HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, April 5, 2012

Alhamdulillah, Tamat Sudah Diploma

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, akhirnya atul kembali semula ke dunia blogging setelah meninggalkan dunia blog sekian lamanya. InsyaAllah, blog akan diupdate seperti biasa. :)

Alhamdulillah juga, pada 31/3/2012 yang lalu, secara rasminya atul telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Perakaunan selama 3 tahun di UiTM Machang, Kelantan. Syukur sangat sangat sebab semuanya da selesai. Walaupun result final exam tak keluar lagi, tapi yang penting atul da tamat diploma, tu yang penting. Doakan atul dapat result yang terbaik, ya? :D


Kenangan bersama kawan kawan - Semester 1..

Sekarang ni atul ada kat rumah dan masih lagi tak tahu apa perancangan seterusnya. InsyaAllah, atul nak bekerja dan akan mula mencari kerja minggu depan. Minggu ni nak rehat dulu kat rumah. Hehe. Boleh ke macam tu ?? :p

Tak tahu lagi nak kerja apa. Lagipun tak kisah lah kerja apa. Yang penting atul dapat pengalaman yang dapat digunakan pada masa hadapan. Doa doakan lah ye atul dapat kerja. :)


DIAC1106D - Last semester. :)

Terima kasih untuk kawan kawan di UiTM Machang yang sudi menjadi kawan atul selama 3 tahun ni. Diharapkan persahabatan ni kekal selama lamanya. Terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah pensyarah yang telah mengajar atul dari semester 1 hingga semester 6. Nak mention nama memang lah ambil masa sebab ramai sangat yang mengajar atul. Apa apa pun, terima kasih atas semua ilmu yang dicurahkan. Halalkan semua ilmu yang diberi dan doakan kejayaan atul. InsyaAllah, ada rezeki, kita jumpa lagi.

Terima kasih kepada UiTM kerana menerima atul menjadi salah seorang warga UiTM. Atul bangga sangat menjadi warga UiTM. Thanks, UiTM. I will never forget everything about UiTM! :)

11 comments:

  1. tahniah2 habis dah diploma ;-)

    ReplyDelete
  2. Tahniah...sy salah seorang staff UiTM Machang... so harap berjaya dalam hidup...

    ReplyDelete
  3. tahniah atul!! :) atul... bila agaknya tarikh result keluar?^^

    ReplyDelete
  4. tahniah..habis juga diploma..alah bisa tegal biasa..=)

    ReplyDelete
  5. @KaiSHu_HaiKaL Terima kasih. Da tgk blog td. Atul kenal da staff yg mana 1. InsyaAllah, AMIN. :)

    ReplyDelete
  6. @deno Thanks, Deno! Rasanya 27/4 ni. Tp tak tahu lah kan. :)

    ReplyDelete
  7. Wahhh dah abes dah? cptnye!

    pasni smbung degree plak k? :)

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: