HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, October 18, 2012

Pengalaman Bekerja Selama 7 Bulan

Assalamualaikum semua. :') 

Dalam sedar tak sedar, sudah hampir 7 bulan atul bekerja. Macam tak percaya je yang atul mampu bertahan. Yelah, dulu masa lepas SPM, pernah kerja kat sebuah kedai baju. Itu pun bertahan selama 1 hari je. Hehe. Memang tak minat kerja macam tu. Bukan memilih atau apa sebenarnya. Masa tu tak ready lagi nak bekerja. Itu pun sebab ikut kawan je. Akhirnya, terus tak bekerja. Jadi penganggur je kat rumah. :) 

Dalam masa 7 bulan ni, atul telah melakukan 3 kerja di syarikat yang sama iaitu, Tradewinds Plantation Berhad. Atul masih lagi bekerja kontrak dan harap harap dapat lah kerja tetap kat sini. Kalau tak, kena lah cari kerja kat tempat lain. ^_^ 

Sumber: Google

1) Kerani di Human Resource Department
- Atul mula bekerja sebagai kerani pada bulan 4 yang lepas. Atul menggantikan staff yang cuti bersalin iaitu Kak Rohana. Masa mula mula masuk, memang tak tahu apa apa. Sebabnya, kakak tu tak sempat nak ajar atul apa apa. Kakak tu bersalin sebelum atul sempat masuk. Nasib baik ada Kak Rosni. Dia lah yang banyak membantu atul. Dari kerja kerja Kak Hana sampai lah ke kerja kerja Kak Rosni, semua dia ajar. Actually, kerja kerja yang Kak Hana buat tu tak lah sesukar mana. Tapi kalau salah buat, memang kena lah. Atul kena record claim staff staff atasan yang claim untuk car maintenance, touch n go dan sebagainya. Lepas dah record, kena dapatkan pengesahan daripada General Manager HR, then baru boleh hantar ke Finance untuk diproses. Nampak macam senang, tapi susah sebab sekali claim datang, banyak tau. Kalau lambat, mula lah staff staff bising. Hehe. Selain tu kena booked hotel terutamanya kalau ada manager manager dari ladang datang ke sini untuk meeting. Manager yang datang dari ladang tu kebanyakkannya dari Sabah, Sarawak, Kelantan. So, atul lah kena call hotel dan booked untuk mereka. :)

2) Receptionist
- Atul kerja sebagai Receptionist ni start bulan 7. Kontrak sebagai Receptionist ni 1 bulan lebih je. Gantikan receptionist sedia ada sebab beliau cuti sakit. Best jugak lah. Kerja utama Receptionist ni of course lah jawab call yang masuk. Then transfer kat staff yang berkenaan. Mula mula tu susah sebab nak kena tengok kat kertas, semua list extension number staff. Lepas 2 minggu, dah ingat dah semua extension number. So, senang lah kan. Best jugak sebab dapat kenal ramai orang. Ramai je orang luar datang kat ofis ni. So, ramai lah yang atul dapat kenal. Jumpa kat luar, boleh tegur tegur kan. Selain itu, atul kena record semua dokumen yang masuk. Atul kena buat courier untuk staff yang nak hantar surat kat ladang ladang dan sebagainya. Pengalaman yang sangat best dan takkan dilupakan.

3) Confidential Secretary - Finance 
- Kontrak atul bersambung dari bulan 9 hingga bulan 11 sebagai Confidential Secretary di Finance department. Atul menggantikan Kak Sakina yang cuti bersalin. Kat Finance ni, atul ada 5 boss. Tapi yang atul kena jaga hanya lah 2 orang boss iaitu Senior General Manager (SGM) dan Chief Financial Officer (CFO). So, sekarang ni atul jaga 2 orang boss atul. Kerja kerja atul simple je. Yang susah, memang tak lah kan sebab banyak melibatkan pihak bank. Mungkin boss takut atul tersilap buat. So, yang susah tu dia bagi pada Kak Zabidah untuk settle kan. Atul cuma kena record semua staff Finance yang ingin cuti. Diaorang isi borang cuti, then atul dapatkan sign dari boss boss mereka. Da settle tu, kena bagi pada HR untuk record mereka. Selain itu, atul kena record semua dokumen yang masuk. Penting sangat sebab kalau hilang atau apa apa, atul dah ada record. Itu lah pentingnya atul record dokumen yang masuk. Kalau untuk CFO, kena buat claim untuk dia, kena dapatkan sign dia. Awal awal pagi memang dah kena mintak sign dia sebab boss atul yang ni, dia selalu ke Mardec sebab dia antara boss besar kat Mardec tu. Secara keseluruhannya, okay je kerja atul sekarang ni. :')

Hopefully, lepas ni atul boleh lah dapat kerja tetap. Memang kena kerja sebabnya atul kan belajar part time. Kalau tak kerja, mana lah nak dapat duit kan. Doa doakan lah atul cepat dapat kerja tetap ye. :')

p/s: Panjang lah pulak entry hari ni. ;)


Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday #27

Assalamualaikum.. 


gambar: google

p/s: Sedang mencari ketenangan dalam diri..

Tuesday, October 16, 2012

Review Filem - Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. :') 

Sekarang ni kat pawagam tengah hangat ditayangkan filem 'Aku Terima Nikahnya' lakonan Adi Putra dan Nora Danish. Tadi atul ada baca dekat MiG Online yang filem ni telah pun memungut RM 1.3 juta dalam masa 4 hari. Wahh, sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai. Tahniah pada semua yang terlibat untuk filem ini. 

Pada Ahad yang lalu, atul berkesempatan untuk menonton filem ni. Hati ni teringin sangat nak tengok filem ni. So, ahad lepas pergi jugak lah tengok. :') 


Bagi pendapat atul lah, filem ni biasa biasa je. Tajuk filem ni je yang membuatkan orang tertanya tanya apakah cerita di sebalik tajuk itu. Jalan cerita yang sangat biasa bagi atul sebab jalan cerita yang dah biasa berlaku dalam kehidupan seharian sesetengah orang. 

Bukan lah atul cakap cerita ni tak best, bagi atul okay je. Cuma kurangnya adalah pada jalan cerita dalam filem tersebut. Mungkin pengarah atau penulis skrip boleh membuat sesuatu kelainan dengan menambah babak babak yang jarang dipertontonkan kepada orang ramai. 

 Well, itu bagi pendapat atul. Atul tak tahu lah pendapat orang lain macam mana terutamanya yang sudah menonton filem ini. Kepada yang nak menonton, selamat menonton. Kepada yang dah menonton, apa pulak pandangan korang semua? Bagi atul, sedikit menghampakan dan ianya tak seperti yang atul bayangkan. :) 

Kalau nak bagi rating filem ni, atul bagi 2.5/5. Okay lah kan? :) 

p/s: Best lagi novel 'Usai, Aku Terima Nikahnya'. :')

Saturday, October 13, 2012

Selamat Ulangtahun Yang Ke 21

Assalamualaikum semua. :') 

Alhamdulillah, hari ini 13 Oktober 2012. Hari yang atul nantikan setiap tahun. Kerana pada hari ni usia atul telah pun mencecah 21 tahun. Syukur alhamdulillah. 

Atul bersyukur sangat kerana pada usia 21 tahun ni, atul masih lagi diberikan rezeki untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Syukur, alhamdulillah. Apa yang atul harapkan semoga dengan bertambahnya usia atul ni, maka akan bertambah juga lah amalan amalan kebaikan dalam diri atul ni. InsyaAllah. :') 

Macam biasa, setiap tahun tak celebrate pun hari lahir. Rasa macam tak perlu kot sebab atul kan dah besar. Cukup lah sekadar ingatan dari keluarga dan kawan kawan. Itu sudah cukup buat atul terharu dan bersyukur sangat. Kalau nak tahu, tahun ni dah 6 tahun tak celebrate dengan kekasih hati. Hehe. Agak agak, bila lah kan boleh celebrate dengan kekasih hati?? Tahun depan kot. Haha. Tak apa lah tak ada kekasih hati. Yang penting family dan kawan kawan di sisi. Nanti entry birthday atul lagi 2-3 tahun, tengok tengok atul celebrate dengan suami atul pulak. Mana tahu kan? Hehe. :) 

 Ucapan untuk diri sendiri: 

 Happy Birthday, Atul! Dah 21 tahun dah kau rupanya. Macam tak percaya je kan? Rasa macam baru 18 tahun. Hehe. Semoga kau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kau di dunia mahu pun di akhirat. InsyaAllah. Semoga amalan kau juga bertambah seiring dengan penambahan usia kau. Lagi 1 nak pesan, jangan sibuk nak fikir pasal pakwe ye. InsyaAllah, 1 hari nanti adalah seseorang untuk kau. Allah SWT dah tuliskan seseorang untuk kau. Apa yang kau kena buat, sabar dan banyakkan berdoa. Sekarang ni kau kena fikir pasal belajar. Fokus pada belajar ye. Ingat, kau tu kerja sambil belajar. Cabaran buat diri kau sendiri. Good luck, ya atul. :) InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan. :') 


Happy Birthday, Rabiatul Adawiyah Binti Abd Rahim!:')

*Thanks pada semua kawan kawan yang wish birthday kat Facebook. Thanks Mama, Abah, Ayong, Ain for the wishes. Thank you sooo much! :* Thanks pada awak tu sebab awak orang pertama wish birthday saya. :)

*Thanks pada blogger Rozuan Ismail sebab buat entry khas untuk atul. Thank you. :') Nak baca entry tu, klik SINI.

Babak Cinta - Tengku Adil




 Babak Cinta - Tengku Adil

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: