HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, March 24, 2013

PRETZEL BISCUIT - ORDER NOW !!

STICKY POST. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY ! :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. :) 

Alhamdulillah, kembali semula pada entry kali ni. HAHA. Entry kali ni nak promote dekat anda semua tentang business yang baru je kakak dan adik atul jalankan sejak 1 minggu yang lalu. Well, ni semua adalah idea kakak atul dan dibantu oleh adik atul. Atul pulak tukang promote je. Hehe. :')

Okay, business yang akak atul jalankan ni adalah menjual biskut Pretzel yang disaluti dengan pelbagai rasa yang sungguh enak sekali. Serious, sedap sangat !! First time kami sekeluarga makan, sekejap je habis sebab biskut ni rasanya memang lain daripada yang lain dan bila makan, nak lagi dan lagi. Tak rasa muak lah kalau makan. :)

Biskut ni dipanggil biskut Pretzel sebab bentuk dia yang memang dah daripada asal namanya Pretzel. So, memang tak ada reka nama yang pelik pelik untuk biskut ni sebab nama dia memang dah macam tu. Hehe. Jom tengok biskut Pretzel yang telah disediakan hasil kakak dan adik atul. :D

Pretzel with Chocolate - 120 pieces, RM 32..

Pretzel with Chocolate and White Chocolate - 120 pieces, RM 32.

Pretzel with Strawberry and White Chocolate - 120 pieces, RM 32..

Pretzel With Oreo - 120 pieces, RM 35..

Wahh, sedapnya kalau tengok gambar kat atas ni. Kalau tanya atul, semuanya sedap tau. Harga pun berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua. :)

Sebarang pertanyaan, boleh lah contact atul melalui Facebook di facebook.com/atulrahim atau di Twitter @rabiatulrahim

So, apa lagi, jom lah order sekarang !! :)

Thursday, March 21, 2013

SPM 2012 - TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR

Assalamualaikum dan selamat petang, semua. :) 

Hari ni, 22 Mac 2013 merupakan hari di mana keputusan SPM 2012 telah pun diumumkan. Wahh, para pelajar telah pun mendapat keputusan mereka masing masing pada tengah hari tadi. Mesti sekarang ni kesemuanya gembira. Pada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Sekarang ni banyak sangat peluang belajar. Cuma nak atau tak nak je. Betul tak? :)


Menurut mStar, di KUALA LUMPUR, seramai 914 calon SPM 2012 telah pun memperolehi gred cemerlang iaitu A+, A dan A- bagi kesemua mata pelajaran berbanding dengan tahun 2011 iaitu seramai 885 calon.

Bagaimanapun, pencapaian keseluruhan adalah sedikit menurun apabila seramai 18, 211 calon berjaya memperoleh sijil SPM berbanding dengan tahun 2011 iaitu seramai 18, 545 calon.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdullah Mad Yunus mengumumkan sekolah kategori cemerlang, iaitu SM Sains Alam Shah, SM Sains Seri Puteri, SM Sains Selangor, SMA Majlis Agama Islam WPK dan SMK Aminuddin Baki.

Di KUCHING pula, seramai 35 orang calon berjaya mendapat A+ dalam semua mata pelajaran yang mereka duduki. Empat buah sekolah yang mencapai keputusan 100% iaitu SM Sains Kuching, SM Sains Miri, Maktab Rendah Sains Mara Betong dan Maktab Rendah Sains Mara Mukah.

Di SEREMBAN, Negeri Sembilan menduduki ranking ketiga peringkat kebangsaan selepas Putrajaya dan Kuala Lumpur dalam pencapaian SPM 2012.

Apa pun keputusan yang telah diterima, terima lah dengan redha. Kalau bukan rezeki kita kali ini, In Sha Allah, rezeki kita pada masa akan datang akan lebih baik dari ini. In Sha Allah. Teruskan perjuangan adik-adik semua ! 

Tahniah Kak Atul ucapkan pada semua pelajar yang menduduki SPM 2012. Fikirkan langkah yang terbaik untuk adik-adik meneruskan pelajarn adik-adik ke peringkat yang lebih tinggi. INGAT, belajar di Universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Semoga berjaya !! :)
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: