HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Saturday, October 12, 2013

HADIAH HARI LAHIR TERAWAL TAHUN INI !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Hai semuaaaa ! Apa khabar?? Harap korang semua sihat-sihat lah hendaknya ye. Dah lama sangat blog tak update. Almaklum lah, kelas dah start untuk semester ini. So, memang takde masa nak duduk depan laptop ni 24 jam. Kalau duduk pun, siapkan assignment je lah. Hehe. :)

Esok dah 13 0ktober 203. So, maknanya esok birthday aku yang ke 22 tahun ! Wahhhh, dah 22 tahun ke?? Rasa macam baru je 20 tahun. Hoho. Kejap je kan dah 22 tahun. Kalau ikutkan lah, maknanya lagi 3 tahun kena kahwin. HAHA. Itu kaau ikut orang-orang tua dulu lah. Tapi yang aku ni nampak gayanya macam lambat lagi je. Hehe. Biar lah. Malas den nak fikir. :D

                                                        Hadiah dari Kak Nor dan Asma. :)

Okay, back to the topic. Alhamdulillah, tahun ni dapat hadiah jugak akhirnya. Dah lama kot tak dapat hadiah. So, agak terkejut jugak lah sebab dapat hadiah hari lahir tahun ni. In advance pulak tu. Hehe. Seronoknyaaaaaa !!

Kalau tengok hadiah kat atas tu, yang beg pink tu, Kak Nor yang bagi. Kak Nor ni kakak kepada Asma, kawan atul. Semalam masa nak turun kereta, Kak Nor bagi hadiah. Terkejut jugak lah. Tapi dalam hati rasa happy kot sebab dah lama tak dapat hadiah. Terima kasih, Kak Nor sekeluarga. :) Kak Nor hadiahkan atul sehelai tudung 3 layer, pin tudung dan kad birthday yang kecil tu. Comel sangat ! :) Thanks, Kak Nor & family. :)

Hadiah yang dalam kotak coklat tu, Asma yang bagi. Yang ni, masa atul naik dari breakfast, tengok-tengok ada hadiah atas meja. Terkejut lah kan. Siapa pulak yang bagi ni. Masa tu memang tak syak pun Asma yang bagi. Tanya Kak Hana siapa yang bagi. Kak Hana cakap Asma yang bagi. Masa tu tak tengok lagi apa hadiahnya. Tak lama tu, terasa macam nak tengok, so, bukak lah kotak tu. Nak tahu apa?? Baju kurung peplum, okay ! And baju kurung tu atul dah try dah sebab Asma cakap Kak Wani jual and tanya atul nak beli ke tak. Atul cakap lah bagi atul try kat rumah dulu. Okay lah pakai baju tu. Esoknya tanya lah Asma berapa harga baju tu. Dia cakap dah ada orang beli dah. Ohh, takpe lah kan sebab nak beli pun, masa tu meman takde duit lah nak bayar. Sekali tengok, rupanya Asma yang beli baju tu untuk atul. Ohh, my ! Macam tak percaya je. :D

Thanks, Asma ! Aku suka sangat-sangat ! Memang akan ku jaga baju tu sebaik mungkin dan akan ku cuba kuruskan badan aku untuk nampak lagi cantik bila pakai baju tu. HAHA. Thank you so much !!! :D

Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT sebab KAU kurniakan aku orang-orang yang sangat baik. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki olehMu. AMIN Ya Rabb ! :)

1 comment:

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: