HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, June 30, 2013

TEMPAHAN MINI PRETZEL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DIBUKA SEKARANG !!

STICKY POST. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :)

Wahh, tak lama je lagi, kita semua bakal menyambut bulan Ramadan. Tinggal lagi 2 minggu dari sekarang bulan Ramadan bakal menjelma. So, lepas Ramadan, kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri kan? Mesti semua dah ada yang buat persiapan untuk Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. :) So, di kesempatan ini, Atul nak promote lah business yang kakak Atul buat sempena Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi. :)

Dalam entri INI, Atul dah pun promote Mini Pretzel yang kakak Atul jual. Dalam entri tersebut, ada pelbagai perisa. So, untuk Hari Raya Aidilfitri ini, hanya 1 perisa sahaja yang dijual iaitu Mini Pretzel in Chocolate (seperti gambar di bawah). Kalau untuk hari biasa, kalau nak tempah perisa lain pun boleh. Korang boleh tengok perisa lain di entri INI. Cuma untuk Hari Raya, tempahan Mini Pretzel in Chocolate sahaja diterima. :)


Mini Pretzel in Chocolate - RM 30 (150 pieces) 


So, kepada sesiapa yang nak buat tempahan, boleh lah hubungi kakak Atul di talian yang tertera di gambar di atas atau boleh lah PM kakak Atul di Facebook beliau - Ira Rahim.

Tempahan dibuka sehingga 1 Ramadan bersamaan dengan 10 Julai 2013. So, tunggu apa lagi? Serikan Aidilfitri anda dengan Mini Pretzel yang comel dan lazat. Yummy ! :)

Till then~

Friday, June 28, 2013

SEGMEN MENANG WANG TUNAI RM 100

Assalamualaikum dan selamat malam. :) 


Klik banner untuk join ! :)

Segmen TAMAT pada 30 Jun 2013. :) Jom join ! :)

Till then~
 

Thursday, June 27, 2013

THANK YOU, NUFFNANG !!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :) 

Dah lama rasanya tak update pasal Nuffnang. Yelah, dulu masa rajin update blog, tak ada pulak iklan yang masuk ke blog ni. Tapi bila dah 2 bulan tak update kan, bila check account Nuffnang, terkejut kot. Tiba-tiba earning dah naik dengan mendadaknya. Rasanya baru bulan 2 hari tu cash out Nuffnang, bulan 4 dapat duit. Sekali earning dah naik dengan mendadaknya. Syukur ! :)


Iklan CPC tak putus-putus masuk blog ni. Begitu juga dengan BE. Tapi BE dah stop lah pulak. Bila Nuffnang nak bagi BE lagi ni? Hehe. :)

Thanks, Nuffnang sebab still support blogger yang biasa-biasa macam Atul ni. Dah hampir 3-4 tahun jugak lah setia dengan Nuffnang ni. Thanks jugak buat blogger-blogger yang selalu singgah blog Atul dan support blo Atul ni. Thanks, everyone ! :) Keep in supporting me. :)

Thank you. (:

MENANG GIVEAWAY BELOG IZYAN SHAMBA !!

Assalamualaikum dan selamat petang. :) 

Alhamdulillah, baru-baru ni, Atul ada join Giveaway Belog Izyan Shamba. Boleh tengok entri INI ye, kawan-kawan. Keputusan para pemenang telah pun diumumkan oleh Izyan di blog nya pada tengahari tadi. Dan guess what? Atul merupakan salah satu pemenang giveaway kali ni. Yeay! Menang jugak akhirnya. :)

Pemenang ditentukan oleh random 100%. Atul adalah peserta bernombor 90 dan atul telah pun menang banner/iklan yang di sponsor oleh Zemaas Anim. Terima kasih kepada Zemass Anim ! :) Atul akan hubungi secepat yang mungkin. :)


Kepada owner blog, terima kasih sebab sudi anjurkan giveaway kali ni. :) Thanks, Izyan ! Tak lupa juga  pada semua sponsor giveaway. Thank you sooooo much !!! :D

Till then~

Tuesday, June 25, 2013

Segmen Bloglist Julai Blog Paly

Assalamualaikum dan selamat petang. :) 


Klik banner untuk join. :)

Tarikh tutup 27 Jun 2013 @ 11.59 malam. :)

#Esok first paper final exam. Doakan Atul ye? :)


Sunday, June 23, 2013

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Wednesday, June 19, 2013

2ND GIVEAWAYS BELOG IZYAN SHAMBA

Assalamualaikum dan selamat petang. :)


Klik banner untuk join. :)
Due date: 21 June 2013.

Dah lama tak join Giveaway. Jom join ! (:
 

HAPPY BELATED BIRTHDAY, FIFI !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Happy Belated Birthday, Fifi ! Pada 17 June 2013 yang lepas, genap lah umur anak saudara Atul, Fifi yang ke-6 tahun. Alhamdulillah, Fifi membesar dengan sihatnya. :)

Pada 15 June 2013 (Sabtu), kakak Atul buat majlis sambutan hari jadi Fifi di rumah mereka, di Kampung Melayu Ampang. Ayong (kakak Atul) hanya menjemput saudara-mara terdekat dan rakan-rakan yang rapat je. Tapi, malangnya, Mak Nga Fifi (iaitu Atul), tak dapat datang sebab Sabtu lepas ada kelas. Kalau ikutkan, memang tak nak pergi kelas, tapi sebab last kelas kan, and ada 2 presentation, so, pergi jugak lah kelas. :)

Nur Ainin Syafiya Binti Mohd Fairuz :)

So, Fifi, Happy Belated Birthday, Mak Ngah ucapkan. Semoga Fifi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, membesar dengan sihatnya dan semoga Fifi menjadi anak yang solehah. Anak saudara Mak Ngah ni pandaikan? Mak Ngah tahu Fifi pandai. Rajin-rajin belajar ye. Jadi insan yang berjaya pada masa depan. Jangan sesekali tinggal solat, rajin baca Al-Quran ye, sayang. :)

Sorry sebab Mak Ngah tak dapat nak bagi hadiah yang paling mahal, paling cantik. Hanya doa yang mampu Mak Ngah berikan pada Fifi. Semoga segala urusan Fifi dipermudahkan di Dunia mahupun di Akhirat. AMIN. :)

Mak Ngah nak Fifi tahu yang Mak Ngah sayang kat Fifi. :)

Happy Belated Birthday, Fifi ! (:

Tuesday, June 18, 2013

FINAL EXAM SEMESTER DUA :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Alhamdulillah, final exam semester kedua bakal bermula pada 26 June 2013 ini. Bersyukur sangat sebab semester kali ni berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, assignment, test, quiz, presentation dan sebagainya telah pun disempurnakan. :)

Terima kasih pada kawan-kawan PLK Atul yang memang tersangat lah baik hati. Thanks pada Shu, Syakira, Helmi dan Rudy. Mereka lah kawan paling rapat Atul dan sentiasa bagi semangat dan sokongan. Thank you so much, friends ! :) Thanks jugak pada lecturer yang mengajar Atul semester ni, Sir Sazali, Sir Danial, Ustaz Mamat dan Madam Norleza. Jasamu dikenang ! :)


Final Exam Schedule:

26 June 2013 - CTU 553
01 July 2013 - FAR 430
09 July 2013 - CRG 520

Semester kedua ni Atul amek 4 subjek. Hanya 3 subjek yang ada final exam. Subjek BEL 49 tak ada final exam. Semuanya bergantung pada assessment mark. Dan semuanya pasal presentation. Alhamdulillah, dah selesai. :)

Kepada kawan-kawan semua, doakan kejayaan Atul dalam exam kali ni ye. Dan kepada kawan-kawan yang akan menduduki exam, semoga berjaya ! In Sha Allah, semoga kejayaan milik kita semua. :)

Till then~

BLOG KEMBALI DENGAN WAJAH BARU !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semua. :)

Alhamdulillah, akhirnya Atul kembali meng update blog setelah 2 bulan tak update blog. Hehe. Kini Atul akan kembali update blog seperti biasa. In Sha Allah. :)

Kini blog Atul kembali dengan wajah baru. Rasa macam bersemangat je nak update blog ni lepas tengok design dah bertukar. And of course, warna kesukaan Atul sebagai warna pilihan untuk blog kali ini, iaitu Purple! :D

Every year memang Atul akan tukar design blog Atul. Semestinya order pada orang yang pakar bab-bab design blog ni and orang yang pakar bab-bab coding. Atul memang out lah bab-bab tu semua. So, tempah je kat orang. :)


Untuk tahun ni, Atul tak lagi menempah dengan Cik Bulat. Kali ni proses design blog Atul serahkan pada blogger Dayang Deno. Menurut Deno, dia masih lagi baru bab-bab edit blog. Tapi Atul tak kisah lah. Baru ke, lama ke, yang penting dia lagi pandai dari Atul bab men design blog ni. So, semuanya Atul serahkan pada Deno. Senang nak berurusan dengan Deno ni since dah kenal dengan dia. Walaupun tak pernah berjumpa, tapi selalu keep in touch dengan dia. :)

So, kepada yang terasa nak tempah untuk design blog, atau tempah doodle ke, header ke, jom order dengan Dayang Deno. Pasti korang puas hati ! :)

Thanks buat Deno sebab sudi design blog atul ni. Atul puas hati sangat. Kalau ada rezeki lagi, next year, Atul tempah lagi dengan Deno ye? :) Good luck, Deno and Atul always support Deno ! :D

Till then. (:

p/s: Cuti 2 minggu untuk final exam. :)
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: