HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Monday, March 12, 2012

Final Exam Semester Akhir

Assalamualaikum semua. :)


Alhamdulillah, akhirnya blog ni update juga. Rindu sangat nak menaip entri untuk berkongsi kisah hidup dengan semua. Tapi, tanggungjawab sebagai seorang pelajar perlu diutamakan. Ini merupakan entri terakhir sebelum bermulanya final exam untuk semester terakhir ni. InsyaAllah, final exam akan bermula pada hari Rabu ni.

Final Exam Timetable :

ETR 300
-14/3/2012

TAX 370
-17/3/2012

FAR 360
-21/3/2012

MAF 330
-24/3/2012

AUD 390
-31/3/2012

Di atas merupakan jadual exam untuk semester terakhir ni. So, di kesempatan ini, atul nak mintak maaf pada semua yang mengenali diri ni. Kalau kalau atul ada buat silap, maafkan lah atul ye. Doakan kejayaan atul pada final exam kali ni. Da last semester ni. Harap harap ALLAH SWT permudahkan segalanya. InsyaAllah, AMIN.

InsyaAllah, blog akan kembali update selepas tamatnya final exam. Untuk pengetahuan semua, atul ber study week di rumah selama 1minggu. Biasa lah kalau da study week kat rumah, memang tak study mana lah kan. Hehe. Malam ni akan berangkat pulang ke Machang. Doakan atul selamat sampai ye. Dan atul akan meninggalkan laptop tercinta di rumah. Macam tak percaya je buat keputusan tu, tapi ianya untuk kebaikan diri sendiri. Nak merasa jugak hidup tanpa laptop. Macam mana lah agaknya kan. Hehe. -_-

Bulan lepas merupakan dugaan yang paling berat atul harus jalani. Pelbagai tugasan harus diselesaikan dengan segera, dengan testnya lagi dan macam macam lah. Dugaan paling berat dan paling atul tak suka adalah apabila putus cinta. Da hampir 3 minggu atul putus cinta dengan SI DIA. Sedih sangat sampai sekarang still tak boleh lupakan. Apa apa pun, atul harus kuatkan semangat. Atul ada tanggungjawab yang paling besar dan atul tak nak kecewakan mama dan abah. InsyaAllah, perkara perkara macam ni takkan bagi kesan yang besar dalam diri atul.

Okay lah, rasanya sampai di sini saja untuk entri kali ni. Jika ada umur yang panjang, atul akan update lagi blog ni dan yang pasti, lepas ni blog akan sentiasa berupdate setelah semuanya selesai. Doakan kejayaan atul dan JUMPA LAGI! :D

#tolongtengok2kanblogatulye :)
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: