HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD
Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Tahniah Norman Hakim & Memey Suhaiza

Tahniah buat pasangan yang telah selamat dinikahkan pada petang tadi. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Norman Hakim


Memey Suhaiza


Credit to : ohbulan!

Saturday, September 17, 2011

Tahniah Eira Syazira & Azad Jazmin

Assalamualaikum semua. :D

Alhamdulillah, seperti yang semua sudah tahu, pasangan Eira Syazira & Azad Jazmin sudah pun selamat mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, syukur sangat sangat. Semoga pasangan ni kekal berbahagia sehingga ke akhir hayat. AMIN. :)

Agak agak lah kan, bila ek aku nak kahwin ?? HEHE. Gurau je. Ohh, aku baru perasan. Sekarang ni memang trend bagi iPad sebagai hantaran ek ?? Bertuah lah siapa dapat iPad sebagai hantaran. Kalau aku, aku nak kereta + rumah, okay tak ?? HAHA. :p

Sedikit info dari akhbar Harian Metro :



PUTRAJAYA: Lebih tiga tahun menyemai cinta, pasangan dramatis dan pelakon popular, Eira Syazira, 27, bersama Azad Jazmin, 35, akhirnya bernikah di rumah keluarga Eira di Putrajaya, di sini, malam tadi.

Akad nikah dilakukan ayah Eira sendiri, Shuhaimi Acheh pada jam 8.50 malam dan dengan sekali lafaz Eira Syazira sah milik Azad dengan disaksikan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat.


Hadir sama keluarga Azad dan ibu bapanya, Jeffri Abdullah dan Rosidah Kadir.

Eira ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar dan mengharapkan alam rumah tangga mereka berkekalan selama-lamanya. “Alhamdulillah apa yang kami berdua impikan selama ini berjaya direalisasikan walaupun persiapan dilakukan pada saat akhir dan kami bertuah kerana keluarga banyak membantu.


“Kerjaya kami berdua sebagai anak seni memang memberi ruang yang besar untuk pelbagai spekulasi, namun semuanya berjaya kami tepis dengan keputusan mendirikan rumah tangga ini.


“Apa yang penting sekarang percaturan kami berdua untuk membina keluarga bahagia dan terus menyokong antara satu sama lain. Saya sendiri akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik dan memastikan agar ikatan ini berkekalan,” katanya yang menerima mas kahwin RM300, tetapi wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan itu mengenakan busana putih rekaan Hairi Tajuddin dan Wanpa malam tadi. Eira menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang kepada Azad yang ditaja sepenuhnya Zaha Wedding Planner dan Ari Wedding Couture.


Selain jam tangan, tas tangan lelaki, kasut dan tali pinggang, pihak Eira turut menghantar jambangan coklat, gubahan buah-buahan, sejadah dan al-Quran, sirih junjung, satu set barangan sukan dari jenama pasukan bola sepak kegemaran Azad, Chelsea dan sepersalinan baju Melayu berwarna putih. Malah, sebentuk cincin yang dirahsiakan harganya juga dikirimkan buat Azad. Manakala pihak Azad membalas dengan beg tangan berjenama Tod’s, jam tangan Fossil, sepasang kasut, buah-buahan dan coklat, telekung, sejadah, al-Quran, sirih junjung, iPad2 serta sebentuk cincin berlian.

Azad pula yang tampil segak tidak henti melahirkan rasa syukur kerana akhirnya mereka berdua disatukan dengan ikatan suami isteri. “Eira seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memahami saya dalam apa juga situasi. Jujurnya dialah insan yang tidak henti menyokong kerja dan apa saja masalah yang membebankan saya. Lantas saya percaya Eira adalah permaisuri terbaik buat saya kerana dialah yang melengkapkan hidup saya,” katanya yang merisik serta bertunang pada pertengahan Mei lalu.


Pasangan itu akan melangsungkan majlis resepsi pada 19 November ini di kediaman keluarga Eira di Presint 14, Putrajaya dan 26 November pula di sebelah lelaki di Dewan Merin, Georgetown, Pulau Pinang.

Sumber : Harian Metro Online




Sunday, September 11, 2011

Jeritan Batinku : Azlan & The Typewriter

Video terbaik dari Azlan & The Typewriter. :D



First time tengok video ni, memang aku terkesima. Best sangat. Mula mula tak faham jalan cerita lagu ni. Aku tengok 2 kali baru lah faham. Hehe. Yang paling best, tentu lah vokal mantap dari Lan. Aku memang minat dia sejak dia dengan Meet Uncle Hussein lagi. Vokal dia memang mantap. Terbaik dari ladang! :D

Ada jugak komen peminat yang aku baca mengatakan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ni hancur selepas diberi nafas baru macam ni. Tapi bagi aku, lagu ni best sangat. Apa apa pun pendapat korang, tak kisah lah. Masing masing ada pendapat sendiri. Yang aku tahu, aku minat sangat lagu ni. Tahniah Azlan & The Typewriter! :D


RAAR : Tengok muka Lan, tiba tiba teringat kat seseorang. Mirip sangat. :D

Thursday, March 18, 2010

*aKiM aF7*


smart..hands0me..my prince charming.. :D
i like him..
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: