HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Friday, January 3, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014 !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Alhamdulillah, dapat jugak update blog setelah hampir 1 bulan lebih tak update blog. :) Sorry sesangat sebab tak update pape dalam blog ni. Atul busy sangat dengan kelas dan final exam yang tengah berlangsung sekarang ni. Alhamdulillah, dah nak tamat semester 3 dalam Ijazah Perakaunan ni. :)

Image: Google. :)

Rasanya tak terlewat lagi untuk ucap Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca blog Atul dan juga semua kenalan yang mengenali diri ini. Diharapkan tahun ini akan memberi sinar baru buat kita semua. :) Bagi yang tak dapat nak melunaskan azam tahun lepas, boleh lah bersambung ke tahun ini. In Sha Allah. :)

Rasa janggal pulak nak update blog bila dah lama tak update. In Sha Allah atul akan update blog ni dari semasa ke semasa. Haa, itu antara azam tahun baru ni ye. Hehe. :) Selain azam nak teruskan update blog, azam tahun baru atul macam biasa, nak teruskan belajar, belajar dan belajar bagi menghabiskan pembelajaran dalam Ijazah Perakaunan ini. Semoga dipermudahkan olehNya. :)

Rasanya itu sahaja buat entri pembukaan 2014 kali ni. Entri selepas ini akan menyusul. In Sha Allah. :)

Selamat Tahun Baru 2014 buat anda semua. :) Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga berjaya ! :)

p/s: Doakan atul dan rakan-rakan yang sedang menghadapi final exam ni dipermudahkan proses kami menjawab soalan dalam keadaan tenang dan mudah. Semoga kami peroleh keputusan yang cemerlang. Allahumma Amin.

3 comments:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: