HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Wednesday, January 23, 2013

ENTRI PERTAMA 2013

Assalamualaikum, semua. :) 

Alhamdulillah, akhirnya blog atul berupdate jugak. Yeah !! HAHA. Dah sebulan lebih blog ni tak update. Kali ni alasannya lain ye. Bukan sebab malas tau. Sebabnya nak fokus pada final exam yang baru je selesai Jumaat yang lepas. Tak nak cakap pasal final exam. Mimpi ngeri je. Jangan ingat Degree ni senang. Susah yang teramatnya. Sekarang baru lah atul faham kenapa ramai kantoi masa Degree. Huhu. Harap sangat result atul tak kantoi. AMIN.


Picture: Tumblr

Okay, mula mula sekali, nak wish Happy New Year 2013 pada semua followers, pembaca blog ni dan semua kawan kawan. Walaupun dah 22 hari berlalunya New Year, tapi tak mengapa lah. Janji atul wish. Betul tak ? :) 

Masih banyak lagi azam 2012 yang tak dilaksanakan oleh atul. InsyaAllah, harap sangat ianya dapat dilaksanakan pada tahun ni. Nanti next entri nak bagi tahu apa azam yang belum dilaksanakan lagi dan azam baru yang perlu dilaksanakan. :)

Untuk pengetahuan semua, atul dah tak bekerja dan sekarang ni jadi penganggur terhormat lat rumah. HAHA. Contract dengan Tradewinds dah pun tamat bulan lepas. Buat masa ni tak nak cari kerja lagi. Duduk rumah kejap. Duit memang lah tak masuk tapi buat sementara je kot. Hehe. Kena jugak cari kerja. Nanti yuran Degree ni siapa pulak nak tanggung. Huhu.

Okay lah. Sampai sini je dulu. Blog ni akan sentiasa update mulai hari ni. Nak aktif balik. Dan blog ni akan berwajah baru tak lama lagi. Nak kena makeup jugak blog ni. Baru semangat sikit nak update. Ye dak? :)

Till then~ 
Assalamualaikum. :')

1 comment:

  1. hepy new year akak ! selamat kembali n miera doakan akak brjaya dlm final exm :)

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: