HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, February 26, 2013

TAK DAPAT BR1M 2.0, TAPI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :) 

Wahh, sekarang ni semua tengah sibuk dengan BR1M 2.0. Semua tengah kaya lah kan sekarang ni. Hehe. Beruntung lah sesiapa yang dapat menerima BR1M 2.0 tu. Ingat, gunakan duit yang anda dapat tu dengan sebaiknya. Jangan beli benda yang tak penting. Beli benda yang penting dulu. Tak gitu? :)

Cerita atul pulak, atul tak layak dapat BR1M 2.0 ni sebabnya atul masih lagi bergelar pelajar. Kalau ikutkan syarat, bujang berumur 21 tahun, berpendapatan bawah RM 2000, atul memang layak lah. Tapi disebabkan atul ni pelajar lagi, memang tak layak nak terima. Tapi, tapi, atul masih lagi boleh terima baucer buku RM250 yang diterima oleh semua pelajar di seluruh Malaysia ni. Tapi atul masih lagi belum mengambil baucer tersebut. Bila lah nak pergi ambil ni? -,-

Alhamdulillah, walaupun bukan berbentuk wang ringgit, ianya hanyalah baucer, tapi ianya sangat membantu bagi para pelajar seperti kami ni. Dapat lah kami beli buku untuk semester yang akan datang. :)

Terima kasih lah kepada pihak yang memberi kerana prihatin dengan kami, rakyat Malaysia. Semoga usaha seperti ini diteruskan bagi membantu golongan seperti kami yang sememangnya sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kami. Terima kasih! :)

Semoga bermanfaat buat semua penerima BR1M. :)

Monday, February 25, 2013

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

Wahh, dah lama tak join Giveaway kat blog ni. Tadi terbaca ada Giveaway oleh blogger IntaNBerlian. So, tak salah rasanya nak join. Sempat je lagi sebab Giveaway ni berakhir pada hari Khamis ini iaitu 28 Februari 2013. :) Harap harap ada lah rezeki nak menang. Hadiah hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. :D
 

Berikut merupakan sponsor-sponsor bagi Giveaway kali ni. Thank you pada yang sponsor. Semoga murah rezeki mereka! :)

Wahh, ramainya sponsor. Kalau nak tahu apakah hadiah-hadiah yang akan dimenangi, sila lah ke blog IntaNBerlian. Kepada yang belum join, boleh lah join ye. Tarikh tutup pada 28 Februari 2013 ini. :)

Good luck!! :)

KEMBALI BEKERJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. :) 

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi Allah SWT yang indah ini. Syukur, Alhamdulillah. :) Dapat jugak update blog walaupun dah jarang sangat update sekarang ni.

Alhamdulillah, atul kembali bekerja setelah sebulan menjadi pengganggur di rumah. Hehe. Atul kembali bekerja di Tradewinds Plantation Berhad. In Shaa Allah untuk 3 bulan ini. Masih lagi di bawah department Human Resource & Administration dan memegang jawatan sebagai Temporary Clerk. :) Alhamdulillah, masih ada lagi rezeki di situ. In Shaa Allah, will do my best. :)


Tak kira lah apa kerja yang kita lakukan, apa yang penting niat kita bekerja. Dan ingat lah, kerja, kerja jugak. Tapi solat jangan lah sesekali lupa. Kerja merupakan ibadah, solat juga merupakan ibadah. Kerja tanpa solat hanya lah sia-sia. Rezeki yang kita dapat juga tidak akan diberkati. Ingat, apa yang kita lakukan, jangan sesekali abaikan perintah dariNya. Semoga hidup kita diberkati dunia dan akhirat. In Shaa Allah. :)

Renung-renungkan dan selamat beramal. :)
Selamat berkerja bagi semua pekerja dan selamat belajar bagi semua pelajar. :D

Sunday, February 17, 2013

DEBARAN BERAKHIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :') 

Alhamdulillah, pada hari Jumaat lepas, keputusan peperiksaan akhir bagi semua pelajar Ijazah UiTM semua cawangan telah pun diumumkan. Tepat jam 12.00 pagi, 15 Februari, semua keputusan telah dihantar ke email semua para pelajar. :)

Pada mulanya, atul ingatkan keputusan diumumkan pada jam 9 pagi sebab itu apa yang kawan atul inform pada atul lah. Sekali masa kat office, check email, tengok rupanya result dah dihantar pada jam 3.23 pagi. Masa tu tak terus bukak email tu sebab takut sangat nak tengok result sendiri. Seriously, tak yakin sebab exam hari tu memang 50-50 je. Lately ni asyik mimpi pasal result and ada sekali tu mimpi kena repeat sampai 2 paper. Ya Allah, mintak dijauhi lah.

Credit: Tumblr

Rasa hati ni memang nak sangat bukak email tu. Then cakap dengan Balqis yang takut nak tengok result. Kebetulan, hari Jumaat tu, ada bacaan Yassin, solat Hajat dan solat Dhuha dekat office. So, Balqis cakap jom pergi baca Yassin dulu, solat Hajat dulu. Then, baru check. Dan atul pun buat apa yang Balqis cadangkan.

Lepas dah habis program tu, dengan lafaz Bismillah, atul pun bukak email. Atul check grade dulu. Alhamdulillah, LULUS semua subjek. Syukur, ALHAMDULILLAH. Terima kasih, Allah SWT. Lepas tu baru tengok pointer. Sedikit kecewa dengan pointer tapi secara keseluruhannya, atul berpuas hati. Ini baru permulaan. Masih jauh lagi perjalanan atul. Atul ada lagi 6 semester = 3 tahun. Atul akan usaha lagi. In Shaa Allah, dengan sokongan keluarga, kawan kawan , si dia dan pertolongan dari Allah SWT. In Shaa Allah, semoga dipermudahkan olehNya.

Kepada kawan kawan full time, tahniah sebab result korang yang gempak. Semoga terus berjaya. Jangan lupa doakan kawan korang yang sorang ni ye. :)

Mesej pada abah. Minta maaf kat abah sebab tak dapat maintain pointer masa Diploma dulu. Then abah cakap, 'Tak apa. As long as you want to continue study till the end and hold a degree'. Thank you, abah. Abah sangat memahami perasaan anaknya. In Shaa Allah, angah takkan kecewakan abah lagi. I will do my best for the next semester and till the end. :)

Haa, tu lah cerita yang berlaku pada hari tu.  Okay lah. Dah panjang lebar pulak entri ni. Jumpa lagi! Thanks! :')


Tuesday, February 12, 2013

AZAM TAHUN BARU #2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :') 

Alhamdulillah, kita semua dah pun memasuki bulan February 2013. Cepatnya masa berlalu kan? Sebab tu lah masa sangat berharga buat kita semua. Jangan bazirkan masa tak tentu pasal. Nanti kita jugak yang menyesal. Ye dak? :)
 

Dah masuk bulan February ni baru lah teringatkan pasal azam tahun baru. Sebenarnya azam ni dah lama ada dalam kepala ni. Cuma tak terluahkan di blog ni saja. Nak kena luahkan jugak sebab takut lupa. Almaklum lah, dah makin tua. Hehe.
  • Kurangkan berat badan
- Rasanya lah kan, azam yang 1 ni dari tahun lepas tak tertunai lagi. So, nak kena tunaikan lah tahun ni. Berat semakin lama semakin naik. Yelah, dah duduk kat rumah je kan. Dapat makan free pulak tu. Mana tidaknya berat ni naik. Nak salahkan siapa dalam hal ni? Mama yang masak sedap sedap atau aku yang tak pandai nak kawal makan? Haha.
  •  Dapat perkerjaan tetap
- Haa, yang ini penting sangat. Tahun ni azam aku kena dapatkan pekerjaan tetap. Yelah, dah sambung study part time kan, kena lah ada duit sendiri. Nak bayar tu, bayar ni. Semua pakai duit kot. Mana lah zaman sekarang pakai daun nak bayar itu dan ini. So, harap sangat dapat kerja tetap. Sekarang ni masih lagi seorang pekerja kontrak. Doa doakan lah saya mendapat pekerjaan tetap ye, kawan kawan. :)

  • Mempunyai lesen kereta
- Azam yang 1 ni, mesti kena tunaikan. Sebabnya bila dah ada lesen kereta nanti, boleh lah beli kereta. Betul tak? Semua orang ada lesen kereta. Aku je tak ada lagi. Bukan apa, kekangan dari segi masa dan juga kewangan. Well, gaji tak banyak lagi. Duit simpanan pun cukup cukup je. Komitmen kat benda lain banyak lagi. Tak kisah apa nak jadi. Sebelum akhir tahun ni, mesti kena ada lesen kereta. Confirm!

  •  Meneruskan pembelajaran di peringkat Ijazah
-Sekarang ni baru part 5 Degree in Accounting. Masih ada banyak lagi semester yang perlu ku tempuhi. Bila fikir balik, macam tak nak je sambung dah. Tapi demi abah dan mama, ku kuatkan jugak semangat sebab tak nak kecewakan mereka. Tak kira apa pun yang berlaku, susah atau senang, aku akan dapatkan juga segulung Ijazah buat abah dan mama tercinta. Aku nak mereka bangga dengan aku. :) In Shaa Allah. :)

Haa, ni lah antara azam tahun baru atul yang dapat diluahkan di sini. Korang pulak, apa azam korang? Semoga semuanya dapat ditunaikan di tahun baru ini. Sama sama lah kita laksanakan azam kita ya? Good luck !!

Till then. :')
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: