HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD
Showing posts with label Konvokesyen. Show all posts
Showing posts with label Konvokesyen. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

GAMBAR KONVOKESYEN UITM KE 77 | ATUL RAHIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :')

Syukur, alhamdulillah. Akhirnya Atul telah pun bergelar seorang graduan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 26 November 2012 yang lepas. Pada hari tersebut, atul telah pun menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM sidang yang keenam yang berlangsung pada jam 12.30 petang di UiTM Shah Alam.

Alhamdulillah, akhirnya penat lelah selama 3 tahun untuk mendapatkan segulung Diploma berjaya juga akhirnya. Syukur, Ya Allah ! :) Perasaan yang sangat gembira apabila berada di dalam dewan sambil disaksikan oleh kedua ibu bapa yang tercinta. Sudah semestinya, ini hadiah buat mereka. Walaupun hanya Diploma buat masa ini, tapi atul tahu yang mereka teramat bangga dengan diri atul. :)


With my beloved Mama. ;')

Mama lah orang yang banyak melayan perangai mengada-ngada anak dia yang seorang ni. Anak dia yang kuat menangis, manja tak tentu pasal. Tapi mama still jugak tahan dengan perangai atul. Kawan kawan ada cakap yang atul ni anak mama. Hihi. Mama jugak lah yang banyak berkorban masa dan wang ringgit. Angah tahu mama sedih masa angah belajar kat Kelantan dulu. Tapi mama sabar je. Thanks, Mama !! Angah sayanggggg Mama. :)


With my lovely Abah. :')

Dengan abah lah tempat atul meluahkan perasaan kalau stress belajar. Abah banyak bagi kata-kata semangat kat atul. Selalunya mesej je lah sebab kalau call, confirm atul menangis. Sebabnya? Memang atul suka nangis kan. Kalau duduk jauh, cakap phone dengan abah atau mama, confirm nangis. Manja kan atul ni? Haha. Abah tak pernah marah kalau dapat result yang kurang memuaskan sebab abah pernah cakap dia dah cukup bangga dengan pencapaian atul sekarang ni. Dia cakap atul dah sambung belajar ni pun da buat dia happy sangat. Terima kasih, abah. Terima kasih atas segala pengorbanan abah selama ni. Angah tak mampu lagi nak bayar. Hanya keinginan untuk terus belajar dan berjaya tu je yang mampu angah beri. :')


With my cutest Hadif. Comel kan? :')


With my adik, Ain and my sister, Ayong. :')


With my anak anak saudara, Hadif, Haikal and Fifi. Semoga 1 hari nanti, anak anak saudara Mak Ngah pun berjaya juga ye. Lebih berjaya daripada Mak Ngah. :)

Thanks pada semua kawan kawan, pensyarah pensyarah yang dah banyak membantu atul selama ni. Thanks juga pada yang memberi ucapan tahniah pada atul. InsyaAllah, lagi 3 tahun, gambar konvokesyen Ijazah menyusul. InsyaAllah, semoga Allah SWT permudahkan. AMIN. :)

Wednesday, December 12, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #28

Assalamualaikum. :')




p/s: Alhamdulillah. :')

Tuesday, November 13, 2012

Istimewa Bulan November

Assalamualaikum, semua. :') 

Apa khabar semua?  Harap semuanya sihat sihat selalu hendaknya.  Dalam sedar tak sedar, sekarang ni dah masuk bulan November.  Maknanya sebulan dari sekarang, kita bakal melangkah ke hujung tahun dan memasuki tahun baru, 2013.  Sekejap je kan masa tu berlalu?  Macam tak percaya je.

gambar: google

Bulan November tahun ni merupakan bulan istimewa bagi diri atul.  Sebab pada 26 November ni merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup atul.  Pada hari tersebut, atul akan menghadiri majlis konvokesyen UiTM yang ke 77 di UiTM Shah Alam.  Alhamdulillah, penat lelah 3 tahun mengambil Diploma Perakaunan akhirnya berjaya juga.  Diharapkan proses mengambil Ijazah juga akan dipermudahkan olehNya.  InsyaAllah.  Amin.


Majlis konvokesyen atul akan bermula pada jam 12.30 tengahari.  Takut sangat kalau masa tu hujan lebat.  Almaklum lah, sekarang kan tengah hujan.  Nanti takut tak dapat ambil gambar banyak banyak pulak sebab hujan.  Hehe.  Tapi, kalau dah nak hujan jugak, siapa kita untuk halang, betul tak?  Redha je lah.  Allah SWT Maha Mengetahui.

Bulan ni jugak adalah bulan special sebab 21 November 2012 ni merupakan sambutan hari lahir abah atul yang ke 54 tahun. InsyaAllah, kalau tak ada halangan, nak celebrate sekali dengan atul sempena konvokesyen atul ni.  InsyaAllah, kita merancang, Allah SWT yang menentukannya.

Bulan ni jugak merupakan birthday seseorang yang istimewa dalam hidup atul.  InsyaAllah, nak celebrate birthday dia.  Tengah fikir nak bagi hadiah apa pada dia.  Walau apa pun yang terjadi, nak jugak celebrate birthday dia.  Harap sangat dia suka.  Awak, jangan marah ye kalau saya nak celebrate birthday awak.  Hehe. :p

Semoga apa yang telah dirancang pada bulan ni akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah, AMIN.. :)


p/s: Happy Deepavali dan Selamat Bercuti! :D
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: