HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Monday, February 17, 2014

LIL PRETZELICIOUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :) 

Hari ni atul nak promote online business yang atul dan adik atul sedang usahakan iaitu menjual biskut Mini Pretzel. Sebelum ni kakak atul yang uruskan business ni. Business ni takde lah besar mana. Hanya business kecil-kecilan sahaja. :) So, sekarang ni atul dan adik yang uruskan dan kakak atul just bantu apa yang patut. Yelah, kami berdua ni tak pandai sangat bab-bab business ni. So, memang kena ada bimbingan dari seseorang. :)
https://www.facebook.com/lilpretzelicious
Logo business Lil Pretzelicious. :)

Kalau sesiapa yang nak order Mini Pretzel dari kami, boleh lah contact nombor yang tertera di logo kami tu. Ada 3 nombor. Boleh call, whatsapp, atau mesej kami bertiga. Tak pun, boleh jugak PM kami di Facebook kami iaitu, Lil Pretzelicious dan jangan lupa LIKE tau Facebook kami tu. Kalau sesiapa yang ada Instagram, boleh follow kami di Lil Pretzelicious. :)

Setakat ni kami menawarkan beberapa flavor je iaitu, Chocolate, Strawberry, White Chocolate, Oreo dan Almond. In Sha Allah, dalam proses menambah beberapa flavor lagi. :) Kalau nak tahu harga, macam biasa, whatsapp, call, atau mesej kami. Setakat ini juga, kami tak menerima sebarang agent dan kami tak jual borong sebab kami tak buat online business ni full time. Kami adik-beradik kerja di sebelah pagi hingga petang dan hanya menyiapkan order pada sebelah malam sahaja. So, kepada yang tanya pasal jual borong ke tak, buat masa ni tidak. Kami kesuntukan masa. So, harap faham lah ye. :)

Kepada yang nak merasa Mini Pretzel kami, boleh lah membuat tempahan kepada kami sebab order kami terbuka setiap hari. So, tunggu apa lagi? Jom lah order sekarang ! :)

Tuesday, January 14, 2014

HADIAH DARI ABAH TERSAYANG :)

Assalamualaikum dan selamat petang. :) 

Alhamdulillah, harini cuti. So, ambil masa ni untuk update blog. Azam tahun ni nak tulis entri sebanyak mungkin. In Sha Allah. :)

Nak share cerita dengan korang semua. Bulan 11 tahun 2013 yang lepas, atul dapat hadiah daripada abah atul. Hadiah yang paling atul nak sangat iaitu atul nak handphone baru. Yelah, atul dah pakai handphone Nokia C3 selama 4 tahun. Nokia C3 tu okay je lagi sebab tuan dia pandai jaga kan. Hihi. Cuma tu lah. Hati ni teringin jugak nak pakai handphone yang canggih sikit. Nak jugak ada Whatsapp Wechat, Instagram macam orang lain kan. Teringin lah jugakkk. :p

Gambar: Google

So, ini lah dia hadiah handphone yang atul dapat dari abah atul. Samsung Galaxy Note 3. Handphone ni atul beli sendiri, tapi abah bagi duit lah kan. Abah cakap ni hadiah sebab angah rajin belajar. Hihi. :)

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak merasa pakai phone canggih ni. Happy sangat ! Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT. Apa yang penting, kita kena sabar. Tak gitu? :)

Terima kasih, Allah SWT atas rezeki dariMu. :) Terima kasih abah sebab bagi hadiah kat angah. Semoga bertambah murah rezeki abah. AMIN. :)

Okay lah. Itu sahaja cerita yang nak dikongsi pada kali ni. Semoga berjumpa lagi di entri yang lain. :)

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum. :)

Gambar: Instagram

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Mari lah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. tanda kita sentiasa mencintai, menyayangi beliau. Sentiasa lah berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Bukan sahaja pada hari ni. Jom kita berselawat ! :)

Salam Maulidur Rasul. :)

Friday, January 3, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014 !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Alhamdulillah, dapat jugak update blog setelah hampir 1 bulan lebih tak update blog. :) Sorry sesangat sebab tak update pape dalam blog ni. Atul busy sangat dengan kelas dan final exam yang tengah berlangsung sekarang ni. Alhamdulillah, dah nak tamat semester 3 dalam Ijazah Perakaunan ni. :)

Image: Google. :)

Rasanya tak terlewat lagi untuk ucap Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca blog Atul dan juga semua kenalan yang mengenali diri ini. Diharapkan tahun ini akan memberi sinar baru buat kita semua. :) Bagi yang tak dapat nak melunaskan azam tahun lepas, boleh lah bersambung ke tahun ini. In Sha Allah. :)

Rasa janggal pulak nak update blog bila dah lama tak update. In Sha Allah atul akan update blog ni dari semasa ke semasa. Haa, itu antara azam tahun baru ni ye. Hehe. :) Selain azam nak teruskan update blog, azam tahun baru atul macam biasa, nak teruskan belajar, belajar dan belajar bagi menghabiskan pembelajaran dalam Ijazah Perakaunan ini. Semoga dipermudahkan olehNya. :)

Rasanya itu sahaja buat entri pembukaan 2014 kali ni. Entri selepas ini akan menyusul. In Sha Allah. :)

Selamat Tahun Baru 2014 buat anda semua. :) Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga berjaya ! :)

p/s: Doakan atul dan rakan-rakan yang sedang menghadapi final exam ni dipermudahkan proses kami menjawab soalan dalam keadaan tenang dan mudah. Semoga kami peroleh keputusan yang cemerlang. Allahumma Amin.
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: