HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, April 10, 2012

Pertama Kali Bekerja

Assalamualaikum semua. :)

Selamat malam semua. Hehe. Da malam, baru ada masa nak update blog. Ni pun rasa penat sangat. Entri hari ni nak share cerita pasal pengalaman atul pertama kali bekerja. Pertama kali, okay! Kira 1st time lah atul kerja sebab sebelum ni memang tak pernah bekerja. Lepas SPM, jadi pengangur terhormat kat rumah. Lepas diploma ni, adalah kesedaran sikit. So, atul ambil keputusan untuk bekerja sementara.

Alhamdulillah, semalam, atul telah pun memulakan tugas atul di syarikat Tradewinds Plantation Berhad yang terletak di Menara HLA, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Atul bekerja selama 3 bulan bagi menggantikan seorang pekerja yang sedang cuti bersalin. Atul telah ditempatkan di bahagian Human Resource & Administration (HRA). Setakat ni alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. :)


Bila da bekerja ni, setiap hari adalah pengalaman baru. Setiap hari ada perkara baru yang atul belajar. Alhamdulillah, pekerja pekerja di bahagian HRA semuanya baik baik dan bagi tunjuk ajar kat atul. Syukur sangat. :)

InsyaAllah, atul akan bekerja bersungguh-sungguh bagi menimba pengalaman baru. Atul akan kutip sebanyak mungkin pengalaman sepanjang bekerja di syarikat ini. Untuk makluman, atul bekerja 1 office dengan kawan baik atul iaitu Asma. So, adalah kawan kat tempat kerja tu. :)

Doakan atul supaya atul dapat buat kerja dengan baik dan doakan atul agar kerja yang atul buat ni mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah, AMIN. :)

p/s : SELAMAT BERCUTI! :D

8 comments:

  1. Selamat bekerja! Harap-harap dapat banyak ilmu masa bekerja sambilan ni. Nanti bila dah ada permanent job, senang dah nak terus start kerja. Kan? ;)

    ReplyDelete
  2. pnglaman bekerj dlu time prktikal.. bekerja yg btul ,blum lgi.. bekerj mcm best, study pun best.. :)

    ReplyDelete
  3. huhu sy still menganggur je kat rumah ni..

    ReplyDelete
  4. tahniah atul dapat kerja! dapatlah atul timba pengalaman kat sana ka? deno pun pernah keje masa cuti sem.. tapi cuti 2 bulan je la.. hehe :)

    ReplyDelete
  5. good luck kerja ya..sekarang ni pun bukan senang nak dapat kerja..so kak atul memang beruntung..=)

    ReplyDelete
  6. nasib baik dpt rakan kerja yg baik-baik...seronok sikit bekerja :)

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: