HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Monday, August 13, 2012

Mood Raya Sudah Datang, Mood Kerja Kian Menghilang

Assalamualaikum semua. :)

Salam Ramadhan yang ke 24. Alhamdulillah, lagi beberapa hari, Aidilfitri bakal menjelma. Tak sabar sangat sangat nak sambut raya tahun ni. Yelah, tahun ni beraya sebagai seorang pekerja kan. Sebelum ni raya sebagai seorang pelajar. Nak beli itu, ini semua kena limit kan sebab guna duit mama dan abah.

Tahun ni excited lah sikit sebab baju raya, kasut raya semuanya beli menggunakan duit gaji atul sendiri. Alhamdulillah, walaupun kerja kontrak je, atul mampu untuk tanggung diri sendiri. Syukur. :)

Sumber: Google (Tak sabar nak raya macam Upin Ipin ni)

Disebabkan dah tak sabar nak raya, kerja pun dah tak ada mood nak buat. Asyik fikirkan pasal raya je. Kerja kerja ni pun staff kat department atul yang tolong atul. Hehe. Betapa malasnya atul nak kerja. Huh.

Dah lah call yang masuk banyak pulak tu. Tak terbuat kerja kerja atul sekali dengan nak courier surat surat ke ladang-ladang, nak jawab call, nak sambut tetamu datang. Penat, okay. Jangan ingat kerja jadi receptionist ni tak penat. Kalau nak try, boleh je. Try lah. Confirm tak lama korang jadi receptionist. Hehe.

Disebabkan malas nak buat kerja sebab ada yang dah siap, sebab tu lah atul update blog. Kalau tak, tak berupdate lah blog atul ni. Okay lah. Setakat ni je dulu. Esok cuti sebab nak uruskan pasal pelajaran atul. Yang pasal tu, esok-esok pulak kita cerita ye.

Jaga diri kepada semua yang nak balik kampung. Berhati-hati di jalan raya. Selamat berpuasa! :')

p/s : Kad raya telah siap dihantar kepada insan-insan yang terpilih. :)

7 comments:

  1. hehe samalah kita. dulu beraya sebagai pelajar and now sebagai orang yang dah kerja. lagi satu yang sama, saya pon kontrak jugee. hahaha :)

    ReplyDelete
  2. selamat ary raya~
    atul receptionist kat hoteL ke?

    ReplyDelete
  3. hehehe pkir nk rye je skng ni kan. pastu mmbilang hari nk cuti dah :) selamat berhari rye atul ! :)

    salam prkenalan ^^

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan dari awieomar.blogspot. dah lama follow sini. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Follow blog "Awie Omar" (bagi yang belum, harap sudi follow ) dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada johan.

    ReplyDelete
  5. wah!! mood beraya dah sakan ye.. keje jgn lupa taw.

    ReplyDelete
  6. samalah...
    lg2 bile keje dah bnyk settle...
    rs nak cuti raya tros lah..
    hehehe

    ReplyDelete
  7. hihihi biasalah tue...selamat hari raya..

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: