HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD
Showing posts with label Duit Raya. Show all posts
Showing posts with label Duit Raya. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

DAH BESAR PUN DAPAT DUIT RAYA LAGI TAU !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :) 

Mood raya masih ada lagi walaupun tinggal beberapa hari je lagi sebelum Syawal melabuhkan tirai. Hmm, semoga kita semua akan bertemu kembali dengan bulan Ramadan dan Syawal akan datang. AMIN. :)

Kalau cakap pasal raya, duit raya merupakan antara yang terpenting ketika raya. Yang paling happy dan super duper happy, of course lah budak-budak kecik. Sebab mereka lah yang akan dapat duit raya. Kalau baby tu, dia tak tahu lagi. Takpe lah. Yang dah sekolah ni, of course akan rasa keterujaan untuk dapat duit raya. :)


Jangan tak tahu, orang dewasa yang masih belum berkahwin pun still dapat duit raya tau. HAHA. Kalau nak tahu, lagi banyak nilainya dari budak-budak kecik. Hikhik. :D Dan atul adalah salah seorang, orang dewasa yang orang dah tengok macam mak orang, still dapat duit raya tau. Takde istilah dah kerja, tak boleh dapat duit raya. Istilah yang paling baik digunakan adalah, siapa yang belum kahwin, boleh dapat duit raya. Hehe. :)

Alhamdulillah, dah rezeki kan. Orang nak bagi, so, kita terima je lah. Tak baik tau tolak rezeki ! :) Tahun ni dapat banyak lah jugak dari tahun lepas. Tak banyak mana pun. Tapi bila dah umur macam ni dapat duit raya banyak tu, kira banyak jugak lah. HAHA.

Terima kasih lah kepada kakak-kakak kat ofis yang memberi duit raya kat atul dan juga kakak saudara yang bagi kat atul. Terima kasih banyak-banyak. Boleh lah buat duit tambahan untuk bayar yuran semester depan. :) Terima kasih, semua ! :)

Okay lah. Jumpa lagi ! :)
Terima kasih sudi baca. :D

Wednesday, August 15, 2012

Duit Raya

Assalamualaikum semua. :)

Salam Ramadhan yang ke 26. Wahh, cepatnya masa berlalu. Lagi beberapa hari je lagi kita semua akan menyambut hari raya Aidilfitri. Ramadhan pun akan berlalu dan adakah kita semua akan berkesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun depan? Berdoa lah agar kita semua diberi kesempatan untuk meraikan Ramadhan yang akan datang. Amin..

Sumber: Google

Okay, hari ni nak story pasal duit raya. Kalau time raya ni, antara perkara yang menjadi kewajipan adalah memberi duit raya kepada kanak-kanak. Kanak-kanak je lah yang dapat. Orang dewasa macam atul ni memang takkan dapat lah kan. Lagi-lagi dah kerja, confirm takkan dapat. Kena bagi duit raya adalah. Hehe. :')

Dulu masa kecik-kecik, dapat lah jugak. Tapi kan tak adalah banyak macam budak-budak kecik yang lain. Paling banyak dapat pun dalam RM100 ++ je. Itu pun dah kira bersyukur daripada tak dapat langsung. RM100 masa kecik-kecik dulu dah kira banyak bagi atul ye. Macam-macam boleh beli tau. Tapi tak ingat apa yang atul beli dengan duit raya tu. Dah lama dah masa tu berlalu. *tiba-tiba rasa macam dah tua sangat pulak. :)

Atul pun tak ingat dah raya tahun bila kali terakhir atul dapat duit raya. Dah lama dah kot tak dapat. Dulu abah, ayong ada jugak bagi atul dengan adik duit raya. Tapi sekarang, tak ada maknanya. Atul yang kena bagi kat mama dengan abah. Kat ayong pulak, bukan bagi dekat dia, tapi kena bagi kat anak-anak dia. Dulu ada 2 orang je, tapi tahun ni dah bertambah lagi sorang. So, bajet lebih sikit lah. Tapi, tak ada lah bagi banyak sangat kan. Bagi setakat yang mampu je. Lagipun bukannya atul ni gaji besar sangat. Hehe. :p

Agak-agak tahun ni ada tak yang sudi bagi atul duit raya? Alaa, tak banyak, sikit pun jadi lah. Cukup untuk buat belanja hari-hari pun dah kira okay. Atul tak ada lah nak sampai target-target dapat duit raya banyak mana kan. Kita sedar yang kita ni dah dewasa. Tak gitu?

Korang-korang yang sebaya dengan atul ni, still dapat duit raya lagi ke? Berapa korang dapat? Kalau korang still dapat, serious, jealous sangat! Tak adil. Nak jugak duit raya!!

Hehe. Okay lah. Setakat ni dulu. Jumpa lagi. :')

p/s: Hari Jumaat half day. Lepas tu, RAYA! :)


Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: