HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

TEMASYA SUKAN TAHUNAN EHSAN ISLAMIC PRESCHOOL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :) 

Pada hari Ahad yang lepas, 8 September 2013, Atul telah pun menghadiri Temasya Sukan Tahunan Ehsan Islamic Preschool yang telah diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang. Kalau nak tahu, anak saudara Atul, iaitu Fifi, merupakan salah seorang pelajar di Ehsan Islamic Preschool sejak dia berumur 5 tahun lagi. :) 


Seawal jam 8 pagi, Atul dah siap-siap nak ke Hari Sukan Fifi ni. So, tunggu kakak Atul datang amek dan pergi sekali dengan kakak dan abang ipar Atul. Acara bermula jam 10 pagi. Masa sampai kat padang SMK Hulu Kelang tu dalam pukul 9 pagi, dah ramai dah ibu bapa pelajar yang hadir bagi menyokong anak-anak mereka. Kalau nak tahu, Ehsan Isamic Preschool ni ada 3 cawangan iaitu di Ampang, Keramat AU 1 dan Kemensah Height, Hulu Kelang. :)


Mama dan Abah Atul turut hadir bagi menyokong Fifi. Tak lupa jugak ayah mertua kakak Atul juga turut hadir bagi menyokong Fifi. Nampak Fifi happy sangat sebab semuanya datang support dia. Atul memang kena datang lah sebab Makngah dia ni dah janji dengan dia nak datang bagi support. :) Siap ingatkan kami semua jangan lupa pakai baju warna kuning sebab Fifi rumah kuning. Kalau tengok gambar kat atas tu, semuanya pakai baju kuning tanda sokongan kepada Fifi. :)


Acara bemula dengan acara perbarisan oleh semua rumah sukan iaitu rumah Merah, Biru, Oren, Kuning dan Purple. Pelajar-pelajar di sini berumur 4 tahun hingga 6 tahun. Acara diteruskan dengan bacaan ikrar oleh pelajar lelaki iaitu Adik Naufal Hafiz seterusnya dirasmikan oleh Ketua Penyelaras Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Ramli Sidom. :)


Acara dimulakan dengan acara lari berganti-ganti oleh pelajar 5 tahun dan 6 tahun. Fifi masuk 4 acara dan acara pertama adalah lari berganti-ganti. Tapi dia tak dapat hadiah sebab kalah acara tu. Hehe. Tapi masa tu dia tak tahu dia kalah. Kalau tak, memang menangis lah dia. Acara kedua yang Fifi sertai adalah lari berhalangan. Haaa, yang ni Fifi dapat nombor 3 (gambar di atas). Kami yang excited sekali. Mummy dia siap menjerit bagi sokongan kat Fifi. Tahniah, Fifi ! :)


Acara ketiga yang Fifi sertai ni memang kami tak tahu dia masuk sebabnya masa ni Atul ke toilet and kakak Atul pun tak sedar. Tengok-tengok, dia dah lari dah kat tempat larian tu. Acara baling gelung dalam kon ni, Fifi dapat nombor 1. Tahniah, Fifi ! :) Acara terakhir yang Fifi sertai adalah acara tiup belon. Yang ni memang dia kalah lah sebab tak tiup-tiup pun belonnya. Masa ni masam je muka dia. Tapi nak buat macam mana kan. Okay lah tu kan Fifi. Fifi menang 2 acara dari 4 acara yang Fifi sertai. :)

Acara habis agak lambat pada hari tersebut. So, kami decide nak balik awal sebab Fifi dah pun menangis. Yang si Hadif pun dah tido. So, dalam pukul 12.45 tengahari, kami pun pulang ke rumah. Penat tapi puas hati dengan Fifi sebab dia menang 2 acara. Tahniah, Fifi. :)

Wednesday, June 19, 2013

HAPPY BELATED BIRTHDAY, FIFI !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Happy Belated Birthday, Fifi ! Pada 17 June 2013 yang lepas, genap lah umur anak saudara Atul, Fifi yang ke-6 tahun. Alhamdulillah, Fifi membesar dengan sihatnya. :)

Pada 15 June 2013 (Sabtu), kakak Atul buat majlis sambutan hari jadi Fifi di rumah mereka, di Kampung Melayu Ampang. Ayong (kakak Atul) hanya menjemput saudara-mara terdekat dan rakan-rakan yang rapat je. Tapi, malangnya, Mak Nga Fifi (iaitu Atul), tak dapat datang sebab Sabtu lepas ada kelas. Kalau ikutkan, memang tak nak pergi kelas, tapi sebab last kelas kan, and ada 2 presentation, so, pergi jugak lah kelas. :)

Nur Ainin Syafiya Binti Mohd Fairuz :)

So, Fifi, Happy Belated Birthday, Mak Ngah ucapkan. Semoga Fifi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, membesar dengan sihatnya dan semoga Fifi menjadi anak yang solehah. Anak saudara Mak Ngah ni pandaikan? Mak Ngah tahu Fifi pandai. Rajin-rajin belajar ye. Jadi insan yang berjaya pada masa depan. Jangan sesekali tinggal solat, rajin baca Al-Quran ye, sayang. :)

Sorry sebab Mak Ngah tak dapat nak bagi hadiah yang paling mahal, paling cantik. Hanya doa yang mampu Mak Ngah berikan pada Fifi. Semoga segala urusan Fifi dipermudahkan di Dunia mahupun di Akhirat. AMIN. :)

Mak Ngah nak Fifi tahu yang Mak Ngah sayang kat Fifi. :)

Happy Belated Birthday, Fifi ! (:

Tuesday, March 12, 2013

05.03.2013 - HAPPY BIRTHDAY, HADIF !!

Assalamualaikum, semua. :) 

Bertemu kembali setelah hampir 2 minggu lebih blog ini tak update. Entry kali ni khas untuk anak saudara atul yang ke 3 iaitu Muhammad Izzat Hadif yang telah pun berusia 1 tahun pada 5 March 2013 yang lepas. Actually, entry ni nak buat minggu lepas. Tapi disebabkan tak ada idea nak tulis apa, dilewatkan seminggu. Hehe. :)

Muhammad Izzat Hadif. :')

Alhamdulillah, Hadif dah pun berusia 1 tahun. Macam tak percaya je sebenarnya. Rasa macam baru je semalam dia lahir. Sekarang ni dah pandai berjalan, bercakap tu tak lah lagi tapi kalau nak panggil Mummy, dia boleh lah panggil Mummy dia dah.

Balik je kerja, layan karenah dia, terus hilang penat kerja seharian. Hehe. Dah macam anak sendiri pulak. Seronok layan si budak kecik ni. Balik je kerja, dia terus datang kat atul. Ajak main sama lah kononnya. Suka sangat ambil phone Mak Ngah dia and masukkan dalam mulut. Geram betul. Semua benda yang dia pegang, dia masukkan dalam mulut.

Kalau bab makan pulak, macam macam dah dia makan. Semua yang kita orang makan, dia nak makan jugak. Paling suka kalau dia nak air. Dia akan mintak sendiri. Comel je kalau dengar dia sebut air. :) Kalau nak balik rumah dia, sebelum balik tu, dia akan salam Opah dia, Mak Ngah dia, Atuk, Mak Su. Comel sangat! Geram dengan budak sorang ni. :)

Happy Birthday, Hadif. Semoga Hadif membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Jangan nakal nakal sangat tau bila dah besar nanti. Mak Ngah sayang Hadif! :)

Happy Birthday, Hadif !! :D

Sunday, May 6, 2012

Happy Birthday, Mama!

Assalamualaikum semua.

Entri kali ni ditujukan khas untuk Mama atul, Puan Sarifah Bt Mat Nayan. Semalam, 5/5/2012, merupakan hari ulang tahun kelahiran Mama yang ke 50 tahun. Da 5o tahun Mama atul ni. Macam tak percaya pulak. Hehe. :)


Khas untuk Mama :

Mama, Happy Birthday! Semoga Mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik baik hendaknya dan semoaga Mama bahagia bersama keluarga tersayang. Mama adalah Mama yang terbaik sekali kat dunia ni. No one can replace you as my mother. Only YOU! :)

Thanks, Mama. Angah SAYANG Mama! :D
Happy Birthday, MAMA. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: