HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, September 9, 2012

Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan TWM

Assalamualaikum semua. :)

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat sihat selalu. Almaklum lah, mood masih lagi dalam mood raya. So, mesti banyak open house yang dianjurkan. Makan tu makan jugak. Tapi jangan terlebih makan pulak ye. ;)

Pada 6 September yang lepas, company tempat atul bekerja tu telah pun mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri bagi tahun ini. Sambutan hari raya pada kali ini telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Dekat je dengan ofis atul tu. So, kami semua pergi berjalan kaki je. Tapi ada jugak yang pergi menaiki kereta dan van juga disediakan untuk membawa staff ke hotel tersebut.

Antara makanan yang dihidangkan. :)

Majlis bermula pada jam 12 tengah hari. Office hour berjalan pada biasa pada waktu pagi. Atul macam biasa, ke hotel dengan sahabat karib atul, iaitu Asma. Sampai je kat hotel, wahh, ramainya lah orang. Semuanya merupakan staff Tradewinds Malaysia Berhad. Macam biasa, sampai je terus cari makanan sebab lapar sangat. Macam macam makanan yang dihidangkan. Antaranya ialah, satay, spaghetti, lemag, ketupat, roasted lamb, laksa, mee kari dan macam macam lagi. Terlalu banyak dan tak semua lah yang atul rasa. Yang atul makan tu, ada dalam gambar kat atas. Hehe. :)

Atul dengan staff Tradewinds Plantation Berhad. :')

Persembahan mantap dari Ning Baizura dan M. Nasir. Selain dari persembahan dua artis ini, persembahan turut diadakan oleh Tradewinders iaitu gabungan dari staff Tradewinds Malaysia Berhad. :)

Atul lagi dengan staff staff Tradewinds Plantation Berhad. :')

Persembahan dari Adik Ahmad dan Fizi. Kalau nak tahu adik berdua ni merupakan pelakon dalam iklan sempena Hari Raya Aidilfitri terbitan Bernas. Kalau nak tahu jugak, Bernas merupakan salah satu company di bawah naungan Tradewinds Malaysia Berhad. :D

Dapat jugak bergambar dengan Ning Baizura. Yang penting, dapat salam dengan dia. Persembahan mantap dari beliau. :)

Last but not least, gambar atul sendiri. Bergambar kenangan di luar perkarangan Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Penat sangat hari tu. Penat makan + penat bergambar. Really enjoyed that moment. Thank you to Tradewinds Plantation Berhad and of course Tradewinds Malaysia Berhad for this great opportunities that given to me. Thank you so much. :')

Picture credit to: Nurul Asma (Engineering Dept) & Azim Hazny (R&D Dept)
Edited by: Rabiatul

3 comments:

  1. salam...saya silent reader awak..hurmmm x sangka saya dapat offer dari company tradewinds...
    huuhuhuuuu saya start awal julai ni...:-) klu jumpa nnt saya tegur eh..xpe kan?

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: