HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Friday, November 4, 2011

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah SWT :)

Assalamualaikum semua. :D

Apa khabar ?? Harap harap semuanya sihat sihat selalu ye. Atul alhamdulillah sihat. Cuma sekarang ni malas nak update blog. Hehe. Sebab laptop baru je sihat setelah diformat oleh kawan atul. Yang tu, atul cerita di lain entri ye. Tungguu. :)


Gambar : Google

Seperti yang semua tahu, hari ni merupakan keputusan final exam bagi semua student Diploma UiTM. Pukul 12 pagi tadi da boleh check result. Tapi atul tak terus check sebab tak ada keberanian lagi. So, tidur dulu. Tidur dengan nyenyak. Hehe. :)

So, tadi tepat pukul 12 tengahari, atul pun dengan beraninya check lah keputusan final exam atul. Alhamdulillah, keputusan untuk semester ni meningkat dari semester lepas. Syukur sangat sangat. Tak ada subjek yang kena repeat. Lulus dengan cemerlang. Terima kasih, Allah SWT. :)

Walaupun tak dapat Dekan, yang penting result maintain 3.0 dan ke atas. Yang paling atul tak percaya, result untuk subjek Costing atau MAF320. Result yang paling membanggakan. Tak percaya langsung. Syukur sangat sangat. Tak sia sia usaha atul selama ni. :)

Secara keseluruhannya, atul berpuas hati dengan keputusan atul semester ni. InsyaAllah, semester depan atul akan buat lebih baik dari semester ni. Walaupun sedih dengan keputusan permohonan kolej atul yang tak berjaya tu, tapi dengan adanya keputusan final exam ni, dapat lah mengubat sedikit kesedihan di hati.

Okay lah. Sampai sini je. Terima kasih semua. Terima kasih Allah SWT. :D

Wednesday, November 2, 2011

Debaran Semakin Terasa

Assalamualaikum semua. :D

Alhamdulillah, dapat jugak update blog. Diri ni terasa malas sangat nak update. Tak tahu lah kenapa. Tapi ku gagahkan jugak untuk update blog. Ni pun guna laptop kakak atul update blog sebab laptop atul sedang di format. Rindu sangat kat laptop. Semoga cepat sembuh ye. Hehe. :)


Picture : Google

Okay, kalau semua nak tahu, keputusan final exam bagi student Diploma UiTM akan dikeluarkan pada hari Jumaat ni, iaitu 4 November 2011. Lagi 2 hari, okay! Debarannya semakin terasa. Takut sangat sangat. Tak tahu lah apa result atul untuk semester ni. Setiap semester atul da buat yang terbaik. Walau apa pun keputusan yang bakal diterima, atul harap atul dapat tabahkan hati dan terima dengan redha. Sesungguhnya itu adalah usaha atul dan itu juga lah yang telah tertulis untuk atul. InsyaAllah, sama sama doakan agar atul dan kawan kawan dapat keputusan yang cemerlang. AMIN. :)

So, kepada yang akan dapat keputusan exam pada Jumaat ni, good luck ya. Semoga kalian semua peroleh kejayaan yang cemerlang dan teruskan usaha untuk semester akan datang. :D

Till then~

Enjoy your day with Astro Byond IPTV. Click HERE for more info. :)
Take the quiz to fight with the deadly dengue. Click HERE to take the quiz.


Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: