HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD
Showing posts with label Baucer 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Baucer 1 Malaysia. Show all posts

Monday, April 1, 2013

HASIL BAUCER BUKU 1 MALAYSIA - PART 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

Alhamdulillah, atul dah pun mengambil baucer buku sebanyak RM 250 di UiTM Shah Alam pada hari Isnin yang lepas. Suka sangat sebab boleh beli buku yang memang dah lama sangat nak beli. Terima kasih kepada pihak yang memberi. :) Kalau boleh, tahun depan bagi lah RM 300 ke, RM 400 ke. Confirm atul lah orang yang paling gembira sekali. Hehe. :D

Pada hari Khamis dan Jumaat yang lepas, ada jualan buku di office tempat atul bekerja. Jualan buku yang dianjurkan oleh pihak BERNAS dan pihak MPH Bookstores. So, atul pun mengambil peluang dengan menggunakan baucer sebanyak RM 50 yang pertama dengan membeli beberapa buah buku. Yang paling best, discount 15% diberikan kepada semua yang membeli buku  pada hari tersebut. :)

Jom tengok buku apa yang atul beli. :)

Sebelum Aku Bernikah oleh Hilal Asyraf - RM 20.

Buku ni memang dah lama sangat nak beli sebab tajuknya sangat menarik. Atul juga salah seorang yang mengikuti perkembangan penulis buku ini iaitu Hilal Asyraf. Buku ni sangat berguna bagi semua yang belum berkahwin dalam proses mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam perkahwinan. Tak sabar nak habiskan. Baru nak baca bab yang ke 6. So, kepada yang nak membeli, atul syorkan untuk membeli buku ini. :)

 Komik Ustaz Azhar Idrus (UAI) - RM 15

Buku ni nampak menarik sangat dan ternyata ianya memang menarik ! Dah lah berwarna-warni. Isinya sangat berguna kepada semua lapisan masyarakat. Kalau baca buku ni, rasa macam tengah tengok UAI bagi ceramah kat TV. Best ! Atul syorkan pada semua untuk membeli buku ini. :)

 Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat - RM 25 

Atul memang minat Ustaz Azhar Idrus. Buku ni atul beli jugak. Yang edisi dulu pun atul beli sebab ianya banyak membantu atul dalam soal agama yang atul was-was, ragu-ragu dan sebagainya. So, bila rujuk kat buku ni, baru lah rasa yakin sikit. Edisi kali ni lebih menarik, sebab berwarna dan tajuk-tajuk jugak banyak. :)
Pelajar Bertanya, Prof. Dr. Muhaya Menjawab Berkenaan Dahsyatnya Cabaran Pelajar - RM 15

Buku ni atul tak baca lagi tapi atul yakin buku ni banyak membantu terutamanya bagi insan yang bergelar pelajar seperti atul. Atul meminati Prof. Dr. Muhaya. Bagi atul, dia seorang yang sangat awesome! Teringin nak jumpa dia. :)

Ada lagi 1 buku yang atul beli. Buku tu untuk anak saudara atul, Fifi. Buku Math untuk budak tadika. Fifi rajin belajar Math ni. So, hadiah kan dia buku. Semoga Fifi menjadi seorang anak yang suka belajar. :)

Okay, itu lah antara buku yang atul beli setakat ni. Belum terasa lagi nak beli novel. Suka beli buku-buku seperti di atas. Lagipun, novel yang dah ada pun, tak sempat nak baca. Takkan nak beli lagi. Hehe.

Nanti atul update lagi buku apa yang atul beli dengan menggunakan baucer buku 1 Malaysia di PART 2. :)

Till then ! :D

Wednesday, April 25, 2012

Hasil Baucer 1 Malaysia

Assalamualaikum semua. :)

Da lama kan Atul tak update blog. Al maklum lah, orang dah kerja. Balik kerja, da siap semuanya, terus tidur. Online memang tak lah kan. Hehe.

Okay, entri kali ni nak share dengan korang semua antara buku buku yang atul beli menggunakan Baucer 1 Malaysia yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk semua pelajar. Baucer RM 200 telah Atul terima semasa di UiTM Machang pada 15 Januari 2012 yang lepas. Antara barang barang yang Atul beli menggunakan baucer tersebut adalah :

Novel : Aku Pilih Dia, notebook yang atul gunakan sebagai diari untuk diri sendiri, majalah Ujang, majalah Remaja. :)

A4 paper untuk kegunaan di UiTM Machang, beberapa batang pen, dan mainan Jutaria. HAHA. Da lama tak main Jutaria. Sebab tu beli. HEHE. ;)

Buku yang atul nak sangat, akhirnya dapat jugak beli. Banyak maklumat yang atul peroleh selepas baca buku ni. Soalan soalan yang sering timbul di fikiran ni pun da terjawab. :)

RM 100 baucer terakhir yang Atul gunakan adalah untuk 4 buah novel yang dibeli di kedai buku Popular pada 10 Mac yang lepas. Antara novel yang dibeli : Kau, Aku, Kita, Sayangku Casper, Cucur Bawang & Kopi 'O', dan 7 Hari Mencintaiku. Tapi kan baru je 2 novel yang Atul baca. Tak berkesempatan lagi nak baca semuanya. :)

Di kesempatan ini, Atul nak ucapkan TERIMA KASIH pada Perdana Menteri Malaysia kerana sudi menyumbangkan baucer RM 200 kepada semua pelajar termasuk saya. TERIMA KASIH, PM! :)

p/s : Korang beli apa dengan baucer RM 200 tu ?? ;)
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: