HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Monday, April 1, 2013

HASIL BAUCER BUKU 1 MALAYSIA - PART 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

Alhamdulillah, atul dah pun mengambil baucer buku sebanyak RM 250 di UiTM Shah Alam pada hari Isnin yang lepas. Suka sangat sebab boleh beli buku yang memang dah lama sangat nak beli. Terima kasih kepada pihak yang memberi. :) Kalau boleh, tahun depan bagi lah RM 300 ke, RM 400 ke. Confirm atul lah orang yang paling gembira sekali. Hehe. :D

Pada hari Khamis dan Jumaat yang lepas, ada jualan buku di office tempat atul bekerja. Jualan buku yang dianjurkan oleh pihak BERNAS dan pihak MPH Bookstores. So, atul pun mengambil peluang dengan menggunakan baucer sebanyak RM 50 yang pertama dengan membeli beberapa buah buku. Yang paling best, discount 15% diberikan kepada semua yang membeli buku  pada hari tersebut. :)

Jom tengok buku apa yang atul beli. :)

Sebelum Aku Bernikah oleh Hilal Asyraf - RM 20.

Buku ni memang dah lama sangat nak beli sebab tajuknya sangat menarik. Atul juga salah seorang yang mengikuti perkembangan penulis buku ini iaitu Hilal Asyraf. Buku ni sangat berguna bagi semua yang belum berkahwin dalam proses mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam perkahwinan. Tak sabar nak habiskan. Baru nak baca bab yang ke 6. So, kepada yang nak membeli, atul syorkan untuk membeli buku ini. :)

 Komik Ustaz Azhar Idrus (UAI) - RM 15

Buku ni nampak menarik sangat dan ternyata ianya memang menarik ! Dah lah berwarna-warni. Isinya sangat berguna kepada semua lapisan masyarakat. Kalau baca buku ni, rasa macam tengah tengok UAI bagi ceramah kat TV. Best ! Atul syorkan pada semua untuk membeli buku ini. :)

 Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat - RM 25 

Atul memang minat Ustaz Azhar Idrus. Buku ni atul beli jugak. Yang edisi dulu pun atul beli sebab ianya banyak membantu atul dalam soal agama yang atul was-was, ragu-ragu dan sebagainya. So, bila rujuk kat buku ni, baru lah rasa yakin sikit. Edisi kali ni lebih menarik, sebab berwarna dan tajuk-tajuk jugak banyak. :)
Pelajar Bertanya, Prof. Dr. Muhaya Menjawab Berkenaan Dahsyatnya Cabaran Pelajar - RM 15

Buku ni atul tak baca lagi tapi atul yakin buku ni banyak membantu terutamanya bagi insan yang bergelar pelajar seperti atul. Atul meminati Prof. Dr. Muhaya. Bagi atul, dia seorang yang sangat awesome! Teringin nak jumpa dia. :)

Ada lagi 1 buku yang atul beli. Buku tu untuk anak saudara atul, Fifi. Buku Math untuk budak tadika. Fifi rajin belajar Math ni. So, hadiah kan dia buku. Semoga Fifi menjadi seorang anak yang suka belajar. :)

Okay, itu lah antara buku yang atul beli setakat ni. Belum terasa lagi nak beli novel. Suka beli buku-buku seperti di atas. Lagipun, novel yang dah ada pun, tak sempat nak baca. Takkan nak beli lagi. Hehe.

Nanti atul update lagi buku apa yang atul beli dengan menggunakan baucer buku 1 Malaysia di PART 2. :)

Till then ! :D

5 comments:

  1. bestnya buku2 yg dah dibeli.. Anak mak pun peminat tegar UAI juga hehe

    ReplyDelete
  2. best dpt baucer buku.. teringin nak jugak...

    ReplyDelete
  3. wah byknya.minat buku doktor muhaya tu. baru ni dapat hadiah buku menang top reference ;)

    "diari seorang diplomat.."

    ReplyDelete
  4. atul.. kalau atul nak tukar layout blog kan, atul bleh tempah dgn SI BUDAK KURUS (http://www.kayakam.my/).. dia yang design blog deno, tapi doodle guna doodle yg deno lukis sendiri... atul bleh guna doodle atul, blog dia design.. tak mahal mana... :)

    ReplyDelete
  5. jenjalan sini , nanti follow back k http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: