Assalamualaikum, semua. :)
Alhamdulillah, check dari Nuffnang dah pun selamat tiba di rumah. Dan dah pun selamat di cash out pada minggu lepas. :)
Walaupun jumlahnya tak adalah sampai beratus-ratus, beribu-ribu Ringgit Malaysia, tapi aku tetap bersyukur. Ada lah jugak hasil aku berblog selama ni. Lagipun niat aku berblog ni bukan nakkan duit semata-mata. Ianya adalah kerana minat sendiri. Duit tu sampingan je. Betul tak? Kalau ada, adalah. Kalau tak ada pun, tak apa. :)
Terima kasih pada pihak Nuffnang dan pihak advertiser. Kalau boleh, lepas ni biar lah banyak lagi BE yang keluar kat blog atul ni. Hehe. Thank you !! :D

