HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Wednesday, August 22, 2012

Kad Raya Dari Yang Tersayang!

Assalamualaikum semua. :)


Alhamdulillah, kad raya yang ditunggu-tunggu telah pun selamat sampai pada hari Jumaat yang lepas. Balik je kerja, mama cakap ada kad raya untuk atul. Dah agak dah dari siapa kad raya tu. Happy sangat. Terharu. :')

Thanks awak sebab sudi bagi saya kad raya. Saya suka sangat sangat. Saya akan simpan kad raya tu baik baik. Saya akan jaga kad tu macam saya jaga diri saya sendiri tau. Thanks, awak. :')

Saya dah hantar kad raya kat awak. Tapi saya tak tahu kenapa still tak sampai lagi. Tak tahu lah mana silapnya. Saya dah lama tak hantar surat awak. Tapi tak apa. Saya akan bagi kad raya yang baru untuk awak. Khas untuk awak sorang je. Nanti kita jumpa, saya bagi pada awak ye. :)

Sekali lagi, thanks ye awak. Saya hargai pemberian awak tu. Terima kasih! :')

*kelainan raya tahun ni, ada seseorang di sisi. :')

Wordless Wednesday #26

Wordless Wednesday. :)

Muhammad Izzat Hadif with Mak Ngah.. :')

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalamualaikum semua. :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog atul ni. Maaf zahir dan batin. Ampun dan maaf dipinta kalau kalau atul ada buat salah dan silap pada korang semua. Biasa lah, kita ni manusia biasa kan. Tak lari dari buat silap. Maaf kan atul ye. :)

atulrahim :')

Rasanya tak lambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua. Yelah, raya ketiga baru berkesempatan nak update blog. Raya pertama memang tak lah kan. Ada je yang datang rumah. Raya kedua pulak atul pergi beraya rumah orang. Raya ketiga ni rehat rehat je kot kat rumah. Penat sangat. Hehe.

Tema raya tahun ni warna pink. Gambar kat atas tu diambil semasa pergi beraya rumah kakak atul. Guna phone dia suruh adik ambilkan gambar. Yelah, nak guna phone sendiri, camera tak cantik pulak. Guna lah phone akak yang canggih tu. Baju raya atul tu dibeli seminggu sebelum raya. First time ye beli baju yang dah siap menggunakan duit sendiri iaitu duit gaji atul. Alhamdulillah. :) Kasut raya semuanya beli sendiri. Kuih raya pun beli. Tak sempat den nak buat. :p

Okay lah. Rasanya semua mesti tengah sibuk beraya lagi kan. Atul nak sambung makan kuih raya. Nanti atul share dengan korang semua kuih raya yang atul beli ye. Sedap sangat! Rasanya korang dah pernah makan kot. Atul je yang terlambat sikit. Hehe. Nak tahu kuih ape? Tunggu...

*Tema raya korang warna apa tahun ni? #selamathariraya

Wednesday, August 15, 2012

Duit Raya

Assalamualaikum semua. :)

Salam Ramadhan yang ke 26. Wahh, cepatnya masa berlalu. Lagi beberapa hari je lagi kita semua akan menyambut hari raya Aidilfitri. Ramadhan pun akan berlalu dan adakah kita semua akan berkesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun depan? Berdoa lah agar kita semua diberi kesempatan untuk meraikan Ramadhan yang akan datang. Amin..

Sumber: Google

Okay, hari ni nak story pasal duit raya. Kalau time raya ni, antara perkara yang menjadi kewajipan adalah memberi duit raya kepada kanak-kanak. Kanak-kanak je lah yang dapat. Orang dewasa macam atul ni memang takkan dapat lah kan. Lagi-lagi dah kerja, confirm takkan dapat. Kena bagi duit raya adalah. Hehe. :')

Dulu masa kecik-kecik, dapat lah jugak. Tapi kan tak adalah banyak macam budak-budak kecik yang lain. Paling banyak dapat pun dalam RM100 ++ je. Itu pun dah kira bersyukur daripada tak dapat langsung. RM100 masa kecik-kecik dulu dah kira banyak bagi atul ye. Macam-macam boleh beli tau. Tapi tak ingat apa yang atul beli dengan duit raya tu. Dah lama dah masa tu berlalu. *tiba-tiba rasa macam dah tua sangat pulak. :)

Atul pun tak ingat dah raya tahun bila kali terakhir atul dapat duit raya. Dah lama dah kot tak dapat. Dulu abah, ayong ada jugak bagi atul dengan adik duit raya. Tapi sekarang, tak ada maknanya. Atul yang kena bagi kat mama dengan abah. Kat ayong pulak, bukan bagi dekat dia, tapi kena bagi kat anak-anak dia. Dulu ada 2 orang je, tapi tahun ni dah bertambah lagi sorang. So, bajet lebih sikit lah. Tapi, tak ada lah bagi banyak sangat kan. Bagi setakat yang mampu je. Lagipun bukannya atul ni gaji besar sangat. Hehe. :p

Agak-agak tahun ni ada tak yang sudi bagi atul duit raya? Alaa, tak banyak, sikit pun jadi lah. Cukup untuk buat belanja hari-hari pun dah kira okay. Atul tak ada lah nak sampai target-target dapat duit raya banyak mana kan. Kita sedar yang kita ni dah dewasa. Tak gitu?

Korang-korang yang sebaya dengan atul ni, still dapat duit raya lagi ke? Berapa korang dapat? Kalau korang still dapat, serious, jealous sangat! Tak adil. Nak jugak duit raya!!

Hehe. Okay lah. Setakat ni dulu. Jumpa lagi. :')

p/s: Hari Jumaat half day. Lepas tu, RAYA! :)


Monday, August 13, 2012

Mood Raya Sudah Datang, Mood Kerja Kian Menghilang

Assalamualaikum semua. :)

Salam Ramadhan yang ke 24. Alhamdulillah, lagi beberapa hari, Aidilfitri bakal menjelma. Tak sabar sangat sangat nak sambut raya tahun ni. Yelah, tahun ni beraya sebagai seorang pekerja kan. Sebelum ni raya sebagai seorang pelajar. Nak beli itu, ini semua kena limit kan sebab guna duit mama dan abah.

Tahun ni excited lah sikit sebab baju raya, kasut raya semuanya beli menggunakan duit gaji atul sendiri. Alhamdulillah, walaupun kerja kontrak je, atul mampu untuk tanggung diri sendiri. Syukur. :)

Sumber: Google (Tak sabar nak raya macam Upin Ipin ni)

Disebabkan dah tak sabar nak raya, kerja pun dah tak ada mood nak buat. Asyik fikirkan pasal raya je. Kerja kerja ni pun staff kat department atul yang tolong atul. Hehe. Betapa malasnya atul nak kerja. Huh.

Dah lah call yang masuk banyak pulak tu. Tak terbuat kerja kerja atul sekali dengan nak courier surat surat ke ladang-ladang, nak jawab call, nak sambut tetamu datang. Penat, okay. Jangan ingat kerja jadi receptionist ni tak penat. Kalau nak try, boleh je. Try lah. Confirm tak lama korang jadi receptionist. Hehe.

Disebabkan malas nak buat kerja sebab ada yang dah siap, sebab tu lah atul update blog. Kalau tak, tak berupdate lah blog atul ni. Okay lah. Setakat ni je dulu. Esok cuti sebab nak uruskan pasal pelajaran atul. Yang pasal tu, esok-esok pulak kita cerita ye.

Jaga diri kepada semua yang nak balik kampung. Berhati-hati di jalan raya. Selamat berpuasa! :')

p/s : Kad raya telah siap dihantar kepada insan-insan yang terpilih. :)

Wednesday, August 8, 2012

Kad Raya

Assalamualaikum semua.

Wahh, dah lama atul tinggalkan blog ni tanpa update apa-apa. Tak tahu lah kenapa malas sangat nak update. Alasan yang paling simple sebabnya dah kerja. Bila balik kerja tu, memang atul tak online langsung. Hehe. So, sekarang ni mood dah datang kembali. Rasanya masih tak terlewat lagi untuk atul ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia ini. Selamat Berpuasa! :')

Sumber: Google

Hari ni atul nak update pasal kad raya. Memandangkan hari raya bakal menjelma tidak lama lagi, atul pasti ramai yang sedang sibuk untuk mengirim kad raya kepada ahli keluarga mereka, sanak-saudara, dan sahabat handai. Walaupun sekarang ni ramai orang kata tak perlu lah nak hantar kad raya. Zaman dah moden, hantar guna SMS pun boleh. Tak pun guna email dan yang paling popular sekarang ni, hantar kat Facebook atau Twitter. Yelah, zaman dah moden kan. Apa kelas hantar kad raya.

Mungkin ramai yang buat macam tu. Tapi ada juga segelintir yang masih lagi menghantar kad raya. Kalau nak tahu atul merupakan salah seorang yang masih lagi menghantar kad raya kepada kawan-kawan atul. Tapi kalau nak tahu jugak, hampir 2 tahun kot atul dah tak hantar kad raya dan tak menerima kad raya. Yelah, dulu kat kolej, tak sempat nak pergi beli kad raya dan hantar pada kawan-kawan. So, tahun ni atul kembali semula menghantar kad raya pada kawan-kawan. Lagipun, dapat kad raya free dari ofis. Hehe. :')

So, kepada sesiapa yang nak kad raya dari atul, boleh email kan alamat korang di adawiyahcute81@ymail.com. Hanya 10 orang yang akan terpilih. :)

Kalau ada yang nak hantar kad raya kat atul, boleh email atul di email kat atas untuk mendapatkan alamat atul ye. TQ!

Okay lah. Setakat ini dulu lah ye. Selamat Berpuasa! :')
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: