HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, May 20, 2012

M&M's Fun You Can't Resist

Assalamualaikum semua. :)

Hai, semua! Korang pernah tak dengar pasal coklat M&M's? Mesti pernah kan and mungkin coklat ni adalah salah satu favorite korang. Mesti punya lah. Coklat ni pun one of my favorite tapi jarang sangat lah atul makan kan. Hehe. ;p

Sekarang ni M&M's sedang menjalankan contest 'M&M's Fun You Can't Resist' yang telah bermula sejak 15 May yang lalu. Contest ni sangat menarik and atul da pun join. It is FUN! Serious, memang best!

Apa yang korang perlu buat, senang aje :

STEP 1 :

Watch TVC. Click HERE to watch the TVC.

STEP 2 :

Tell them your most creative caption.

This is the important part. Korang kena submit caption yang paling menarik tentang coklat Red. Nak tahu kena buat caption pasal apa, klik je kat SINI. Korang boleh hantar caption sebanyak yang mungkin. Submit caption korang yang paling creative bermula 15 May - 5 June 2012. :)

STEP 3 :

Isikan maklumat tentang diri korang dan proceed dengan menghantar sebanyak mungkin caption yang paling creative!

So, tunggu apa lagi. Jom lah join. BEST sangat! Nak tahu lebih lanjut, klik je kat SINI. Okay? :)

Till then! :D

#Says is giving out prizes everyday for 30 days! Click HERE to win all the prizes! :)

Saturday, May 19, 2012

Tahniah Hafiz - Juara Mania

Assalamualaikum semua. :)

Akhirnya debaran Mania berakhir juga pada malam ni apabila Hafiz dinobatkan sebagai JUARA Mania. Tahniah Hafiz dan produser Ahmad Dhani. Hafiz memenangi hadiah RM 500,000.00 dan Ahmad Dhani juga memenangi hadiah RM 300,000.00. Tahniah pada mereka berdua. :)


Tahniah Hafiz! :)


Tahniah juga pada Stacy kerana memenangi naib juara Mania dan sekaligus membawa pulang wang RM 200,000.00. Tempat ketiga adalah milik Jaclyn Victor dan beliau memenangi wang RM 100,000.00. Tahniah pada semua pemenang. Bagi mereka yang tak menang, tak mengapa lah. Sudah berada di final sudah mencukupi. Tak gitu? Sekali lagi, tahniah pada semua. :)

#pictur credit to Mania

PROMO - Oh My English

Assalamualaikum and hello everyone! :D

Entri pada malam ni cuma nak promote rancangan terbaru yang akan bersiaran di Astro TVIQ (saluran 610) bermula esok, 20 Mei 2012 jam 10 pagi. Tak lain dan tak bukan, 'Oh My English' (sila buat dengan gaya sekali ye). :)


Korang semua mesti pernah tengok iklan iklan yang ditayangkan di Astro bagi mempromosikan cerita terbaru ni kan? Serious, memang best dan membuatkan diri ni tidak sabar untuk menonton cerita ni. Mesti best kan? Harap harap begitu lah ye. :)


So, kepada semua, jangan lupa saksikan rancangan terbaru, 'Oh My English' di Astro TVIQ (saluran 610) bermula esok, 20 Mei 2012, jam 10 pagi. Tengok tau, jangan tak tengok! :D

#picture credit to Google

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday #24

Wordless Wednesday is back! :)

#kenangan semasa sekolah.
#Happy Teacher's Day! :D

Tuesday, May 15, 2012

Liyana Jasmay - Cinta Bersatu



Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

#one of my favorite song!

#credit to Youtube & liriklagu.biz

Sunday, May 13, 2012

Ahli Keluarga Baru

Assalamualaikum semua. :)

Selamat malam! HEHE. Rajin pulak atul update blog hari ni. Bila da rajin tu, sampai 3 entri 1 hari. Good job atul! Harap harap lepas ni semangat atul untuk berblogging akan kekal sampai bila bila. :)

Okay, entri malam ni nak cerita tentang ahli keluarga baru dalam keluarga atul ni. Alhamdulillah, pada 5 Mac 2012 yang lalu, kakak atul telah selamat melahirkan bayinya yang ketiga. Alhamdulillah, dapat baby boy. Dan baby boy itu telah diberi nama, Muhammad Izzat Hadif. :)


Day 1 - Muhammad Izzat Hadif.. :)


Day 22 - Muhammad Izzat Hadif :)

Atul suka sangat gambar ni. Comel sangat. Tengok lah mata Hadif, bulat! :D


Day 28 - Muhammad Izzat Hadif..

Alhamdulillah, kesihatan Hadif okay setakat ni. Masa mula mula Hadif lahir, dia kena jugak demam kuning. Perkara biasa lah tu bagi baby yang baru lahir. Tapi alhamdulillah, Hadif sihat sihat je. :)

Semoga Hadif membesar dengan sihatnya dan semoga Hadif menjadi anak yang soleh dan anak yang baik pada mummy, daddy dan semua orang.. :)

Mak Ngah sayang Hadif! :D

p/s : esok entri review novel pulak :)

Blog Berwajah Baru :)

Assalamualaikum semua. :)

Hari ni atul bersemangat sangat nak update blog. Sebab sekarang ni blog atul da bertukar wajah. Sebelum ni blog berwarna turqoise, tapi sekarang da bertukar ke gabungan warna pink dan biru. Nama blog pun da bertukar dari 'This Is Me' ke 'Blog Atul Rahim'. Kalau boleh atul nak semua orang kenal atul dengan nama Atul Rahim kat dunia blog ni. Hehe. :)


Sekali lagi atul menempah design blog ni pada Cik Bulat. Atul suka sangat dengan hasil kerja Cik Bulat. Sebab tu suka tempah dengan Cik Bulat. Senang nak berurusan dengan Cik Bulat. InsyAllah, lain kali atul tempah lagi. Boleh kan Cik Bulat? :)

Dengan bertukarnya wajah blog ni, atul akan lebih bersemangat nak update blog. Yelah, blog da bertambah cantik, semakin semangay lah nak update. :) Jangan terkejut bila masuk je blog atul, tengok da lain. Sekali sekala, blog ni pun nak bertukar jugakkan? Tak gitu? ;)

Apa apa pun, nak ucap terima kasih banyak banyak pada Cik Bulat kerana sudi menerima tempahan dari atul ni. Atul suka sangat sangat. Terima kasih daun keladi. Lain kali, atul order lagi. :D

Happy Mother's Day, Mama!

Assalamualaikum semua. :)

Entri kali ni khas untuk semua insan yang bergelar ibu di seluruh dunia ini. Selamat Hari Ibu! Tak kira lah apa pun panggilan kita pada ibu kita, dia lah insan yang teristimewa di hati kita. :)



Khas untuk Mama tercinta, Selamat Hari Ibu, Mama! :)

Mama lah satu-satunya ibu angah kat dunia dan akhirat. Angah sayang sangat sangat kat Mama. Walaupun angah tak pernah zahirkan dengan kata kata, tapi jauh di sudut hati ni, angah sayang sangat kat Mama. Mama lah mama yang terbaik kat dunia ni. Tiada siapa pun yang dapat gantikan Mama di hati angah, ain dan jugak ayong.

Maafkan angah kalau angah bukanlah anak yang terbaik untuk Mama. Tapi angah akan berusaha untuk jadi anak yang terbaik dan teristimewa di hati Mama. InsyaAllah. Angah nak ucapkan terima kasih kerana telah melahirkan angah dan membesarkan angah hingga sekarang ni. Tak mampu angah nak balas dengan wang ringgit, Mama. Terlalu besar pengorbanan Mama. Angah hanya mampu doakan yang terbaik untuk Mama. :)

Mama, Selamat Hari Ibu! Angah sayang Mama! :)



Khas untuk MAMA dan semua insan bergelar IBU. You Are The Number One For Me!! :)

#credit to : Youtube

Friday, May 11, 2012

Najwa Latif - Kosong



Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Oo Oo
Kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Oo Ooo

#suka sangat lagu ni. :) hatiku sememangnya tengah KOSONG! ;p

#credit to Youtube & liriklagu.biz

Thursday, May 10, 2012

Sambutan Hari Lahir Mama Yang Ke 50 :)

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, dapat update blog lagi. Kali ni nak share cerita tentang sambutan hari lahir Mama atul yang ke 50 tahun yang telah diadakan pada Ahad lepas, 6/5/2012. Kali ni kakak atul telah memilih Fiske Steakhouse di AU2 Keramat untuk menyambut hari lahir Mama atul. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. :)

Sambutan kecil-kecilan ini telah dihadiri oleh family atul, iaitu kakak atul, adik, abang ipar, anak kakak atul, mama, abah, mak mertua dan ayah mertua kakak atul serta bakal adik ipar atul merangkap buah hati adik atul. :)

Jom lah tengok gambar gambar kat bawah ni. Happy sangat hari ni. Dapat berkumpul dengan family tersayang. :D

Menu utama - Tak ingat namanya. Sorry. Hehe. -,-

My sis - Sharirawati Abd Rahim (Ayong)

Acap - Bakal adik ipar (InsyaAllah)..
Thanks sangat sangat kat Acap sebab jadi photographer pada hari tu. Thanks! :)

While waiting for the food :)

Mama dengan menu pilihannya - Nasi Putih + Asam Pedas Melaka.. Atul pun pilih menu macam Mama. Tak nak makan steak, takut tak kenyang. Hehe. ;p

Mak mertua dan ayah mertua my sis.. :)

Fifi dengan menu pilihannya, Spagheti.. :D

Alaaa, laaa.. Nak manja manja pulak ye.. My sis with her hubby.. :)

Fifi sayang Mak Ngah! :D

Birthday girl - My beloved mom..
Comel tak Mama atul? :)

Potong kek.. Mama cakap da tua tua ni tak payah lah tiup lilin.. So, potong kek je lah ye.. :D

Ni lah saat yang ditunggu tunggu.. Mama malu malu pulak abah nak suap Mama makan kek.. Muka abah macam tengah bengang je dengan Mama sebab Mama malu malu.. HAHA.. Suka sangat moment ni.. :)

Giliran Mama pulak suap abah.. Abah tak malu pun.. HEHE.. :D

Me with my father, Fifi and my mother.. :)

My adik - Nur Ain.. :)

With my adik and my Fifi.. :)

Suka tengok gambar ni.. Macam orang tengah bercinta pulakkan?? SO SWEET! My Fifi and my Haikal.. :)

My sis with her hubby and their new baby - Muhammad Izzat Hadif.. :)


Family atul tanpa abang ipar. Abang ipar tengah sibuk makan masa ni. Tak ingat pulak nak ajak dia tangkap gambar sekali. Hehe. :D

Alhamdulillah, happy sangat. Tempat ni pun menarik dan makanan memang superb. Tempat ni memang recommended pada semua. Makanan superb + harga yang sangat berpatutan. Sangat berpuas hati. Terima kasih pada Fiske Steakhouse kerana sudi menerima kehadiran kami. Thanks jugak pada Ayong sebab suggest tempat yang superb ni. Ayong memang mantap lah! :D

Sekali lagi, Happy Birthday, Mama! Ayong, Angah dan Ain sayang sangat kat Mama. :)

Sunday, May 6, 2012

Happy Birthday, Mama!

Assalamualaikum semua.

Entri kali ni ditujukan khas untuk Mama atul, Puan Sarifah Bt Mat Nayan. Semalam, 5/5/2012, merupakan hari ulang tahun kelahiran Mama yang ke 50 tahun. Da 5o tahun Mama atul ni. Macam tak percaya pulak. Hehe. :)


Khas untuk Mama :

Mama, Happy Birthday! Semoga Mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik baik hendaknya dan semoaga Mama bahagia bersama keluarga tersayang. Mama adalah Mama yang terbaik sekali kat dunia ni. No one can replace you as my mother. Only YOU! :)

Thanks, Mama. Angah SAYANG Mama! :D
Happy Birthday, MAMA. :)

"Exclusive Giveaway by Cik Bunny"

Assalamualaikum semua :)

Okay, hari ni atul nak join Giveaway yang dianjurkan oleh Cik Bunny. Kepada mana mana blogger yang nak join, klik je dekat banner Giveaway kat bawah ni ye. Hadiah menarik menanti anda! :D


" Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA Shop, Butikpinkku, Bunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique) "

Okay, atul nak tag adik atul ye :

Thanks pada Cik Bunny sebab da invite atul join Giveaway beliau. Thanks! :)

Thursday, May 3, 2012

Kegembiraan Berganda :)

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, malam ni dapat jugak update blog. Nak update jugak sebab ada benda yang nak dikongsi. Kalau tunggu mood ni datang, entah bila lah dia nak datang kan. Hehe. ;)

Okay, cerita yang nak dikongsi pada kali ni adalah cerita cerita yang gembira je. Sebab hati ni memang gembira sangat. Pertama sekali, pada 27/4/2012 yang lepas, keputusan peperiksaan akhir bagi pelajar UiTM telah pun diumumkan. Hari tu berdebar sangat sebab takut jugak kalau kalau pointer menurun kan. Tidur memang lena tapi siap mimpi lagi berapa pointer yang aku dapat. Hehe.

Pagi Jumaat tu, sampai je kat ofis, Asma suruh aku check result sebab dia dah check. Bukan main happy lagi muka dia lepas check result. Aku ni pulak bertambah takut. Dengan perasaan berdebar + takut, aku pun bukak email. Lepas je bukak email, aku menjerit. Syukur sangat sebab result masih lagi kekal 3.00 ke atas. Yang paling bestnya, meningkat dari semester lepas. Syukur Ya Allah, atas nikmat yang 1 ni. Walaupun aku 'hilang' benda lain, tapi aku dapat benda yang sangat bernilai dalam hidup aku. Terima kasih, Allah SWT. :)



Picture : Google

So, dengan rasminya, saya adalah bekas pelajar UiTM Machang jurusan Diploma Perakaunan. InsyaAllah, konvokesyen pada bulan 9 atau 10 ni. Alhamdulillah, dapat jugak tunaikan impian Mama dan Abah nak tengok anak dia yang seorang ni berjaya. :) Thanks pada semua kawan kawan dan semua lecturer yang da mengajar Atul since semester 1 lagi. Thanks all! Without all of you, I am NOTHING! To my family, thank you for everything. :D

Okay, cerita gembira yang kedua ialah, aku da dapat GAJI! Alhamdulillah, syukur. :) Dapat jugak merasa hasil titik peluh sendiri. Rasa gembira sangat sebab dapat bagi Mama dan Abah sedikit wang hasil titik peluh aku. Walaupun tak banyak, aku tetap nak bagi. Aku tahu aku tak mampu nak balas semua yang Mama dan Abah bagi sejak aku lahir lagi. Tapi, InsyaAllah, setakat mana yang aku ada, aku akan bagi pada Mama dan Abah. Aku tahu Mama dan Abah tak pernah mintak, tapi sebagai anak, aku bertanggungjawab untuk memberi. Aku selalu ingat Abah cakap pada aku yang dia tak nak apa apa dari anak anak dia. Dia nak tengok anak anak dia bahagia je. Tapi aku sebagai anak, takkan lah sampai tak nak memberi. Dengan mak ayah sendiri pun nak berkira, susah lah kan.

Apa pulak lah yang aku merepek ni. Maaf lah ye. Harap harap korang tak boring baca entri yang agak panjang ni. InsyaAllah, esok aku update lagi ye. Selamat malam! :)






Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: