HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Friday, June 29, 2012

Blogger Suka Menulis :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

Entri kali ni, atul nak promote blog blog yang telah sudi singgah di blog atul dan sudi komen di entri blog atul. Ini kira sebagai penghargaan kepada mereka semua. Terima kasih lah sudi singgah di blog atul yang tak seberapa ni. Terima kasih banyak banyak. Selalu selalu lah singgah ye. :)


Blogger yang menjadi pilihan atul kali ni ialah blogger Reena Shukri. Sila lah ke blog beliau dengan klik header di atas ye. Mengikut pada tajuk di blog cik Reena Shukri ni, dia merupakan seorang yang suka menulis. Wahh, bagus bagus. Sama lah kita. Atul pun suka juga menulis ni. Kalau tak, takkan lah jadi blogger. Hehe.

Kalau tak silap atul, cik Reena ni masih lagi bergelar seorang pelajar. Maaf lah kalau tersalah. Sebabnya tak habis lagi menjelajah ke blog cik Reena. :)

Ucapan atul buat cik Reena, semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Teruskan berblogging ya. :)

Terima kasih sudi datang blog atul dan sudi memberi komen. Terima kasih jugak sebab sudi letak blog atul di bloglist cik Reena. Thank you! :)

p/s:Kepada blogger blogger yang memberi komen di blog atul, blog anda akan di promote oleh atul. Tak kisah lah kalau anda komen sekali ke, dua kali ke. Pasti akan di promote. Dan blog blog anda akan berada di bloglist atul. Terima kasih. :)

Friday, June 22, 2012

Untuk DIA :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. :)

Entri kali ni khas untuk seseorang yang teristimewa dalam hidup atul buat masa ini. Kalau korang semua nak baca pun, apa salahnya. Sangat dialu-alukan. :) *Maaf kalau ada yang tak suka.


Jaga hati saya baik baik ye? :D

Assalamualaikum awak..
Awak,terima kasih sebab hadir dalam hidup saya..
Tak sangka sangat akan hadirnya seseorang dalam hidup saya setelah saya kecewa untuk kesekian kalinya..
Hadirnya awak memberi seribu makna dalam hidup saya..
Saya hargai sangat sangat awak..

Selama ni saya tengok awak dalam alam maya ni je..
Nak tegur awak, tapi takut yang awak dah berpunya pulak..
So, saya hanya lihat awak dari jauh je.. :)

Saya pun tak tahu kenapa saya tiba tiba je nak tegur awak kat Twitter awak hari tu..
Ingatkan saja nak kacau awak..
Tiba tiba awak cakap macam tu pulak kat saya..
Malu sangat.. Malu tau! :p

Sekarang ni saya rasa bahagia sangat..
Tak terucap dengan kata kata..
Bagi saya, awak terlalu sempurna..

Awak, saya harap awak dapat terima saya seadanya..
Saya tak secantik perempuan perempuan lain..
Saya tak pandai bergaya macam mereka..
Saya hanyalah diri saya..
Saya tak nak jadi orang lain semata mata untuk buat awak sayang pada saya..
Saya hanyalah saya.. :)

Awak, jaga saya baik baik ye?
Jangan bagi hati saya terluka lagi..
Saya tak sanggup, saya nak bahagia macam orang lain..
Andai awak jodoh saya, saya terima..
Andai ianya bukan, saya redha..

Awak, terima kasih kerana memilih saya..
Terima kasih kerana memahami saya..
Terima kasih untuk semuanya..
Doa saya agar kita bahagia untuk selama lamanya.. :)

p/s: ESOK.. :')

Thursday, June 21, 2012

Best Jugak Kerja Ni :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. :)

Alhamdulillah, da hampir 3 bulan atul bekerja di Tradewinds Plantation Berhad (TPB) sebagai seorang kerani di bahagian Human Resource & Administration (HRA). Mula mula dulu memang tak tahu apa apa lah kan pasal HRA ni. Yelah, belajar pasal Accountancy, kerja dalam bidang HRA kan. Memang jauh lah kan bezanya.

Tapi alhamdulillah, sekarang ni macam macam kerja atul da tahu buat. Ni semua hasil tunjuk ajar staff HRA. Yang paling banyak tunjuk ajar pada atul, Kak Rosni dengan Kak Nita. Kak Rosni memang dari mula atul masuk, dia yang ajar atul. Dari kerja kerja Kak Hana sampai lah kerja kerja dia, semua atul da pandai buat tau. :)


Tempat duduk dah bertukar sejak Kak Hana dah masuk balik. Kongsi tempat dengan Kak Izah. PC pulak guna Abang Bahrain punya. :)

Bukan 2 orang tu je. Ramai lagi yang bagi tunjuk ajar. Ika, Kak Ros, Mr. Shamu, Encik Rauf, dan semua semua lah. Diaorang semua memang tak kedekut ilmu. Macam macam yang diaorang da tunjuk kat atul. Banyak betul jasa diaorang kat atul. Tak mampu atul nak balas tau. :)

Antara kerja kerja yang atul da buat sepanjang atul bekerja ni, atul kena key in semua claim yang dibuat oleh staff TPB, kena booking hotel untuk orang atasan, kena tempah flight ticket, kena buat courier, ada jugak yang berkaitan dengan insurans. Macam macam lah kerja yang atul da kena buat. Ohh, lupa pulak. Atul jugak diberi kesempatan untuk call candidates yang ak interview and arrange for the interview. Best jugak sebenarnya. Dapat kenal ramai orang. :)

Ohh, sejak atul kerja ni, baru atul tahu yang atul ni sebenarnya takut nak call orang. Entah lah, bukan takut apa. Takut tersalah cakap ke, maklumat tak sampai ke. Sebenarnya malu pun ada. Kakak kakak kat situ pulak tahu yang atul ni takut nak call orang, lagi lah diaorang suruh atul call. Saja nak kenakan atul. Hehe. Bukan apa, diaorang kata kena lah berlatih dari sekarang.

So, sekarang ni adalah confident sikit bila nak call orang. Hehe. Pelik pelik je atul ni kan?? ;)

Contract untuk 3 bulan bakal berakhir. Tapi, alhamdulillah, masih ada rezeki di situ. InsyaAllah, contract akan disambung tetapi sebagai Receptionist. HAHA. Da lah atul takut dengan phone. Dapat pulak job yang berkaitan dengan tu. Haih, macam mana lah nanti kan. InsyaAllah, I will do my best. :) Doakan yang terbaik untuk atul ye? :D

Panjang lah pulak entri kali ni. Hehe. Maaf lah ye. Da lama tak taip entri panjang panjang ni. :) Okay lah. Jumpa lagi. Selamat Malam! ;)

p/s: 4 hari lagi nak gaji. :)

Monday, June 18, 2012

Thank you :)

Hai semua! :)

Hari ni atul cuti, so ada lah masa sikit nak update blog. Kalau waktu kerja, jangan harap lah atul nak update blog. Kemalasan yang teramat sangat melanda diriku ini. HAHA. :D

Entri kali ni entri khas untuk pihak Nuffnang. Hoho. Da lama kot atul tak bukak akaun Nuffnang. Bila bukak je, mak aihh, ada BE kot. Bukan 1, dan bukan 2, tapi 4 sekali tau. Hehe. Alhamdulillah. Walaupun da lama tak update blog, Nuffnang masih lagi beri BE banyak banyak kat blog atul. Tu maksudnya, pihak Nuffnang suruh atul rajin blogging. HAHA.


Tengok tuu, 4 BE tau. Jangan jealous ye! HEHE. Jumlahnya tak adalah banyak mana. Tapi masih ada nilai ye. Syukur sangat. Churp Churp pun sangat memberangsangkan. Sukanya!! Terima kasih kepada pihak Nuffnang dan Churp Churp. Setakat ni tak ada niat untuk berlaku curang pada Nuffnang. I masih setia pada Nuffnang ye. Well, atul memang seorang yang setia. Hehe.

To Nuffnang, thank you so much! Next time, give me more and more and more BE, please??!! :) To all advertisers, thank you so much! ^_^

p/s: Selamat malam! Nak tido da. :)

Sunday, June 17, 2012

Khas Untuk Yang Tersayang :)

Hai semua! :)

Huh, da lama sangat tak update blog ni. Hampir 1 bulan ye. Hehe. Dasar pemalas betul lah atul ni. Jangan marah ye. Sekarang ni mood nak berblogging tu da kembali. Tiba tiba je kan?? HAHA. Ooopss.

Okay okay. Kembali pada cerita yang atul nak cerita pada entri kali ni. Bukan cerita apa pun. Hanya ucapan untuk orang orang yang atul sayang sangat. Sebab hari ni merupakan hari istimewa buat 2 insan yang terpenting dalam hidup atul. :)

17/6/2012, hari ni merupakan hari lahir anak saudara atul yang sulung, iaitu Nur Ainin Shafiya yang ke 5 tahun. Dah besar rupanya anak saudara atul yang sorang ni. Macam tak percaya je. Tup tup tup, dah 5 tahun. Dah pergi tadika, da pandai membaca, mengira, mengaji. Makngah bangga sangat dengan Fifi. Walaupun Fifi nakal, Makngah sayang tau kat Fifi. Sayang sangat.

Makngah ucapkan Selamat Hari Lahir untuk anak saudara Makngah yang sorang ni. Semoga Fifi dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang sihat sihat selalu dan membesar menjadi anak yang solehah. InsyaAllah, AMIN. :) Ingat tau, Makngah sayang sangat kat Fifi. :D

Hari ni juga hari yang istimewa untuk insan yang bergelar bapa. Selamat Hari Bapa atul ucapkan pada abah atul, Encik Abd Rahim Bin Mohamed. Angah pun sayang sangat kat abah. Tiada siapa yang dapat gantikan tempat abah. Hanya abah seorang abah angah. :)

To my dear abah, I want to wish you, Happy Father's Day.. Thanks for being such a great father to me, ayong and ain.. You are the best father in the world and no one else can replace you as my father.. Thank you, abah and Happy Father's Day! :)

Selamat Hari Bapa buat semua insan yang bergelar bapa. :D Selamat Hari Bapa juga atul ucapkan buat bakal bapa mertuaku. Hehe. :)

Selamat Malam! :D
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: