HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum semua. :) 

gambar: I LUV ISLAM. COM

Salam Maal Hijrah atul ucapkan kepada semua umat Islam dan pembaca blog ni. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, kita semua dapat berubah ke arah yang lebih baik dan diredhai oleh Allah SWT. InsyaAllah, AMIN. :)


p/s: Selamat bercuti! :)


Tuesday, November 13, 2012

Filem - Istanbul Aku Datang!

Assalamualaikum semua. :)

Filem Istanbul Aku Datang! telah pun berada di seluruh pawagam bermula 8 November 2012 yang lepas. Atul belum berkesempatan untuk menonton filem ini di pawagam sebab busy dengan kelas last week. Minggu ini busy dengan raptai konvo pulak. Tak tahu bila dapat menonton filem ini.


 gambar: google

Cerita ni nampak macam menarik. Harap harap ianya seperti yang dijangkakan oleh atul dan semua penonton yang lain.. Tak sabar nak tengok filem ni!!

Jom kita check it out trailer filem ini bagi yang belum menonton. :)



Menarik bukan? So, tunggu apa lagi? Jom kita tonton filem Istanbul Aku Datang! di pawagam berhampiran anda. :') 

p/s: Nanti dah tengok filem ni, atul review filem ni ye. :)

Istimewa Bulan November

Assalamualaikum, semua. :') 

Apa khabar semua?  Harap semuanya sihat sihat selalu hendaknya.  Dalam sedar tak sedar, sekarang ni dah masuk bulan November.  Maknanya sebulan dari sekarang, kita bakal melangkah ke hujung tahun dan memasuki tahun baru, 2013.  Sekejap je kan masa tu berlalu?  Macam tak percaya je.

gambar: google

Bulan November tahun ni merupakan bulan istimewa bagi diri atul.  Sebab pada 26 November ni merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup atul.  Pada hari tersebut, atul akan menghadiri majlis konvokesyen UiTM yang ke 77 di UiTM Shah Alam.  Alhamdulillah, penat lelah 3 tahun mengambil Diploma Perakaunan akhirnya berjaya juga.  Diharapkan proses mengambil Ijazah juga akan dipermudahkan olehNya.  InsyaAllah.  Amin.


Majlis konvokesyen atul akan bermula pada jam 12.30 tengahari.  Takut sangat kalau masa tu hujan lebat.  Almaklum lah, sekarang kan tengah hujan.  Nanti takut tak dapat ambil gambar banyak banyak pulak sebab hujan.  Hehe.  Tapi, kalau dah nak hujan jugak, siapa kita untuk halang, betul tak?  Redha je lah.  Allah SWT Maha Mengetahui.

Bulan ni jugak adalah bulan special sebab 21 November 2012 ni merupakan sambutan hari lahir abah atul yang ke 54 tahun. InsyaAllah, kalau tak ada halangan, nak celebrate sekali dengan atul sempena konvokesyen atul ni.  InsyaAllah, kita merancang, Allah SWT yang menentukannya.

Bulan ni jugak merupakan birthday seseorang yang istimewa dalam hidup atul.  InsyaAllah, nak celebrate birthday dia.  Tengah fikir nak bagi hadiah apa pada dia.  Walau apa pun yang terjadi, nak jugak celebrate birthday dia.  Harap sangat dia suka.  Awak, jangan marah ye kalau saya nak celebrate birthday awak.  Hehe. :p

Semoga apa yang telah dirancang pada bulan ni akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah, AMIN.. :)


p/s: Happy Deepavali dan Selamat Bercuti! :D

Tuesday, November 6, 2012

Review Filem - Budak Pailang

Assalamualikum, semua. :)

Pada hari Ahad yang lepas, atul telah pun berkesempatan untuk menonton filem 'Budak Pailang' bersama dengan blogger Pak Cek Biola di GSC, Mid Valley. Jom, atul nak review sikit tentang filem ini. :)

gambar: google

Filem ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Aeril Zafril (Bard), Wawa Zainal (She) dan Niezam Zaidi (Rodi). Telah dibantu oleh pelakon-pelakon pembantu seperti Zalif Sidek dan Epy Raja Lawak.

Secara keseluruhannya, filem ini menarik dan yang paling penting, ianya tidak mengecewakan para penonton. Ini merupakan filem aksi yang dapat menarik minat atul. Bukan senang bagi atul untuk meminati filem aksi seperti filem ini. Aksi tumbuk-menumbuk merupakan aksi yang paling menakutkan bagi atul kerana ianya nampak real seperti berlaku di hadapan atul sendiri. Ditambah lagi dengan sound effect yang sangat best dan menarik.

Filem ini turut diselitkan dengan aksi lucu oleh pelakon Zalif Sidek dan Epy Raja Lawak. Walaupun mereka ni berlakon sebagai gangster, tapi aksi lucu tu tetap ada bagi menghiburkan para penonton. Bagi atul, diaorang ni gangster comel. Dah lah Zalif Sidek tu memang comel orangnya. Hehe. :)

Untuk filem ni, 8/10 daripada atul. Tak rugi kalau korang semua menonton filem ini. Berbaloi harga tiket yang korang bayar untuk menonton filem ini. :) So, apa lagi. Jom tonton di pawagam berhampiran anda! :')

Next, Istanbul Aku Datang...

p/s: Esok interview di Bank Islam. Doakan atul ye. :)

Monday, November 5, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Assalamualaikum semua. :)

Wahh, lamanya blog ni tak di update oleh tuannya. Kesibukan sebagai seorang pekerja dan pelajar telah membataskan niat murni atul untuk update blog. Sebenarnya boleh je update. Tapi kan, MALAS! Hehe. Biasa lah tu. 1 perangai yang takkan boleh hilang dalam diri setiap manusia. Kan?? ;)

Berbalik kepada tajuk asal, seperti semuanya telah maklum, semua pelajar IPTA dan IPTS layak untuk mendapat Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia. Atul juga salah seorang penerima kad ini kerana atul masih bergelar seorang pelajar ye. Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak kerajaan kerana prihatin dengan kami semua yang masih bergelar pelajar ini. :)

gambar: google

Korang yang layak dah ambil ke belum kad ni? Atul dah pun ambil kad ni. Tapi kad ni masih lagi berada di Machang sebabnya atul memang kena ambil kat sana. Mula mula check ingatkan kena ambil kat Shah Alam sebab atul sambung study kat sini. Tapi bila check guna nombor matrik yang lama, atul kena ambil di Machang. So, atul mintak tolong kawan atul untuk ambilkan dan dia telah pun ambil bagi pihak atul. Thank you, Ziela! :)

Info pasal di mana kad ini boleh digunakan, atul dapat di blog Cik Epal. Antara tempat-tempatnya:

Buku & Alatan Tulis
MPH Bookstores
Imlaq Book Centre
BORDERS
RONA
Kiang Trading
Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
 
 
Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
Bata
iFamily
Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad 
Texline Lino
 
Klinik / Optometri / Cermin Mata
Poliklinik An-Nisa'
Qualitas Health
Focus Point
Menara Optometry
 
Makanan Dan Minuman
KFC
Daily Fresh
A&W
Coffee Berry
The Chicken Rice Shop
Restoran Kenny Crab
Sweet Chat
Legend's Claypot Bariyani House
Dubu Dubu Seoul Food
My Java Coffee
Pancake House International
Station One Cafe
Gloria Jean's Coffee
Bangi Kopitiam
 
Hotel dan Penginapan
Ancasa Hotels & Resorts
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Jerejak Rainforest Resort Penang
Ancasa Express Pudu
Tune Hotel
Leo Express Hotel
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
Rakyat Travel SDN BHD
 
Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
Foot Master
Paris Hill
Proactiv
Clara
Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad
Produk IT
Koperasi Celcom Berhad
Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
 
Lain-Lain
BKZ Bikerz (Motosikal)
Roller Star Arena (Kasut Roda)
Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
MYDIN
 
Diharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan kad ini dengan sebaik-baiknya. Yang paling best, dekat MPH Bookstore boleh dapat diskaun. Boleh lah beli novel banyak-banyak. Hehe. :')

Sekali lagi, terima kasih kepada pihak yang memberi! :)
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: