HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Monday, May 30, 2011

Nuffnang ke Adverlets ??

Yang mana 1 pilihan anda ??

Pictures : Google :)

Assalamualaikum semua.. Jumpa lagi pada entri kali ni.. Harap semuanya sihat.. :) Entri hari ni lebih kepada nak tanya pendapat blogger lain pasal 2 iklan di atas.. Cuma nak tanya pendapat sahaja..

Patut ke blog atul ni bertukar kepada iklan Adverlets atau stay sahaja dengan Nuffnang ?? Atul nak tukar sebenarnya sebab da ramai blogger yang bertukar kepada Adverlets.. Atul je tak tukar lagi.. Masih setia dengan Nuffnang.. Pada hal duit tetap sama je..

Bukan lah nak cakap yang atul ni berblogging kerana duit.. Tapi ni hanya lah pendapatan sampingan.. Atul update entri.. Trafik pun okay je.. Tapi income sama je.. Tak syok lah macam ni.. Tak ada mood nak blogging da.. Hehe.. Duit dari Nuffnang pun tak pernah cash out.. Korang semua mesti da banyak kali cash out kan ?? Sebab tuu boleh bertukar kepada Adverlets.. Macam mana ni ?? Bagi lah idea pada atul ye..

Thanks semua :)

Monday, May 23, 2011

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI


Nak join ?? Klik gambar di atas.. Tarikh tutup jam 2 petang.. :)


p/s : Sorry tak dapat update blog dalam jangka masa terdekat.. Busy dengan business.. Hehe.. ^_^

Wednesday, May 18, 2011

Rezeki Bulan Mei :)


Gambar sekadar hiasan :)
Thanks to www.upindanipin.com.my

Yeay, update lagi.. Kali ni nak share dengan anda semua berita gembira yang baru atul terima.. Alhamdulillah, rezeki atul bulan Mei ni agaknya.. Happy sangat..

Kali ni atul menang contest Misa Sakura yang atul baru je join.. Iaitu Peraduan Gores dan Menang blog Misa Sakura.. Syukur sangat.. Gambar yang atul gores tuu tak sangka pulak ada hadiah.. Alhamdulillah.. Hadiahnya masih lagi misteri.. Tunggu je lah apa hadianya.. Thanks sangat pada Misa Sakura.. :) Thank you so much..

Nak tengok entri yang atul join contest tuu ?? Klik SINI.. Nak tengok senarai pemenang, klik SINI :)

Thanks pada yang menyokong atul.. Hehe.. :)

"Ohh, I love you with all my heart "

Nak join ?? Klik gambar di atas ni ye :)

Assalamualaikum semua.. Urghh , boring sangat sangat duduk kat kolej ni.. Sabar je lah.. Huhu.. Disebabkan boring dan tak tahu nak buat ape , atul pun decide nak join segmen dari kawan baik atul ni iaitu Izzati Ismail.. Segmen yang menarik.. So, jom kita mulakan :)

Atul dan Ziela :)

  • Give me your full name .
-Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim
  • Your love ones . ( with the pictures of both of you )
-Look at picture above :)
  • Then , tell me how both of you meet .
-Atul dan Ziela berjumpa di UiTM Machang, Kelantan.. Kita orang 1 kelas masa part 1 sampai lah sekarang.. Mula mula tak rapat sangat.. Sampai lah 1 hari tuu, kena buat presentation subjek CTU.. Atul pun tak tahu nak group dengan siapa, kebetulan Ziela duduk sebelah atul, dia pun setuju nak buat presentation dengan atul.. Sejak dari peristiwa itu lah, kami rapat.. Sampai lah sekarang dan selama-lamanya.. :)
  • Whats the sweetest thing that him or her had done to you ?
-Dia membuatkan hari hari atul gembira.. Well, kadang kadang tuu, bergaduh jugak.. Tapi sekejap je.. Dia banyak tolong atul dalam pelajaran.. Dia budak yang pandai.. Kalau ada masalah, aatul akan rujuk kat dia.. :)
  • What are the things that you love the most about him or her ?
-Dia seorang yang rajin, baik hati, bersemangat tinggi.. Dia banyak persamaan dengan atul.. That's why I love her so much.. :)


Okay, done.. Insan bertuah yang kena tag :


-Miera
-Atiq


Thanks ^_^


Monday, May 16, 2011

Alhamdulillah.. Menang :)



Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, berjumpa lagi dalam entri kali ni.. Hari ni nak kongsi berita gembira dengan korang semua.. Kenal tak header kat atas ni ?? Yeah, ni header milik Cik My.. Korang mesti pelik kenapa atul letak header Cik My kat dalam entri kali ni kan.. Hehe.. Nak tahu kenapa ??

Alhamdulillah, atul menang pemenang bertuah dalam GA yang dianjurkan oleh Cik My..Kalau tak percaya, klik SINI.. Kalau tak percaya lagi, try check dekat SINI pulak.. :) Pada mulanya, atul tak percaya jugak.. Check banyak kali dekat senarai nama yang join GA Cik My ni.. Akhirnya betul lah bahawa pemenangnya adalah atul.. Alhamdulillah, rezeki.. First time menang ni.. :)

Thanks sangat sangat pada Cik My sebab pilih atul sebagai pemenang GA Cik My.. Thank you so much.. Dapat juga merasa hadiah dari Vietnam.. Hehe.. Kalau nak tahu, Ujang pun menang jugak.. Tahniah Ujang! :) Tahniah jugak kepada pemenang yang lain.. Kalau nak tengok entri yang atul join GA Cik My tuu, klik je kat SINI.. ^_^


p/s : Esok da nak balik UiTM.. Huhu.. :(

Saturday, May 14, 2011

BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

Nak join ?? Klik gambar di atas ini :)

Tempat di mana saya menimba ilmu :

Sekolah Kebangsaan Ampang
1998-2003

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Razali
2004-2008

UiTM Kampus Machang, Kelantan
2009-Kini


  1. Cikgu yang anda masih ingat sampai sekarang , dan mengapa ..
-Mesti lah semua cikgu atul ingat sampai sekarang.. Tanpa mereka, siapa lah atul.. Mereka yang da banyak mengajar atul sehingga atul berjaya menempatkan diri di salah sebuah Universiti awam.. Dulu atul ada kena pukul dengan seorang cikgu masa kat sekolah rendah.. Tapi tak ingat nama cikgu tuu siapa.. Lucu jugak bila ingat balik.. Tapi salah atul jugakkan.. Tak apa lah cikgu.. Kenangan tuu yang saya takkan lupa sampai bila bila.. Kepada cikgu cikgu yang da mengajar saya selama ni, terima kasih cikgu.. Terima kasih! Jasamu dikenang :)

2. Ceritakan segala kenangan anda sebagai seorang guru ..

-Setakat ni tiada kenangan sebagai seorang guru.. Insyaallah, kalau tak jadi akauntan, atul nak jadi cikgu sekolah.. Nak mengajar subjek akaun.. :)


SELAMAT HARI GURU! SAYA SAYANG CIKGU :)

Picture : Google

"Peraduan Gores dan Menang blog Misa Sakura"


Akhirnya blogger.com da okay.. Thanks blogger.com! Yeay, dapat jugak join contest yang dianjurkan oleh Misa Sakura ni.. Kawan kawan, apa lagi, jom lah join.. Contest lain dari yang lain.. Senang dan mudah.. :)

Kepada blogger yang nak join, still ada masa sebab contest tamat pada 16 Mei 2011.. Cepat ye.. Kalau nak join, klik je kat gambar strawberry kat atas ni.. Kat blog Misa Sakura, anda boleh tengok syarat syaratnya.. Okay lah.. Wish me luck! ^_^


p/s : Thanks Misa Sakura! :)

Tuesday, May 10, 2011

Buah Hati Baru :)

NOKIA C3 :)

Buah hati kesayanganku.. :)


Assalamualaikum semua.. Hari ni nak kongsi cerita sikit pasal phone yang baru atul beli.. Phone yang atul idam idamkan selama ni.. Alhamdulillah, ada rezeki sikit.. Dapat lah beli phone baru.. Phone Nokia C3.. Murah je atul beli.. Nak beli phone yang mahal mahal, rasanya tak mampu lagi.. Tunggu lah da kerja nanti..

Atul beli phone baru ni pun sebab phone Sony Ericsson atul yang atul pakai selama ni da tak berapa okay.. Sebab tuu atul beli yang baru.. Senang sikit kalau nak call mama, nak message dengan kawan kawan.. Lagi pun ni first time beli phone mengikut citarasa sendiri.. Sebelum ni tak tahu nak beli phone macam mana.. Pakai je phone yang abah beli.. Sekarang ni da dewasa, tahu lah apa yang kita suka and tak suka..

Kalau ada rezeki lebih lagi, nak beli phone yang lagi canggih.. And nak beli untuk abah dan mama jugak.. Mama dengan abah pakai phone biasa je.. Anak dia pulak yang lebih lebih.. Hehe.. :)

Nak cakap thanks kat abah sebab da sponsor duit sikit untuk beli phone ni untuk angah.. Thank you so much abah.. Nanti angah bayar balik kat abah ye.. Kira angah pinjam duit abah dulu lah ye.. Abah baik sangat.. Angah sayang abah! :)


p/s : Abah sanggup berkorban apa sahaja asalkan anak dia dapat apa yang anak dia nak.. Harap dapat balas jasa abah 1 hari nanti.. :) Doakan lah ye..

Monday, May 9, 2011

Detik Yang Istimewa :)

My sister , Puan Sharirawati.. :)

Sesi berborak.. :)

Fifi sayang atuk! ^_^

Cupcakes from Tulip's Oven..

Kek sambutan Hari Ibu di rumah Mak Yang :)

Fifi bersama atuk kesayangannya.. :)

Bersama mama tersayang.. :)

Mama atul , Puan Sarifah Bt Mat Nayan.. :)

Mama, Fifi dan Abah..

Adegan suap menyuap.. :) Abah ni romantik jugak ye.. ^_^

Saya lah owner blog ni.. Miss Atul :)


Abang Iparku dan Fifi..

7/5/2011 : Aktiviti hari ni adalah menyambut Hari Ibu dan menyambut Hari Lahir mama atul.. Pada siang harinya, kami ke rumah Mak Yang di Setiawangsa.. Abang Ngah, anak Mak Yang, nak celebrate Mother's Day untuk Mak Yang, Opah, Mama Atul, Mak Su dan Ayong.. Aktiviti berjalan macam biasa.. Abang Ngah beli kek di Secret Recipe.. Sedap! :) Then Mak Yang ada masak Laksa dan macam macam lagi lah..

Happy sangat dapat jumpa saudara mara.. Dapat berkumpul ramai ramai.. Rindu sangat saat saat bersama dengan mereka.. Bergelak ketawa, bergurau senda.. And soalan yang akan ditanya kepada aku :

'Angah da ada boyfriend ??'

Soalan ni wajib ek disoal setiap kali berjumpa ?? HAHA.. Mana lah angah ni ada pakwe.. Belum masanya lagi.. Ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.. Tak gitu ?? Mak Yang cakap, tak lama lagi ada lah tuu.. Da pegang jawatan tinggi kat kolej, mesti ada lah nanti.. Nak tergelak aku dengar.. Sabar lah ye Mak Yang.. 1 hari nanti adalah.. Angah bawak balik calon suami terus.. HEHE.. :)

Cerita waktu malam pulak :

Macam biasa, ayong akan belanja makan bila tibanya birthday mama.. Destinasi kali ni makan malam di House of Nasi Kerabu di Sri Gombak.. Cadangnya nak makan Nasi Dagang, tapi, habis pulak.. Tukar menu makan Nasi Putih berlaukkan lauk Nasi Dagang.. Sedap sangat tapi kan sikit.. Tak cukup.. Hehe.. Yang paling sedap, Ayam Percik.. Memang terbaik lah !

Then makan cupcakes dari Tulip's Oven.. Ayong order melalui Facebook Tulip's Oven.. Korang kalau nak buat tempahan cupcakes, boleh lah klik kat SINI.. :)

Hari ni hari yang sangat menggembirakan bagi diri aku.. Dapat jumpa dengan saudara mara.. Keluar makan dengan family tercinta.. Kenangan dan detik yang takkan aku lupakan..

Happy Belated Birthday and Happy Mother's Day to my beloved mom.. You are everything to me and I can't live without you.. Every time, every second, every minute,I always thinking of you.. I LOVE YOU..

Happy Mothers Day to all mother in the world.. :)


p/s : Nak wish kt mak mertua, mak mertua pun tak ada lagi.. HAHA.. ^_^

Friday, May 6, 2011

"Segmen Kayif : Terima Kasih"


Jom join.. Klik SINI :)

Assalamualaikum semua.. Salam jumaat atul ucapkan.. Semoga hari hari anda diberkati dan dirahmati olehNya.. InsyaAllah.. :)

Tadi tengah blogwalking.. Then nampak ada segmen yang dianjurkan oleh Kayif.. So, apa lagi.. Nak join lah.. Menarik segmen ni.. Korang pun jom lah join sekali.. :)

Jom kita mulakan :

Ucapan terima kasih (kepada blogger sahaja) atul ucapkan kepada :

1-Nurul Asma
~Terima kasih sebab da memperkenalkan aku kat dunia blog ni.. Kalau kau tak kenalkan aku kat dunia blog ni, memang aku buta IT.. Faham faham lah aku ni macam mana.. Ketinggalan zaman sikit.. Hehe.. Terima kasih ikhlas dari aku :)

2-Abang Ben Ashaari
~Terima kasih abg ben sebab dah banyak membantu blogger blogger baru macam atul ni. Abg ben banyak buat segmen yang memperkenalkan atul dengan blogger blogger lain.. Terlalu banyak yang abg ben da buat.. Semoga abg ben terus sukses dan teruskan membantu blogger baru macam atul ni.. Terima kasih ikhlas dari insan bernama Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim :)

3-Atiq, Amal dan geng Sahabat Blogger
~Terima kasih kepada Atiq dan Amal sebab da masukkan atul dekat group Sahabat Blogger di Facebook.. Dengan adanya group ni, atul semakin bersemangat untuk berblogging.. Terima kasih kepada geng geng SB yang da banyak menyokong atul dalam dunia blog ni.. Teruskan menyokong atul ye.. Terima kasih Atiq, Amal, dan geng geng SB.. LOVE ALL OF YOU :)

4-Miera
~Miera, thanks sebab da banyak tolong akak.. Edit blog akak lah, buat header lah dan macam macam lagi.. Terima kasih ye miera.. :)

5-Cik Bulat
~Terima kasih CB sebab banyak tolong atul.. CB baik sangat.. CB tak sombong.. Atul sayang CB.. :)

Itu sahaja dari atul.. Nak sebut semua nama, rasanya sampai bila bila tak habis.. Kepada yang namanya tak di mention, jangan terasa hati.. Atul nak ucapkan terima kasih pada semua sekali yang sudi datang blog atul dan bagi sokongan pada atul.. Terima kasih ikhlas dari atul :)

Kepada tuan penganjur, Kayif, terima kasih ^_^

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


Nak join ?? Klik header di atas ni :)

Thursday, May 5, 2011

Khas Untuk Mama :)


Gambar dari Photobucket

5/5/2011 : Happy Birthday to my beloved mom, Puan Sarifah Bt Mat Nayan..

Hari ni birthday mama yang ke 49 tahun.. Selamat Hari Ulangtahun yang ke 49 angah ucapkan pada mama.. Semoga mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat sihat selalu hendaknya dan bahagia di samping suami, anak anak, cucu cucu dan keluarga tersayang.. AMIN..

Di kesempatan ini juga angah nak ucapkan Happy Mothers Day kepada mama.. Mama adalah seorang ibu yang terhebat di dunia ini.. Tiada orang lain yang dapat gantikan mama.. Terima kasih angah ucapkan kepada mama sebab selama ni da bersusah payah membesarkan angah sehingga angah besar macam ni.. Hehe.. Tiada apa yang dapat angah balas selain kejayaan angah dalam pelajaran.. Pengorbanan mama terlalu besar dan doa angah agar mama sihat sihat selalu dan bahagia selalu.. Mama jangan lupa doakan kejayaan angah ye.. :)

Angah sayang mama! ^_^


p/s : Sayangi dan hargai lah ibu anda selagi dia ada. :)

Wednesday, May 4, 2011

Blog Berwajah Baru :)

Assalamualaikum semua.. Selamat malam.. Da lama tak update blog.. Mintak maaf lah banyak banyak.. Minggu lepas busy dengan final exam, sibuk mengemas bilik, meeting lah dan macam macam lagi.. Sekarang ni atul tengah bercuti.. Best sangat duduk rumah.. :) Dapat tido puas puas.. Haha.. I LIKE!

Tapi cuti semester ni tak lama.. Hanya 2 minggu lebih sahaja.. Sedih sangat sebenarnya.. Tapi, nak buat macam mana.. Terima je lah.. Ada cuti pun da kira cukup.. Kalau tak ada cuti, lagi susahkan ??

Okay okay. Sekarang ni nak cerita pasal blog.. Blog atul sudah berwajah baru dan atul suka sangat blog yang design baru ni.. Simple dan menepati citarasa atul yang atul inginkan selama ini..

First sekali nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Bulat kerana telah design kan blog atul ni sehingga jadi comel sangat.. Atul berpuas hati dengan hasil kerja Cik Bulat.. Thank you so much kepada Cik Bulat sebab memahami atul.. Atul mintak maaf kalau ada yang Cik Bulat tak berpuas hati dari pihak atul..

Kepada blogger yang nak buat tempahan design blog, boleh lah ke blog Cik Bulat.. :)

Thanks pada Miera sebab buat entri khas untuk akak.. :)

Harap semuanya berpuas hati dengan blog This Is Me yang berwajah baru.. Design blog ni akan kekal sampai bila bila.. Kalau rasa nak tukar, tempah je kat Cik Bulat.. Boleh kan CB ?? ^_^


p/s : Bila lah aku dapat beli Nokia C3 ni ?? =_=

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER




Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

Tuesday, May 3, 2011

BEN ASHAARI !!! Aku nakkkkk !!



Sila jelaskan Kenapa aku patut pilih korang dalam 10 patah perkataan :

Sebab saya adalah pembaca setia blog abang ben ashaari..
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: