HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, February 12, 2013

AZAM TAHUN BARU #2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :') 

Alhamdulillah, kita semua dah pun memasuki bulan February 2013. Cepatnya masa berlalu kan? Sebab tu lah masa sangat berharga buat kita semua. Jangan bazirkan masa tak tentu pasal. Nanti kita jugak yang menyesal. Ye dak? :)
 

Dah masuk bulan February ni baru lah teringatkan pasal azam tahun baru. Sebenarnya azam ni dah lama ada dalam kepala ni. Cuma tak terluahkan di blog ni saja. Nak kena luahkan jugak sebab takut lupa. Almaklum lah, dah makin tua. Hehe.
  • Kurangkan berat badan
- Rasanya lah kan, azam yang 1 ni dari tahun lepas tak tertunai lagi. So, nak kena tunaikan lah tahun ni. Berat semakin lama semakin naik. Yelah, dah duduk kat rumah je kan. Dapat makan free pulak tu. Mana tidaknya berat ni naik. Nak salahkan siapa dalam hal ni? Mama yang masak sedap sedap atau aku yang tak pandai nak kawal makan? Haha.
  •  Dapat perkerjaan tetap
- Haa, yang ini penting sangat. Tahun ni azam aku kena dapatkan pekerjaan tetap. Yelah, dah sambung study part time kan, kena lah ada duit sendiri. Nak bayar tu, bayar ni. Semua pakai duit kot. Mana lah zaman sekarang pakai daun nak bayar itu dan ini. So, harap sangat dapat kerja tetap. Sekarang ni masih lagi seorang pekerja kontrak. Doa doakan lah saya mendapat pekerjaan tetap ye, kawan kawan. :)

  • Mempunyai lesen kereta
- Azam yang 1 ni, mesti kena tunaikan. Sebabnya bila dah ada lesen kereta nanti, boleh lah beli kereta. Betul tak? Semua orang ada lesen kereta. Aku je tak ada lagi. Bukan apa, kekangan dari segi masa dan juga kewangan. Well, gaji tak banyak lagi. Duit simpanan pun cukup cukup je. Komitmen kat benda lain banyak lagi. Tak kisah apa nak jadi. Sebelum akhir tahun ni, mesti kena ada lesen kereta. Confirm!

  •  Meneruskan pembelajaran di peringkat Ijazah
-Sekarang ni baru part 5 Degree in Accounting. Masih ada banyak lagi semester yang perlu ku tempuhi. Bila fikir balik, macam tak nak je sambung dah. Tapi demi abah dan mama, ku kuatkan jugak semangat sebab tak nak kecewakan mereka. Tak kira apa pun yang berlaku, susah atau senang, aku akan dapatkan juga segulung Ijazah buat abah dan mama tercinta. Aku nak mereka bangga dengan aku. :) In Shaa Allah. :)

Haa, ni lah antara azam tahun baru atul yang dapat diluahkan di sini. Korang pulak, apa azam korang? Semoga semuanya dapat ditunaikan di tahun baru ini. Sama sama lah kita laksanakan azam kita ya? Good luck !!

Till then. :')

3 comments:

  1. good luck untuk semua azam awak tuh.semoga semuanya menjadi realiti!!

    ReplyDelete
  2. gud luck kak atu..tp azam kt lbh krg sama lah..1st turun badan 2nd nk ada lesen kereta 3rd nak smbg degree... :)

    ReplyDelete
  3. semoga semua azam tu berjaya dicapai yer...GUD LUCK ...=D

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: