HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Monday, October 31, 2011

The Adventures of TinTin - Thank You Churp Churp

Assalamualaikum. :D

Berjumpa lagi untuk hari terakhir di bulan Oktober tahun 2011 ni. Cepat je masa berlalu, tinggal 2 bulan je lagi tahun 2011 bakal meninggalkan kita semua. Apa apa pun, semoga 2 bulan yang mendatang ni lebih bermakna buat kita semua. :D

Memandangkan atul tengah cuti lagi ni, atul memang rajin lah kan bukak Nuffnang dan Churp Churp untuk tengok kot kot boleh dapat tiket wayang free lagi. So, atul pun try lah join setakat yang mampu. Dan alhamdulillah, usaha itu berhasil. :)

Tadi check je email, dapat invitation dari Churp Churp untuk menonton movie The Adventures of TinTin. Yeay! Akhirnya dapat jugak. Kali ni atul takkan lepaskan peluang keemasan ni. Bukan senang okay nak dapat tiket wayang free.


Okay, ni lah movie yang atul akan tonton pada hari Rabu ni dengan pihak Churp Churp. Thank you so much to Churp Churp team for giving me this opportunity. Next time, don't forget to give me another free movie ticket! Hehe. See you there on this coming Wednesday at Mid Valley! :D

-Click HERE for more details on The Adventures of TinTin :)
-Find out who is the next MasterChef Malaysia. Click HERE :)

Friday, October 28, 2011

Mutiara Kata #1

Assalamualaikum. :D


Gambar : Cik Bulat

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."

Thursday, October 27, 2011

Quote #2 - Motivational

Quote for today. :D


Do you want to know who you are? Don't ask. Act! Action will delineate and define you.
-Thomas Jefferson

Tuesday, October 25, 2011

Tutorial : Word Verification

Assalamualaikum semua. :D

Okay, entri kali ni atul nak buat tutorial. HAHA. First time, okay. Bukan apa, lepas atul blogwalking di entri INI, atul dapati ramai lagi blogger yang tak tahu macam mana nak hilangkan word verification tu. Mungkin blogger baru kot. Tahu tak apa tu word verification ??


Word verification tu akan muncul masa nak komen pada entri seperti gambar di atas.Yang atul bulatkan tu adalah word verification di mana kita kena taip dulu word verification tu sebelum kita komen pada entri tersebut. Sebenarnya, tak ramai yang suka sebab rasa macam agak sukar bila adanya word verification ni. Seriously, atul memang tak suka. Tak tahu lah pulak blogger lain macam mana. Memang lah tak susah untuk taip perkataan tu, tapi bagi atul, ianya agak remeh. Maaf lah ye. Itu pandangan atul sendiri. :)

So, untuk hilangkan word verification tu :

Pergi ke Dashboard, click Settings, click Comments, scroll ke bawah dan anda akan jumpa seperti gambar di bawah,


Click No, then Save Settings. DONE!

Senangkan ?? Try lah check korang punya blog ada ke tak. Kalau ada, buang cepat cepat. Nanti senang sikit nak komen. Tak gitu ?? :)

So, itu sahaja untuk tutorial kali ni. Kalau ada yang kurang faham, tinggalkan komen di entri ni. Sorry kalau ada kelemahan dalam tutorial pertama ni. Al maklum lah, baru belajar. Hehe.

Okay lah, till then~

Quotes #1 : Beauty

Quote for today. :D


Beauty is the first present nature gives to women and the first it takes away.
-Fay Weldon

Picture : Photobucket Quotes : Brainy Quote

Monday, October 24, 2011

Al-Hijab dan Makan di Ayam Penyet :D

Assalamualaikum semua. :D

Sorry sebab tak update blog selama 2 hari ni. Serious, atul tak ada idea nak update blog dan semalam pulak keluar dengan kawan atul. Setelah sekian lama tak menonton wayang, atul decide untuk pergi tengok wayang dengan kawan atul, Ika. So, semalam kami pergi menonton wayang filem Al-Hijab di TGV, Wangsa Walk.

Sesampainya di Wangsa Walk, wayang pun da nak start. So, terus pergi ambil tiket, bukan beli tiket ye sebab atul guna Complimentary Passes yang Nuffnang dan TGV bagi hari tu. So, telah jimat duit di situ. Hehe. Ohh, atul pergi bertiga semalam. Sorang lagi kawan Ika, Dian. :)

Sinopsis : Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?


Komen atul tentang filem ni :

  • Filem ni betul betul seram, okay! Serious, memang seram. Cerita seram kedua yang paling seram atul tengok selepas filem Histeria. Congrats to Pierre Andre sebab da berjaya buat atul tak tidur malam! -_-
  • Banyak adegan yang buat orang tak sangka apa akan jadi lepas tu. Yang paling atul ingat, adegan tunang Rafael (Pierre Andre), Qis (Nur Fathia) datang rumah Rafael selepas dia kena kacau dengan makhluk makhluk tersebut. Ingatkan betul betul da pagi dan tu memang tunang dia, TAPI... (masa ni aku memang tak tengok lah kan. Seram!)
  • Ada jugak adegan lawak yang membuatkan 1 panggung ketawa. BEST! :D
  • Atul bagi 9/10 untuk cerita ni sebab filem ni telah berjaya membuat atul menjerit dalam panggung wayang dan berjaya membuat atul tak tidur malam. BEST sangat! Rugi tak tengok. :)
  • Ada jugak part yang atul rasa macam tak logik je tapi secara keseluruhan, atul puas hati dengan filem ni. Congrats, Pierre Andre! :D
Kepada yang tak tengok lagi tu, boleh lagi kalau nak tengok. Kalau tak, tunggu je lah keluar dekat Astro First. Hehe.

Selepas tengok wayang, atul, Ika dan Dian ke restoran Ayam Penyet untuk menikmati makan tengah hari. First time okay atul makan kat sini. So, menu yang dipilih adalah :

Ni namanya Ikan Keli. Atau orang Indonesia panggil Lele. Aku tengok menu, apa benda Lele tu, sekali Ika cakap, Lele tu Ikan Keli. HAHA, tak perasan pulak. :) Sedap, okay! Sambal dia memang mantap. Tambah dengan tauhu dan tempe, fuhh, meletop gua cakap! Tak cukup, okay. Rasa nak tambah lagi je. HAHA. Atul memang kuat makan. :D Lele ni harganya RM 7. Sangat berbaloi! :)

Makan Lele bersama dengan Nasi Putih. Sikit je kan ?? Tak cukup! HAHA. Nasi putih ni RM 1.50. :)

Nescafe Ice menjadi pilihan. Memang sedap. Harganya RM 2.80. :)

Ika dan Dian pun makan makanan yang sama cuma air sahaja yang berbeza. Lepas makan, pergi jalan jalan kejap. Then, Ika hantar atul pergi Jalan Tunku Abdul Rahman. Keluar dengan mama atul pulak. Penat sangat semalam tapi enjoy!

Lepas ni nak pergi tengok wayang lagi. Rasa tak puas pulak sebab da lama tak tengok wayang. Kalau ada blogger yang nak pergi tengok wayang, ajak lah atul ye. Inbox atul kat Facebook. Weee... :D

Okay lah, till then~

Saturday, October 22, 2011

”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”

Assalamualaikum semua. :D

Entri kali ni atul nak join Giveaway dari akak Pen Merah. Thanks pada Myravea sebab sudi tag atul untuk join Giveaway akak Pen Merah. Thanks! :D


Akak Pen Merah dengan rasminya telah launching 25 barang untuk Random Giveaway buat kawan kawan blogger bermula 21 Oktober hingga 10 November 2011. So, apa lagi, jom ramai ramai serbu Giveaway akak Pen Merah kita ni. Kita kasi gegar blog akak Pen Merah. Hehe. :D

Antara barangan yang termasuk dalam 25 list tu adalah :

1. Barangan Kosmetik Stage

2. T Shirt Lelaki

3. Baju Perempuan

4. Barangan penjagaan muka perempuan dan lelaki

5. Perfume

6. Pendrive bentuk Canon dan Nikon

Menarik, bukan ?? So, tunggu apa lagi. Cepat serbu blog akak Pen Merah dan join Giveaway ni ye ?? Ahakkss!!

Blogger yang di tag :

Miera
Deno
Zatie

Yang lain lain pun, kalau nak join, dipersilakan.. Yang di tag tu, wajib join ye! Hehe.. :D

Till then~

Friday, October 21, 2011

Blog Pilihan #3

Assalamualaikum semua. :D

Da lama rasanya tak update entri pasal blog pilihan di blog atul ni. So, hari ni atul nak teruskan dengan blog yang menjadi pilihan atul. Tapi sekarang ni atul da ubah sikit di mana 1 entri akan ada 1 blog yang menjadi blog pilihan atul. Sebelum ni, di entri INI dan INI ada 2 blog yang menjadi pilihan atul. Tapi sekarang, nak ubah sikit. Hehe.

Dan mulai hari ni, setiap hari akan ada entri berkaitan dengan blog pilihan. Tunggu lah ye. Mana tahu, blog korang yang akan menjadi pilihan atul. :D


Klik gambar untuk ke blog beliau. :D

Okay, blog pilihan kali ni adalah blog Myravea. Blog ni memang cantik, comel, macam tuan punya blog ni. Warna pink menjadi pilihan dan masuk je blog Myravea ni kita da boleh kenal tuan punya blog sebab header blog ni ada gambar tuan punya blog. Comel je! :)

Blog ni jugak pernah masuk Majalah Remaja keluaran 1 Januari 2011 yang lepas. Wahh, tahniah lah ye. Blog Myravea juga ada pelbagai tips yang dikongsi untuk anda semua. Kalau nak tahu lebih lanjut, jom lah ke blog Myravea. Pasti korang akan datang lagi lepas tu. Hehe. :D

Ucapan untuk tuan punya blog, good luck dalam bidang blogging ni dan good luck jugak dalam apa jua bidang yang diceburi. :D

Okay lah, till then.

Thursday, October 20, 2011

Aku Ditipu - Bahagian 1

Assalamualaikum semua. :D

Sorry sangat sebab lately ni malas sikit nak update blog. Tak tahu lah kenapa pada hal aku online setiap masa je cuti ni. Idea banyak tapi tak tahu kenapa malas sangat nak menaip. Okay, hari ni aku rajin sikit nak update. Hehe. :)



Picture : Page Shawal AF5

Okay, mesti korang pelik kenapa gambar Shawal AF ni ada dalam entri aku kali ni. Dan apa pulak kaitan dengan tajuk entri aku kali ni ?? Ni aku nak cerita sikit pengalaman aku ditipu melibatkan penyanyi Shawal AF ni. Sebenarnya malas nak cerita tapi aku nak cerita jugak. 1 hari nanti, aku boleh baca balik pengalaman ni. Pengalaman yang aku takkan lupa sampai bila bila.

Ceritanya bermula semasa aku semester 1 kalau aku tak silap lah. Al maklum lah, dah tua. Ada lah 1 hari tu, phone aku diganggu dengan 1 panggilan, kalau aku tak silap, ada seorang lelaki ni bagi tahu yang nama dia Shawal. Then aku tanya lah dia Shawal mana kan sebab seingat aku, aku tak ada kawan nama Shawal. Then, dia cakap dia Shawal AF5. Aku pelik lah kan, dari mana pulak Shawal AF5, boleh dapat nombor aku. Macam mana pulak lah artis boleh kenal aku, tak pernah pernah artis kenal aku. Aku bukan famous pun. Ahakkksss!!!

Then aku tanya lah dia kan dari mana pulak dia boleh dapat nombor aku. Dia cakap dia jumpa nombor aku dekat dalam LRT Ampang. Semakin pelik sebab aku memang jarang sangat lah kan naik LRT and takkan tiba tiba nombor aku boleh ada dalam LRT tu. Tak pelik ke ?? -_-

Aku pulak layan je mamat ni dan percaya yang dia ni Shawal AF5. Mana taknya, suara dia sejibik macam suara Shawal AF5. Semua pasal Shawal dia tahu, aku pun masa tu tak matang lagi, percaya lah bulat bulat yang dia tu Shawal AF5. Kalau call aku, mesti nyanyi. Tapi serious lah, memang suara sejibik macam Shawal AF5. Dia siap hantar gambar Shawal AF5 lagi taw kat aku and aku simpan lagi gambar yang dia bagi kat aku tu.

Hati aku da berbunga bunga da pada mulanya. Siapa tak suka artis nak kawan dengan kita. Walaupun sebenarnya aku still tak percaya 100%, tapi aku percaya jugak sebab dengar suara dia yang persis suara Shawal tu. Dalam hati aku pada masa tu, 'kan best kalau aku jadi makwe Shawal'. Ahakkss! Aku da mula berangan.. :)

Bersambung..

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #16

Wordless Wednesday :D


What is Wordless Wednesday ?? Click HERE..

Join Facebook WW and Blog MalaysianWW..

Sunday, October 16, 2011

Happy Birthday, My Sis! :D

Assalamualaikum semua. :D

Hari ni, 16 Oktober 2011, merupakan hari lahir kakak atul yang ke 29 tahun. So, entri kali ni adalah entri khas untuk kakak atul, Sharirawati Bt Abd Rahim. :)


Ayong, di kesempatan ini angah nak ucapkan Happy Birthday kat ayong yang ke 29 tahun. Semoga ayong dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berbahagia selalu bersama keluarga, suami, dan anak anak tersayang. Semoga ayong menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik pada anak anak. Semoga segala urusan ayong di dunia mahupun di akhirat, dipermudahkan olehNya. AMIN. :)

Sorry lah angah tak dapat nak bagi ayong apa apa hadiah. Maklum lah, angah tak kerja lagi. InsyaAllah, tahun depan boleh lah angah bagi hadiah kat ayong. Sekarang ni tak boleh lah lagi. Hanya doa angah dapat mengiringi ayong. InsyaAllah.. :)

HAPPY BIRTHDAY, AYONG! ANGAH SAYANG AYONG! :D

Saturday, October 15, 2011

BE, Thanks Nuffnang & Advertisers

Assalamualaikum semua. :D

Entri hari ni adalah entri penghargaan dan entri ucapan terima kasih kepada pihak Nuffnang dan advertisers yang sudi bagi BE dan mengiklankan iklan mereka kat blog atul ni. Terima kasih banyak banyak. :D


Dapat BE skali 3, okay. Rezeki. Thanks pada 3 advertisers yang sudi iklankan produk mereka kat blog atul yang tak seberapa ni. Thanks jugak pada Nuffnang! :)


First sekali, thanks pada Samsung Galaxy S II Wave 2 Grapevine. Kalau nampak iklan ni, sudi sudi lah klik ye. HEHE. :)


Thanks pada Standard Chartered Good Life. :)


Dan yang akhir sekali, thanks pada NOKIA N9. :)

Terima kasih yang teramat sangat pada para pengiklan. Thank you so much. Lain kali, sudi sudi kan lah mengiklankan produk anda di blog atul ye. BE yang ada tu, harap harap biar lah lama lagi jadi BE. Jangan tukar jadi ME. HEHE. Rajin rajin lah klik iklan yang ada di blog atul ni ye. Sambil tu, jangan lupa baca dan komen sekali entri yang atul update setiap hari hari. THANKS! :D

Okay lah. Till then~


Friday, October 14, 2011

Hadiah Hari Lahir Yang Teristimewa :)

Assalamualaikum semua. :D

Okay, hari ni nak cerita sikit dengan korang semua hadiah istimewa yang atul dapat sempena birthday atul semalam. Hadiah ni merupakan hadiah yang paling istimewa dan hadiah ni lah yang atul tunggu tunggu selama ni. HEHE. Hadiah ni bukan lah hadiah Blackberry yang atul nak selama ni. For me, Nokia C3 is enough. :) Hadiah ni lain sikit dan telah diberi oleh 2 pihak yang sangat baik hati. Kalau korang nak tahu, jom tengok dan baca apa yang ada kat dalam gambar di bawah ni. :D


Email dari Nuffnang :)

Hadiah istimewa yang atul dapat sempena birthday atul pada tahun ni adalah 4 complimentary passes yang telah diberi oleh pihak Nuffnang dan TGV. Wahh, memang best sangat sangat. First time okay dapat tiket wayang free. 4 pulak tu. Terharu sangat. Thank you so much to Nuffnang and TGV. I really appreciate it and I am so happy for that. :D Thank you so much! :D

So, cuti ni boleh lah atul pergi tengok wayang. Da lama tak tengok wayang ni. Memang berbaloi cuti semester kali ni. Ada sesiapa nak teman atul tengok wayang tak ?? Jom lah! Atul tak tahu lagi nak pergi dengan siapa ni. HEHE. :D

So, sekali lagi, thanks pada Nuffnang dan TGV sebab sudi bagi hadiah tiket wayang pada atul. Thanks sangat sangat. Next year, bagi lah lagi ye ?? HEHE. :)

UPDATE :

Ada yang tak dapat baca apa yang ada kat dalam gambar di atas. So, atul da copy apa yang tertulis dalam email yang atul dapat dari pihak Nuffnang di bawah ni :

Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 7 November 2011 (Monday). Our office is open from 9am - 6pm on weekdays (with the exception of public holidays), and is located at;

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

You are allowed to appoint a representative to collect the passes on your behalf should you not be able to collect the passes yourself. Do make sure to provide your representative with the email address that you used to register with Nuffnang though, as we will need it as verification of identification upon collection of the passes.

Once again, happy birthday and we hope you enjoy yourselves with the complimentary passes! Don't forget to give TGV Cinemas a little shoutout for being so awesome if you decide to blog about this birthday surprise ;)

*Terms and conditions apply.


Okay lah. Till then~

Thursday, October 13, 2011

Alhamdulillah, 20 Tahun Sudah Umurku :)

Assalamualaikum semua. :D

Hari ni merupakan hari yang paling gembira dalam hidup atul. Rasanya semua da tahu kot hari ni hari apa. Alhamdulillah, hari ni, 13 Oktober 2011, genap lah umur atul 20 tahun. Wahh, da 20 tahun rupanya atul ni. Tapi rasa macam baru je lepas SPM. HEHE. Alhamdulillah, syukur sangat sangat. Atul masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan atul sebagai hamba ALLAH SWT, sebagai seorang anak kepada mama dan abah, dan sebagai seorang pelajar. Alhamdulillah, syukur sangat sangat. Terima kasih ALLAH SWT di atas kurniaan ini. :D



Picture thanks to : Amir Nawawi. :D

Alhamdulillah, di umur 20 tahun ni, atul masih diberi kesihatan yang baik dan sihat, family dan kawan kawan yang sentiasa sayangkan atul, rezeki yang sangat murah dan sebagainya. Semua nikmat yang diberi olehNya, tak pernah putus putus atul ucapkan syukur alhamdulillah. Tanpa DIA, tak mungkin nikmat hidup ni dapat atul rasa. :)

Terima kasih juga kat mama dan abah, ain dan ayong dan semua family atul. Thanks sebab selama ni jaga atul dengan baik, bagi atul makan, pakai yang cukup, jaga atul masa atul sakit, bagi atul apa yang atul nak. Terima kasih sangat sangat kat mama dan abah. Tak mampu angah nak balas jasa mama dan abah. Hanya doa dan kejayaan angah yang mampu angah balas pada mama dan abah. Terima kasih kepada ayong dan ain kerana menjadi kakak dan adik yang terbaik dalam hidup angah. Angah sayang korang semua. :D Tak lupa jgk kat Fifi dan Haikal yang sentiasa menjadi penyeri hidup family atul. Walaupun nakal, tapi mak ngah sayang korang taw. :)

Kepada kawan kawan semua, tak kira lah di sekolah rendah, menegah, mahu pun di UiTM, terima kasih sebab sudi jadi kawan atul, berkongsi segala galanya dengan atul. Terima kasih banyak banyak. Kepada kawan kawan blogger, terima kasih kerana menjadi sahabat atul di alam maya ini. Terima kasih semua. :D

Semoga dengan meningkatnya umur atul ni, semakin meningkat lah amal ibadah atul padaNya, semoga atul terus diberi kesihatan yang baik dan sihat, dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah, AMIN. :D

Terima kasih pada yang wish di Facebook atul dan di phone atul. Thanks sangat sangat. Ucapan anda semua sangat dihargai. Tahun ni sangat meriah sebab ramai sangat yang wish terutamanya dari kalangan blogger. Thank you so much. Semoga hidup anda semua diberkati dan dirahmati selalu.

Terima kasih pada awak tu sebab wish birthday saya. Ucapan awak lah yang paling saya nantikan. Thank you so much :D

Okay lah. Da panjang sangat lah pulak entri ni. Terima kasih semua. Terima kasih sangat sangat. :)

Wednesday, October 12, 2011

AKU CUMA SEORANG BLOGGER

Assalamualaikum semua. :D


Klik gambar untuk join.. :D

Setelah sekian lama tak join segmen dari Abang Ben, so, hari ni nak join memandangkan atul pun free kan sebab da cuti. Jom, teruskan dengan segmen kali ni..

Berikan sebab kenapa rakan blogger patut masuk blog korang ? Apakah keistimewaan blog korang dan beri 1 blog yang senantiasa memberi semangat pada korang untuk terus berblog.

-Kenapa blogger blogger semua kena masuk blog atul ni adalah kerana atul nak berkongsi dengan anda semua tentang kehidupan seharian atul sebagai seorang pelajar. Atul nak share dengan korang semua pengalaman yang atul dapat sepanjang bergelar pelajar dan sebagai seorang blogger. Di samping itu juga, blogger blogger yang masuk blog atul ni lah pemberi semangat kepada atul untuk terus blogging. Kalau korang tak datang blog atul, tak baca blog atul, maybe atul takkan bersemangat untuk terus blogging. Sebab itu lah blogger blogger sekalian, anda perlu masuk blog atul setiap hari. Kerana anda semua adalah pembakar semangat atul dalam dunia blogging. :) Blog atul ni tiada apa yang istimewanya. Blog atul ni adalah blog personal yang sekadar ingin berkongsi kisah hidupnya yang tak seberapa ini. :D

-Blog yang sentiasa memberi semangat kepada atul untuk terus blogging adalah blog Cik Epal. :D

Okay, DONE! So, tunggu apa lagi. Jom lah join. Boleh kita tambah kenalan dalam dunia blog ni. :)

Wordless Wednesday #15

Wordless Wednesday is back! :D


What is Wordless Wednesday ?? Click HERE..

Join Facebook WW and Blog MalaysianWW..

Picture credit to : Tumblr

Happy Holiday !!

Assalamualaikum semua. :D

Alhamdulillah, atul da pun selamat sampai di rumah tercinta jam 6.10 pagi tadi. Perjalanan yang mengambil masa hampir 6 jam itu sangat lah memenatkan. Tidur kat dalam bas tu dengan keadaan yang tak selesa, pening kepala, perut rasa lapar, dengan cuaca yang sejuknya lagi. Dugaan yang terpaksa ku harungi. Tapi disebabkan da biasa, alhamdulillah, ku gagahi juga untuk meneruskan perjalanan itu. :)


Sampai di Hentian Putra, abah ambil dan pulang menaiki motor dengan beg yang agak banyak lah jugak. Mama suruh ayong ambil atul menaiki kereta, tapi, rasanya tak perlu lah. Malas nak susahkan orang lain. Lagi pun da biasa naik motor dengan abah, bawak beg yang agak banyak tu. Kenangan yang takkan ku lupakan sampai bila bila. Thanks pada abah sebab sudi bangun pagi pagi ambil atul. Thanks abah. Abah lah abah yang tebaik kat dunia.

Sesampainya di rumah, mandi, solat, makan dan masanya untuk tidur. Penat sangat sangat. Badan ni lenguh sebab angkat beg yang besar dan berat. Nasib baik lah tak banyak sangatkan. Ohh, lupa, nak cakap thanks kat classmates atul, Yunn sebab sudi hantar atul menaiki kereta beliau ke stesyen bas Machang. Thanks jugak kat Yanie, Ziela dan Thah sebab sudi temankan Yunn hantar atul semalam. Thank you so much. Jumpa korang semua sebulan lagi. :D

Maka dengan itu, cuti pun bermula dan atul akan habiskan masa di rumah bersama dengan keluarga tercinta. Cuti ni nak prepare untuk MUET pada 19 November ni dan kelas akan bermula pada 21 November 2011. InsyaAllah, apa yang dirancang, harap dapat dilaksanakan dengan baik. Selamat bercuti kepada kawan kawanku. Jaga diri waktu cuti ni. Jumpa lagi! Sayang korang sangat sangat. :D

Monday, October 10, 2011

Final Exam Is Over!

Assalamualaikum semua! :D

Alhamdulillah, dapat jugak update blog setelah 2 hari tak update. Hari Sabtu lepas malas nak update sebab study untuk paper Financial Accounting. Semalam merupakan hari yang paling happy sebab akhirnya tamat jugak final exam untuk semester ke 5 ni. Ini bermakna semester depan adalah semester terakhir aku di UiTM Machang. :)


Credit : Tumblr

Semalam final exam Financial Accounting. Agak susah dan mencabar sangat. Atul memang tak expect langsung keluar soalan macam tu. Memang susah lah. Bagi atul susah dan tak boleh nak jawab sangat. Tanya kawan kawan yang lain, respond mereka tetap sama. Soalan susah dan mencabar! Serious tak puas hati. Soalan semester ni berbeza dengan soalan final exam semester semester lepas. Soalan semester lepas tak adalah susah macam ni. Sakit hati jugak lah. Bila time atul je, soalan mesti susah. Pelik betul. -_-

Walaupun final exam berakhir dengan keadaan yang agak menyedihkan, tapi atul tetap happy sebab final exam da habis. Atul dah berusaha dan sekarang atul perlu bertawakal dan banyakkan berdoa agar pemeriksa yang akan tanda paper final exam atul akan dilembutkan hatinya untuk memberi markah yang banyak kepada atul. InsyaAllah, AMIN.

Yang berlalu, tetap berlalu. Atul cuma berharap keputusan yang bakal keluar 4 November ni adalah keputusan yang lebih baik dari semester lepas. Kawan kawan, doakan kejayaan atul ye ?? :)

Okay lah, memandangkan cuti semester da pun bermula, blog ni akan sentiasa di update selama sebulan lebih ni. InsyaAllah. Rasanya cukup lah setakat itu untuk hari ni. Ohh ye, atul masih kat UiTM sebab esok ada MUET - speaking. Takutnya! Tak prepare apa apa pun lagi. Harap harap esok semuanya berjalan dengan lancar. AMIN. Jumpa esok ye ?? Till then~


p/s : Alhamdulillah, tadi check email, dapat 1 berita gembira dari Nuffnang. Esok atul cerita ye ?? Lagi 1, tadi check account Nuffnang, dapat lagi 2 BE. Alhamdulillah, rezeki. Thanks Nuffnang! :D


Friday, October 7, 2011

'Terima Kasih, Sayang Mama'


MAUT...anggota bomba dan penyelamat Machang mengeluarkan empat mayat pelajar UiTM dan seorang yang cedera parah dalam nahas, semalam.

MACHANG: “Terima kasih, sayang mama.” Itu antara kandungan SMS terakhir Mohd Syamil Malek kepada ibunya beberapa jam sebelum terbunuh dalam kemalangan meragut empat nyawa di Kilometer 4.2 Jalan Machang-Pasir Puteh, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, selain Mohd Syamil tiga lagi mangsa yang terkorban ialah rakannya yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini manakala seorang lagi cedera.

Semua mangsa berusia 19 tahun dan menuntut di tahun dua dalam jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka.

Mohd Syamil dari Batu Pahat, Johor dan Mohd Rizal Mohd Zin dari Kluang, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.


Mohd Faizuddin Jamil dan Mohd Syazwan Rosli, masing-masing dari Shah Alam, Selangor dan Pekan, Pahang pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala Haziq Zailani hanya cedera ringan.


Sumber : myMetro


Mari lah sama sama kita sedekahkan al-Fatihah.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNya.. Takziah juga kepada keluarga mangsa. Harap keluarga mangsa terima dengan redha ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Kita yang hidup ni pasti akan kembali kepadaNya kerana kita adalah milikNya..

Thursday, October 6, 2011

Happy Birthday Adikku !

Assalamualaikum semua. :D

Alhamdulillah, hari ni, 6 Oktober 2011, adalah hari ulang tahun kelahiran adik atul yang ke 18 tahun. Da besar adik aku yang sorang ni. Happy Birthday Ain ! Semoga kau panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam hidup kau. Angah sentisa doakan kejayaan kau. Dan aku sayang sangat sangat kat kau walaupun kita selalu gaduh. :)


Ini lah adik atul, Nur Ain Bt Abd Rahim :)

Adik atul ni sekarang tengah bekerja di syarikat tempat kakak atul bekerja. Katanya nak cari duit dulu baru nak sambung pelajaran. Tak kisah lah Ain, asalkan niat kau nak belajar tu tak pernah pudar. Angah harap niat kau nak sambung belajar tahun depan tercapai. Ingat, kerja tu simpan duit. Jangan nak belanja sakan pulak! Cakap nak simpan duit sambung belajar. Jangan lupa niat tu. :)

Tak sabar rasanya nak balik rumah. InsyaAllah, nak celebrate birthday kami 3 beradik. InsyaAllah kalau ada rezeki. Tak sabar jugak nak balik rumah sebab nak cari gaduh dengan adik aku sorang ni. HAHA. Da lama tak gaduh dengan kau kan. Tunggu aku balik Selasa ni. HEHE.

Sekali lagi aku ucapkan, HAPPY BIRTHDAY! Semoga kau dipanjangkan umur, dipermurahkan rezeki, berjaya dalam hidup, menjadi anak yang solehah kepada mama dan abah dan semoga kau diberikan hidayah untuk pakai tudung. AMIN. *Jangan marah ye. :D

Okay lah, till then~

Wednesday, October 5, 2011

Happy Birthday Nisa Shahrien ! :)

Assalamualaikum semua. :D

Entri kali ni adalah entri khas untuk seseorang, iaitu Khairunnisa Bt Ahmad Shahrien. Happy Birthday, dear! Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan, berjaya dalam hidup dan berbahagia bersama yang tersayang. :D


Nisa, sorry ambil gambar kat FB Nisa tak mintak izin. Hehe. TQ :)

Mesti ada yang tertanya siapa dia Nisa Shahrien. Hehe. Nisa ni adalah jiran di kawasan rumah atul suatu masa dulu. Mama atul jaga dia dan adik adik dia dari kecil hingga lah mereka da sekolah. Sekarang ni family Nisa tak duduk da kat kawasan rumah atul tu. Diaorang da berpindah tapi family Nisa dengan Family atul masih lagi rapat.

Kalau waktu cuti, adik Nisa, Farah, akan datang stay kat rumah atul. Tapi sekarang ni jarang da diaorang datang rumah sebab Farah kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dan Nisa pulak di Universiti Malaysia Sarawak.

Seriously rindu zaman kitaorang kecik kecik dulu. Main sama sama, tengok TV sama sama, macam macam lah. Tapi sekarang tak lagi. Masing masing da besarkan. Dulu Nisa waktu kecik selekeh je. Sekarang ni da makin bergaya. Sama macam adik dia, Farah dan Syaza. Waktu mengubah segala galanya. :)

Apa apa pun, hubungan yang terjalin antara family Nisa dengan family atul takkan terputus. Kitaorang akan sentiasa rapatkan hubungan ini. Nisa, Farah dengan Baby, jangan lupakan family Yaya da lah ye. Yang paling penting, jangan lupakan mama Yaya tu. Hehe.

Sebenarnya entri ni nak wish birthday Nisa iaitu birthday dia pada hari ini, 5 October 2011. Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke 19. Happy happy selalu dan study rajin rajin taw. Nanti da balik Ampang, datang lah rumah ye. :)

HAPPY BIRTHDAY NISA! MISS YOU SO MUCH! :D

Nisa ada blog. Jom lah singgah blog NISA. :D


p/s : Esok birthday adik Atul pulak.. -_- Bulan ni entri penuh dengan birthday je.. :D

Wordless Wednesday #14

Wordless Wednesday is back! :D


What is Wordless Wednesday ?? Click HERE..

Join Facebook WW and Blog MalaysianWW..

Monday, October 3, 2011

Bulan 10 Yang Dinanti :)

Assalamualaikum semua. :D

Bersua kembali setelah 3 hari atul tak update blog. Hehe. Apabila mood nak update blog da tak ada, memang malas gila lah kan nak update blog. Online pun cuma online Facebook je. Lagi pun hari Jumaat lepas atul balik Kota Bharu. Opah atul tak sihat dan abah atul balik Kota Bharu untuk tengok opah atul. So, ambil kesempatan lah untuk jumpa abah. Rindu, okay! :)


Okay, bulan 10 adalah bulan yang atul tunggu sangat sangat. Sebabnya :

  • Bulan 10 ni atul da habis final exam iaitu paper tamat pada hari Ahad ni. Lamanya lagi. Student lain da balik da. Atul je tak habis paper lagi. -_-
  • Bulan 10 ni jugak atul akan ambil MUET iaitu pada 11/10/2011 ni. Yang ni lagi 1. Yang pergi buat lambat kenapa. Kalau buat semester lepas kan da selesai 1 kerja. -_-
Itu antara kerja yang atul tak sabar sangat nak selesaikan pada bulan 10 ni. Sekarang ni tengah bersabar lagi. Kalau ikutkan hati, semalam nak ikut abah balik Ampang. Tak nak ambil lagi 2 paper tu. Erkk.. Gila kan aku ni ?? Hehe. :)

Ini pulak antara perkara menarik yang tak sabar atul nak buat :

  • Nak tidur puas puas, nak makan banyak banyak, nak bawak Fifi dengan Haikal pergi jalan jalan, nak update blog banyak banyak. HAHA. Amek kau! :p
  • Nak celebrate birthday atul dengan kakak dan adik atul. Birthday kitaorang semua bulan 10 okay. Adik atul 6/10, atul 13/10 *ingat ye, dan kakak atul, 16/10. Ayong cakap nak celebrate, tapi tak tahu lah kan. Tunggu dan lihat je. :D
Itu sahaja lah yang atul boleh share. Yang paling tak sabarnya, nak habiskan final exam ni. Tinggal 2 paper je lagi, Jumaat dan Ahad. Sabar je lah atul.

Okay lah.. Till then~




© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: