HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Saturday, August 20, 2016

RINDU BLOG

Assalamualaikum semua. :)

Dah lama rasanya tak menaip di blog ni. Rindu, sangat rindu. Tapi entah lah. Ketandusan idea mungkin atau sebab dah lama sangat tak menaip. So mood tu pun dah merajuk nak datang balik.

Rindu masa zaman blog tengah popular. Haha. Popular ke? Takde lah popular mana pun. Cuma nya dulu-dulu tu zaman blog tengah naik kata orang. So memang semua blogger tengah berkejar-kejar nak update blog.

Tu pun dulu-dulu update entry entah pape aku ni. Bila baca balikkan, tergelak seorang diri. Memang zaman tak matang sungguh masa tu. Tapi tu lah kenangan kan bila ada blog ni. Dapat tengok balik kita dulu macam mana. So, tak salah lah kot salah satu hobi aku dulu adalah berblogging. :)

In sha Allah mana tahu 1 hari nanti aku akan buat come back kan. Tunggu dan lihat je. Mana tahu lepas aku kahwin ke, lepas dah ada anak ke baru nak buat come back. Mana tahu kan. :D

In sha Allah 1 hari nanti aku akan pastikan blog ni akan wujud semula dengan entry-entry yang lebih matang dan segar.

Okay lah tu je kot yang nak diluahkan ketika ini. Nanti ada masa terluang aku akan kembali. Kembali dengan sesuatu yang baru. :)

Assalamualaikum. Jumpa lagi, In sha Allah! :)

Love,
Atul 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: