HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, August 29, 2013

DAH BESAR PUN DAPAT DUIT RAYA LAGI TAU !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :) 

Mood raya masih ada lagi walaupun tinggal beberapa hari je lagi sebelum Syawal melabuhkan tirai. Hmm, semoga kita semua akan bertemu kembali dengan bulan Ramadan dan Syawal akan datang. AMIN. :)

Kalau cakap pasal raya, duit raya merupakan antara yang terpenting ketika raya. Yang paling happy dan super duper happy, of course lah budak-budak kecik. Sebab mereka lah yang akan dapat duit raya. Kalau baby tu, dia tak tahu lagi. Takpe lah. Yang dah sekolah ni, of course akan rasa keterujaan untuk dapat duit raya. :)


Jangan tak tahu, orang dewasa yang masih belum berkahwin pun still dapat duit raya tau. HAHA. Kalau nak tahu, lagi banyak nilainya dari budak-budak kecik. Hikhik. :D Dan atul adalah salah seorang, orang dewasa yang orang dah tengok macam mak orang, still dapat duit raya tau. Takde istilah dah kerja, tak boleh dapat duit raya. Istilah yang paling baik digunakan adalah, siapa yang belum kahwin, boleh dapat duit raya. Hehe. :)

Alhamdulillah, dah rezeki kan. Orang nak bagi, so, kita terima je lah. Tak baik tau tolak rezeki ! :) Tahun ni dapat banyak lah jugak dari tahun lepas. Tak banyak mana pun. Tapi bila dah umur macam ni dapat duit raya banyak tu, kira banyak jugak lah. HAHA.

Terima kasih lah kepada kakak-kakak kat ofis yang memberi duit raya kat atul dan juga kakak saudara yang bagi kat atul. Terima kasih banyak-banyak. Boleh lah buat duit tambahan untuk bayar yuran semester depan. :) Terima kasih, semua ! :)

Okay lah. Jumpa lagi ! :)
Terima kasih sudi baca. :D

GIVEAWAY FOLLOW DAN LIKE BLOGSHOP WANITAGORGEOUS

Assalamualaikum dan selamat petang. :) 

Petang-petang ni jom join Giveaway dari Blogger IbuNoey. Giveaway ni sempena dengan pembukaan blogshop IbuNoey iaitu WanitaGorgeous.


Kalau nak tahu cara-cara nak sertai Giveaway ni, klik je banner kat atas ni. Jangan risau, mudah je ! Hadiah menarik menanti anda semua ! :)

Good luck ! :)

SEMESTER 3 BAKAL BERMULA

Assalamualaikum dan selamat petang semua. :) 

Pagi tadi, bukak je Facebook, tengok ada post dekat page AC 220 PLK Blended. Hati dah dup dap, dup dap. Dah tahu dah mesti jadual semester baru dah keluar. Malasnya nak tengok jadual tu !
 

Bukan malas nak tengok apa tau sebenarnya. Cuma nanti bila tengok, tak tahu nak amek subjek yang mana satu. Yelah, dah nama pun belajar part time, kita yang kena pilih sendiri semester ni nak belajar subjek apa. Kalau full time tu, memang kena ikut pihak UiTM lah. Hmm, ni yang pening kepala ni.

Tadi kawan-kawan dah mesej tanya nak amek subjek apa. Atu bagitahu yang atul tak fikir nak amek subjek apa lagi. Bagi masa dulu. Nanti dah okay, Atul inform dieorang. Bukan masaah duit, masa atau yang lain-lain. Cuma kemampuan diri atul ni je. Atul tahu tahap kemampuan atul sampai mana. Dah lah dengan kerja lagi.

Kawan-kawan atul ada yang nak amek sampai 6 subjek. Bagi atul, itu atas mereka lah. Mereka tahu kemampuan mereka setakat mana. Atul cakap terus-terang lah. Atul memang takkan study kalau balik kerja. Bagi atul, balik kerja, rehat-rehat jap, then sampai masa untuk tido, atul tido. Atul takkan mampu tido 4 jam (seperti yang disarankan oleh pakar kalau nak amek study part time ni). Masa tido atul mesti 6 jam. That's why, bila study week, atul sanggup cuti tanpa gaji semata-mata nak study untuk exam nanti.

Mungkin semester ni atul nak amek 5 subjek. Inshaallah, boleh. Tapi kena amek subjek yang tak terlalu berat. Hmm, tu lah. Amek lagi subjek susah. Kan dah pening kepala. :) 

Doa-doa lah atul dapat membuat pemilihan subjek yang terbaik untuk semester ini. Penting sangat tau untuk jaga CGPA atul. Semester 3 bakal bermula dan atul dah siap sedia ! Chaiyok ! :D

Doakan yang terbaik buat saya, kawan-kawan. :)
Terima kasih. :)

SEGMEN : DENO SHORT GIVEAWAY #PART2

Assalamualaikum dan selamat pagi. :) 

 Harini nak mulakan entri dengan join Short Giveaway dari blogger Dayang Deno. :) Short Giveaway yang simple sangat. So, kepada yang nak join tu, jom lah join ! :D


Segmen ni 3 hari je dari 29-31 Ogos @ 11.59pm :) So, tunggu apa lagi. Jom join Short Giveaway ni sekarang jugak ! :D Good luck ! :)

Monday, August 19, 2013

SALAM AIDILFITRI 2013 !

Assalamualaikum dan selamat pagi ! :) 

Alhamdulillah, harini dah masuk hari ke 12 kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2013. Harini jugak lah baru Atul nak buat entri untuk Hari Raya tahun ni. Rasa macam dah lambat sangat pulak nak wish. Orang semua wish pada 1 Syawal lagi. Bukan apa, 1 Syawal, semuanya busy. Memang tak sempat nak update blog. So, Syawal ke 12 ni baru ada masa. :D

Gambar Atul pada 1 Syawal. ^_^

Di kesempatan ini, Atul nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri Atul khusunya kenalan di Tadika Perba, Sekolah Kebangsaan Ampang, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Razali, UiTM Machang, UiTM Shah Alam, dan kakak-kakak dan abang-abang di Tradewinds Plantation Berhad. :)

Tak lupa juga buat keluarga tersayang dan saudara-mara sebelah Abah dan Mama. Paling tak lupa buat semua pembaca blog Atul. Tak kira lah siapa pun anda, terima kasih dan selamat hari raya ! :) Ampun dan maaf dipinta andai ada tersalah kata atau tersilap bicara. 0-0 lah ye? :)

Okay lah. Ni baru entri pertama untuk raya. Akan di update lagi selepas ini. Inshaallah. :)
Jumpa lagi. Nak start kerja dah ni. :)

Sunday, August 18, 2013

SEGMEN 12 JAM FOLLOW & BLOGWALKING #4 MIALIANA.COM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 18 Ogos 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Monday, August 5, 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DUA

Assalamualaikum semua. :) 

Alhamdulillah, result final exam dah pun keluar pada Sabtu, 3 Ogos 2013 yang lepas. Perasaan nervous tu memang sentiasa ada lah kan. Rasa macam baru je semalam habis jawab final exam. Tengok-tengok result dah pun keluar. Cepat je masa berlalu sekarang kan. :)

Google Images

Macam biasa lah, bila result final exam je, pihak UiTM akan hantar email pada semua student bermula jam 12 pagi. Kalau nak tengok kat website UiTM, kena tengok pukul 9 pagi lah. Atul takkan tunggu depan laptop pukul 12 pagi sampai lah result keluar. Atul tido dulu then check result masa lepas bersahur. Excited semacam je nak check result kali ni. :)

Tepat jam 5.35 pagi (lebih kurang lah), Atul pun check email dengan perasaan yang sangat takut. Kena takut, kalau over confident, susah pulak. So, bila dah bukak je email, baca Bismillah, tengo dulu pukul berapa email tu masuk. Okay, email masuk pukul 3.25pagi. Hehe. Bila dah bukak je, tengok result yang tak dijangka-jangka, mahu tak happy. Siap menjerit lagi. Kejut Abah bagi tau result semester ni. Yang paling happy, CGPA dah naik kepada pointer 3.0++. Alhamdulilah, ini lah dinamakan rezeki Ramadan. Syukur sangat-sangat. :D

Takut jugak sebab hari tu paper Corporate Governance (CRG) memang tak boleh jawab. Tengok-tengok, subjek tu yang dapat A. Happy sangat. Semester ni Atul amek 4 subjek. Atul dapat 2A, 2B. Alhamdulilah. In Sha Allah, semester 3 nanti Atul nak amek 6 subjek. Maybe masa tu tak kerja dah. So, ada lah banyak masa nak study. :) In Sha Allah, ni semua apa yang Atul rancang je. :)

Terima kasih kepada kawan-kawan rapat Atul, Helmi, Shu, Syakira dan Rudy. Mesti result dieorang pun gempak jugak. Jumpa semester depan, kawan-kawan ! :)

Mohon doa daripada anda semua semoga pembelajaran Atul di peringkat Ijazah ni dipermudahkan olehNya. AMIN. :)

Setakat ni dulu. Jumpa di next entri. :)
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: