HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, January 27, 2013

SEGMEN : SAYA BLOGGER DARI NEGERI....

Assalamualaikum, semua. :) 

Selamat sejahtera dan selamat petang ku ucapkan pada kalian semua. Atul di sini dah kebosanan tahap melampau sampai dah tak tahu nak buat apa. Mata ni mengantuk tapi tak nak pulak tidur. So, update lah blog ni dan nak join segmen dari blogger FizGraphic.

Segmen ni dah pun lama dijalankan. Memandangkan tak ada tarikh tutup, atul pun join lah. Lagipun dah lama sangat tak join mana mana segmen. So, why not join segmen ni kan. Sambil tu boleh blogwalking dan dapat kenalan baru. :)


Rasanya semua dah tahu atul ni blogger asal dari mana. Tapi ada jugak yang tak tahu. Meh nak bagi tahu yang atul berasal dari Negeri SELANGOR DARUL EHSAN. Ye, negeri SELANGOR. Lahir je kat Kuala Lumpur tapi stay kat Selangor. Selangor kat daerah Hulu Langat. Atul dan family stay kat kawasan Ampang.

Kat kawasan Ampang ni tak adalah yang menarik sangat. Biasa biasa je. Rumah atul ni dekat je dengan Ampang Point. Kira tempat nak shopping lah. Dulu masa sekolah, selalu jugak pergi sana, main bowling, lepak lepak. Hehe. Sekarang jarang dah pergi. Sekarang pergi tempat jauh jauh sikit. HAHA.

Tak tahu dah apa yang menarik kat Ampang. Kalau nak tahu sangat, jom datang Ampang, kita keluar jalan jalan sama sama, nak? Hehe. :p

Rasanya sampai sini je dulu. Selamat berkenalan semua!! :)

Tak tahu nak tag siapa. Jom lah join semua!! Join tau. :D

2 comments:

  1. atul!!! lama tak dgr berita dari atul.. rindu :)

    ReplyDelete
  2. Singgah dari Kelantan ;)
    Done follow awk :)
    Jom singgah back :D

    http://aichrah.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: