HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Wednesday, July 31, 2013

SAMPUL DUIT RAYA

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 22 hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, dah ada ke yang tinggal puasa? Kalau yang belum tinggal tu, alhamdulillah. Kalau yang tinggal puasa bersebab tu, jangan lupa ganti balik puasa tu ye? :)


Rasanya tak lengkap hari raya kita jika tiadanya sampul duit raya. Seperti yang sedia maklum, hari raya mesti akan ada pemberian duit raya khususnya kepada kanak-kanak. So, pada hari raya ni, of course lah siapa yang berniaga sampul duit raya ni laku kan. Hehe.

Gambar kat atas tu adalah sampul duit raya yang telah disediakan oleh company di mana tempat atul bekerja sekarang ni, iaitu Tradewinds Plantation berhad. Setiap pekerja akan mendapat sekurang-kurangnya 20 paket sampul duit raya. Kalau yang big boss tu, of course lah lagi banyak kan.

Yang peliknya, tahun ni banyak pulak Atul dapat sampul duit raya ni. Pada hal bukan nak bagi duit raya kat ramai budak-budak pun. Anak buah ada 3 orang, kalau yang datang rumah tu, selalunya yang dah dewasa je. Hehe. :D 

Setakat ni dah dapat sampul duit raya dari Standard Chartered, Maybank, Affin Bank, Jakel (tu pun sebab beli baju raya kat sana), RHB Bank. Yang adik Atul pulak semalam Nampak dia bawak sampul duit raya dari Nagoya dan Public Bank. Kalau dapat sampul duit raya ni, kita mesti akan tengok yang mana paling cantik. Setakat yang atul dapat ni, atul suka tengok yang Maybank dan Standard Chartered punya. Warna hijau, simple je. Nampak comel sangat.

Tak kira lah macam mana pun coraknya, yang penting isi kat dalam tu. Dah lama rasanya tak dapat duit raya. Bagi duit raya je lah sekarang ni. Zaman kecik-kecik dah berlalu. Hehe. Sampul duit raya yang lebih tu simpan untuk kegunaan masa depan. Sebagai contoh, bila nak pergi kenduri kahwin, sampul duit raya tu akan digunakan terutamanya oleh mak-mak kita. Hehe. :D

Okay lah. Setakat ni dulu. Jumpa lagi.  
p/s: Korang dah dapat banyak ke sampul duit raya? Ke ada yang dah dapat duit raya?  

Tuesday, July 30, 2013

[TRAILER] JODOH ITU MILIK KITA



Jangan lupa saksikan drama 'Jodoh Itu Milik Kita' di Astro Mustika HD bermula 19 Ogos 2013, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam. :)

Jom LIKE Facebook JODOH ITU MILIK KITA !

TARGET BLOG TAHUN INI

Assalamualaikum semua. :) 
Google image

Hari ni nak cakap pasal target. Bukan target apa pun. Cuma target Atul terhadap blog Atul untuk tahun 2013 ini. Yelah, seperti yang semua maklum, masa awal tahun hari tu, Atul memang jarang sangat update. Sejak dah habis exam hari tu baru aktif blogging kembali. Rasa macam rindu sangat nak update blog sebab setiap hari mesti baca blog blogger lain. Ada je masa, idea mereka update blog. Atul ni taka da pun nak update blog yang 1 ni.

Tapi tu lah. Bila tak update blog ni, banyak pulak earning dari pihak Nuffnang. Mungkin itu antara pembakar semangat untuk Atul update blog kot. Mungkin lah. Dan sekarang, earning meningkat setiap minggu. Alhamdulillah. :)

So, target Atul untuk blog Atul tahun ni, Atul harap sangat yang Atul dapat post entri sebanyak 100 post. Atul rasa tu pun dah banyak bagi Atul memandangkan blog Atul ni blog biasa-biasa je. Blog picisan je. Hehe. So, sekarang ni, entri Atul baru ada 48 post termasuk post yang ini. Tapi kan, kalau dapat update lebih dari 100 post pun, itu dah cukup membanggakan Atul.

Sekarang ni ada lagi 5 bulan, rasanya target boleh capai kot. Kena ikut tahap kerajinan jugak sebenarnya. Yelah, lepas ni, bulan 9, kena masuk belajar balik. So, masa tu mungkin terhad. Tapi, walau macam mana sekali pun, Atul akan cuba capai target Atul untuk blog Atul ni. In Sha Allah. 

So, nantikan sama ada Atul berjaya ke tak dengan target Atul tahun ni terhadap blog kesayangan ini. Hehe. Chaiyok !  

Okay lah, itu sahaja.
Jumpa lgi. :) Selamat berpuasa ! 

Monday, July 29, 2013

DRAMA JODOH ITU MILIK KITA DI ASTRO MUSTIKA HD

Assalamualaikum semua. :)



Drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita 40 episod arahan Jamal Khan menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina), Heriyanto (Haikal), Zul Ariffin (Redza) dan Aishah Ilias (Teja)

Jodoh Itu Milik Kita adalah adaptasi novel karya Sara Aisha. Nantikan drama Jodoh Itu Milik Kita di Astro Mustika HD bermula 19 Ogos 2013 ini setiap hari Isnin-Rabu jam 10 malam. Jangan lupa ! :)

p/s: Nantikan review dari Atul tentang cerita ini yang diadaptasi dari novel Jodoh Itu Milik Kita !

Sunday, July 28, 2013

TERIMA KASIH FOLLOWER BARU !

Assalamualaikum semua. :) 

Entri kali ni cuma nak ucap terima kasih kepada semua follower baru yang follow blog Rabiatul Rahim ni. Terima kasih sangat. Tiada paksaan untuk follow blog Atul ni sebenarnya. Follow lah seikhlas hati kalian semua. :)


Alhamdulillah, follower dah makin bertambah. Ni semua sejak dah mula aktif berblog kembali, join segmen lah, giveaway lah. So, follower pun bertambah. Dapat lah kenal blogger-blogger baru. :) Terima kasih tau kepada semuanya.

Kalau dah follow tu kan, rajin-rajin lah komen pulak entri blog Atul ni kalau nampak ada entri baru yang muncul di blog ini. Jangan risau, kalau ada masa, Atul akan balas jasa baik korang yang rajin komen blog Atul ni. Mana tahu kan, kot-kot Atul nak bagi hadiah ke lepas-lepas ni. Hehe. :)

Okay lah. Itu sahaja untuk entri kali ni. Jumpa lagi ! :)

KESIBUKAN DI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum dan selamat petang. :) 

Rasa macam dah lama sangat pulak tak update blog. Yelah, nak update masa kerja, memang tak lah. Nanti tak pasal-pasal kena buang kerja. Nak update masa kat rumah pun, memang tak lah. Ada je kerja yang nak dibuatnya. Jaga anak saudara lah, siapkan juadah untuk berbuka dan sebagainya. So, peluang yang ada ni diambil untuk update blog. :)


Kalau korang nak tahu, sejak bulan Ramadhan ni, aktiviti Atul di hujung minggu adalah menyiapkan order biskut pretzel untuk sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Memang sibuk sangat sebab hujung minggu ni lah buat semua tempahan. Actually, order semua kakak Atul yang uruskan. Atul dan adik Atul yang siapkan. Kakak Atul pun buat jugak biskut pretzel ni, cuma dia buat kat rumah dia lah. Atul dengan adik Atul buat di rumah kami. Mama pun tolong kami siapkan biskut pretzel ni.

Harap-harap dapat lah siapkan dalam masa yang singkat ni. Yelah, tinggal seminggu lebih je lagi nak raya. Nasib baik persiapan raya dah selesai cuma tak siap kemas rumah, kuih-kuih raya tu je lah tak ada lagi. Yang lain dah okay dah. Hah, pasal persiapan raya, nanti kita cerita di entri yang lain ye. Hehe. :)

Untuk sesiapa yang tanya Atul di Twitter dan Facebook pasal biskut pretzel ni, sorry sangat sebab tempahan dah tutup. Untuk lepas raya, nanti dulu lah ye sebab nak rehat-rehat jap. Nanti Atul dah tak kerja, boleh lah nak amek tempahan baru. In Sha Allah.

Terima kasih kepada yang order biskut pretzel pada Atul dan kakak Atul. Ampun dan maaf jika ada kekurangan dari pihak kami sebab kami pun baru je lagi dalam business ni. :) Doakan kami dapat siapkan tempahan dengan jayanya ye? :)

Okay lah. Selamat berbuka ! :D

Thursday, July 25, 2013

MENANG GIVEAWAY RAMADHAN BY JIWAROSAK

Assalamualaikum dan selamat malam semua. :)

Alhamdulillah, dah masuk hari ke 16 kita berpuasa. Tak lama je lagi nak raya. So, macam mana dengan puasa korang setakat ni? Harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja lah ye. :)

Dalam entri yang INI, Atul ada join giveaway yang dianjurkan oleh blog JiwaRosak. Dan para pemenangnya telah pun diumumkan pada minggu lepas melalui proses cabutan bertuah. Dan Atul dah pun terpilih untuk memenangi hadiah berupa sebuah buku surah Yassin yang disponsor oleh blogger Diari Farisha. :)



Alhamdulillah, terima kasih kepada blogger Diari Farisha. Bertambah lagi lah koleksi buku surah Yassin di rumah ini. Alhamdulillah, akan Atul gunakan sebaik mungkin. Terima kasih kepada blog JiwaRosak dan juga blogger Diari Farisha. :) Tahniah kepada semua yang memenangi giveaway kali ini. :)

Terima kasih, semua. :)

Saturday, July 20, 2013

KAD RAYA PERTAMA DARI BLOGGER EQBAL ZACK

Assalamualaikum dan selamat malam. :) 

Alhamdulillah, kad raya dari blogger Eqbal Zack (EQ) dah pun selamat sampai pada hari Rabu yang lepas. Actually atul ternampak entri blog abang EQ yang dia nak hantar kad raya and kalau siapa nak, boleh email pada dia. So, atul pun email lah abang EQ. :)

Kad raya dari abang EQ. Simple and nice ! :)

Thanks pada abang EQ untuk kad raya yang sangat awesome ni. Tahun depan jangan lupa bagi lagi ye? Hehe. ;) Selamat berpuasa kepada abang EQ ! :)

Till then~

Tuesday, July 16, 2013

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

Assalamualaikum dan selamat petang. :) 

Klik banner untuk join. :)

Hari ni nak join giveaway dari Nisa Kay pulak. Hadiah menarik menanti semua peserta yang menyertai giveaway ini. So, tunggu apa lagi?? Jom lah JOIN ! Seminggu je tau. Tarikh tutup pada 21 Julai 2013. :)

Good luck ! Doakan atul bertuah ye. :)

Till then~

Segmen Jom Pilih Hadiah Raya

Assalamualaikum dan selamat pagi. :)



Klik banner untuk join. :)

Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi seperti beg dan shawl ! So, tunggu apa lagi. JOM lah join ! :)

Segmen ini dianjur oleh Nabila Biela dan ditaja oleh IesyahShadhira, NazirahDr AisyahHasrul HassanEjulzCik WanieLinteddy DesignTiey SmilezKyra Hizrina , Miszz NadeaNor FarhanahNFH Boutiques , Insyirah Collection, Cap Ayam BrandShawls To LoveNur Be'lla CollectionHandmade Bag,De Nasuha TeamHijab Pilihan dan jom ping ENTRY di Pingje.org.


Tamat 24/7/2013 *10 hari sahaja*

Sunday, July 14, 2013

"Segmen : Blog Paly Ajak Tengok Blog Aku!"

Assalamualaikum dan selamat petang. :) 

Klik banner untuk join. :)

Join segmen lagi. Nak tambahkan kenalan blogger di alam maya ini. :) Jom lah join sekali. JOM ! :D

Blog Atul ni tak ada apa yang menarik. Blog Atul adalah pasal diri Atul. Tapi tak ada lah semuanya pasal diri Atul nak diceritakan. Hehe. Selamat berkenalan. :)

Jom join ! Tamat pada 16 Julai 2013 / 11 malam.

Friday, July 12, 2013

''Giveaway Ramadhan by JiwarOsak'

Assalamualaikum dan selamat berpuasa. :)


Giveaway Ramadhan by JiwarOsak

JOM Sertai Giveaway Ramadhan yang dianjurkan oleh Jiwarosak.Com dan disponser oleh
AbgferOz | Emma Eshya | Cik Amabee | Puteri Insyirah | Atie Eryati | JR EvolusiKu | Miszz Nadea | Nor Syazwani | Amirul Syahnaz | Ieta Mat Sa’ad | Nadz Fisol | Nurmujahidah Ismail | Kak Noor Noorlia | Delima Zamrud | Nurul Syarafina | Edo Hayra | Schu Hada | Anastasia Ann | Khairul Zamri | MahaMahu | MahaGosip | Diari sedetik lebih Farisha | Ainul Asyirah Asyiqeen | Sempoi Jerk | Masni Abdul Kadir | Ahmad Siddiq Adnan

hanya 3 STEP dan anda mungkin memenangi hadiah yang menarik..
Terdapat pelbagai jenis hadiah dan cash yang boleh dimenangi.. untuk maklumat lanjut layari blog penganjur di AbgferOz

Jemput join. Semoga berjaya kepada semua peserta. :)

Giveaway Ramadhan By NabilaMedan

Assalamualaikum dan selamat berpuasa. :) 


GIVEAWAY RAMADHAN BY NABILAMEDAN
TEKAN BANNER UNTUK SERTAI
Giveaway ini dianjurkan oleh NabilaMedan dan turut dibantu oleh Chocolate A M, JOM Singgah Shoppe, SiGadis Yuyu, Ash SiKutu, Puteri Elaika, Fya Pelangi dan Farhan.
Hadiah-Hadiah Giveaway ini Chocolate Oreo X 1 ,Tasbih Digital X 5, RM10 *cash* X 10, Tafsir Al-Quran (Terjemahan Melayu) X 1, Tudung Bawal X 3, Special Kad Raya + Duit Raya X 4, Kad Raya Special By NM X 5, Barangan Angry Birds X 1
30 PEMENANG DICARI. MUNGKINKAH ANDA?

Good luck ! :)

Wednesday, July 10, 2013

SALAM RAMADHAN 2013

Assalamualaikum semua. :) 

Sumber: Google

Alhamdulillah, bertemu kita lagi dengan bulan yang cukup mulia, iaitu bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Di kesempatan ini, Atul ingin mengucapkan 'Selamat Menjalani Ibadah Puasa' buat semua kenalan yang mengenali diri ini. Semoga Ramadhan kali ni penuh bemakna buat kita semua. :)

Mari lah kita semua ambil peluang untuk meningkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini. Semoga amalan-amalan kita diberkati oleh Allah SWT. Di kesempatan ini, Atul ingin memohon ampun dan maaf andai kata ada tersilap kata atau terkasar bahasa sepanjang Atul berblogging ini. :)

Selamat berpuasa buat semua ! :)

GA Ramadhan Raya by Emas Putih

Assalamualaikum dan selamat pagi. :)


Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


GA ini disponser oleh Emas Putih , Mialiana , Fuh.my, Media Cyber , Eizzyana , Dedeq De Wishes , Mahamahu , Mahagosip , Baby Comel , Aik.my , Dua Qaseh , Hakimie Putra , Fiey Ahmad , SyanHaryati , Kyle Kesha , Sha Dhira , LilyScaft , Wall MakeOver By Na , MiszNadea , Shida Radzuan , Farhan Choco .

Sunday, July 7, 2013

GIVEAWAY 10K FOLLOWERS MIALIANA.COM



Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
Kerinchi | MyKeledek | Fanpage
Alycia | Fanpage
Aida Hanafiah
Amir Rofie | Google+
Chekgu Skolah | Fanpage
Anastasyea | Google+
Sha Dhira | Fanpage
Rafina Mimi | Fanpage
Paly | Fanpage
Dayang Deno | Fanpage
Cikgu Kaca Mata | Fanpage
Ieta | Fanpage
Deq'Nyss | Google+
Keyme Keymo | Google+
Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
1 x Glutaking bernilai RM 150
1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
1 x Teddy Bear bernilai RM 100
2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
1 x Wang Tunai RM 50
1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
3 x Doodle bernilai RM 10
2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
9 x Topup bernilai RM 10
4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

TEMPAHAN MINI PRETZEL DITUTUP !

Assalamualaikum dan selamat pagi, semua. :) 

Rajin pulak update blog sekarang ni. Hehe. Mood rajin dah datang, so, apa lagi. Update lah selagi idea pun tengah banyak ni. :)

Entri kali ni just nak bagi tahu yang tempahan mini pretzel terpaksa ditutup disebabkan order yang terlalu banyak. Bukan apa, takut nanti tak sempat buat pulak. Yelah, kakak Atul bekerja dan ada masa hari Sabtu dan Ahad je untuk siapkan tempahan. So, order sekarang ni dah terlalu banyak, terpaksa lah tutup tempahan.

TEMPAHAN DITUTUP !

Terima kasih kepada semua yang dah order Mini Pretzel dengan kakak Atul. Terima kasih sangat-sangat. Jangan serik nak order dengan kakak Atul lagi ye? :)

Terima kasih, semua ! :)

Saturday, July 6, 2013

JEMPUTAN DARI CHURP CHURP

Assalamualaikum dan selamat malam. :) 

Semalam dapat email dari ChurpChurp. Atul dapat invitation untuk join Churper's Day Out with Chatime pada 13 July 2013 ni dekat Chatime, EAT Food Village Food Court, Publika. Niat kat hati memang lah nak join. Tapi kan, Atul ni mana ada kenderaan sendiri nak ke sana. Kalau ada kenderaan sendiri, memang dah pergi dah. :(


Sorry ChurpChurp tak dapat nak join event ni. Sorry sangat. Thanks sebab invite Atul. Maybe rezeki Atul next time. Thanks you, ChurpChurp and sorry tak dapat join !

Jangan serik untuk invite Atul lagi ye, ChurpChurp? :)

CERITA MELAYU ZAMAN SEKARANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. :) 

Hari ni nak cerita sikit pasal cerita Melayu zaman sekarang. Macam-macam cerita Melayu yang sedang ditayangkan di kaca TV sekarang ni. Kadang-kadang tu, sampai tak tahu mana satu yang kita nak tengok. Lagi-lagi yang ada Astro. Setiap channel yang berbeza, cerita pun mesti berbeza. Kalau korang nak tahu, Atul adalah salah seorang peminat setia cerita Melayu. Atul tahu ramai yang tak layan cerita Melayu sekarang ni. Tak kisah lah. Minat masing-masing. Lantak lah korang nak tengok cerita apa. Tak gitu?


Apa yang Atul lihat sekarang ni, cerita Melayu dah banyak yang diadaptasi dari novel-novel Melayu. Cerita yang diadaptasi tu pulak, mesti lah dari novel yang jalan ceritanya yang mendapat sambutan dari para pembaca. Sebagai contoh, Adam dan Hawa, Teduhan Kasih, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Suami Aku Ustaz (yang dijangka akan ditayangkan di pawagam), Jodoh Itu Milik Kita (akan keluar dekat Astro nanti) dan yang terbaru, Kampung Girl yang menggantikan cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia.

Fenomena novel dijadikan cerita ni dah semakin menjadi kebiasaan pulak. Well, bukan lah kata tak boleh sebab Atul pun layan jugak cerita-cerita ni (tapi tak semua lah kan). Depends pada yang nak buat cerita tu lah kan. Cumanya, tiada original dari pengarah atau penerbit itu sendiri. Yelah, majoriti (kaum wanita) yang awalnya telah membaca novel telah pun mengetahui apakah jalan sebenar cerita itu. So, macam tak best sangat lah sebab nanti dia cerita kat orang lain yang tak tahu jalan cerita tu.

And satu lagi kita boleh tengok yang sebenarnya, pengarah-pengarah di Malaysia ni dah macam kekurangan idea nak tebitkan cerita melalui idea mereka sendiri. Bukan nak menjatuhkan semangat mereka, ni cuma pandangan dari Atul je. Apa-apa pun, para penonton di luar sana (termasuk Atul) masih menantikan cerita-cerita yang lain daripada yang lain dari pengarah di luar sana. Bukan tak boleh novel dijadikan cerita cuma tu lah, originality itu yang sentiasa diingati oleh semua orang.

Sebagai contoh, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ceritanya sentiasa diingati dan ditonton oleh semua lapisan masyarakat sejak dahulu hingga sekarang. Sebab apa? Sebab ideanya yang original yang datang dari dirinya sendiri. :) Agak-agak kalau dulu ada novel, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee buat tak cerita dari novel tu? Hehe. :)

Setakat itu sahaja dari Atul. Sekadar pandangan dari seorang insan biasa. :) Jumpa lagi. :)

"SEGMEN FOLLOW APRIL HINGGA DISEMBER 2013 BY CIK AKAK OMEI"

Assalamualaikum dan selamat petang. :)


Atul join segmen ni untuk tambahkan lagi kenalan dalam dunia blogging ni. So, kepada yang nak join, klik je banner kat atas tu ye? :)

Segmen tamat 31 Disember 2013. Lama kan? Heeee. :D

Friday, July 5, 2013

"T-shirt I ♥ Blogging Giveaway!"

Assalamualaikum dan selamat pagi. :)

T-SHIRT I BLOGGING GIVEAWAY!
CLICK BANNER

Tarikh tamat: 9 July 2013.

Thursday, July 4, 2013

ESOK ! :)

Assalamualaikum dan selamat malam. :) 


Tak sabar nak tengok episod terakhir Sebenarnya Saya Isteri Dia yang bakal berlangsung esok, 5 Julai 2013. Atul mengikuti cerita ni dari episod pertama lagi. So, rugi sangat kalau tak tengok episod terakhir cerita ni. Novel Sebenarnya Saya Isteri Dia pun tak baca habis lagi. Punya lah excited nak tahu cerita ni sampai sanggu beli novel cerita ni. Hehe. :)

Bila baca je novel ni, apa lagi, terbayangkan muka Izzue Islam dengan Tiz Zaqyah lah. Dah lah dua-dua pelakon ni comel. Comel sangat ! :) Nantikan esok, ye? :)

Jangan lupa ! ESOK ! Episod terakhir #SSID. :)

Till then~
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: