HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, April 7, 2016

KERJA BARU

Assalamualaikum dan selamat pagi. :)

Hai semua. Dah lama rasanya tak share dengan semua tentang cerita terbaru pasal diri atul kan. Yelah dah 2 tahun blog tak update. And yes banyak sangat cerita nak share kat semua. So, harini atul nak update sikit tentang kerja atul di tempat baru. :)

Seperti yang sedia maklum, sebelum ni atul bekerja di Tradewinds Plantation Berhad dan hampir 3 tahun lebih atul bekerja di situ. So atul rasa dah tiba masa untuk atul cari kerja baru lebih-lebih lagi atul hampir menamatkan pengajian di UiTM. Bulan 7 tahun 2015 yang lepas atul decide untuk cari kerja lain. Dan alhamdulillah mungkin berkat bulan Ramadhan, atul dapat kerja baru iaitu di Boon Wah Air Conditioning Engineering Sdn Bhd sebagai Account & Admin Executive. :) Kalau nak tahu ofis ni terletak di Ampang Point berdekatan dengan Habib Jewels, atas Pizza Hut. :D

Atul mula bekerja di office baru pada 1 September 2015 dan sudah hampir 7 bulan atul bekerja di sana. Alhamdulillah akhirnya atul dapat kerja yang atul nak iaitu buat kerja berkaitan dengan Accounts ni. Banyak dan terlalu banyak perkara baru yang atul belajar. And of course kawan baru pun ramai. Tapi untuk pengetahuan korang, tak ramai pekerja Melayu di syarikat tersebut. And buat masa ni atul ada 3 orang kawan perempuan iaitu Sofia, Su & Fiza. And hanya kami berempat je pekerja Melayu di ofis. Pekerja Melayu yang lain terutama lelaki ramai di bahagian site.

Alhamdulillah so far so good. Semuanya okay dan masih terkawal. Terlalu banyak perkara baru yang atul belajar dan boleh dikatakan hari-hari merupakan learning process untuk atul. In sha Allah akan stay as long as atul boleh stay untuk grab banyak pengalaman untuk masa depan. In sha Allah doakan atul ye. :)

Kat bawah ni ada beberapa gambar atul bersama kawan baru di ofis baru. :)

Lunch di Ampang Point. :)

Last day Kak Maria di Boon Wah Air Conditioning Engineering Sdn Bhd :)

Boss belanja makan di Pizza Hut, Ampang Point. :)

Annual Dinner di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. :)

Ni kawan baik atul di ofis. :) Su, Fiza & Sofia. :)

Till then! :)
Terima kasih! :D

4 comments:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: