HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Wednesday, August 15, 2012

Duit Raya

Assalamualaikum semua. :)

Salam Ramadhan yang ke 26. Wahh, cepatnya masa berlalu. Lagi beberapa hari je lagi kita semua akan menyambut hari raya Aidilfitri. Ramadhan pun akan berlalu dan adakah kita semua akan berkesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun depan? Berdoa lah agar kita semua diberi kesempatan untuk meraikan Ramadhan yang akan datang. Amin..

Sumber: Google

Okay, hari ni nak story pasal duit raya. Kalau time raya ni, antara perkara yang menjadi kewajipan adalah memberi duit raya kepada kanak-kanak. Kanak-kanak je lah yang dapat. Orang dewasa macam atul ni memang takkan dapat lah kan. Lagi-lagi dah kerja, confirm takkan dapat. Kena bagi duit raya adalah. Hehe. :')

Dulu masa kecik-kecik, dapat lah jugak. Tapi kan tak adalah banyak macam budak-budak kecik yang lain. Paling banyak dapat pun dalam RM100 ++ je. Itu pun dah kira bersyukur daripada tak dapat langsung. RM100 masa kecik-kecik dulu dah kira banyak bagi atul ye. Macam-macam boleh beli tau. Tapi tak ingat apa yang atul beli dengan duit raya tu. Dah lama dah masa tu berlalu. *tiba-tiba rasa macam dah tua sangat pulak. :)

Atul pun tak ingat dah raya tahun bila kali terakhir atul dapat duit raya. Dah lama dah kot tak dapat. Dulu abah, ayong ada jugak bagi atul dengan adik duit raya. Tapi sekarang, tak ada maknanya. Atul yang kena bagi kat mama dengan abah. Kat ayong pulak, bukan bagi dekat dia, tapi kena bagi kat anak-anak dia. Dulu ada 2 orang je, tapi tahun ni dah bertambah lagi sorang. So, bajet lebih sikit lah. Tapi, tak ada lah bagi banyak sangat kan. Bagi setakat yang mampu je. Lagipun bukannya atul ni gaji besar sangat. Hehe. :p

Agak-agak tahun ni ada tak yang sudi bagi atul duit raya? Alaa, tak banyak, sikit pun jadi lah. Cukup untuk buat belanja hari-hari pun dah kira okay. Atul tak ada lah nak sampai target-target dapat duit raya banyak mana kan. Kita sedar yang kita ni dah dewasa. Tak gitu?

Korang-korang yang sebaya dengan atul ni, still dapat duit raya lagi ke? Berapa korang dapat? Kalau korang still dapat, serious, jealous sangat! Tak adil. Nak jugak duit raya!!

Hehe. Okay lah. Setakat ni dulu. Jumpa lagi. :')

p/s: Hari Jumaat half day. Lepas tu, RAYA! :)


5 comments:

  1. hehe kita makin besar ni , org da tk bg dah duit raya . tp klu org yg nmpk awet muda cm dak2 skolah lg,da tua2 pun org bg duit rya. haha

    ReplyDelete
  2. makin meningkat dewasa, makin tipislah peluang utk dpt duit raya kan.. hihihi..

    tp akk still dpt duit raya lagi.. dr husband, dari kakak2 dan abah.. seronok gak la.. xmo jeles ok!

    salam kenal dr akk.. nice blog sis!

    ReplyDelete
  3. dapat lagi duit raya.biasa dari adik beradik

    ReplyDelete
  4. reena dah besar pun org stil bg juga..coz apa reena rendah saja..untunglah reena...hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: