HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, August 29, 2013

SEMESTER 3 BAKAL BERMULA

Assalamualaikum dan selamat petang semua. :) 

Pagi tadi, bukak je Facebook, tengok ada post dekat page AC 220 PLK Blended. Hati dah dup dap, dup dap. Dah tahu dah mesti jadual semester baru dah keluar. Malasnya nak tengok jadual tu !
 

Bukan malas nak tengok apa tau sebenarnya. Cuma nanti bila tengok, tak tahu nak amek subjek yang mana satu. Yelah, dah nama pun belajar part time, kita yang kena pilih sendiri semester ni nak belajar subjek apa. Kalau full time tu, memang kena ikut pihak UiTM lah. Hmm, ni yang pening kepala ni.

Tadi kawan-kawan dah mesej tanya nak amek subjek apa. Atu bagitahu yang atul tak fikir nak amek subjek apa lagi. Bagi masa dulu. Nanti dah okay, Atul inform dieorang. Bukan masaah duit, masa atau yang lain-lain. Cuma kemampuan diri atul ni je. Atul tahu tahap kemampuan atul sampai mana. Dah lah dengan kerja lagi.

Kawan-kawan atul ada yang nak amek sampai 6 subjek. Bagi atul, itu atas mereka lah. Mereka tahu kemampuan mereka setakat mana. Atul cakap terus-terang lah. Atul memang takkan study kalau balik kerja. Bagi atul, balik kerja, rehat-rehat jap, then sampai masa untuk tido, atul tido. Atul takkan mampu tido 4 jam (seperti yang disarankan oleh pakar kalau nak amek study part time ni). Masa tido atul mesti 6 jam. That's why, bila study week, atul sanggup cuti tanpa gaji semata-mata nak study untuk exam nanti.

Mungkin semester ni atul nak amek 5 subjek. Inshaallah, boleh. Tapi kena amek subjek yang tak terlalu berat. Hmm, tu lah. Amek lagi subjek susah. Kan dah pening kepala. :) 

Doa-doa lah atul dapat membuat pemilihan subjek yang terbaik untuk semester ini. Penting sangat tau untuk jaga CGPA atul. Semester 3 bakal bermula dan atul dah siap sedia ! Chaiyok ! :D

Doakan yang terbaik buat saya, kawan-kawan. :)
Terima kasih. :)

1 comment:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: