HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, September 17, 2013

TEMASYA SUKAN TAHUNAN EHSAN ISLAMIC PRESCHOOL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :) 

Pada hari Ahad yang lepas, 8 September 2013, Atul telah pun menghadiri Temasya Sukan Tahunan Ehsan Islamic Preschool yang telah diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang. Kalau nak tahu, anak saudara Atul, iaitu Fifi, merupakan salah seorang pelajar di Ehsan Islamic Preschool sejak dia berumur 5 tahun lagi. :) 


Seawal jam 8 pagi, Atul dah siap-siap nak ke Hari Sukan Fifi ni. So, tunggu kakak Atul datang amek dan pergi sekali dengan kakak dan abang ipar Atul. Acara bermula jam 10 pagi. Masa sampai kat padang SMK Hulu Kelang tu dalam pukul 9 pagi, dah ramai dah ibu bapa pelajar yang hadir bagi menyokong anak-anak mereka. Kalau nak tahu, Ehsan Isamic Preschool ni ada 3 cawangan iaitu di Ampang, Keramat AU 1 dan Kemensah Height, Hulu Kelang. :)


Mama dan Abah Atul turut hadir bagi menyokong Fifi. Tak lupa jugak ayah mertua kakak Atul juga turut hadir bagi menyokong Fifi. Nampak Fifi happy sangat sebab semuanya datang support dia. Atul memang kena datang lah sebab Makngah dia ni dah janji dengan dia nak datang bagi support. :) Siap ingatkan kami semua jangan lupa pakai baju warna kuning sebab Fifi rumah kuning. Kalau tengok gambar kat atas tu, semuanya pakai baju kuning tanda sokongan kepada Fifi. :)


Acara bemula dengan acara perbarisan oleh semua rumah sukan iaitu rumah Merah, Biru, Oren, Kuning dan Purple. Pelajar-pelajar di sini berumur 4 tahun hingga 6 tahun. Acara diteruskan dengan bacaan ikrar oleh pelajar lelaki iaitu Adik Naufal Hafiz seterusnya dirasmikan oleh Ketua Penyelaras Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Ramli Sidom. :)


Acara dimulakan dengan acara lari berganti-ganti oleh pelajar 5 tahun dan 6 tahun. Fifi masuk 4 acara dan acara pertama adalah lari berganti-ganti. Tapi dia tak dapat hadiah sebab kalah acara tu. Hehe. Tapi masa tu dia tak tahu dia kalah. Kalau tak, memang menangis lah dia. Acara kedua yang Fifi sertai adalah lari berhalangan. Haaa, yang ni Fifi dapat nombor 3 (gambar di atas). Kami yang excited sekali. Mummy dia siap menjerit bagi sokongan kat Fifi. Tahniah, Fifi ! :)


Acara ketiga yang Fifi sertai ni memang kami tak tahu dia masuk sebabnya masa ni Atul ke toilet and kakak Atul pun tak sedar. Tengok-tengok, dia dah lari dah kat tempat larian tu. Acara baling gelung dalam kon ni, Fifi dapat nombor 1. Tahniah, Fifi ! :) Acara terakhir yang Fifi sertai adalah acara tiup belon. Yang ni memang dia kalah lah sebab tak tiup-tiup pun belonnya. Masa ni masam je muka dia. Tapi nak buat macam mana kan. Okay lah tu kan Fifi. Fifi menang 2 acara dari 4 acara yang Fifi sertai. :)

Acara habis agak lambat pada hari tersebut. So, kami decide nak balik awal sebab Fifi dah pun menangis. Yang si Hadif pun dah tido. So, dalam pukul 12.45 tengahari, kami pun pulang ke rumah. Penat tapi puas hati dengan Fifi sebab dia menang 2 acara. Tahniah, Fifi. :)

Monday, September 16, 2013

"T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY!"

Assalamualaikum dan selamat malam. :)


Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 50 TAHUN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. :) 


Alhamdulillah, harini 16 September 2013, merupakan ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke 50 tahun. Syukur kerana Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai. Semoga negara Malaysia akan terus kekal aman, damai dan harmoni di kalangan semua kaum. Semoga kita rakyat Malaysia, bersama-sama mengekalkan perpaduan yang ada seiring dengan kejayaan yang dimiliki oleh negara tercinta kita, Malaysia. :)

Di kesempatan ini, Atul ingin ucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke 50 tahun dan selamat bercuti kepada semua yang bercuti pada hari ini. :)

SELAMAT HARI MALAYSIA !!
SAYA SAYANG MALAYSIA !! :)

Saturday, September 14, 2013

AKTIVITI MALAM SABTU

Assalamualaikum dan selamat malam. :) 

Apa aktiviti korang malam ni? Yang pasti, mesti ramai tengah layan perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka antara pasukan Malaysia dan Myanmar kan? Tak pun, mesti ada yang tengah layan Konsert Akademi Fantasia 2013 kan? 


Hmm, malam ni Atul layan baca novel Suami Yang Ku Benci (gambar di atas) sambil tengok Pesta Bola Merdeka. Kadang-kadang tukar channel tengok Konsert Akademi Fantasia 2013pulak. Almaklum lah, TV ada 1 je kat rumah ni. So, kalau nak tengok 2 cerita dalam suatu masa, memang tak boleh lah kan. Hehe.

Novel kat atas ni dah baca 2 kali dah. Tapi disebabkan best, Atul baca lagi. Tak rasa bosan langsung baca novel ni. Pada yang dah baca, mesti tahu cerita dalam novel tu macam mana kan? :)

Best sangat dapat menikmati saat-saat indah macam ni kat rumah. Baca novel, online, tengok TV. Ditambah pulak dengan cuaca hujan. Hoho, memang best ! :)

Lagi 2 minggu jangan harap lah nak rehat waktu hujung minggu macam sekarang ni. Kelas memang full. Dah lah amek 5 subjek semester ni. So, kelas memang full.

Kesempatan yang ada ni, baik nikmatinya dengan sebaik mungkin. Hehe. :D
Selamat berhujung minggu, semua ! :)

SEGMEN SIMPLE & MUDAH

Assalamualaikum dan selamat petang. :) 


Klik banner untuk join. :)

TAMAT: 21 SEPTEMBER 2013
Good luck ! :D

SEGMEN PERTAMA CHE YAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :)


Klik banner untuk join. :)

Tamat pada 24 September 2013.
Good luck ! :)

Saturday, September 7, 2013

SEGMEN TINGGALKAN URL BLOG / URL ENTRY

Assalamualaikum dan selamat malam. :)

Klik banner untuk join. :)

Jom join ! :) Tamat pada 7 September 2013 @ 11.59 pm. :)
Good luck ! :D

SEGMEN SABTU BY EMAS PUTIH & DEDEQ

Assalamualaikum dan selamat petang. :) 

Klik banner untuk join. :)

*Celcom

Hadiah : Topup RM5 x 15 Pemenang
Tarikh Tamat : 08 Sept 2013 , 11:59pm (24 Jam Sahaja)
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: