HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, October 16, 2012

Review Filem - Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. :') 

Sekarang ni kat pawagam tengah hangat ditayangkan filem 'Aku Terima Nikahnya' lakonan Adi Putra dan Nora Danish. Tadi atul ada baca dekat MiG Online yang filem ni telah pun memungut RM 1.3 juta dalam masa 4 hari. Wahh, sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai. Tahniah pada semua yang terlibat untuk filem ini. 

Pada Ahad yang lalu, atul berkesempatan untuk menonton filem ni. Hati ni teringin sangat nak tengok filem ni. So, ahad lepas pergi jugak lah tengok. :') 


Bagi pendapat atul lah, filem ni biasa biasa je. Tajuk filem ni je yang membuatkan orang tertanya tanya apakah cerita di sebalik tajuk itu. Jalan cerita yang sangat biasa bagi atul sebab jalan cerita yang dah biasa berlaku dalam kehidupan seharian sesetengah orang. 

Bukan lah atul cakap cerita ni tak best, bagi atul okay je. Cuma kurangnya adalah pada jalan cerita dalam filem tersebut. Mungkin pengarah atau penulis skrip boleh membuat sesuatu kelainan dengan menambah babak babak yang jarang dipertontonkan kepada orang ramai. 

 Well, itu bagi pendapat atul. Atul tak tahu lah pendapat orang lain macam mana terutamanya yang sudah menonton filem ini. Kepada yang nak menonton, selamat menonton. Kepada yang dah menonton, apa pulak pandangan korang semua? Bagi atul, sedikit menghampakan dan ianya tak seperti yang atul bayangkan. :) 

Kalau nak bagi rating filem ni, atul bagi 2.5/5. Okay lah kan? :) 

p/s: Best lagi novel 'Usai, Aku Terima Nikahnya'. :')

5 comments:

  1. rmi ckp best tp tak tau la kan..setiap org pdpt lain2...

    ReplyDelete
  2. Saya dah tengok mmg agak mengecewakan dan rasa bosan sikit. maybe sbb plot cerita macam mendatar jer..huhu.

    ReplyDelete
  3. ramai asyik ckp pasal filem ni je kt FB..hehe belum berkesempatan lg nk tgk..

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: