak gitu Pak Cek Biola ?? :)

    Nak kena tag 3 orang kawan.
    So, atul nak tag Miera, dan lagi 2 tuu, semua follower atul kena join.
    WAJIB! Hehe.

    p/s ; THANKS ^_^

    My HeartBeat :)


    Atul da daftar di www.heartbeat.my.
    Okay ke tak kalau daftar heartbeat ni ??
    Encik Nuffnang tak marah kan ??

    Well, tengok ramai blogger daftar hearbeat ni.
    Atul pun nak cuba jugak lah.
    Mana tahu heartbeat lagi okay ke.
    Tapi Encik Nuffnang lagi okay kan ??
    Cuma duit tak bertambah pun.

    Sangat sedih okay.
    Tapi salah atul jugak sebab minggu lepas tak update apa apa kat blog ni.
    Harap lepas ni, income untuk blog ini akan bertambah.
    Doakan lah ye. :)

    Cinta Saya Bukan Untuk Disakiti!

    CINTA, CINTA, CINTA.
    Da bosan aku dengar perkataan tuu.
    Untuk mengungkapkannya senang sangat.
    Tapi untuk menunaikan apa yang diungkapkan, tersangat lah susah!

    Aku da putus dengan seseorang pada awal Februari yang lepas.
    Adalah sebabnya dan aku tak boleh nak ceritakannya dengan lebih lanjut lagi.
    Ianya terlalu peribadi bagi aku.

    Tak lama kemudian, datang seseorang yang memang selama ini aku nantikan untuk menjadi sebahagian dalam hidup aku.
    Dia melamar aku untuk menjadi pasangannya dan menyuruh aku agar jangan mengulangi kesilapan yang lalu.
    Aku menerimanya kerana memang dia yang aku perlukan dalam hidup aku.

    Tapi sayangnya, aku ni terlalu BODOH.
    Percaya dengan kata kata manisnya yang memang indah sangat.
    Lelaki lelaki. Pandainya KAU bermain dengan kata kata.
    Kenapa lah aku terlalu BODOH untuk mempercayai kata kata manis yang diungkapkan oleh lelaki tak guna tuu.

    Aku bercinta dengan dia macam orang yang tak bercinta.
    Dia langsung tak mesej aku, call aku untuk tanya khabar.
    Kalau dia online pun, aku yang kena tegur dia.
    Dia memang tak ada perasaan ek ??
    Sebenarnya KAU ni manusia ke atau benda lain ??

    KAU tahu tak yang cinta aku bukan untuk dipermainkan.
    Aku cintakan KAU setulus hati aku.
    Kalau KAU tak cintakan aku, kalau KAU nak permainkan aku, baik tak payah KAU mintak couple dengan aku.
    KAU memang tak guna.
    Dasar lelaki TAK GUNA!!

    Tak lama lepas tuu, bila aku bukak Twitter dia, segalanya terjawab.
    Pandainya KAU berlakon.
    Rupanya KAU bercinta dengan perempuan lain kat Twitter tuu ??
    Pandainya KAU kan. Tak sangka aku yang KAU ni bijak sangat mempermainkan perasaan perempuan.

    Aku takkan terima KAU lagi dalam hidup aku.
    Aku terlalu bencikan KAU.
    Aku dah buang KAU dari hidup aku.
    KAU tak pernah wujud dalam hidup aku.

    Selamat bercinta dengan perempuan tuu.
    Semoga KAU bahagia dengan dia.
    Doa aku semuanya yang terbaik untuk KAU.
    Aku takkan doakan yang buruk untuk KAU kerana aku tak layak untuk berbuat demikian.
    Biar lah ALLAH SWT yang membalas segala galanya.

    Aku janji entri ini adalah entri terakhir pasal KAU.

    p/s ; Cinta saya bukan untuk disakiti dan dipermainkan. Cinta saya juga bukan untuk seseorang yang tidak tahu menghargai. Terima kasih!




    Wednesday, March 2, 2011

    Kenangan Di FESKO :)

    JPK dan Sekiteriat Kolej Dato Onn :)

    Orang kuat bahagian teknikal :)

    Sekiteriat DO bersama Kamal Hayat (:

    Hari terakhir di FESKO ;)

    Masa untuk makan ^_^

    JPK dan Sekiteriat Kolej Tun Dr Mahathir (TDM).

    Jom makan :)

    JPK Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) dan Tun Razak (TR) :)

    Suasana semasa di FESKO :)

    Persembahan semasa pembukaan FESKO (:

    Persembahan tarian oleh Unit Kebudayaan (:

    Amanat dari Mantan Pengarah Kampus :)

    Persembahan oleh para Pensyarah UiTM Machang.

    Ketibaan Pengarah Kampus. :)

    Para VIP :)


    Festival Kolej 2011 : Dalam kenangan :)


    Picture credit to ; Budak Wamhi.
    © Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
    Nota: