HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Saturday, August 20, 2016

RINDU BLOG

Assalamualaikum semua. :)

Dah lama rasanya tak menaip di blog ni. Rindu, sangat rindu. Tapi entah lah. Ketandusan idea mungkin atau sebab dah lama sangat tak menaip. So mood tu pun dah merajuk nak datang balik.

Rindu masa zaman blog tengah popular. Haha. Popular ke? Takde lah popular mana pun. Cuma nya dulu-dulu tu zaman blog tengah naik kata orang. So memang semua blogger tengah berkejar-kejar nak update blog.

Tu pun dulu-dulu update entry entah pape aku ni. Bila baca balikkan, tergelak seorang diri. Memang zaman tak matang sungguh masa tu. Tapi tu lah kenangan kan bila ada blog ni. Dapat tengok balik kita dulu macam mana. So, tak salah lah kot salah satu hobi aku dulu adalah berblogging. :)

In sha Allah mana tahu 1 hari nanti aku akan buat come back kan. Tunggu dan lihat je. Mana tahu lepas aku kahwin ke, lepas dah ada anak ke baru nak buat come back. Mana tahu kan. :D

In sha Allah 1 hari nanti aku akan pastikan blog ni akan wujud semula dengan entry-entry yang lebih matang dan segar.

Okay lah tu je kot yang nak diluahkan ketika ini. Nanti ada masa terluang aku akan kembali. Kembali dengan sesuatu yang baru. :)

Assalamualaikum. Jumpa lagi, In sha Allah! :)

Love,
Atul 


Tuesday, May 10, 2016

LIL PRETZELICIOUS - ORDER DIBUKA

Assalamualaikum dan hai semua. :)

Dah lama rasanya tak post pasal biskut pretzel yang sedap sangat ni. Mana taknya, kalau dah atul makan sekali pun nak lagi, takkan korang tak terliur jugakkan tengok biskut ni. :p

Okay dengan ini atul nak buka semula order untuk biskut pretzel yang atul dah lama tinggalkan ni. So atul akan aktif balik untuk amek order biskut pretzel. :)

Buat masa sekarang ni atul akan ambil untuk untuk flavour Chocolate, Strawberry, Butterscotch, White Choc Oreo dan Choc Almond. So 5 flavour ni akan available buat masa ni. :)

So kepada sesiapa yang nak order untuk buat masa raya nanti ke, atau untuk makan masa sambil tengok tv ke atau untuk apa-apa event ke, boleh whatsapp atul kat nombor 013-6167578 untuk tahu harga dan sebagainya. :)

Kalau atul lambat respon pada mesej anda, boleh whatsapp adik atul, Ain di nombor 011-23457354. :) Atau kalau nak email, boleh email atul di rabiatul.ahim@gmail.com :)



Terima kasih! :)

Thursday, April 21, 2016

RINDU CELOTEH BUDAK NI!

Assalamualaikum dan hai semua. :) 

Setiap hari, setiap minit, setiap saat rindu kat budak sorang ni. Walaupun hari-hari jumpa dia tapi tetap rindu. Haha. :D Mana taknya, makin besar makin nakal. Makin bijak berkata-kata. Sampai kadang-kadang tu pelik jugak mana lah dia belajar cakap macam tu. :)

Tup tup dah 4 tahun dah dia. Tahun depan nak masuk tadika dah. Tak tahu lah macam mana nanti. Tapi dia ni bijak dan pandai berkawan dengan orang. So mungkin takde masalah bagi dia untuk bergaul dengan orang. Harap macam tu lah. :)

Hadif, hadif... 
Mak Ngah rindu kat Hadif tau. Hari-hari kat ofis menghitung masa nak balik kerja nak jumpa Hadif. Tak sabar nak layan celoteh Hadif! :p


Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan membahagiakan keluarga ye! :)
Sayang Hadif! :D
 

Monday, April 18, 2016

"Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih "

Thursday, April 14, 2016

HARI TERAKHIR DI TRADEWINDS PLANTATION BERHAD

Assalamualaikum dan hai semua. :) 

Okay entri kali ni atul nak cerita sikit pasal hari terakhir atul bekerja di Tradewinds Plantation Berhad. :) Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun lebih atul bekerja di TPB, akhirnya atul meninggalkan kerja atul ni dengan hati yang berat. Sedih tu memang sedih sangat. Yelah dah 3 tahun dan ni merupakan kerja pertama atul lepas grad dulu. Ditambah lagi dengan hubungan yang telah terbina antara atul dengan staff TPB bagaikan satu keluarga yang tak dapat dipisahkan. :)

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun agak sedih kerana perpisahan ni, atul kena redha dan teruskan hidup sebab terlalu banyak peluang yang atul kena kejar demi masa depan atul. Mungkin rezeki di TPB setakat itu sahaja. :)

Walau macam mana sekalipun, kenangan bersama mereka di TPB takkan sesekali dilupakan. :) Dan setiap pengalaman yang atul dapat di TPB takkan sesekali atul abaikan dan sentiasa atul gunakan dalam kehidupan seharian. :)


Bergambar kenangan dengan abang-abang dan kakak di Engineering Department, Kak Etty, Abang Khairil & Encik Hayauddin. :)


Ni pulak gambar kenangan bersama dengan Procurement Department, Mr Guna, Kak Farah, Asma & Kak Zabidah. :)


Haha. Kalau gambar yang tersenyum lebar ni of course dengan abang-abang dari Finance Department. Mereka ni memang happening sangat. Rindu!! Abang Mahfuz, Abang Rizal, Abang Naguib & Abang Wan. :D


Okay ni pulak gambar dengan orang-orang penting di Finance Department. Rindu jugak dengan mereka. Ayzee, Kak Sakinah, Kak Lili & Hajah Noraini. :)


Ni pulak dengan Kak Darviza, Kak Suriani, Encik Azman & Kak Mastura. :)


Okay gambar kat atas tu atul dengan Kak Zuraidah, Kak Ina & Kak Wanie. :) Yang gambar bawah dengan Kak Siti dan Kak Anita dari HR & Admin Department. :)


Kakak 2 orang ni lah yang paling rindu teramat sangat. :D Kalau nak tahu, kakak tudung biru tu lah atul ganti buat kerja dia masa dia cuti bersalin dulu iaitu Kak Hana. :) Dan yang tudung hijau tu pulak Kak Rosni. Dia yang ajar atul masa Kak Hana cuti bersalin. Dia ajar atul from zero. Tak tahu apa pun pasal Human Resource, pasal Admin. So dia lah banyak ajar atul. Rindunyaaaaaaaa kat kakak-kakak atul ni. :(


Ni lah staff Foreign Labour Centre (FLC) Department kat TPB dulu. Mula-mula 3 orang je. Aku, Encik Ismadi & Abang Rizal. Lepas tu Encik Saparuddin pulak muncul dan Encik Hasbullah (takde dalam gambar). Aku sorang je bunga tau dalam department ni. And of course selalu kena buli. Well buli apa tu aku simpan dalam hati je lah. Haha. :D


Paling suka gambar ni. :D Bukan senang tau nak tengok Encik Bad senyum. Sekali dia senyum, gugur jantung ni. Haha. :p Hai Encik Bad. Tak rindu air kopi yang saya buat?? :p


FLC Department in memory. :)


Dulu paling benci dengan Abang Rizal ni masa aku kat HR Department. Sekali kan kena duduk 1 department dengan dia kat Foreign Labour Centre. Haaa tu lah benci sangat. Sekarang kan dah sayang. Haha. Sebab tu orang kata jangan benci sangat, nanti jadi sayang. Tak gituuuu?? :D


Ni dengan Kak Nana. The one and only receptionist kat TPB. Pernah gaduh dengan dia. Haha. Rindu Kak Nana! :D

Okay lah. Till then! :)
 

Saturday, April 9, 2016

4 TAHUN BEKERJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Empat tahun lalu, 9 April 2012, atul telah memasuki alam perkejaan setelah tamat pengajian. Alhamdulillah telah mendapat peluang bekerja di Tradewinds Plantation Bhd sebagai Kerani di bahagian Admin. And atul memulakan kerja sebagai pekerja kontrak sebelum diterima sebagai pekerja tetap setahun selepas itu. :)

Berkat kesabaran setelah setahun baru diterima sebagai pekerja tetap. Sebabnya pada awalnya malas lagi nak cari kerja lain. Sebab itu lah sabar menanti sehingga diterima menjadi pekerja tetap. So hampir 3 tahun lebih di sana, masa untuk bertukar angin dan alhamdulillah sekarang bekerja sebagai Accounts and Admin Executive di Boon Wah Air Conditioning Engineering Sdn Bhd.

Alhamdulillah atas rezeki ini. Syukur sangat sebab sekarang bukan senang nak dapat kerja dan atul akui rezeki atul dalam bekerja setakat ni alhamdulillah. :) Semoga atul terus bersemangat untuk bekerja. In sha Allah! :)


Happy Working Anniversary, atul! Semoga terus kuat bekerja! :D

Thursday, April 7, 2016

" Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 "

Assalamualaikum dan selamat malam. :)


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah.

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula
1 April sehingga 14 April 2016
dengan klik link di bawah ini


KERJA BARU

Assalamualaikum dan selamat pagi. :)

Hai semua. Dah lama rasanya tak share dengan semua tentang cerita terbaru pasal diri atul kan. Yelah dah 2 tahun blog tak update. And yes banyak sangat cerita nak share kat semua. So, harini atul nak update sikit tentang kerja atul di tempat baru. :)

Seperti yang sedia maklum, sebelum ni atul bekerja di Tradewinds Plantation Berhad dan hampir 3 tahun lebih atul bekerja di situ. So atul rasa dah tiba masa untuk atul cari kerja baru lebih-lebih lagi atul hampir menamatkan pengajian di UiTM. Bulan 7 tahun 2015 yang lepas atul decide untuk cari kerja lain. Dan alhamdulillah mungkin berkat bulan Ramadhan, atul dapat kerja baru iaitu di Boon Wah Air Conditioning Engineering Sdn Bhd sebagai Account & Admin Executive. :) Kalau nak tahu ofis ni terletak di Ampang Point berdekatan dengan Habib Jewels, atas Pizza Hut. :D

Atul mula bekerja di office baru pada 1 September 2015 dan sudah hampir 7 bulan atul bekerja di sana. Alhamdulillah akhirnya atul dapat kerja yang atul nak iaitu buat kerja berkaitan dengan Accounts ni. Banyak dan terlalu banyak perkara baru yang atul belajar. And of course kawan baru pun ramai. Tapi untuk pengetahuan korang, tak ramai pekerja Melayu di syarikat tersebut. And buat masa ni atul ada 3 orang kawan perempuan iaitu Sofia, Su & Fiza. And hanya kami berempat je pekerja Melayu di ofis. Pekerja Melayu yang lain terutama lelaki ramai di bahagian site.

Alhamdulillah so far so good. Semuanya okay dan masih terkawal. Terlalu banyak perkara baru yang atul belajar dan boleh dikatakan hari-hari merupakan learning process untuk atul. In sha Allah akan stay as long as atul boleh stay untuk grab banyak pengalaman untuk masa depan. In sha Allah doakan atul ye. :)

Kat bawah ni ada beberapa gambar atul bersama kawan baru di ofis baru. :)

Lunch di Ampang Point. :)

Last day Kak Maria di Boon Wah Air Conditioning Engineering Sdn Bhd :)

Boss belanja makan di Pizza Hut, Ampang Point. :)

Annual Dinner di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. :)

Ni kawan baik atul di ofis. :) Su, Fiza & Sofia. :)

Till then! :)
Terima kasih! :D

Saturday, April 2, 2016

"Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih"

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)


*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Saturday, March 26, 2016

KEMBALI BERBLOGGING

Assalamualaikum dan selamat pagi. :)

Alhamdulillah, setelah 2 tahun meninggalkan blog ni, atul akan kembali berblogging seperti dulu. :) In sha Allah. :) 

Actually kan rindu sangat nak update blog. Cuma masa agak terhad sebelum ni dengan kerja dan belajar secara part time. So, lepas dah kurang komitmen dalam belajar ni, atul decide untuk isi masa lapang dengan berblogging semula. :)

So, nanti kan update dari atul selepas ini. :)





Welcome back, atul ! Selamat berblogging. :)

Monday, February 17, 2014

LIL PRETZELICIOUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :) 

Hari ni atul nak promote online business yang atul dan adik atul sedang usahakan iaitu menjual biskut Mini Pretzel. Sebelum ni kakak atul yang uruskan business ni. Business ni takde lah besar mana. Hanya business kecil-kecilan sahaja. :) So, sekarang ni atul dan adik yang uruskan dan kakak atul just bantu apa yang patut. Yelah, kami berdua ni tak pandai sangat bab-bab business ni. So, memang kena ada bimbingan dari seseorang. :)
https://www.facebook.com/lilpretzelicious
Logo business Lil Pretzelicious. :)

Kalau sesiapa yang nak order Mini Pretzel dari kami, boleh lah contact nombor yang tertera di logo kami tu. Ada 3 nombor. Boleh call, whatsapp, atau mesej kami bertiga. Tak pun, boleh jugak PM kami di Facebook kami iaitu, Lil Pretzelicious dan jangan lupa LIKE tau Facebook kami tu. Kalau sesiapa yang ada Instagram, boleh follow kami di Lil Pretzelicious. :)

Setakat ni kami menawarkan beberapa flavor je iaitu, Chocolate, Strawberry, White Chocolate, Oreo dan Almond. In Sha Allah, dalam proses menambah beberapa flavor lagi. :) Kalau nak tahu harga, macam biasa, whatsapp, call, atau mesej kami. Setakat ini juga, kami tak menerima sebarang agent dan kami tak jual borong sebab kami tak buat online business ni full time. Kami adik-beradik kerja di sebelah pagi hingga petang dan hanya menyiapkan order pada sebelah malam sahaja. So, kepada yang tanya pasal jual borong ke tak, buat masa ni tidak. Kami kesuntukan masa. So, harap faham lah ye. :)

Kepada yang nak merasa Mini Pretzel kami, boleh lah membuat tempahan kepada kami sebab order kami terbuka setiap hari. So, tunggu apa lagi? Jom lah order sekarang ! :)

Tuesday, January 14, 2014

HADIAH DARI ABAH TERSAYANG :)

Assalamualaikum dan selamat petang. :) 

Alhamdulillah, harini cuti. So, ambil masa ni untuk update blog. Azam tahun ni nak tulis entri sebanyak mungkin. In Sha Allah. :)

Nak share cerita dengan korang semua. Bulan 11 tahun 2013 yang lepas, atul dapat hadiah daripada abah atul. Hadiah yang paling atul nak sangat iaitu atul nak handphone baru. Yelah, atul dah pakai handphone Nokia C3 selama 4 tahun. Nokia C3 tu okay je lagi sebab tuan dia pandai jaga kan. Hihi. Cuma tu lah. Hati ni teringin jugak nak pakai handphone yang canggih sikit. Nak jugak ada Whatsapp Wechat, Instagram macam orang lain kan. Teringin lah jugakkk. :p

Gambar: Google

So, ini lah dia hadiah handphone yang atul dapat dari abah atul. Samsung Galaxy Note 3. Handphone ni atul beli sendiri, tapi abah bagi duit lah kan. Abah cakap ni hadiah sebab angah rajin belajar. Hihi. :)

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak merasa pakai phone canggih ni. Happy sangat ! Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT. Apa yang penting, kita kena sabar. Tak gitu? :)

Terima kasih, Allah SWT atas rezeki dariMu. :) Terima kasih abah sebab bagi hadiah kat angah. Semoga bertambah murah rezeki abah. AMIN. :)

Okay lah. Itu sahaja cerita yang nak dikongsi pada kali ni. Semoga berjumpa lagi di entri yang lain. :)

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum. :)

Gambar: Instagram

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Mari lah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. tanda kita sentiasa mencintai, menyayangi beliau. Sentiasa lah berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Bukan sahaja pada hari ni. Jom kita berselawat ! :)

Salam Maulidur Rasul. :)

Friday, January 3, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014 !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Alhamdulillah, dapat jugak update blog setelah hampir 1 bulan lebih tak update blog. :) Sorry sesangat sebab tak update pape dalam blog ni. Atul busy sangat dengan kelas dan final exam yang tengah berlangsung sekarang ni. Alhamdulillah, dah nak tamat semester 3 dalam Ijazah Perakaunan ni. :)

Image: Google. :)

Rasanya tak terlewat lagi untuk ucap Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca blog Atul dan juga semua kenalan yang mengenali diri ini. Diharapkan tahun ini akan memberi sinar baru buat kita semua. :) Bagi yang tak dapat nak melunaskan azam tahun lepas, boleh lah bersambung ke tahun ini. In Sha Allah. :)

Rasa janggal pulak nak update blog bila dah lama tak update. In Sha Allah atul akan update blog ni dari semasa ke semasa. Haa, itu antara azam tahun baru ni ye. Hehe. :) Selain azam nak teruskan update blog, azam tahun baru atul macam biasa, nak teruskan belajar, belajar dan belajar bagi menghabiskan pembelajaran dalam Ijazah Perakaunan ini. Semoga dipermudahkan olehNya. :)

Rasanya itu sahaja buat entri pembukaan 2014 kali ni. Entri selepas ini akan menyusul. In Sha Allah. :)

Selamat Tahun Baru 2014 buat anda semua. :) Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga berjaya ! :)

p/s: Doakan atul dan rakan-rakan yang sedang menghadapi final exam ni dipermudahkan proses kami menjawab soalan dalam keadaan tenang dan mudah. Semoga kami peroleh keputusan yang cemerlang. Allahumma Amin.

Wednesday, November 27, 2013

EPHYRA SERLAHKAN KEJELITAAN SEBENAR ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan.


Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Tuesday, October 15, 2013

"GEMPAK GIVEAWAY RED DELIMA DI NABILABIELA.COM"

Assalamualaikum.


SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3
Beg x 3
Selendang/Pashmina x 5
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di laman www.reddelima.com setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.'
Kategori 'Officewear'.
Kategori beg.
Kategori 'Accessories'.
Kategori 'Scarf."

SALAM AIDILADHA 2013

Assalamualaikum semua. :) 

Google Image

Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam tak kira di mana sahaja anda berada. :)
Tulus ikhlas dari Rabiatul Adawiyah Binti Abd Rahim sekeluarga. :)

p/s: Penat seharian beraya. Nak berehat malam ni. Esok kerja ! ;)

Sunday, October 13, 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME !

Assalamualaikum dan selamat malam. :) 

Alhamdulillah, harini, 13 Oktober 2013, genap lah umur 22 tahun bagi insan yang bernama Rabiatul Adawiyah Binti Abd Rahim. :) Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus bernafas di muka bumiNya. :) ALHAMDULILLAH ! :)

Happy Birthday, Atul ! :)

Terima kasih Mama sebab dah lahirkan Angah ke dunia ini. Terima kasih Mama dan Abah sebab dah jaga Angah dari Angah sebesar tapak tangan sehingga lah Angah sebesarnya sekarang ni. Alhamdulillah. Terima kasih Mama dan Abah. :)

Terima kasih kepada yang memberi ucapan dan doa di Facebook, Twitter, dan yang menghantar mesej kepada Atul. Ribuan terima kasih diucapkan. :) Ucapan dan doa kalian sangat dihargai. Terima kasih ! :D

Tak lupa kepada mereka yang memberi hadiah sebagai kenang-kenangan kepada Atul. Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian semua. AMIN, Ya Rabb ! :)

Dan yang terakhirnya, terima kasih buat semua. Anda semua lah yang terbaik dalam hidup Atul ! Terima kasih. :) Alhamdulillah ! :)

Happy Birthday, Atul ! Semoga dengan meningkatnya usia ini, segala amal ibadah kepadaNya juga turut meningkat. InshaAllah ! :)

p/s: Terima kasih, semua ! :) Terima kasih kepada yang sudi join Birthday Giveaway by Blog Rabiatul Rahim. Jemput join kepada yang belum join. :) Senarai peserta akan di update esok. :) 

Saturday, October 12, 2013

NANTIKAN....

Nantikan.... :) 

Bermula 13 October 2013 jam 12 pagi sehingga 20 October 2013 jam 11.59 malam. :)
6 orang pemenang dicari. :)
NANTIKAN ! :D

HADIAH HARI LAHIR TERAWAL TAHUN INI !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Hai semuaaaa ! Apa khabar?? Harap korang semua sihat-sihat lah hendaknya ye. Dah lama sangat blog tak update. Almaklum lah, kelas dah start untuk semester ini. So, memang takde masa nak duduk depan laptop ni 24 jam. Kalau duduk pun, siapkan assignment je lah. Hehe. :)

Esok dah 13 0ktober 203. So, maknanya esok birthday aku yang ke 22 tahun ! Wahhhh, dah 22 tahun ke?? Rasa macam baru je 20 tahun. Hoho. Kejap je kan dah 22 tahun. Kalau ikutkan lah, maknanya lagi 3 tahun kena kahwin. HAHA. Itu kaau ikut orang-orang tua dulu lah. Tapi yang aku ni nampak gayanya macam lambat lagi je. Hehe. Biar lah. Malas den nak fikir. :D

                                                        Hadiah dari Kak Nor dan Asma. :)

Okay, back to the topic. Alhamdulillah, tahun ni dapat hadiah jugak akhirnya. Dah lama kot tak dapat hadiah. So, agak terkejut jugak lah sebab dapat hadiah hari lahir tahun ni. In advance pulak tu. Hehe. Seronoknyaaaaaa !!

Kalau tengok hadiah kat atas tu, yang beg pink tu, Kak Nor yang bagi. Kak Nor ni kakak kepada Asma, kawan atul. Semalam masa nak turun kereta, Kak Nor bagi hadiah. Terkejut jugak lah. Tapi dalam hati rasa happy kot sebab dah lama tak dapat hadiah. Terima kasih, Kak Nor sekeluarga. :) Kak Nor hadiahkan atul sehelai tudung 3 layer, pin tudung dan kad birthday yang kecil tu. Comel sangat ! :) Thanks, Kak Nor & family. :)

Hadiah yang dalam kotak coklat tu, Asma yang bagi. Yang ni, masa atul naik dari breakfast, tengok-tengok ada hadiah atas meja. Terkejut lah kan. Siapa pulak yang bagi ni. Masa tu memang tak syak pun Asma yang bagi. Tanya Kak Hana siapa yang bagi. Kak Hana cakap Asma yang bagi. Masa tu tak tengok lagi apa hadiahnya. Tak lama tu, terasa macam nak tengok, so, bukak lah kotak tu. Nak tahu apa?? Baju kurung peplum, okay ! And baju kurung tu atul dah try dah sebab Asma cakap Kak Wani jual and tanya atul nak beli ke tak. Atul cakap lah bagi atul try kat rumah dulu. Okay lah pakai baju tu. Esoknya tanya lah Asma berapa harga baju tu. Dia cakap dah ada orang beli dah. Ohh, takpe lah kan sebab nak beli pun, masa tu meman takde duit lah nak bayar. Sekali tengok, rupanya Asma yang beli baju tu untuk atul. Ohh, my ! Macam tak percaya je. :D

Thanks, Asma ! Aku suka sangat-sangat ! Memang akan ku jaga baju tu sebaik mungkin dan akan ku cuba kuruskan badan aku untuk nampak lagi cantik bila pakai baju tu. HAHA. Thank you so much !!! :D

Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT sebab KAU kurniakan aku orang-orang yang sangat baik. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki olehMu. AMIN Ya Rabb ! :)
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: