HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD
Showing posts with label Degree. Show all posts
Showing posts with label Degree. Show all posts

Monday, August 5, 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DUA

Assalamualaikum semua. :) 

Alhamdulillah, result final exam dah pun keluar pada Sabtu, 3 Ogos 2013 yang lepas. Perasaan nervous tu memang sentiasa ada lah kan. Rasa macam baru je semalam habis jawab final exam. Tengok-tengok result dah pun keluar. Cepat je masa berlalu sekarang kan. :)

Google Images

Macam biasa lah, bila result final exam je, pihak UiTM akan hantar email pada semua student bermula jam 12 pagi. Kalau nak tengok kat website UiTM, kena tengok pukul 9 pagi lah. Atul takkan tunggu depan laptop pukul 12 pagi sampai lah result keluar. Atul tido dulu then check result masa lepas bersahur. Excited semacam je nak check result kali ni. :)

Tepat jam 5.35 pagi (lebih kurang lah), Atul pun check email dengan perasaan yang sangat takut. Kena takut, kalau over confident, susah pulak. So, bila dah bukak je email, baca Bismillah, tengo dulu pukul berapa email tu masuk. Okay, email masuk pukul 3.25pagi. Hehe. Bila dah bukak je, tengok result yang tak dijangka-jangka, mahu tak happy. Siap menjerit lagi. Kejut Abah bagi tau result semester ni. Yang paling happy, CGPA dah naik kepada pointer 3.0++. Alhamdulilah, ini lah dinamakan rezeki Ramadan. Syukur sangat-sangat. :D

Takut jugak sebab hari tu paper Corporate Governance (CRG) memang tak boleh jawab. Tengok-tengok, subjek tu yang dapat A. Happy sangat. Semester ni Atul amek 4 subjek. Atul dapat 2A, 2B. Alhamdulilah. In Sha Allah, semester 3 nanti Atul nak amek 6 subjek. Maybe masa tu tak kerja dah. So, ada lah banyak masa nak study. :) In Sha Allah, ni semua apa yang Atul rancang je. :)

Terima kasih kepada kawan-kawan rapat Atul, Helmi, Shu, Syakira dan Rudy. Mesti result dieorang pun gempak jugak. Jumpa semester depan, kawan-kawan ! :)

Mohon doa daripada anda semua semoga pembelajaran Atul di peringkat Ijazah ni dipermudahkan olehNya. AMIN. :)

Setakat ni dulu. Jumpa di next entri. :)

Tuesday, June 18, 2013

FINAL EXAM SEMESTER DUA :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Alhamdulillah, final exam semester kedua bakal bermula pada 26 June 2013 ini. Bersyukur sangat sebab semester kali ni berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, assignment, test, quiz, presentation dan sebagainya telah pun disempurnakan. :)

Terima kasih pada kawan-kawan PLK Atul yang memang tersangat lah baik hati. Thanks pada Shu, Syakira, Helmi dan Rudy. Mereka lah kawan paling rapat Atul dan sentiasa bagi semangat dan sokongan. Thank you so much, friends ! :) Thanks jugak pada lecturer yang mengajar Atul semester ni, Sir Sazali, Sir Danial, Ustaz Mamat dan Madam Norleza. Jasamu dikenang ! :)


Final Exam Schedule:

26 June 2013 - CTU 553
01 July 2013 - FAR 430
09 July 2013 - CRG 520

Semester kedua ni Atul amek 4 subjek. Hanya 3 subjek yang ada final exam. Subjek BEL 49 tak ada final exam. Semuanya bergantung pada assessment mark. Dan semuanya pasal presentation. Alhamdulillah, dah selesai. :)

Kepada kawan-kawan semua, doakan kejayaan Atul dalam exam kali ni ye. Dan kepada kawan-kawan yang akan menduduki exam, semoga berjaya ! In Sha Allah, semoga kejayaan milik kita semua. :)

Till then~

Sunday, February 17, 2013

DEBARAN BERAKHIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :') 

Alhamdulillah, pada hari Jumaat lepas, keputusan peperiksaan akhir bagi semua pelajar Ijazah UiTM semua cawangan telah pun diumumkan. Tepat jam 12.00 pagi, 15 Februari, semua keputusan telah dihantar ke email semua para pelajar. :)

Pada mulanya, atul ingatkan keputusan diumumkan pada jam 9 pagi sebab itu apa yang kawan atul inform pada atul lah. Sekali masa kat office, check email, tengok rupanya result dah dihantar pada jam 3.23 pagi. Masa tu tak terus bukak email tu sebab takut sangat nak tengok result sendiri. Seriously, tak yakin sebab exam hari tu memang 50-50 je. Lately ni asyik mimpi pasal result and ada sekali tu mimpi kena repeat sampai 2 paper. Ya Allah, mintak dijauhi lah.

Credit: Tumblr

Rasa hati ni memang nak sangat bukak email tu. Then cakap dengan Balqis yang takut nak tengok result. Kebetulan, hari Jumaat tu, ada bacaan Yassin, solat Hajat dan solat Dhuha dekat office. So, Balqis cakap jom pergi baca Yassin dulu, solat Hajat dulu. Then, baru check. Dan atul pun buat apa yang Balqis cadangkan.

Lepas dah habis program tu, dengan lafaz Bismillah, atul pun bukak email. Atul check grade dulu. Alhamdulillah, LULUS semua subjek. Syukur, ALHAMDULILLAH. Terima kasih, Allah SWT. Lepas tu baru tengok pointer. Sedikit kecewa dengan pointer tapi secara keseluruhannya, atul berpuas hati. Ini baru permulaan. Masih jauh lagi perjalanan atul. Atul ada lagi 6 semester = 3 tahun. Atul akan usaha lagi. In Shaa Allah, dengan sokongan keluarga, kawan kawan , si dia dan pertolongan dari Allah SWT. In Shaa Allah, semoga dipermudahkan olehNya.

Kepada kawan kawan full time, tahniah sebab result korang yang gempak. Semoga terus berjaya. Jangan lupa doakan kawan korang yang sorang ni ye. :)

Mesej pada abah. Minta maaf kat abah sebab tak dapat maintain pointer masa Diploma dulu. Then abah cakap, 'Tak apa. As long as you want to continue study till the end and hold a degree'. Thank you, abah. Abah sangat memahami perasaan anaknya. In Shaa Allah, angah takkan kecewakan abah lagi. I will do my best for the next semester and till the end. :)

Haa, tu lah cerita yang berlaku pada hari tu.  Okay lah. Dah panjang lebar pulak entri ni. Jumpa lagi! Thanks! :')


Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: