HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Friday, June 22, 2012

Untuk DIA :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. :)

Entri kali ni khas untuk seseorang yang teristimewa dalam hidup atul buat masa ini. Kalau korang semua nak baca pun, apa salahnya. Sangat dialu-alukan. :) *Maaf kalau ada yang tak suka.


Jaga hati saya baik baik ye? :D

Assalamualaikum awak..
Awak,terima kasih sebab hadir dalam hidup saya..
Tak sangka sangat akan hadirnya seseorang dalam hidup saya setelah saya kecewa untuk kesekian kalinya..
Hadirnya awak memberi seribu makna dalam hidup saya..
Saya hargai sangat sangat awak..

Selama ni saya tengok awak dalam alam maya ni je..
Nak tegur awak, tapi takut yang awak dah berpunya pulak..
So, saya hanya lihat awak dari jauh je.. :)

Saya pun tak tahu kenapa saya tiba tiba je nak tegur awak kat Twitter awak hari tu..
Ingatkan saja nak kacau awak..
Tiba tiba awak cakap macam tu pulak kat saya..
Malu sangat.. Malu tau! :p

Sekarang ni saya rasa bahagia sangat..
Tak terucap dengan kata kata..
Bagi saya, awak terlalu sempurna..

Awak, saya harap awak dapat terima saya seadanya..
Saya tak secantik perempuan perempuan lain..
Saya tak pandai bergaya macam mereka..
Saya hanyalah diri saya..
Saya tak nak jadi orang lain semata mata untuk buat awak sayang pada saya..
Saya hanyalah saya.. :)

Awak, jaga saya baik baik ye?
Jangan bagi hati saya terluka lagi..
Saya tak sanggup, saya nak bahagia macam orang lain..
Andai awak jodoh saya, saya terima..
Andai ianya bukan, saya redha..

Awak, terima kasih kerana memilih saya..
Terima kasih kerana memahami saya..
Terima kasih untuk semuanya..
Doa saya agar kita bahagia untuk selama lamanya.. :)

p/s: ESOK.. :')

8 comments:

  1. bertuahnya si dia tu kan.. esok?? amboi, ada dating ke?

    ReplyDelete
  2. @Rozuan Ismail Hehe. Mestilah SI DIA tu bertuah. Bertuah sgt. :)

    ReplyDelete
  3. W'salam awak.
    Salam-sama saya ucapkan.
    Saya akan hargai awak sebagaimana saya hargai gajet saya.

    Selama ni saya jeling je kat awak,lepas tu awak tegur saya.
    Berdegub jantung ni ha. Nasib baik xdak sakit jantung.

    Haha. - perasan pulak Abey.


    #memang bertuah si dia. Hehe!

    ReplyDelete
  4. deno doakan hubungan atul dan dia kekal abadi... amin! :)

    ReplyDelete
  5. semoga jodoh di antara awak dan dia akan berkekalan yaa. hehe

    eh blogger lama yaa..
    aktif tahun 2010? hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: