HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, September 17, 2013

TEMASYA SUKAN TAHUNAN EHSAN ISLAMIC PRESCHOOL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :) 

Pada hari Ahad yang lepas, 8 September 2013, Atul telah pun menghadiri Temasya Sukan Tahunan Ehsan Islamic Preschool yang telah diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang. Kalau nak tahu, anak saudara Atul, iaitu Fifi, merupakan salah seorang pelajar di Ehsan Islamic Preschool sejak dia berumur 5 tahun lagi. :) 


Seawal jam 8 pagi, Atul dah siap-siap nak ke Hari Sukan Fifi ni. So, tunggu kakak Atul datang amek dan pergi sekali dengan kakak dan abang ipar Atul. Acara bermula jam 10 pagi. Masa sampai kat padang SMK Hulu Kelang tu dalam pukul 9 pagi, dah ramai dah ibu bapa pelajar yang hadir bagi menyokong anak-anak mereka. Kalau nak tahu, Ehsan Isamic Preschool ni ada 3 cawangan iaitu di Ampang, Keramat AU 1 dan Kemensah Height, Hulu Kelang. :)


Mama dan Abah Atul turut hadir bagi menyokong Fifi. Tak lupa jugak ayah mertua kakak Atul juga turut hadir bagi menyokong Fifi. Nampak Fifi happy sangat sebab semuanya datang support dia. Atul memang kena datang lah sebab Makngah dia ni dah janji dengan dia nak datang bagi support. :) Siap ingatkan kami semua jangan lupa pakai baju warna kuning sebab Fifi rumah kuning. Kalau tengok gambar kat atas tu, semuanya pakai baju kuning tanda sokongan kepada Fifi. :)


Acara bemula dengan acara perbarisan oleh semua rumah sukan iaitu rumah Merah, Biru, Oren, Kuning dan Purple. Pelajar-pelajar di sini berumur 4 tahun hingga 6 tahun. Acara diteruskan dengan bacaan ikrar oleh pelajar lelaki iaitu Adik Naufal Hafiz seterusnya dirasmikan oleh Ketua Penyelaras Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Ramli Sidom. :)


Acara dimulakan dengan acara lari berganti-ganti oleh pelajar 5 tahun dan 6 tahun. Fifi masuk 4 acara dan acara pertama adalah lari berganti-ganti. Tapi dia tak dapat hadiah sebab kalah acara tu. Hehe. Tapi masa tu dia tak tahu dia kalah. Kalau tak, memang menangis lah dia. Acara kedua yang Fifi sertai adalah lari berhalangan. Haaa, yang ni Fifi dapat nombor 3 (gambar di atas). Kami yang excited sekali. Mummy dia siap menjerit bagi sokongan kat Fifi. Tahniah, Fifi ! :)


Acara ketiga yang Fifi sertai ni memang kami tak tahu dia masuk sebabnya masa ni Atul ke toilet and kakak Atul pun tak sedar. Tengok-tengok, dia dah lari dah kat tempat larian tu. Acara baling gelung dalam kon ni, Fifi dapat nombor 1. Tahniah, Fifi ! :) Acara terakhir yang Fifi sertai adalah acara tiup belon. Yang ni memang dia kalah lah sebab tak tiup-tiup pun belonnya. Masa ni masam je muka dia. Tapi nak buat macam mana kan. Okay lah tu kan Fifi. Fifi menang 2 acara dari 4 acara yang Fifi sertai. :)

Acara habis agak lambat pada hari tersebut. So, kami decide nak balik awal sebab Fifi dah pun menangis. Yang si Hadif pun dah tido. So, dalam pukul 12.45 tengahari, kami pun pulang ke rumah. Penat tapi puas hati dengan Fifi sebab dia menang 2 acara. Tahniah, Fifi. :)

2 comments:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: