HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, July 12, 2012

Cash Out Nuffnang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun dengan syarikat pengiklanan yang terbesar iaitu Nuffnang, akhirnya dapat jugak atul cash out duit Nuffnang. Walaupun tak lah banyak macam blogger-blogger lain, tapi syukur Alhamdulillah. Ada jugak nampak hasilnya dengan blogging ni. Tiba-tiba je terus bersemangat nak update blog banyak-banyak lepas ni. :)




Atul tak boleh cash out duit Nuffnang ni kalau tak ada orang yang klikkan. Terima kasih kepada yang klik-klik iklan-iklan kat blog atul ni. Thank you so much! InysaAllah, lepas ni boleh cash out Churp Churp pulak. Hehe.

Terima kasih pada Nuffnang dan pihak pengiklan yang sudi mengiklankan iklan-iklan mereka di blog atul. Thank you! :D

Syukur, ada jugak rezeki. Alhamdulillah. :)

Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday #25 - Saya Suka Makan Karipap!

Wordless Wednesday is back! :)


p/s: I Love Karipap! :)

Tuesday, July 10, 2012

Komen Di Blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

“Terima kasih sudi komen di blog saya.”

“Terima kasih daun keladi. Kalau sudi, komen lah lagi.”

“Thank you for the comment!” :)

Ayat-ayat di atas ni antara ayat-ayat yang kita boleh lihat kalau kita tinggalkan komen di blog seseorang. Korang boleh tengok ayat-ayat ni dekat ruangan komen di setiap entri. Macam-macam ayat lagi lah yang korang boleh tengok.



Komen di blog merupakan salah satu faktor seseorang blogger itu untuk terus berblogging. Dengan erti kata lain, komen merupakan salah satu sebab mengapa seseorang blogger itu terus bertahan. Komen-komen yang diberi seolah-olah pembaca menghargai setiap cerita yang disampaikan oleh blogger tersebut.

Apabila tiada komen yang diberi di setiap entri, ianya boleh membuatkan blogger tersebut putus harapan untuk terus mencurahkan idea mereka. Sebagai contoh, atul sendiri lah. Kalau atul menaip sesuatu entri tu, atul tidak lah mengharapkan komen yang banyak dari pembaca. Cukup lah sekadar 1 atau 2 komen sebagai tanda mereka menyokong karya atul yang tidak lah seberapa sangat tu. Ianya sudah cukup untuk menggembirakan atul. Kalau komen yang diberi lebih dari yang dijangkakan, Alhamdulillah, tersangat lah gembira. Rasa macam tak sabar untuk terus mencurahkan idea dan memberi cerita-cerita terbaik untuk pembaca atul. Kadang-kadang bila taka da komen tu, adalah sedikit perasaan putus asa. Tapi atul teruskan jugak.

So, kepada blogger yang di setiap entrinya tidak lah begitu banyak komen yang diberi, jangan lah terus berputus asa. Teruskan untuk menghasilkan karya yang terbaik untuk semua orang. Well, practice makes perfect, right? So, try and try. Never give up.

Kepada yang sudi komen di blog atul, terima kasih banyak-banyak. Teramat lah menghargainya. Terima kasih dan kalau sudi, komen lah banyak-banyak lagi ye. Hehe.

Selamat berblogging! :)

Monday, July 9, 2012

Blogger - Aku Abey Mirul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. :)

Okay, entri kali ni atul nak teruskan dengan promote blogger blogger yang telah pun sudi singgah di blog atul dan sudi jugak tinggalkan komen mereka di sini. Terima kasih banyak banyak atul ucapkan. :) Singgah lah selalu ye. :D


Okay, blogger seterusnya adalah blogger Aku Abey Mirul. Untuk ke blog beliau, klik je gambar kat atas ni ye. Abey Mirul ni merupakan blogger baru dalam dunia blogging ni. Dia baru je buat blog pada bulan April yang lepas. Tahniah lah ye dan selamat menjadi blogger yang berjaya.

Abey Mirul ni merupakan seorang pelajar tingkatan 6. Wahh, muda lagi rupanya ye. Blog dia sangat simple tapi bila baca entri di blognya, rupa rupanya Abey Mirul ni merupakan seorang yang mempunyai idea yang sangat bagus. Idea idea dia bukan sebarang idea tau. Atul rasa semuanya datang dari diri dia sendiri. Atul dapat rasakannya. Kalau nak tahu lebih lanjut, kena singgah lah blog Abey Mirul ni ye. Kalau boleh, follow dia sekali. Kita support blogger baru ni. :)

Kepada Abey Mirul, good luck ya. Belajar rajin rajin dan semoga segala impian anda tercapai. Terima kasih dari cik atul. :)

Okay, setakat ni saja. Tunggu entri seterusnya ye. Siapa pula yang akan terpilih.

Terima kasih! :)
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: