HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Thursday, April 21, 2016

RINDU CELOTEH BUDAK NI!

Assalamualaikum dan hai semua. :) 

Setiap hari, setiap minit, setiap saat rindu kat budak sorang ni. Walaupun hari-hari jumpa dia tapi tetap rindu. Haha. :D Mana taknya, makin besar makin nakal. Makin bijak berkata-kata. Sampai kadang-kadang tu pelik jugak mana lah dia belajar cakap macam tu. :)

Tup tup dah 4 tahun dah dia. Tahun depan nak masuk tadika dah. Tak tahu lah macam mana nanti. Tapi dia ni bijak dan pandai berkawan dengan orang. So mungkin takde masalah bagi dia untuk bergaul dengan orang. Harap macam tu lah. :)

Hadif, hadif... 
Mak Ngah rindu kat Hadif tau. Hari-hari kat ofis menghitung masa nak balik kerja nak jumpa Hadif. Tak sabar nak layan celoteh Hadif! :p


Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan membahagiakan keluarga ye! :)
Sayang Hadif! :D
 

Tuesday, January 14, 2014

HADIAH DARI ABAH TERSAYANG :)

Assalamualaikum dan selamat petang. :) 

Alhamdulillah, harini cuti. So, ambil masa ni untuk update blog. Azam tahun ni nak tulis entri sebanyak mungkin. In Sha Allah. :)

Nak share cerita dengan korang semua. Bulan 11 tahun 2013 yang lepas, atul dapat hadiah daripada abah atul. Hadiah yang paling atul nak sangat iaitu atul nak handphone baru. Yelah, atul dah pakai handphone Nokia C3 selama 4 tahun. Nokia C3 tu okay je lagi sebab tuan dia pandai jaga kan. Hihi. Cuma tu lah. Hati ni teringin jugak nak pakai handphone yang canggih sikit. Nak jugak ada Whatsapp Wechat, Instagram macam orang lain kan. Teringin lah jugakkk. :p

Gambar: Google

So, ini lah dia hadiah handphone yang atul dapat dari abah atul. Samsung Galaxy Note 3. Handphone ni atul beli sendiri, tapi abah bagi duit lah kan. Abah cakap ni hadiah sebab angah rajin belajar. Hihi. :)

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak merasa pakai phone canggih ni. Happy sangat ! Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT. Apa yang penting, kita kena sabar. Tak gitu? :)

Terima kasih, Allah SWT atas rezeki dariMu. :) Terima kasih abah sebab bagi hadiah kat angah. Semoga bertambah murah rezeki abah. AMIN. :)

Okay lah. Itu sahaja cerita yang nak dikongsi pada kali ni. Semoga berjumpa lagi di entri yang lain. :)

Thursday, October 20, 2011

Aku Ditipu - Bahagian 1

Assalamualaikum semua. :D

Sorry sangat sebab lately ni malas sikit nak update blog. Tak tahu lah kenapa pada hal aku online setiap masa je cuti ni. Idea banyak tapi tak tahu kenapa malas sangat nak menaip. Okay, hari ni aku rajin sikit nak update. Hehe. :)



Picture : Page Shawal AF5

Okay, mesti korang pelik kenapa gambar Shawal AF ni ada dalam entri aku kali ni. Dan apa pulak kaitan dengan tajuk entri aku kali ni ?? Ni aku nak cerita sikit pengalaman aku ditipu melibatkan penyanyi Shawal AF ni. Sebenarnya malas nak cerita tapi aku nak cerita jugak. 1 hari nanti, aku boleh baca balik pengalaman ni. Pengalaman yang aku takkan lupa sampai bila bila.

Ceritanya bermula semasa aku semester 1 kalau aku tak silap lah. Al maklum lah, dah tua. Ada lah 1 hari tu, phone aku diganggu dengan 1 panggilan, kalau aku tak silap, ada seorang lelaki ni bagi tahu yang nama dia Shawal. Then aku tanya lah dia Shawal mana kan sebab seingat aku, aku tak ada kawan nama Shawal. Then, dia cakap dia Shawal AF5. Aku pelik lah kan, dari mana pulak Shawal AF5, boleh dapat nombor aku. Macam mana pulak lah artis boleh kenal aku, tak pernah pernah artis kenal aku. Aku bukan famous pun. Ahakkksss!!!

Then aku tanya lah dia kan dari mana pulak dia boleh dapat nombor aku. Dia cakap dia jumpa nombor aku dekat dalam LRT Ampang. Semakin pelik sebab aku memang jarang sangat lah kan naik LRT and takkan tiba tiba nombor aku boleh ada dalam LRT tu. Tak pelik ke ?? -_-

Aku pulak layan je mamat ni dan percaya yang dia ni Shawal AF5. Mana taknya, suara dia sejibik macam suara Shawal AF5. Semua pasal Shawal dia tahu, aku pun masa tu tak matang lagi, percaya lah bulat bulat yang dia tu Shawal AF5. Kalau call aku, mesti nyanyi. Tapi serious lah, memang suara sejibik macam Shawal AF5. Dia siap hantar gambar Shawal AF5 lagi taw kat aku and aku simpan lagi gambar yang dia bagi kat aku tu.

Hati aku da berbunga bunga da pada mulanya. Siapa tak suka artis nak kawan dengan kita. Walaupun sebenarnya aku still tak percaya 100%, tapi aku percaya jugak sebab dengar suara dia yang persis suara Shawal tu. Dalam hati aku pada masa tu, 'kan best kalau aku jadi makwe Shawal'. Ahakkss! Aku da mula berangan.. :)

Bersambung..

Monday, October 3, 2011

Bulan 10 Yang Dinanti :)

Assalamualaikum semua. :D

Bersua kembali setelah 3 hari atul tak update blog. Hehe. Apabila mood nak update blog da tak ada, memang malas gila lah kan nak update blog. Online pun cuma online Facebook je. Lagi pun hari Jumaat lepas atul balik Kota Bharu. Opah atul tak sihat dan abah atul balik Kota Bharu untuk tengok opah atul. So, ambil kesempatan lah untuk jumpa abah. Rindu, okay! :)


Okay, bulan 10 adalah bulan yang atul tunggu sangat sangat. Sebabnya :

  • Bulan 10 ni atul da habis final exam iaitu paper tamat pada hari Ahad ni. Lamanya lagi. Student lain da balik da. Atul je tak habis paper lagi. -_-
  • Bulan 10 ni jugak atul akan ambil MUET iaitu pada 11/10/2011 ni. Yang ni lagi 1. Yang pergi buat lambat kenapa. Kalau buat semester lepas kan da selesai 1 kerja. -_-
Itu antara kerja yang atul tak sabar sangat nak selesaikan pada bulan 10 ni. Sekarang ni tengah bersabar lagi. Kalau ikutkan hati, semalam nak ikut abah balik Ampang. Tak nak ambil lagi 2 paper tu. Erkk.. Gila kan aku ni ?? Hehe. :)

Ini pulak antara perkara menarik yang tak sabar atul nak buat :

  • Nak tidur puas puas, nak makan banyak banyak, nak bawak Fifi dengan Haikal pergi jalan jalan, nak update blog banyak banyak. HAHA. Amek kau! :p
  • Nak celebrate birthday atul dengan kakak dan adik atul. Birthday kitaorang semua bulan 10 okay. Adik atul 6/10, atul 13/10 *ingat ye, dan kakak atul, 16/10. Ayong cakap nak celebrate, tapi tak tahu lah kan. Tunggu dan lihat je. :D
Itu sahaja lah yang atul boleh share. Yang paling tak sabarnya, nak habiskan final exam ni. Tinggal 2 paper je lagi, Jumaat dan Ahad. Sabar je lah atul.

Okay lah.. Till then~




Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: