Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :)
Wahh, sekarang ni semua tengah sibuk dengan BR1M 2.0. Semua tengah kaya lah kan sekarang ni. Hehe. Beruntung lah sesiapa yang dapat menerima BR1M 2.0 tu. Ingat, gunakan duit yang anda dapat tu dengan sebaiknya. Jangan beli benda yang tak penting. Beli benda yang penting dulu. Tak gitu? :)
Cerita atul pulak, atul tak layak dapat BR1M 2.0 ni sebabnya atul masih lagi bergelar pelajar. Kalau ikutkan syarat, bujang berumur 21 tahun, berpendapatan bawah RM 2000, atul memang layak lah. Tapi disebabkan atul ni pelajar lagi, memang tak layak nak terima. Tapi, tapi, atul masih lagi boleh terima baucer buku RM250 yang diterima oleh semua pelajar di seluruh Malaysia ni. Tapi atul masih lagi belum mengambil baucer tersebut. Bila lah nak pergi ambil ni? -,-
Alhamdulillah, walaupun bukan berbentuk wang ringgit, ianya hanyalah baucer, tapi ianya sangat membantu bagi para pelajar seperti kami ni. Dapat lah kami beli buku untuk semester yang akan datang. :)
Terima kasih lah kepada pihak yang memberi kerana prihatin dengan kami, rakyat Malaysia. Semoga usaha seperti ini diteruskan bagi membantu golongan seperti kami yang sememangnya sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kami. Terima kasih! :)
Semoga bermanfaat buat semua penerima BR1M. :)