HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD
Showing posts with label Abah. Show all posts
Showing posts with label Abah. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Istimewa Bulan November

Assalamualaikum, semua. :') 

Apa khabar semua?  Harap semuanya sihat sihat selalu hendaknya.  Dalam sedar tak sedar, sekarang ni dah masuk bulan November.  Maknanya sebulan dari sekarang, kita bakal melangkah ke hujung tahun dan memasuki tahun baru, 2013.  Sekejap je kan masa tu berlalu?  Macam tak percaya je.

gambar: google

Bulan November tahun ni merupakan bulan istimewa bagi diri atul.  Sebab pada 26 November ni merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup atul.  Pada hari tersebut, atul akan menghadiri majlis konvokesyen UiTM yang ke 77 di UiTM Shah Alam.  Alhamdulillah, penat lelah 3 tahun mengambil Diploma Perakaunan akhirnya berjaya juga.  Diharapkan proses mengambil Ijazah juga akan dipermudahkan olehNya.  InsyaAllah.  Amin.


Majlis konvokesyen atul akan bermula pada jam 12.30 tengahari.  Takut sangat kalau masa tu hujan lebat.  Almaklum lah, sekarang kan tengah hujan.  Nanti takut tak dapat ambil gambar banyak banyak pulak sebab hujan.  Hehe.  Tapi, kalau dah nak hujan jugak, siapa kita untuk halang, betul tak?  Redha je lah.  Allah SWT Maha Mengetahui.

Bulan ni jugak adalah bulan special sebab 21 November 2012 ni merupakan sambutan hari lahir abah atul yang ke 54 tahun. InsyaAllah, kalau tak ada halangan, nak celebrate sekali dengan atul sempena konvokesyen atul ni.  InsyaAllah, kita merancang, Allah SWT yang menentukannya.

Bulan ni jugak merupakan birthday seseorang yang istimewa dalam hidup atul.  InsyaAllah, nak celebrate birthday dia.  Tengah fikir nak bagi hadiah apa pada dia.  Walau apa pun yang terjadi, nak jugak celebrate birthday dia.  Harap sangat dia suka.  Awak, jangan marah ye kalau saya nak celebrate birthday awak.  Hehe. :p

Semoga apa yang telah dirancang pada bulan ni akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah, AMIN.. :)


p/s: Happy Deepavali dan Selamat Bercuti! :D

Sunday, June 17, 2012

Khas Untuk Yang Tersayang :)

Hai semua! :)

Huh, da lama sangat tak update blog ni. Hampir 1 bulan ye. Hehe. Dasar pemalas betul lah atul ni. Jangan marah ye. Sekarang ni mood nak berblogging tu da kembali. Tiba tiba je kan?? HAHA. Ooopss.

Okay okay. Kembali pada cerita yang atul nak cerita pada entri kali ni. Bukan cerita apa pun. Hanya ucapan untuk orang orang yang atul sayang sangat. Sebab hari ni merupakan hari istimewa buat 2 insan yang terpenting dalam hidup atul. :)

17/6/2012, hari ni merupakan hari lahir anak saudara atul yang sulung, iaitu Nur Ainin Shafiya yang ke 5 tahun. Dah besar rupanya anak saudara atul yang sorang ni. Macam tak percaya je. Tup tup tup, dah 5 tahun. Dah pergi tadika, da pandai membaca, mengira, mengaji. Makngah bangga sangat dengan Fifi. Walaupun Fifi nakal, Makngah sayang tau kat Fifi. Sayang sangat.

Makngah ucapkan Selamat Hari Lahir untuk anak saudara Makngah yang sorang ni. Semoga Fifi dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang sihat sihat selalu dan membesar menjadi anak yang solehah. InsyaAllah, AMIN. :) Ingat tau, Makngah sayang sangat kat Fifi. :D

Hari ni juga hari yang istimewa untuk insan yang bergelar bapa. Selamat Hari Bapa atul ucapkan pada abah atul, Encik Abd Rahim Bin Mohamed. Angah pun sayang sangat kat abah. Tiada siapa yang dapat gantikan tempat abah. Hanya abah seorang abah angah. :)

To my dear abah, I want to wish you, Happy Father's Day.. Thanks for being such a great father to me, ayong and ain.. You are the best father in the world and no one else can replace you as my father.. Thank you, abah and Happy Father's Day! :)

Selamat Hari Bapa buat semua insan yang bergelar bapa. :D Selamat Hari Bapa juga atul ucapkan buat bakal bapa mertuaku. Hehe. :)

Selamat Malam! :D

Monday, November 21, 2011

Happy Birthday, Abah! :)

Assalamualaikum semua. :)


Alhamdulillah, hari ni 21/11/2011 merupakan hari ulang tahun kelahiran abah atul, Encik Abd Rahim Bin Mohamed yang ke 53 tahun. Alhamdulillah, abah masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupannya dengan keadaan yang cukup sihat sekali. Syukur kepada Allah SWT atas nikmat itu. Syukur, alhamdulillah. :)

Di kesempatan ini, angah nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat abah tersayang. Semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang sempurna olehNya dan bahagia bersama keluarga tercinta. Walaupun angah tak dapat celebrate birthday abah tahun ni, doa angah kat abah tak pernah putus. Semoga abah gembira di hari bahagia abah ni. :)

Angah nak mintak maaf sebab angah selalu buat abah susah hati. Tapi bukan niat angah nak buat macam tu. Abah pun tahu kan macam mana perangai anak abah ni. Angah mintak maaf ye abah. Angah pun nak ucapkan terima kasih banyak banyak kat abah sebab abah da banyak berkorban untuk angah. Apa yang angah nak, semua angah dapat. Angah tak pernah mintak yang mewah mewah, cukup lah dengan apa yang abah da bagi sekarang ni. Itu pun angah tak tahu angah mampu nak balas atau tak. Abah doakan lah angah kat sini baik baik ye. Doakan angah agar angah kuat.

Abah, angah sayang abah. Angah sayang abah sangat sangat. Angah mintak maaf andai kata selama ni angah bukan lah anak abah yang terbaik, angah ada terguris hati abah ke, angah mintak maaf banyak banyak. Angah akan cuba jadi anak yang terbaik untuk mama dan abah.

Abah, terima kasih untuk segala-galanya. Thank you so much. Angah sayang abah sangat sangat. :'(
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: