HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, September 18, 2012

Perjuangan Bermula

Assalamualaikum semua. :)

Wahh, tajuk entri bukan main lagi. Perjuangan bermula. Macam orang yang berjuang nak pergi berperang lah pulakkan. Hehe.

Untuk makluman semua, atul sekarang ni bekerja sambil belajar. Wahh, hebat tak? Hehe. Atul sekarang ni masih lagi bekerja di Tradewinds Plantation Berhad dan dalam masa yang sama atul akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah iaitu Ijazah Perakaunan. Kira atul belajar part time lah ni. :)

Picture: Google

Actually, takut jugak nak belajar sambil kerja ni. Subjek pulak semakin sukar. Yelah, peringkat Ijazah kan. Bukan macam Diploma, boleh main main. Lagi lagi lah kelas atul hanya 2 minggu sekali dan selebihnya kena lah belajar sendiri. Huh, agak menakutkan sebab diri ni bukan rajin sangat pun. Lepas ni kena lah ulang alik ke UiTM Shah Alam. Kena biasakn dengan Shah Alam sebab lepas ni dah jadi rumah kedua pulak.

Alhamdulillah, ramai yang menyokong keputusan atul ni terutama family, kawan kawan dan yang tersayang. Terima kasih lah ye. Doa doakan atul dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru ni dan doakan atul berjaya ye. InsyaAllah. :)

p/s: Minggu terakhir raya. Nak makan banyak-banyak. Hihi. ;)

Sunday, September 9, 2012

Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan TWM

Assalamualaikum semua. :)

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat sihat selalu. Almaklum lah, mood masih lagi dalam mood raya. So, mesti banyak open house yang dianjurkan. Makan tu makan jugak. Tapi jangan terlebih makan pulak ye. ;)

Pada 6 September yang lepas, company tempat atul bekerja tu telah pun mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri bagi tahun ini. Sambutan hari raya pada kali ini telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Dekat je dengan ofis atul tu. So, kami semua pergi berjalan kaki je. Tapi ada jugak yang pergi menaiki kereta dan van juga disediakan untuk membawa staff ke hotel tersebut.

Antara makanan yang dihidangkan. :)

Majlis bermula pada jam 12 tengah hari. Office hour berjalan pada biasa pada waktu pagi. Atul macam biasa, ke hotel dengan sahabat karib atul, iaitu Asma. Sampai je kat hotel, wahh, ramainya lah orang. Semuanya merupakan staff Tradewinds Malaysia Berhad. Macam biasa, sampai je terus cari makanan sebab lapar sangat. Macam macam makanan yang dihidangkan. Antaranya ialah, satay, spaghetti, lemag, ketupat, roasted lamb, laksa, mee kari dan macam macam lagi. Terlalu banyak dan tak semua lah yang atul rasa. Yang atul makan tu, ada dalam gambar kat atas. Hehe. :)

Atul dengan staff Tradewinds Plantation Berhad. :')

Persembahan mantap dari Ning Baizura dan M. Nasir. Selain dari persembahan dua artis ini, persembahan turut diadakan oleh Tradewinders iaitu gabungan dari staff Tradewinds Malaysia Berhad. :)

Atul lagi dengan staff staff Tradewinds Plantation Berhad. :')

Persembahan dari Adik Ahmad dan Fizi. Kalau nak tahu adik berdua ni merupakan pelakon dalam iklan sempena Hari Raya Aidilfitri terbitan Bernas. Kalau nak tahu jugak, Bernas merupakan salah satu company di bawah naungan Tradewinds Malaysia Berhad. :D

Dapat jugak bergambar dengan Ning Baizura. Yang penting, dapat salam dengan dia. Persembahan mantap dari beliau. :)

Last but not least, gambar atul sendiri. Bergambar kenangan di luar perkarangan Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Penat sangat hari tu. Penat makan + penat bergambar. Really enjoyed that moment. Thank you to Tradewinds Plantation Berhad and of course Tradewinds Malaysia Berhad for this great opportunities that given to me. Thank you so much. :')

Picture credit to: Nurul Asma (Engineering Dept) & Azim Hazny (R&D Dept)
Edited by: Rabiatul

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: