HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

HADIAH HARI LAHIR TERAWAL TAHUN INI !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Hai semuaaaa ! Apa khabar?? Harap korang semua sihat-sihat lah hendaknya ye. Dah lama sangat blog tak update. Almaklum lah, kelas dah start untuk semester ini. So, memang takde masa nak duduk depan laptop ni 24 jam. Kalau duduk pun, siapkan assignment je lah. Hehe. :)

Esok dah 13 0ktober 203. So, maknanya esok birthday aku yang ke 22 tahun ! Wahhhh, dah 22 tahun ke?? Rasa macam baru je 20 tahun. Hoho. Kejap je kan dah 22 tahun. Kalau ikutkan lah, maknanya lagi 3 tahun kena kahwin. HAHA. Itu kaau ikut orang-orang tua dulu lah. Tapi yang aku ni nampak gayanya macam lambat lagi je. Hehe. Biar lah. Malas den nak fikir. :D

                                                        Hadiah dari Kak Nor dan Asma. :)

Okay, back to the topic. Alhamdulillah, tahun ni dapat hadiah jugak akhirnya. Dah lama kot tak dapat hadiah. So, agak terkejut jugak lah sebab dapat hadiah hari lahir tahun ni. In advance pulak tu. Hehe. Seronoknyaaaaaa !!

Kalau tengok hadiah kat atas tu, yang beg pink tu, Kak Nor yang bagi. Kak Nor ni kakak kepada Asma, kawan atul. Semalam masa nak turun kereta, Kak Nor bagi hadiah. Terkejut jugak lah. Tapi dalam hati rasa happy kot sebab dah lama tak dapat hadiah. Terima kasih, Kak Nor sekeluarga. :) Kak Nor hadiahkan atul sehelai tudung 3 layer, pin tudung dan kad birthday yang kecil tu. Comel sangat ! :) Thanks, Kak Nor & family. :)

Hadiah yang dalam kotak coklat tu, Asma yang bagi. Yang ni, masa atul naik dari breakfast, tengok-tengok ada hadiah atas meja. Terkejut lah kan. Siapa pulak yang bagi ni. Masa tu memang tak syak pun Asma yang bagi. Tanya Kak Hana siapa yang bagi. Kak Hana cakap Asma yang bagi. Masa tu tak tengok lagi apa hadiahnya. Tak lama tu, terasa macam nak tengok, so, bukak lah kotak tu. Nak tahu apa?? Baju kurung peplum, okay ! And baju kurung tu atul dah try dah sebab Asma cakap Kak Wani jual and tanya atul nak beli ke tak. Atul cakap lah bagi atul try kat rumah dulu. Okay lah pakai baju tu. Esoknya tanya lah Asma berapa harga baju tu. Dia cakap dah ada orang beli dah. Ohh, takpe lah kan sebab nak beli pun, masa tu meman takde duit lah nak bayar. Sekali tengok, rupanya Asma yang beli baju tu untuk atul. Ohh, my ! Macam tak percaya je. :D

Thanks, Asma ! Aku suka sangat-sangat ! Memang akan ku jaga baju tu sebaik mungkin dan akan ku cuba kuruskan badan aku untuk nampak lagi cantik bila pakai baju tu. HAHA. Thank you so much !!! :D

Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT sebab KAU kurniakan aku orang-orang yang sangat baik. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki olehMu. AMIN Ya Rabb ! :)

Wednesday, June 19, 2013

HAPPY BELATED BIRTHDAY, FIFI !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Happy Belated Birthday, Fifi ! Pada 17 June 2013 yang lepas, genap lah umur anak saudara Atul, Fifi yang ke-6 tahun. Alhamdulillah, Fifi membesar dengan sihatnya. :)

Pada 15 June 2013 (Sabtu), kakak Atul buat majlis sambutan hari jadi Fifi di rumah mereka, di Kampung Melayu Ampang. Ayong (kakak Atul) hanya menjemput saudara-mara terdekat dan rakan-rakan yang rapat je. Tapi, malangnya, Mak Nga Fifi (iaitu Atul), tak dapat datang sebab Sabtu lepas ada kelas. Kalau ikutkan, memang tak nak pergi kelas, tapi sebab last kelas kan, and ada 2 presentation, so, pergi jugak lah kelas. :)

Nur Ainin Syafiya Binti Mohd Fairuz :)

So, Fifi, Happy Belated Birthday, Mak Ngah ucapkan. Semoga Fifi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, membesar dengan sihatnya dan semoga Fifi menjadi anak yang solehah. Anak saudara Mak Ngah ni pandaikan? Mak Ngah tahu Fifi pandai. Rajin-rajin belajar ye. Jadi insan yang berjaya pada masa depan. Jangan sesekali tinggal solat, rajin baca Al-Quran ye, sayang. :)

Sorry sebab Mak Ngah tak dapat nak bagi hadiah yang paling mahal, paling cantik. Hanya doa yang mampu Mak Ngah berikan pada Fifi. Semoga segala urusan Fifi dipermudahkan di Dunia mahupun di Akhirat. AMIN. :)

Mak Ngah nak Fifi tahu yang Mak Ngah sayang kat Fifi. :)

Happy Belated Birthday, Fifi ! (:

Tuesday, March 12, 2013

05.03.2013 - HAPPY BIRTHDAY, HADIF !!

Assalamualaikum, semua. :) 

Bertemu kembali setelah hampir 2 minggu lebih blog ini tak update. Entry kali ni khas untuk anak saudara atul yang ke 3 iaitu Muhammad Izzat Hadif yang telah pun berusia 1 tahun pada 5 March 2013 yang lepas. Actually, entry ni nak buat minggu lepas. Tapi disebabkan tak ada idea nak tulis apa, dilewatkan seminggu. Hehe. :)

Muhammad Izzat Hadif. :')

Alhamdulillah, Hadif dah pun berusia 1 tahun. Macam tak percaya je sebenarnya. Rasa macam baru je semalam dia lahir. Sekarang ni dah pandai berjalan, bercakap tu tak lah lagi tapi kalau nak panggil Mummy, dia boleh lah panggil Mummy dia dah.

Balik je kerja, layan karenah dia, terus hilang penat kerja seharian. Hehe. Dah macam anak sendiri pulak. Seronok layan si budak kecik ni. Balik je kerja, dia terus datang kat atul. Ajak main sama lah kononnya. Suka sangat ambil phone Mak Ngah dia and masukkan dalam mulut. Geram betul. Semua benda yang dia pegang, dia masukkan dalam mulut.

Kalau bab makan pulak, macam macam dah dia makan. Semua yang kita orang makan, dia nak makan jugak. Paling suka kalau dia nak air. Dia akan mintak sendiri. Comel je kalau dengar dia sebut air. :) Kalau nak balik rumah dia, sebelum balik tu, dia akan salam Opah dia, Mak Ngah dia, Atuk, Mak Su. Comel sangat! Geram dengan budak sorang ni. :)

Happy Birthday, Hadif. Semoga Hadif membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Jangan nakal nakal sangat tau bila dah besar nanti. Mak Ngah sayang Hadif! :)

Happy Birthday, Hadif !! :D

Tuesday, November 13, 2012

Istimewa Bulan November

Assalamualaikum, semua. :') 

Apa khabar semua?  Harap semuanya sihat sihat selalu hendaknya.  Dalam sedar tak sedar, sekarang ni dah masuk bulan November.  Maknanya sebulan dari sekarang, kita bakal melangkah ke hujung tahun dan memasuki tahun baru, 2013.  Sekejap je kan masa tu berlalu?  Macam tak percaya je.

gambar: google

Bulan November tahun ni merupakan bulan istimewa bagi diri atul.  Sebab pada 26 November ni merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup atul.  Pada hari tersebut, atul akan menghadiri majlis konvokesyen UiTM yang ke 77 di UiTM Shah Alam.  Alhamdulillah, penat lelah 3 tahun mengambil Diploma Perakaunan akhirnya berjaya juga.  Diharapkan proses mengambil Ijazah juga akan dipermudahkan olehNya.  InsyaAllah.  Amin.


Majlis konvokesyen atul akan bermula pada jam 12.30 tengahari.  Takut sangat kalau masa tu hujan lebat.  Almaklum lah, sekarang kan tengah hujan.  Nanti takut tak dapat ambil gambar banyak banyak pulak sebab hujan.  Hehe.  Tapi, kalau dah nak hujan jugak, siapa kita untuk halang, betul tak?  Redha je lah.  Allah SWT Maha Mengetahui.

Bulan ni jugak adalah bulan special sebab 21 November 2012 ni merupakan sambutan hari lahir abah atul yang ke 54 tahun. InsyaAllah, kalau tak ada halangan, nak celebrate sekali dengan atul sempena konvokesyen atul ni.  InsyaAllah, kita merancang, Allah SWT yang menentukannya.

Bulan ni jugak merupakan birthday seseorang yang istimewa dalam hidup atul.  InsyaAllah, nak celebrate birthday dia.  Tengah fikir nak bagi hadiah apa pada dia.  Walau apa pun yang terjadi, nak jugak celebrate birthday dia.  Harap sangat dia suka.  Awak, jangan marah ye kalau saya nak celebrate birthday awak.  Hehe. :p

Semoga apa yang telah dirancang pada bulan ni akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah, AMIN.. :)


p/s: Happy Deepavali dan Selamat Bercuti! :D

Thursday, May 10, 2012

Sambutan Hari Lahir Mama Yang Ke 50 :)

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, dapat update blog lagi. Kali ni nak share cerita tentang sambutan hari lahir Mama atul yang ke 50 tahun yang telah diadakan pada Ahad lepas, 6/5/2012. Kali ni kakak atul telah memilih Fiske Steakhouse di AU2 Keramat untuk menyambut hari lahir Mama atul. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. :)

Sambutan kecil-kecilan ini telah dihadiri oleh family atul, iaitu kakak atul, adik, abang ipar, anak kakak atul, mama, abah, mak mertua dan ayah mertua kakak atul serta bakal adik ipar atul merangkap buah hati adik atul. :)

Jom lah tengok gambar gambar kat bawah ni. Happy sangat hari ni. Dapat berkumpul dengan family tersayang. :D

Menu utama - Tak ingat namanya. Sorry. Hehe. -,-

My sis - Sharirawati Abd Rahim (Ayong)

Acap - Bakal adik ipar (InsyaAllah)..
Thanks sangat sangat kat Acap sebab jadi photographer pada hari tu. Thanks! :)

While waiting for the food :)

Mama dengan menu pilihannya - Nasi Putih + Asam Pedas Melaka.. Atul pun pilih menu macam Mama. Tak nak makan steak, takut tak kenyang. Hehe. ;p

Mak mertua dan ayah mertua my sis.. :)

Fifi dengan menu pilihannya, Spagheti.. :D

Alaaa, laaa.. Nak manja manja pulak ye.. My sis with her hubby.. :)

Fifi sayang Mak Ngah! :D

Birthday girl - My beloved mom..
Comel tak Mama atul? :)

Potong kek.. Mama cakap da tua tua ni tak payah lah tiup lilin.. So, potong kek je lah ye.. :D

Ni lah saat yang ditunggu tunggu.. Mama malu malu pulak abah nak suap Mama makan kek.. Muka abah macam tengah bengang je dengan Mama sebab Mama malu malu.. HAHA.. Suka sangat moment ni.. :)

Giliran Mama pulak suap abah.. Abah tak malu pun.. HEHE.. :D

Me with my father, Fifi and my mother.. :)

My adik - Nur Ain.. :)

With my adik and my Fifi.. :)

Suka tengok gambar ni.. Macam orang tengah bercinta pulakkan?? SO SWEET! My Fifi and my Haikal.. :)

My sis with her hubby and their new baby - Muhammad Izzat Hadif.. :)


Family atul tanpa abang ipar. Abang ipar tengah sibuk makan masa ni. Tak ingat pulak nak ajak dia tangkap gambar sekali. Hehe. :D

Alhamdulillah, happy sangat. Tempat ni pun menarik dan makanan memang superb. Tempat ni memang recommended pada semua. Makanan superb + harga yang sangat berpatutan. Sangat berpuas hati. Terima kasih pada Fiske Steakhouse kerana sudi menerima kehadiran kami. Thanks jugak pada Ayong sebab suggest tempat yang superb ni. Ayong memang mantap lah! :D

Sekali lagi, Happy Birthday, Mama! Ayong, Angah dan Ain sayang sangat kat Mama. :)

Sunday, May 6, 2012

Happy Birthday, Mama!

Assalamualaikum semua.

Entri kali ni ditujukan khas untuk Mama atul, Puan Sarifah Bt Mat Nayan. Semalam, 5/5/2012, merupakan hari ulang tahun kelahiran Mama yang ke 50 tahun. Da 5o tahun Mama atul ni. Macam tak percaya pulak. Hehe. :)


Khas untuk Mama :

Mama, Happy Birthday! Semoga Mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik baik hendaknya dan semoaga Mama bahagia bersama keluarga tersayang. Mama adalah Mama yang terbaik sekali kat dunia ni. No one can replace you as my mother. Only YOU! :)

Thanks, Mama. Angah SAYANG Mama! :D
Happy Birthday, MAMA. :)

Monday, November 21, 2011

Happy Birthday, Abah! :)

Assalamualaikum semua. :)


Alhamdulillah, hari ni 21/11/2011 merupakan hari ulang tahun kelahiran abah atul, Encik Abd Rahim Bin Mohamed yang ke 53 tahun. Alhamdulillah, abah masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupannya dengan keadaan yang cukup sihat sekali. Syukur kepada Allah SWT atas nikmat itu. Syukur, alhamdulillah. :)

Di kesempatan ini, angah nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat abah tersayang. Semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang sempurna olehNya dan bahagia bersama keluarga tercinta. Walaupun angah tak dapat celebrate birthday abah tahun ni, doa angah kat abah tak pernah putus. Semoga abah gembira di hari bahagia abah ni. :)

Angah nak mintak maaf sebab angah selalu buat abah susah hati. Tapi bukan niat angah nak buat macam tu. Abah pun tahu kan macam mana perangai anak abah ni. Angah mintak maaf ye abah. Angah pun nak ucapkan terima kasih banyak banyak kat abah sebab abah da banyak berkorban untuk angah. Apa yang angah nak, semua angah dapat. Angah tak pernah mintak yang mewah mewah, cukup lah dengan apa yang abah da bagi sekarang ni. Itu pun angah tak tahu angah mampu nak balas atau tak. Abah doakan lah angah kat sini baik baik ye. Doakan angah agar angah kuat.

Abah, angah sayang abah. Angah sayang abah sangat sangat. Angah mintak maaf andai kata selama ni angah bukan lah anak abah yang terbaik, angah ada terguris hati abah ke, angah mintak maaf banyak banyak. Angah akan cuba jadi anak yang terbaik untuk mama dan abah.

Abah, terima kasih untuk segala-galanya. Thank you so much. Angah sayang abah sangat sangat. :'(

Sunday, October 16, 2011

Happy Birthday, My Sis! :D

Assalamualaikum semua. :D

Hari ni, 16 Oktober 2011, merupakan hari lahir kakak atul yang ke 29 tahun. So, entri kali ni adalah entri khas untuk kakak atul, Sharirawati Bt Abd Rahim. :)


Ayong, di kesempatan ini angah nak ucapkan Happy Birthday kat ayong yang ke 29 tahun. Semoga ayong dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berbahagia selalu bersama keluarga, suami, dan anak anak tersayang. Semoga ayong menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik pada anak anak. Semoga segala urusan ayong di dunia mahupun di akhirat, dipermudahkan olehNya. AMIN. :)

Sorry lah angah tak dapat nak bagi ayong apa apa hadiah. Maklum lah, angah tak kerja lagi. InsyaAllah, tahun depan boleh lah angah bagi hadiah kat ayong. Sekarang ni tak boleh lah lagi. Hanya doa angah dapat mengiringi ayong. InsyaAllah.. :)

HAPPY BIRTHDAY, AYONG! ANGAH SAYANG AYONG! :D

Friday, October 14, 2011

Hadiah Hari Lahir Yang Teristimewa :)

Assalamualaikum semua. :D

Okay, hari ni nak cerita sikit dengan korang semua hadiah istimewa yang atul dapat sempena birthday atul semalam. Hadiah ni merupakan hadiah yang paling istimewa dan hadiah ni lah yang atul tunggu tunggu selama ni. HEHE. Hadiah ni bukan lah hadiah Blackberry yang atul nak selama ni. For me, Nokia C3 is enough. :) Hadiah ni lain sikit dan telah diberi oleh 2 pihak yang sangat baik hati. Kalau korang nak tahu, jom tengok dan baca apa yang ada kat dalam gambar di bawah ni. :D


Email dari Nuffnang :)

Hadiah istimewa yang atul dapat sempena birthday atul pada tahun ni adalah 4 complimentary passes yang telah diberi oleh pihak Nuffnang dan TGV. Wahh, memang best sangat sangat. First time okay dapat tiket wayang free. 4 pulak tu. Terharu sangat. Thank you so much to Nuffnang and TGV. I really appreciate it and I am so happy for that. :D Thank you so much! :D

So, cuti ni boleh lah atul pergi tengok wayang. Da lama tak tengok wayang ni. Memang berbaloi cuti semester kali ni. Ada sesiapa nak teman atul tengok wayang tak ?? Jom lah! Atul tak tahu lagi nak pergi dengan siapa ni. HEHE. :D

So, sekali lagi, thanks pada Nuffnang dan TGV sebab sudi bagi hadiah tiket wayang pada atul. Thanks sangat sangat. Next year, bagi lah lagi ye ?? HEHE. :)

UPDATE :

Ada yang tak dapat baca apa yang ada kat dalam gambar di atas. So, atul da copy apa yang tertulis dalam email yang atul dapat dari pihak Nuffnang di bawah ni :

Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 7 November 2011 (Monday). Our office is open from 9am - 6pm on weekdays (with the exception of public holidays), and is located at;

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

You are allowed to appoint a representative to collect the passes on your behalf should you not be able to collect the passes yourself. Do make sure to provide your representative with the email address that you used to register with Nuffnang though, as we will need it as verification of identification upon collection of the passes.

Once again, happy birthday and we hope you enjoy yourselves with the complimentary passes! Don't forget to give TGV Cinemas a little shoutout for being so awesome if you decide to blog about this birthday surprise ;)

*Terms and conditions apply.


Okay lah. Till then~

Thursday, October 13, 2011

Alhamdulillah, 20 Tahun Sudah Umurku :)

Assalamualaikum semua. :D

Hari ni merupakan hari yang paling gembira dalam hidup atul. Rasanya semua da tahu kot hari ni hari apa. Alhamdulillah, hari ni, 13 Oktober 2011, genap lah umur atul 20 tahun. Wahh, da 20 tahun rupanya atul ni. Tapi rasa macam baru je lepas SPM. HEHE. Alhamdulillah, syukur sangat sangat. Atul masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan atul sebagai hamba ALLAH SWT, sebagai seorang anak kepada mama dan abah, dan sebagai seorang pelajar. Alhamdulillah, syukur sangat sangat. Terima kasih ALLAH SWT di atas kurniaan ini. :D



Picture thanks to : Amir Nawawi. :D

Alhamdulillah, di umur 20 tahun ni, atul masih diberi kesihatan yang baik dan sihat, family dan kawan kawan yang sentiasa sayangkan atul, rezeki yang sangat murah dan sebagainya. Semua nikmat yang diberi olehNya, tak pernah putus putus atul ucapkan syukur alhamdulillah. Tanpa DIA, tak mungkin nikmat hidup ni dapat atul rasa. :)

Terima kasih juga kat mama dan abah, ain dan ayong dan semua family atul. Thanks sebab selama ni jaga atul dengan baik, bagi atul makan, pakai yang cukup, jaga atul masa atul sakit, bagi atul apa yang atul nak. Terima kasih sangat sangat kat mama dan abah. Tak mampu angah nak balas jasa mama dan abah. Hanya doa dan kejayaan angah yang mampu angah balas pada mama dan abah. Terima kasih kepada ayong dan ain kerana menjadi kakak dan adik yang terbaik dalam hidup angah. Angah sayang korang semua. :D Tak lupa jgk kat Fifi dan Haikal yang sentiasa menjadi penyeri hidup family atul. Walaupun nakal, tapi mak ngah sayang korang taw. :)

Kepada kawan kawan semua, tak kira lah di sekolah rendah, menegah, mahu pun di UiTM, terima kasih sebab sudi jadi kawan atul, berkongsi segala galanya dengan atul. Terima kasih banyak banyak. Kepada kawan kawan blogger, terima kasih kerana menjadi sahabat atul di alam maya ini. Terima kasih semua. :D

Semoga dengan meningkatnya umur atul ni, semakin meningkat lah amal ibadah atul padaNya, semoga atul terus diberi kesihatan yang baik dan sihat, dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah, AMIN. :D

Terima kasih pada yang wish di Facebook atul dan di phone atul. Thanks sangat sangat. Ucapan anda semua sangat dihargai. Tahun ni sangat meriah sebab ramai sangat yang wish terutamanya dari kalangan blogger. Thank you so much. Semoga hidup anda semua diberkati dan dirahmati selalu.

Terima kasih pada awak tu sebab wish birthday saya. Ucapan awak lah yang paling saya nantikan. Thank you so much :D

Okay lah. Da panjang sangat lah pulak entri ni. Terima kasih semua. Terima kasih sangat sangat. :)

Thursday, October 6, 2011

Happy Birthday Adikku !

Assalamualaikum semua. :D

Alhamdulillah, hari ni, 6 Oktober 2011, adalah hari ulang tahun kelahiran adik atul yang ke 18 tahun. Da besar adik aku yang sorang ni. Happy Birthday Ain ! Semoga kau panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam hidup kau. Angah sentisa doakan kejayaan kau. Dan aku sayang sangat sangat kat kau walaupun kita selalu gaduh. :)


Ini lah adik atul, Nur Ain Bt Abd Rahim :)

Adik atul ni sekarang tengah bekerja di syarikat tempat kakak atul bekerja. Katanya nak cari duit dulu baru nak sambung pelajaran. Tak kisah lah Ain, asalkan niat kau nak belajar tu tak pernah pudar. Angah harap niat kau nak sambung belajar tahun depan tercapai. Ingat, kerja tu simpan duit. Jangan nak belanja sakan pulak! Cakap nak simpan duit sambung belajar. Jangan lupa niat tu. :)

Tak sabar rasanya nak balik rumah. InsyaAllah, nak celebrate birthday kami 3 beradik. InsyaAllah kalau ada rezeki. Tak sabar jugak nak balik rumah sebab nak cari gaduh dengan adik aku sorang ni. HAHA. Da lama tak gaduh dengan kau kan. Tunggu aku balik Selasa ni. HEHE.

Sekali lagi aku ucapkan, HAPPY BIRTHDAY! Semoga kau dipanjangkan umur, dipermurahkan rezeki, berjaya dalam hidup, menjadi anak yang solehah kepada mama dan abah dan semoga kau diberikan hidayah untuk pakai tudung. AMIN. *Jangan marah ye. :D

Okay lah, till then~

Wednesday, October 5, 2011

Happy Birthday Nisa Shahrien ! :)

Assalamualaikum semua. :D

Entri kali ni adalah entri khas untuk seseorang, iaitu Khairunnisa Bt Ahmad Shahrien. Happy Birthday, dear! Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan, berjaya dalam hidup dan berbahagia bersama yang tersayang. :D


Nisa, sorry ambil gambar kat FB Nisa tak mintak izin. Hehe. TQ :)

Mesti ada yang tertanya siapa dia Nisa Shahrien. Hehe. Nisa ni adalah jiran di kawasan rumah atul suatu masa dulu. Mama atul jaga dia dan adik adik dia dari kecil hingga lah mereka da sekolah. Sekarang ni family Nisa tak duduk da kat kawasan rumah atul tu. Diaorang da berpindah tapi family Nisa dengan Family atul masih lagi rapat.

Kalau waktu cuti, adik Nisa, Farah, akan datang stay kat rumah atul. Tapi sekarang ni jarang da diaorang datang rumah sebab Farah kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dan Nisa pulak di Universiti Malaysia Sarawak.

Seriously rindu zaman kitaorang kecik kecik dulu. Main sama sama, tengok TV sama sama, macam macam lah. Tapi sekarang tak lagi. Masing masing da besarkan. Dulu Nisa waktu kecik selekeh je. Sekarang ni da makin bergaya. Sama macam adik dia, Farah dan Syaza. Waktu mengubah segala galanya. :)

Apa apa pun, hubungan yang terjalin antara family Nisa dengan family atul takkan terputus. Kitaorang akan sentiasa rapatkan hubungan ini. Nisa, Farah dengan Baby, jangan lupakan family Yaya da lah ye. Yang paling penting, jangan lupakan mama Yaya tu. Hehe.

Sebenarnya entri ni nak wish birthday Nisa iaitu birthday dia pada hari ini, 5 October 2011. Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke 19. Happy happy selalu dan study rajin rajin taw. Nanti da balik Ampang, datang lah rumah ye. :)

HAPPY BIRTHDAY NISA! MISS YOU SO MUCH! :D

Nisa ada blog. Jom lah singgah blog NISA. :D


p/s : Esok birthday adik Atul pulak.. -_- Bulan ni entri penuh dengan birthday je.. :D

Friday, October 22, 2010

birthday girl ; mye & atul.. :)
syamira and yanie ; my bel0ved friends.. (:
with my bel0ved classmates..
faiz, buq and azuan ; my classmates..
alaa aji, manjanya ngn thaqif.. hehe. (:
cake yang sgt c0mel ; thanks all.. :)
hey, it's me laa. :)
alaa tiha. manjanya. hehe.
birthday girl ; mye & atul.
j0m, p0t0ng kek. yummy!!
with my classmates ; fatin, ziela and syamira.. :)


suprise party.. :)

hal0ooo. hey, nk tahu tak ?? ari selasa lps, on 19th oct0ber, that day ada kelas ganti CTU 231. kelas abes dalam pukul 12 ++.
lps abes kelas tuu, aku memang tak tahu p0n yg classmates aku nk buaat suprise party.
and i was like, what?? haha. x percaya k0t.

kwn kwn belikan kek and celebrate birthday aku ngn mye.
w'p0n birthday kte0rg da lps, tp b0le je nk sambut lg.
ari tuu mye tak b0le lama, s0, tak byk laa gmbr die. ada org tgh tggu die and die kna blek cpt.
but, it's okay, mye. :)
kte0rg fhm. hehe. well, thanks t0 my classmates.
sbb sudi celebrate birthday aku ngn mye.

thanks s0 much. mcm tak percaya je.
yelaa. mse birthday aku ari tuu, tak ada org p0n yg wish.
ziela ngn fatin je. and i was like, emm, sedihnya.
tp ble k0rg celebrate birthday ni. rse terharu sgt.
thanks sgt sgt. tak tahu nk ckp ape da.

thanks jgk untuk dak lelaki yg dtg.
aji, faiz, buq, azuan, thaqif and qayyim.
yg peliknya, gmbr qayyim tak ada kt sini. haih, s0ri ek qayyim.
thanks sgt sgt. thn dpan celebrate laa lg ye. hehe.

thanks jgk pd cik tiha ngn cik syamira sbb tlg amek gmbr.
cik tiha, thanks sbb upl0ad gmbr kt faceb0ok.
thanks t0 all of u.
i just want all of you t0 kn0w that, i l0ve all of u s0 much.
:)
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: