HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, April 21, 2016

RINDU CELOTEH BUDAK NI!

Assalamualaikum dan hai semua. :) 

Setiap hari, setiap minit, setiap saat rindu kat budak sorang ni. Walaupun hari-hari jumpa dia tapi tetap rindu. Haha. :D Mana taknya, makin besar makin nakal. Makin bijak berkata-kata. Sampai kadang-kadang tu pelik jugak mana lah dia belajar cakap macam tu. :)

Tup tup dah 4 tahun dah dia. Tahun depan nak masuk tadika dah. Tak tahu lah macam mana nanti. Tapi dia ni bijak dan pandai berkawan dengan orang. So mungkin takde masalah bagi dia untuk bergaul dengan orang. Harap macam tu lah. :)

Hadif, hadif... 
Mak Ngah rindu kat Hadif tau. Hari-hari kat ofis menghitung masa nak balik kerja nak jumpa Hadif. Tak sabar nak layan celoteh Hadif! :p


Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan membahagiakan keluarga ye! :)
Sayang Hadif! :D
 

Monday, April 18, 2016

"Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih "

Thursday, April 14, 2016

HARI TERAKHIR DI TRADEWINDS PLANTATION BERHAD

Assalamualaikum dan hai semua. :) 

Okay entri kali ni atul nak cerita sikit pasal hari terakhir atul bekerja di Tradewinds Plantation Berhad. :) Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun lebih atul bekerja di TPB, akhirnya atul meninggalkan kerja atul ni dengan hati yang berat. Sedih tu memang sedih sangat. Yelah dah 3 tahun dan ni merupakan kerja pertama atul lepas grad dulu. Ditambah lagi dengan hubungan yang telah terbina antara atul dengan staff TPB bagaikan satu keluarga yang tak dapat dipisahkan. :)

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun agak sedih kerana perpisahan ni, atul kena redha dan teruskan hidup sebab terlalu banyak peluang yang atul kena kejar demi masa depan atul. Mungkin rezeki di TPB setakat itu sahaja. :)

Walau macam mana sekalipun, kenangan bersama mereka di TPB takkan sesekali dilupakan. :) Dan setiap pengalaman yang atul dapat di TPB takkan sesekali atul abaikan dan sentiasa atul gunakan dalam kehidupan seharian. :)


Bergambar kenangan dengan abang-abang dan kakak di Engineering Department, Kak Etty, Abang Khairil & Encik Hayauddin. :)


Ni pulak gambar kenangan bersama dengan Procurement Department, Mr Guna, Kak Farah, Asma & Kak Zabidah. :)


Haha. Kalau gambar yang tersenyum lebar ni of course dengan abang-abang dari Finance Department. Mereka ni memang happening sangat. Rindu!! Abang Mahfuz, Abang Rizal, Abang Naguib & Abang Wan. :D


Okay ni pulak gambar dengan orang-orang penting di Finance Department. Rindu jugak dengan mereka. Ayzee, Kak Sakinah, Kak Lili & Hajah Noraini. :)


Ni pulak dengan Kak Darviza, Kak Suriani, Encik Azman & Kak Mastura. :)


Okay gambar kat atas tu atul dengan Kak Zuraidah, Kak Ina & Kak Wanie. :) Yang gambar bawah dengan Kak Siti dan Kak Anita dari HR & Admin Department. :)


Kakak 2 orang ni lah yang paling rindu teramat sangat. :D Kalau nak tahu, kakak tudung biru tu lah atul ganti buat kerja dia masa dia cuti bersalin dulu iaitu Kak Hana. :) Dan yang tudung hijau tu pulak Kak Rosni. Dia yang ajar atul masa Kak Hana cuti bersalin. Dia ajar atul from zero. Tak tahu apa pun pasal Human Resource, pasal Admin. So dia lah banyak ajar atul. Rindunyaaaaaaaa kat kakak-kakak atul ni. :(


Ni lah staff Foreign Labour Centre (FLC) Department kat TPB dulu. Mula-mula 3 orang je. Aku, Encik Ismadi & Abang Rizal. Lepas tu Encik Saparuddin pulak muncul dan Encik Hasbullah (takde dalam gambar). Aku sorang je bunga tau dalam department ni. And of course selalu kena buli. Well buli apa tu aku simpan dalam hati je lah. Haha. :D


Paling suka gambar ni. :D Bukan senang tau nak tengok Encik Bad senyum. Sekali dia senyum, gugur jantung ni. Haha. :p Hai Encik Bad. Tak rindu air kopi yang saya buat?? :p


FLC Department in memory. :)


Dulu paling benci dengan Abang Rizal ni masa aku kat HR Department. Sekali kan kena duduk 1 department dengan dia kat Foreign Labour Centre. Haaa tu lah benci sangat. Sekarang kan dah sayang. Haha. Sebab tu orang kata jangan benci sangat, nanti jadi sayang. Tak gituuuu?? :D


Ni dengan Kak Nana. The one and only receptionist kat TPB. Pernah gaduh dengan dia. Haha. Rindu Kak Nana! :D

Okay lah. Till then! :)
 

Saturday, April 9, 2016

4 TAHUN BEKERJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Empat tahun lalu, 9 April 2012, atul telah memasuki alam perkejaan setelah tamat pengajian. Alhamdulillah telah mendapat peluang bekerja di Tradewinds Plantation Bhd sebagai Kerani di bahagian Admin. And atul memulakan kerja sebagai pekerja kontrak sebelum diterima sebagai pekerja tetap setahun selepas itu. :)

Berkat kesabaran setelah setahun baru diterima sebagai pekerja tetap. Sebabnya pada awalnya malas lagi nak cari kerja lain. Sebab itu lah sabar menanti sehingga diterima menjadi pekerja tetap. So hampir 3 tahun lebih di sana, masa untuk bertukar angin dan alhamdulillah sekarang bekerja sebagai Accounts and Admin Executive di Boon Wah Air Conditioning Engineering Sdn Bhd.

Alhamdulillah atas rezeki ini. Syukur sangat sebab sekarang bukan senang nak dapat kerja dan atul akui rezeki atul dalam bekerja setakat ni alhamdulillah. :) Semoga atul terus bersemangat untuk bekerja. In sha Allah! :)


Happy Working Anniversary, atul! Semoga terus kuat bekerja! :D

Thursday, April 7, 2016

" Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 "

Assalamualaikum dan selamat malam. :)


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah.

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula
1 April sehingga 14 April 2016
dengan klik link di bawah ini


KERJA BARU

Assalamualaikum dan selamat pagi. :)

Hai semua. Dah lama rasanya tak share dengan semua tentang cerita terbaru pasal diri atul kan. Yelah dah 2 tahun blog tak update. And yes banyak sangat cerita nak share kat semua. So, harini atul nak update sikit tentang kerja atul di tempat baru. :)

Seperti yang sedia maklum, sebelum ni atul bekerja di Tradewinds Plantation Berhad dan hampir 3 tahun lebih atul bekerja di situ. So atul rasa dah tiba masa untuk atul cari kerja baru lebih-lebih lagi atul hampir menamatkan pengajian di UiTM. Bulan 7 tahun 2015 yang lepas atul decide untuk cari kerja lain. Dan alhamdulillah mungkin berkat bulan Ramadhan, atul dapat kerja baru iaitu di Boon Wah Air Conditioning Engineering Sdn Bhd sebagai Account & Admin Executive. :) Kalau nak tahu ofis ni terletak di Ampang Point berdekatan dengan Habib Jewels, atas Pizza Hut. :D

Atul mula bekerja di office baru pada 1 September 2015 dan sudah hampir 7 bulan atul bekerja di sana. Alhamdulillah akhirnya atul dapat kerja yang atul nak iaitu buat kerja berkaitan dengan Accounts ni. Banyak dan terlalu banyak perkara baru yang atul belajar. And of course kawan baru pun ramai. Tapi untuk pengetahuan korang, tak ramai pekerja Melayu di syarikat tersebut. And buat masa ni atul ada 3 orang kawan perempuan iaitu Sofia, Su & Fiza. And hanya kami berempat je pekerja Melayu di ofis. Pekerja Melayu yang lain terutama lelaki ramai di bahagian site.

Alhamdulillah so far so good. Semuanya okay dan masih terkawal. Terlalu banyak perkara baru yang atul belajar dan boleh dikatakan hari-hari merupakan learning process untuk atul. In sha Allah akan stay as long as atul boleh stay untuk grab banyak pengalaman untuk masa depan. In sha Allah doakan atul ye. :)

Kat bawah ni ada beberapa gambar atul bersama kawan baru di ofis baru. :)

Lunch di Ampang Point. :)

Last day Kak Maria di Boon Wah Air Conditioning Engineering Sdn Bhd :)

Boss belanja makan di Pizza Hut, Ampang Point. :)

Annual Dinner di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. :)

Ni kawan baik atul di ofis. :) Su, Fiza & Sofia. :)

Till then! :)
Terima kasih! :D

Saturday, April 2, 2016

"Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih"

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)


*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: